Search This Blog

Loading...

Saturday, December 13, 2008

HENRY VOON, JOKER ATAU BROKER BPR?


JOKER… Joker Henry Voon yang menghakis keyakinan orang awam terhadap BPR.

Mantan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menggesa Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyiasat dakwaan seorang lelaki Cina, Henry Voon, bahawa beliau adalah Penasihat Kanan kepada Ketua Pengarah BPR.

“Belumpun Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)diluluskan di Parlimen, Penasihat sudah dilantik?,” tanya Jeffrey yang menyebut tindakan lelaki berkenaan sebagai keterlaluan,mempersenda Undang-Undang serta menconteng arang ke muka Ahmad Said.

Jeffrey menekankan, senario ini adalah tidak sihat bagi sebuah Negara yang berusaha membebaskan diri daripada cengkaman rasuah dan mencerminkan Integriti BPR benar-benar tiris.

Kata Jeffrey lagi, Pak Lah telah berjanji untuk menstruktur semula BPR kepada suruhanjaya dan akan selesai sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

”Setelah itu, barulah Lembaga Penasihat dilantik. Tetapi sekarang macam mana? Apakah BPR telah melantik Henry Voon?,” tanya Jeffrey yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat yang meminta penjelasan segera daripada Ketua Pengarah BPR.

Walaupun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, mengumumkan kepada media bahawa BPR tidak pernah melantik Lembaga Penasihat, namun kata Jeffrey kenapa Henry Voon secara terbuka mendakwa dirinya sebagai Penasihat Kanan kepada Ketua Pengarah BPR?

“Dia ini Jokerkah atau Broker?,” tanya Jeffrey dalam nada sinis selepas menghadiri mesyuarat Yayasan Warisan Borneo (Borneo Heritage Fundation)d Sokid Villa.

Dakwa Jeffrey, Henry telah membeli iklan bernilai ribuan ringgit di dalam beberapa akhbar tempatan dan membuat iklan palsu kononnya Ketua Pengarah BPR mengucapkan tahniah di atas perkahwinan anaknya.

“Paling memalukan beliau meletakkan namanya sebagai Penasihat Kanan Kepada Ketua Pengarah BPR? Kenapa BPR tidak siasat dan mengambil tindakan terhadap Henry?” sindir Jeffrey yang sering melihat Henry bersama beberapa pegawai kanan BPR ketika melakukan operasi pembalakan haram di Keningau sedikit masa lalu.

Sehubungan itu, Jeffrey menggesa Ketua Pengarah BPR mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan namanya terutama membuat laporan polis jika benar BPR tidak pernah melantik lelaki berkenaan sebagai Peasihat Kanan BPR.

Menurut Jeffrey, beliau menerima banyak aduan dan rungutan para peniaga dan rakyat Sabah yang jengkel dengan sikap dan perangai Henry Voon yang bertindak sebagai Broker untuk menyelesaikan masalah rasuah yang mereka hadapi.

“Ada yang datang berjumpa saya mengadu bahawa mereka tidak lagi mempercayai BPR dan polis apabila secara bebas seorang lelaki yang dikenali sebagai Henry Voon meminta mereka untuk membayar sejumlah tertentu bagi menutup kes rasuah mereka,” ujar Jeffrey yang kesal kerana kelonggaran undang-undang membenarkan perkara ini berlaku di sebuah negeri yang telah 44 tahun merdeka.

Kata Jeffrey, pengadu telah memberi nombor telefon lelaki ini, 0138802222 dan 088219520 yang memintanya agar berjumpa dan menyerahkan wang jika mahu kesnya ditutup dan tidak didakwa di mahkamah.

“Saya tanya pengadu benarkah dia lakukan rasuah? Dia kata tidak, tetapi diperangkap dan kerana itu dia tidak mau memberi rasuah dan sanggup ke mahkamah?,” ujar Jeffrey yang menjelaskan pengadu enggan membuat laporan kepada polis dan BPR kerana hilang kepercayaan kepada dua institusi tersebut.

Mengikut maklumat daripada pengadu, Henry tinggal di Taman Kepayan Kota Kinabalu. Beliau dipercayai melantik dirinya sebagai Penasihat Kanan kepada Ketua Pengarah BPR dan dengan bangganya mendakwa Datuk Ahmad Said sebagai ‘Abang’ nya.

“Ramai saksi melihat Henry bersama Pengarah Risikan BPR, Datuk Jamidan Mohamad,” tegas Jeffrey yang tidak menyalahkan persepsi orang ramai bahawa Henry Voon mampu mempengaruhi pegawai kanan BPR menutup kes BPR Di Sabah, kononnya dengan bayaran antara RM30,000 sehingga RM6 juta!

Tetapi kata Jeffrey, beliau hanya mendengar aduan dan adalah menjadi tugas BPR untuk menyiasat Henrry Voon dan tidak menjadikan dirinya sebagai target.

“Jika benar Henry boleh menutup kes rasuah, maka tidak ada gunanya Kerajaan menambah jumlah anggota dan pegawai penguat kuasa antirasuah daripada 2,000 orang sekarang kepada 5,000 dalam tempoh lima tahun akan datang, “ kata Jeffrey lagi.

Jeffrey turut menggesa agar BPR membuka kembali atau meneruskan siasatan 81 Dalilnya dan banyak kes berprofail tinggi yang dilaporkannya tetapi belum didakwa di mahkamah.

“Saya mengambil kesempatan ini juga untuk bertanya kenapa Pengarah BPR Sabah, Puan Hajjah Latifah dipindahkan serta merta ke Pulau Pinang? Apakah kerana peranan lelaki ini atau ada hubungan dengan kes siasatan terhadap pemimpin BN yang dikaitkan dengan Penggubahan Wang Haram di Hong Kong,” tanya Jeffrey yang menimbulkan pelbagai tandatanya.

Friday, December 12, 2008

SEMOGA SPRM BUKAN GIMIK POLITIK


BEBAS....Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin

KETUA Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah, Zainuddin Hassan menyambut baik usaha Perdana Menteri Malaysia meremajakan semula Intergiti melalui penarafan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah rang undang-undang SPRM 2008 dibentangkan di Parlimen pada rabu, 10 Disember 2008.

“Saya menyambut baik usaha murni ini tetapi berharap agar ianya tidak menjadi seperti menukar jenama ubat gigi sedangkan kandungan dan rasanya sama juga,” ujar Zainuddin yang tidak berpuas hati dengan profesionalisme BPR Sabah.

Tegasnya, beliau telah membuat banyak aduan dan akhirnya muak kerana siasatan hanya sekerat jalan dan tidak mendakwa tertuduh walaupun cukup bukti.

“Saya tidak tahulah kenapa? Mungkin kita kena tanya Ketua Pengarah BPR Malaysia dan Pengarah BPR Sabah. Hanya mereka yang tahu,” sindir Zainuddin yang menyelar sikap pegawai penyiasat BPR yang lambat bertindak sehingga bukti dilupuskan dengan mudah.

Dakwa Zainuddin lagi, Kes 81 Dalil yang difailkan Jeffrey terhadap Musa Aman hanya menjadi bahan jenaka.

“Jika Ketua Menteri Sabah mempunyai bangunan sendiri dan menyedari mempunyai kepentingan kerana jabatan kerajaan menyewa di bangunannya boleh dilepas dan dibebaskan, apatah lagi jika kes politik wang,” kata Zainuddin yang mendesak agar kes Musa Aman dibuka semula apabila SPRM menjadi realiti.

Zainuddin turut mendesak BPR agar tidak menutup beberapa kes berprofail tinggi seperti siasatan terhadap Mantan Naib Chancellor Universti Malaysia Sabah (UMS) yang telah lengkap namun tertuduh tidak didakwa di mahkamah.

“Sungguh menakjubkan kekebalan Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin kerana baru sahaja dilantik sebagai Naib Chancellor Universiti Tun Hussien Onn, Johor Bharu walaupun mempunyai kes aktif dengan BPR,” Ujar Zainuddin yang kesal kerana kes berkenaan amat memalukan rakyat Sabah.

Kata Zainuddin lagi, beliau juga hairan kenapa kes subsidi diesel yang melibatkan tangkapan beberapa pegawai kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna di Sabah senyap begitu sahaja sedangkan sepatutnya telah dibicarakan di mahkamah setelah didakwa.

“Apakah kes ini ditutup atau tertuduh dilepaskan begitu sahaja,” ujar Zainuddin yang mendesak agar Pengarah BPR Sabah tidak tunduk kepada sebarang tekanan politik.

Zainuddin turut memuji kepakaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) yang begitu cekap menjalankan siasatan sehingga berjaya menyiasat dan membongkar kes penggubahan wang haram (money laundering) yang melibatkan peniaga dan pemimpin politik dari Sabah.

WANITA UMNO SILAM DISIASAT


JEMPUTAN....Surat beramaran daripada Lembaga Disiplin UMNO yang memaksa Phahima hadir memberi keterangan bagi mengelakkan beliau pula yag diambil tindakan jika gagal hadir tanpa sebab munasabah.


Lembaga Disiplin UMNO mula menjalankan siasatan berhubung salah laku dan amalan politik wang yang dilaporkan berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Menurut seorang saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan, Phahima Asanuddin berkata beliau dan tujuh lagi ahli UMNO Silam dipanggil mengadap Lembaga Disiplin UMNO untuk memberi keterangan sebagai saksi, manakala selebihnya untuk membela diri.

Beliau menamakan saksi dan tertuduh berkenaan namun tidak dapat disiarkan bagi mengelakkan saksi diugut atau disabotaj oleh pihak tertentu melainkan jika saksi berkenaan sedia memberi kenyataan media.

"Saya akan datang memberi keterangan demi kesinambungan UMNO Silam," ujar Phahima yang mengakui telah selesai memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah.

Kata Phahima, beliau kesal kerana Lembaga Disiplin UMNO mengambil masa yang agak lama untuk menjalankan siasatan dan membebankan pelapor yang terpaksa mengeluarkan tambang dan penginapan sendiri untuk ke Kota Kinabalu.

"Patutnya mereka datang ke Lahad Datu berjumpa kami. Kalau macam ini tidak ada ahli yang akan membuat laporan politik wang di masa akan datang kerana tidak berbaloi. Wang yang kita lapor hanya RM50 tetepi terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM500 ke Kota Kinabalu," ujar Phahima lagi.

Dalam pada itu, mantan Calon Ketua Pergerakan UMNO Silam yang tidak dapat bertanding kononnya tidak melepasi kouta yang ditetapkan, Saloma Datuk Yussof, mengakui ada menerima panggilan telefon daripada Ibu Pejabat UMNO agar hadir memberi keterangan di Pan Pacific Sutera, Kota Kinabalu pada 14 Disember 2008.

"Saya akan hadir tetapi saya rasa Affidavit yang kemukakan sudah mencukupi (ada disiarkan dalam blog ini)," ujar Saloma yang turut kesal kerana sistem penyampaian Ibu Pejabat UMNO kurang lancar.

Tegas Saloma, Majlis Tertinggi UMNO bagaikan melepas batuk ditangga kerana hanya menghantar Lembaga Disiplin dan permintaannya untuk mengadakan semula Persidangan Agung Wanita UMNO Silam belum mendapat sebarang jawapan sebaliknya diserahkan kepada budibicara Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Kata Saloma lagi, sekiranya Majlis Tertinggi UMNO tidak membuat sebarang keputusan berhubung kesahihan Persidangan Pergerakan Wanita UMNO Silam, maka wakil 10 daripada Pergerakan Wanita ke Persidangan Agung Bahagian yang belum disahkan terbatal secara automatik.

"Buat sementara waktu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Puan Hajjah Saleha tidak layak menjalankan tugas sehingga bantahan dan affidavit saya diputuskan Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan UMNO Sabah," kata Saloma yang turut memberi keterangan di dalam Klip Video Silap Mata UMNO Silam yang boleh ditonton dalam blog ini.

DERITA DI SYURGA PPRT FELDA


TERIMA...Utoh sedang menerima replika kunci rumah PPRT daripada Najib.

SEPULUH orang Penerima rumah PPRT yang dibina dengan sumbangan Dana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) merayu keprihatinan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi untuk mengakhiri penderitaan mereka yang terpenjara di dalam syurga ciptaan Ahli Parlimen lalu.

Jurucakap penduduk, Utoh Salleh Nahul, 63, berkata, mereka terpaksa menjalani kehidupan bagaikan penduduk Afrika yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air paip, elektrik dan tandas.

"Kami terpaksa menyambung elektrik secara haram daripada jiran di Taman Warisan. Membeli air daripada jiran di Kampung Sabah Baru dan membina tandas di atas air di belakang rumah kerana tandas yang sedia ada tidak mempunyai sistem pelupusan," ujar Utoh Salleh yang mengakui mereka menjadi mangsa permainan politik.

Menurut Utoh, mereka telah memfailkan aduan rasmi kepada pelbagai pihak, namun tidak ada pihak yang tampil untuk menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.

"Kami dijanjikan pelbagai kemudahan ketika rumah kami dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi apabila selesai perasmian, tangki air kami diambil balik, kami terpaksa bergelap kerana tiada elektrik. Kami jadi perhiasan untuk media," ujar Utoh yang akan menemui Salleh Kalbi dalam masa yang terdekat untuk mengemukakan rayuan mereka.

Dalam pada itu, seorang mangsa pembangunan projek PPRT berkenaan, Chee Yew Wan, 82, melahirkan rasa kesal kerana Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan sikap 'kencing di dalam gelas' rakyat apabila merampas tanah yang mereka timbus sebagai tapak projek ruah PPRT berkenaan.

"Kerajaan bagi kita tapak rumah untuk kaum Tionghua.Kita gotong royong timbus tanah bakau. Banyak wang kita guna. Kita sedang kumpul wang mau bikin rumah. Tiba-tiba kerajaan rampas tanah kita dan bina rumah PPRT tanpa sebarang pampasan. Adilkah ini?" getus Chee yang sedang daam proses untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan gantirugi.


TANDA...Chee Yew Wan berdiri di hadapan papantanda projek yang meranapkan harapan mereka.

Kata Chee lagi, kenapa kerajaan tidak mencari tapak lain, sebaliknya mengambil jalan mudah merampas tanah mereka tanpa belas ehsan.

"Kalau saya ada duit, saya mau ke KL jumpa Datuk Najib, mau kasi tau kenapa pemimpin buat orang tua macam seperti anjing buruk kepala?," ujar Chee lagi yang turut mengalu-alukan Salleh menyelesaikan masalah beliau dan rakannya yang kerugian ratusan ribu ringgit.

Thursday, December 11, 2008

HARGAI SUMBANGAN FELDA


KEPRIHATINAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) membangunkan Semenanjung Dent menjadi Pusat Kegiatan Ekonomi di Silam amat dharapkan dan disanjung tinggi.

Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi, menjulang komitmen Felda dalam sektor pertanian dan sekaligus membangunkan Semenanjung Dent yang menjadi Hub Lanun di era 1970-an.

“Tidak siapa boleh menafikan peranan FELDA melonjak ekonomi Silam apatah lagi sumbangan FELDA yang begitu ketara terhadap penempatan dan penyusunan semula masyarakat,” ujar Salleh yang merakamkan penghargaan di atas sumbangan RM50 juta FELDA untuk Tabung Pembangunan di Sabah.


SAMPAIKAN...Najib menyampaikan replika cek RM25 juta kepada agensi pelaksana sambil diperhatikan Musa.

Kata Salleh walaupun hanya RM25 juta disalurkan untuk projek penempatan semula masyarakat yang menerima kesan tidak langsung daripada pembangunan Gugusan Rancangan Tanah Felda Sahabat, namun mencukupi untuk menyediakan kemudahan perumahan yang lebih baik.

Walaupun wang RM25 juta telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPPS) sebelum ini, namun pemansuhan JPPS tidak meluputkan tanggung jawab kerajaan terhadap rakyat di Silam.

“Saya akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Negeri Sabah untuk memastikan wang yang disalurkan FELDA dimanfaat sepenuhnya untuk kepentingan masyarakat,” ujar Salleh yang akan menemui Pegawai Pembangunan Negeri Sabah dalam masa terdekat untuk meneruskan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Tegas Salleh, walaupun projek berkenaan tergendala kerana masalah teknikal terutama kesesuaian tapak, namun Kerajaan Persekutuan mempunyai mekanisme untuk menyelesaikan isu ini secara berkesan.

“Kita telah mengarahkan pihak yang terlibat dengan projek ini mengumpulkan bank data untuk memastikan rumah berkenaan diberikan kepada yang benar-benar layak,” kata Salleh yang mengalu-alukan rakyat termiskin yang tidak mempunyai tanah atau rumah untuk mendaftar di pejabatnya di Lahad Datu, Kunak dan Tungku.

HARAMKAN DEWAN PERNIAGAAN INDIA MUSLIM SABAH


HARAM...Azizul di hadapan pejabat DPIM di Sinsuran yang menjadi koloni PATI India berlindung.

KEGIATAN Dewan Perniagaan India Muslim Sabah yang diterajui oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris merekrut pendatang asing India dikutuk pelbagai pihak.

Terbaru, Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul menggesa agar Jabatan Pendaftar Pertubuhan Sabah, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara bergembleng memeriksa keahlian Dewan Perniagaan berkenaan yang menjadi tempat SUAKA kepada PATI India di Sabah.

Kata Azizul, restoran dan perniagaan runcit yang tumbuh bagaikan cendawan di seluruh Sabah menggunakan tenaga kerja daripada India tanpa permit atau Visa.
“Ketika Mereka ini tidak pandai cakap Melayu tetapi tidak berapa lama kemudian mereka mendapat kad pengenalan. Ramai yang menjadi agen menguruskan visa dan kad pengenalan projek dan bebas berlegar di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran,” kata Azizul lagi yang menggesa Menteri Dalam Negeri menjalankan siasatan rapi berhuung dakwaannya.

Azizul menarik perhatian, seorang PATI India yang menjadi agen permohonan kad pengenalan projek dan passport antarabangsa Malaysia ialah Abdul Jabar Muthalif.

“Saya mempunyai rekod peribadi Abdul Jabbar Muthalif ini. Dia dilahirkan di Karasil Patti, daerah Sivaganga, Tamil Nadu, India. Dia datang ke Sabah pada 1983 sebagai tukang jahit di Kudat tetapi menjadi buruan Imigresen apabila gagal memperbaharui Visa,” kata Azizul yang kesal dengan integriti di Sabah.

Kata Azizul lagi, Jabbar mendapat beberapa kad palsu di zaman Kerajaan Berjaya setelah menjadi buruan Imigresen selama beberapa tahun, namun berjaya membuka beberapa restoran di Kudat dan Kota Marudu.

Jabbar diterima sebagai Ahli Persatuan Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) dan DPIM membantu Jabbar mendapatkan dokumen yang sah melalui jalan belakang iaitu ‘Projek Mahathir’ ketika UMO mengembangkan sayapnya ke Sabah pada 1991.

“Dia dapat IC Projek daripada Abu Ali Ganturon di Bangunan Berjaya dengan mendaftar sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS),” tegas Azizul yang kesal kerana kerajaan tidak memberkas Jabbar walaupun Abu Ali Ganturon ditahan di bawah ISA.

Kata Azizul lagi, Jabbar mendapat kad pengenalan biru H 0488213 dan isterinya, Aysha Bte Abdul Ghani yang ketika itu berada di India turut mendapat kad pengenalan projek H 0488215.

“Aysha ini lahir di Kampung Ranganathapatti, Tamil Nadu, India. Setelah kedua mereka dapat kad pengenalan, mereka berpindah ke Kota Kinabalu dan dengan bantuan DPIM mereka buka restoran di Kampung Air, Kota Kinabalu selain meneruskan restoran mereka di Telupid dan Kota Marudu,” ujar Azizul lagi.

Kata Azizul lagi, bagi mengenang jasa Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Datuk Seri Rafidah Aziz yang banyak membantu DPIM, Jabbar menamakan restorannya di Kota Kinabalu Restoran Rafidaah.

“Anak pertama mereka, Azmah lahir di India tetapi sekarang jadi warga Malaysia,” kata Azizul yang menyatakan Jabbar mempunyai tiga orang anak di Sabah iaitu Siti Rafidaah, 17, (sempena nama Rafidah Aziz), Fairuz 16, (sempena nama menantu Rafidah Aziz) dan Siti Zaharah, 13, (sempena nama Dr Siti Zaharah).

Jabbar amat disayangi Presiden DPIM, Baisul Khan sehingga sanggup memperkenalkan Jabbar dengan muridnya ketika Baisul menjadi guru di Tuaran iaitu Mantan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Imigresen, Bahagian Pas dan Visa, Marcus Akob (Mendiang).

“Saya telah membuat laporan kepada Menteri Dalam Negeri, namun Jabbar masih bebas keluar masuk ke Jabatan Imigresen untuk menguruskan pasport Malaysia bagi PATI India yang mendapat kad pengenalan projek,” ujar Azizul yang menyebut Jabbar mengenakan yuran antara RM1,000 hingga RM30,000 bagi seiap pasport yang diuruskannya.

Namun apabila Marcus meninggal dunia, Jabbar meredakan aktivitinya tetapi ini semakin aktif kerana mempunyai rangkaian meluas di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara mengalahkan pegawai kanan dua jabatan berkenaan.

Kata Azizul lagi, kini Jabbar dan Aysha telah mendapat Mykad bernombor masing-masing 590521-12-5873 dan 620817-12-5252 dan sering kelihatan memandu Prado TZ Siver SA9798C.

WARIS SULTAN BRUNEI TUNTUT HAK


BUKTI…Zainal bersama peta sempadan Tanah Tulin Dumpil Meruntum.

WARIS Sultan Brunei ke 16, A.K. Zainal Abidin Bin Pgn. Ag. Besar yang mendakwa dirinya piut kepada Pg Anak Untong Ibn Almarhum Sultan Hussin Kamaluddin, pemilik asal Tanah Tulen Meruntum.

Menurut Zainal, Tanah Tulen Dumpil Meruntum seluas 384 kilometer persegi atau 80,000 ekar adalah milik mutlak Allahyarham Pg Anak Untong sejak 1730 apabila beliau dianugerahkan tanah oleh ayahandanya, Sultan Hussin Kamaluddin untuk memerintah tanah jajahannya.

“Ketika British mahu membina landasan keretapi pada 1901 merentasi Tanah Tulen ini, E.W. Birch, Gabenor British North Borneo telah memperdaya cicit Pg Anak Untong iaitu Pg Ahmad merampas Watikah Pemerintahan dan tidak dikembalikan oleh Kerajaan British sehingga ke hari ini,” ujar Zainal lagi.

Sehubungan itu, Zainal telah mendapat perintah ex-parte daripada Mahkamah Syariah Kota Kinabalu untuk menuntut tanah warisan berkenaan daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Menurut Zainal, kawasan yang menjadi hak warisan keluarganya merangkumi Tanjung Dumpil, Bukit Kalam, Kampung Mangkusilad, Gunung Bongkok, Gunung Alab, Kampung Manontian, Kampung Dumpang, Kinarut dan Pulau Mantukad.

“Walaupun kebanyakannya telah dkeluarkan geran dan diwartakan sebagai tanah kerajaan negeri, namun hak kami tetap hak sebagaimana yang dijamin oleh fasal 13 Perlembagaan Persekutuan,” ujar Zainal yang akan mengemukakan tuntutan kepada Pemegang Amanah Raya.

Kata Zainal lagi, walaupun beliau adalah warganegara Malaysia, namun hak warisan nenek moyangnya adalah sah di sisi undang-undang kerana Kerajaan Malaysia tidak pernah memberi pampasan bagi tanah yang telah dirampas.

“Jika Kerajaan Negeri Sabah masih membayar Cession Money RM5,300 kepada waris Sultan Sulu, kenapa enggan mengiktiraf kedaulatan waris Sultan Brunei ke atas Tanah Dumpil Meruntum,” kata Zainal yang meminta semua pihak agar menghormati sejarah dan kedaulatan Sultan Brunei.

Kemerdekaan Malaysia, tidak memutuskan hak kami ke atas warisan sebagaimana hak waris Sultan Sulu ke atas Sabah.

“Kaum Kadazan Dusun harus menyokong tuntutan kami kerana Maang terletak di bawah bidang kuasa Tanah Tulin Dumpil Meruntum,” ujar Zainal lagi yang menawarkan jalan penyelesaian terbaik untuk kemelut Maang.

MENINGGAL DUNIA 2001 TETAPI MASIH TUNGGU MYKAD?


SEDIH…Majiming menunjukkan kad pengenalan bermutu tinggi yang dirampas JPN ketika beliau merujuk kes berkenaan ke JPN Putrajaya pada 2006.

HASRAT lelaki Rungus, Majiming Magumpol untuk memiliki Mykad seperti warganegara lain belum kesampaian apabila Jabatan Pendaftaran Negara terus mendesak beliau menyerahkan anaknya untuk disiasat kerana dituduh memalsukan kematiannya.

“Kenapa ketika mereka mematikan saya, mereka tidak siasat? Kenapa bila saya minta taraf saya dihidupkan semula daripada kematian yang belum tiba, mereka mengemukakan pelbagai alasan,” tanya Majiming yang kesal kerana kemelut identiti dirinya masih berpanjangan sejak lima tahun lalu.

Majiming yang dilahirkan di Kampung Nangka, Kudat pada 19 Disember 1951, kesal kerana JPN begitu mudah 'mematikannya' ketika beliau masih bernafas dan mempunyai kudrat untuk bekerja menyara keluarga.

Beliau memeluk agama Islam melalui Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada 1972, melalui Ustaz Muhammad Nor di Labuan dan menggunakan nama, Mohd Jaafar Bin Abdullah.

“Ketika bekerja sebagai tukang kayu di Kuala Penyu, saya bernikah dengan gadis Bisaya, Saadiah Binti Uji di Kampung Karukan, Kuala Penyu pada 1975 dan dikurniakan empat orang anak,” ujar Majiming yang semakin gelisah kerana permohonannya untuk mendapatkan Mykad masih menemui jalan buntu.

Setelah bercerai dengan isteri pertama 1983, Majiming pindah ke kampung Bongkol, Pitas mengusahakan tanah sendiri dengan tanaman getah dan buah-buahan dengan bantuan isteri kedua, Gizong @ Norma K.K. Nakandung dan dikurniakan tujuh anak.

Kata Majiming, isteri beliau meninggal kerana kanser rahim pada tahun 2000, manakala Majiming menderita sakit batu karang dalam buah pinggang dan hanya pulih sepenuhnya sekitar 2003.

Pada tahun 2003 Majiming bernikah lagi dengan seorang balu beranak tiga, Maulinting @ Nur Fatimah Mapangkat dan dikurniakan seorang anak pada Julai 2005, Nur Fatinah tetapi apabila mahu mendaftar surat lahir, JPN Kota Marudu memaklumkan bahawa beliau (Majiming @ Mohd Jaafar) telah meninggal dunia pada tahun 2001.

“Saya terkejut dan hampir pitam kerana mereka kata saya sudah mati 2001 lagi,” ujar Majiming yang dimaklumkan bahawa beliau dilaporkan meninggal dunia di Langkon, Kudat.

Akibatnya, beliau gagal mendaftarkan kelahiran anak perempuannya yang belum mendapat taraf warganegara semata-mata kerana mengikut rekod JPN beliau telah mati!


“Saya telah membuat semakan di JPN Putrajaya dan berjumpa secara peribadi serta membuat aduan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Nazri Aziz, Tan Sri Bernard Dompok dan hampir semua pemimpin di Sabah, namun semuanya hanya menabur janji palsu,” tegas Majiming yang mula berputus asa kerana karenah birokrasi
yang menafikan hak asasinya. .

Tegas Majiming lagi, beliau turut kesal kerana JPN Putrajaya menyoalsiasatnya bagaikan seorang penjenayah dan merampas kad pengenalan bermutu tingginya sehingga beliau kini menjadi warga terapung, tanpa Negara seolah-olah berada di alam kubur.

Majiming telah membuat surat akuan dan mengemukakan kepada Pegawai Pendaftaran Pitas yang kemudiannya menulis surat pengesahan kepada Pengarah Pendaftaran Sabah mengakui kad pengenalan bermutu tinggi Mohd Jaafar @ Majiming telah dituntut pada 22 Mei 2001 namun tidak menyatakan siapakah penuntutnya.

Katanya lagi, Pegawai Pendaftaran Pitas memberitahunya bahawa beliau meninggal dunia pada 18 September 2001 dan Sijil Mati beliau dikeluarkan pada Oktober 2001.

“Mykad saya, 511219125057 (H0593078) telah dituntut pada 28 Mac 2001 oleh seseorang di JPN Pitas, tetapi sampai hari ini saya belum terima mykad saya dan sekarang mereka kata saya sudah mati,” ujar Majiming yang kesal dengan sikap JPN yang enggan menukar statusnya.

Mengikut rekod, Majiming pernah dilantik sebagai Wakil Ketua Anak Negeri Pitas 1988 oleh Kerajan Parti Bersatu Sabah sebelum dipecat pada 2001 oleh UMNO. Majiming masih lagi membuang undi pada pilihanraya umum 2004 di SK Mangkapon, Kudat namun tidak lagi dapat mengundi pada pilihanraya 2008..

Wednesday, December 10, 2008

IBU PEJABAT UMNO JADI POSMEN?


Saloma Datuk Yussof

MANTAN Setiausaha UMNO Bahagian Silam, Saloma Datuk Yussof kesal dan menyifatkan Ibu Pejabat UMNO hanya bertindak sebagai Posmen apabila mengembalikan bantahannyaberhubung Persidangan Agung Wanita UMNO Silam ke Badan Perhubungan UMNO Sabah.

“Jika Setiausaha Agung atau Setiausaha Kerja UMNO tidak mampu menjalankan tugas untuk mengemukakan masalah dan bantahan saya kepada Majlis Tertinggi UMNO, sebaiknya mereka meletakkan jawatan sahaja,” ujar Saloma yang terkilan kerana Ibu Pejabat UMNO tidak membuat sebarang keputusan berhubung bantahannya.

Kata Saloma, jika kes bantahannya dirujuk kembali kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah tidak ubah seperti kata pepatah meminta penyamun untuk menangkap pencuri.

“Badan Perhubungan UMNO Sabah tidak mungkin boleh berlaku adil dan selama ini bersikap berat sebelah terhadap apa juga bantahan daripada bahagian Silam,” kata Saloma yang membuat keputusan untuk menjadikan Affidavitnya sebagai maklumat umum kerana tidak lagi menaruh sebarang harapan.

Tegas Saloma lagi, nampak seperti ada kekebalan dan benteng yang tidak kelihatan untuk melindungi individu tertentu yang tidak diketahui Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang sibuk dan rakus merebut kuasa sehingga meletakkan Pergerakan Wanita UMNO Sabah seperti rumah pelacuran politik.

"Kita tampil dengan bukti, bukti kita disamarkan dan laporan sulit kita didedahkan kepada umum. Apakah Badan Perhubungan UMNO sudah menjadi Kedai Fotokopi?," ujar Saloma yang kesal dengan sikap Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah yang mentadbir UMNO Sabah sesuka hati beliau tanpa mempedulikan bantahan dan keluhan ahli yang teraniaya.

Sebaliknya mereka yang tertuduh di dalam affidavit ini mendapatkan salinan lengkap kononnya daripada Badan Perhubungan UMNO Sabah?

Kata Saloma lagi, zaman untuk membohongi ahli telah berakhir. Pemimpin yang tidak amanah kepada parti lambat laun akan tersingkir dan menggesa agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah bertindak segera sebelum terlambat.

Berikut adalah teks penuh Affidavit Rayuan Saloma yang dikemukakan kepada Majlis Tertinggi UMNO dan Badan Perhubungan UMNO Sabah yang belum mendapat sebarang jawapan.


PETISYEN PERSIDANGAN SEMULA
SEMUA CAWANGAN WANITA UMNO SILAM

PERAYU

SALOMA DATUK YUSSOF
Ketua Wanita Cawangan UMNO Panji Baru

DI HADAPAN

PRESIDEN UMNO & MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA

PETISYEN PERAYU

BAHAWASANYA, Saya, SALOMA DATUK YUSSOF (KPT: 631219-12-5600) selaku calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam yang beralamat di MDLD 4736, LOT 210, JALAN JAYA 1, TAMAN AMAN JAYA, 91100 LAHAD DATU, SABAH sesungguhnya menjunjung tinggi Perlembagaan UMNO mengemukakan petisyen untuk merayu keprihatinan YAB Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia agar mengarahkan Persidangan Agung Semua Cawangan Wanita UMNO di Bahagian Silam diulang semula secara saksama bagi memberi peluang kepada semua pihak menjalani amalan demokrasi berdasarkan alasan-alasan berikut:

01. JUMLAH PENCALONAN

Mengikut rekod peribadi saya, lebih 85 cawangan telah mencadangkan saya sebagai calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, namun Kertas Persidangan Cawangan dikhuatiri telah diubah dengan mencalonkan Penyandang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid tanpa pengetahuan dan persetujuan Ketua Wanita Cawangan yang terlibat.

85 Cawangan yang mencadangkan saya ialah;

01) Public Villa Raya
02) Kg.Air
03) Kg. Pulau Sarif
04) Kg Long Danau 1
05) Wawasan 2
06) Kg Bakau Tengah
07) Kg Sapagaya Upek
08) Kg Singgamata Logpond
09) Linggang 2
10) Linggang 1
11) Felda Sahabat 16, Blok 1
12) Telisai 7
13) Kg Sapagaya Hilir
14) Sapagaya Baru
15) Panji Laut 3
16) Kg. Simunul
17) Kg.Bakau 7
18) Kg.Panji Keramat
19) Bukit Buang Sayang
20) Kg.Panji
21) Kg. Gawa-Gawa
22) Batu 13 Jalan Sandakan
23) Kg Long Rita Tungku
24) Telisai 1
25) Telisai II
26) Telisai 5
27) Telisai 2
28) Kg. Lok Buah
29) Kunak 2 Laut
30) Kg. Suluk
31) Kg. Kunak Darat
32) Kg.Tg Bangkuruan
33) Kg. Bakau 1
34) Kg. Air Blok C
35) Kg. Kokos Baru
36) Jaya Baru 3
37) Kg. Orkid
38) Pangkalan Lama
39) Kg. Bagiang
40) Kunak Jaya Laut
41) Buang Sayang
42) Kunak Baru
43) Kg. Panji Baru
44) Felda Anjung Teduh
45) Kg. Sepagaya
46) Kg. Lok Banga
47) Kg. Air Baru II
48) Kg. Air 2
49) Jemaah Kg. Air
50) Kg. Bugis Batu 1½ Jalan Segama
51) Kg. Bugis Kebun Baru
52) Perumahan Sabah Baru
53) Kg. Panji Lama 1
54) Sri Tanjung Bakau
55) Singgamata 1
56) Kg. Sri Puyut II
57) Singgamata 3
58) Singgamata 8
59) Kg. Bakau II
60) Singgamata 2
61) Kg.Dasar Baru Tengah
62) Kg.Dasar Lama
63) Ladang Baturung
64) Kg. Kunak
65) Pangi Tengah
66) Kg. Pangi
67) Kg. Hampilan
68) Kg. Suluk 2
69) Pangkalan Baru
70) Kg. Nelayan
71) Pengkalan Tengah
72) Kg. Atas Telaga
73) Kg. Remang
74) Bukit Belacon Batu 10
75) Kg. Ipil 1
76) Taman Setia
77) Puyut Lama 3
78) Kg. Bakau III
79) Taman Gembira II
80) Kg. Singgamata II
81) Kg. Air Laut 1
82) Kg. Bakau Baru B
83) Kg. Air Laut 2

Pada 29 September 2008, dalam Mesyuarat AJK Pergerakan Wanita UMNO Silam, Puan Saleha telah mengumumkan beliau menang tanpa bertanding kerana tidak ada calon yang melepasi kuota kelayakan iaitu 48 pencalonan kerana kononnya saya hanya mendapat 45 pen-calonan sedangkan tidak ada perangkaan rasmi dikeluarkan. Menurut siasatan saya, semua Kertas Persidangan Cawangan disimpan secara rahsia tanpa dapat dicapai oleh Urusetia Pemilihan dan Setiausaha Bahagian.


Keratan Akhbar Utusan Borneo 12 Oktober 2008.

Mengikut Surat Akuan AJK Wanita UMNO Bahagian Silam, Puan Fartimah Kaning, Puan Saleha mengumumkan bahawa beliau mendapat 248 Pencalonan, saya 45 pencalonan, Datin Maizatul Akmam Datuk Ahmad Alawi 15 pencalonan dan Hajjah Lindungan Aziman 6 pencalonan seperti Exhibit A.

Namun 82 Ketua Wanita Cawangan telah menafikan mereka mencadangkan Puan Saleha sehingga sanggup menurunkan Cap Jari Tangan Kanan menyokong memorandum yang dikemukakan pada 30 September 2008 oleh Pembantu saya, Puan Kasmah Adin seperti Exhibit B.


SAMPAIKAN….Kasmah (kiri) dan Jaliha memegang memorandum rayuan Ketua-Ketua Wanita Cawangan sebelum menyampaikannya kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Memorandum tersebut menzahirkan kehendak lebih satu perempat cawangan iaitu 82 cawangan wanita daripada 314 yang layak bersidang dan harus dilihat sebagai keputusan akar umbi secara consensus yang menghendaki Persidangan Agung Tahunan Wanita Cawangan Bahagian Silam diadakan semula secara saksama.

Tambahanpula, mereka telah menyatakan sokongan secara rasmi kepada saya kerana kebanyakan mereka menandatangani memorandum berkenaan di rumah saya dan bukan sahaja membuat kenyataan sokongan lisan, malah sanggup menurunkan cap ibu jari kanan sebagai sokongan mutlak.

Tiga lagi Ketua Wanita Cawangan iaitu Salasiah Abdul Halim (Kg.Tanagian Lama), Maseni Hamsain (Kg.Panji II) Saidah Puyong (Kg. Taruakan) bersama Tiga Ketua Wanita Cawangan yang telah menandatangani Memorandum 30 September 2008 telah membuat Surat Akuan di Mahkamah menafikan mereka mencalonkan Puan Saleha sebaliknya mencalonkan saya seperti Exhibit C.

Sehubungan itu, jumlah pencalonan yang dimanipulasi dan tidak dizahirkan atau diaudit oleh juruaudit bertauliah menyebabkan hak asasi Ketua Wanita Cawangan telah dica-bul dan peluang semua calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan dinafikan.

02. SIDANG TANPA NOTIS

Pada 17 Julai 2008, lebih kurang jam 10.00 pagi, UMNO Bahagian Silam telah mengadakan Perasmian Serentak Semua Cawangan bagi Zon Tungku di Dewan Serbaguna Kampung Telisai yang turut dihadiri semua AJK dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid.

Selepas perasmian, Puan Saleha bergegas ke Felda Sahabat dan mengarahkan Ketua Wanita Cawangan menghadiri mesyuarat berkelompok di Dewan Desa Kencana walaupun beliau mengetahui tidak ada sebarang notis mesyuarat dikeluarkan oleh cawangan berkenaan.

Tujuh cawangan Zon Felda yang menghadiri Persidangan Berkelompok berkenaan ialah;

1) Sri Sahabat 9
2) Felda Sahabat 14
3) Felda Sahabat Seri Desa Kencana
4) Sahabat 16 Desa Kencana
5) Felda Sahabat 16 Blok 1
6) Felda Sahabat 16 Blok 2
7) Felda Sahabat 16 (Blok 2-3)

Pada sebelah malamnya, lebih kurang jam 8.00 malam, Puan Saleha memaksa lapan cawangan di Zon Tungku mengadakan Persidangan Cawangan tanpa sebarang notis dan tidak mempunyai korum yang mencukupi, namun diteruskan asalkan cawangan berkenaan mencadang beliau.

Lapan cawangan Zon Tungku yang menghadiri Persidangan Berkelompok berkenaan ialah;

1) Telisai 6
2) Telisai 7
3) Kampung Berigas III
4) Telisai I
5) Telisai II
6) Kampung Telisai 4
7) Kampung Telisai 5
8) Telisai 2

Hanya Cawangan Wanita Telisai 7 yang diarah bermesyuarat semula kerana mencadangkan saya sebagai calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, manakala selebihnya disahkan.

Ketua-Ketua Wanita cawangan berkenaan mengadu bahawa mesyuarat berkenaan tidak cukup korum dan tidak mematuhi Tatacara Persidangan, namun mereka tidak mempunyai pilihan selain meneruskan persidangan kerana bimbang dengan ugutan cawangan mereka akan digantung. Mereka dipaksa mencadangkan Puan Saleha sebagai calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Bukti bertulis seperti di xhibit D


03. DOKUMEN DIPALSUKAN

Ramai Ketua Wanita Cawangan mengaku dokumen penting seperti Kertas Persidangan cawangan mereka telah diisi atau dipalsukan oleh AJK yang diamanahkan untuk mengendalikan Persidangan cawangan mereka. Mereka dilarang meminda apa yang telah ditulis terutama ruangan penamaan calon Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam. Terdapat bukti yang jelas ramai AJK diarah menukar dokumen Kertas Persidangan Cawangan yang mencadangkan saya sebagai calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Ketua-ketua wanita cawangan tidak dapat berbuat apa-apa kerana semua Kertas Persidangan Cawangan telah diambil Puan Saleha tanpa meninggalkan salinan untuk rujukan cawangan. Ada juga cawangan yang mendapat salinan Kertas Persidangan setelah didesak atas ehsan AJK pengendali persidangan seperti Exhibit E.


04. PEMINDAHAN AHLI

Ramai ahli dan Ketua Wanita Cawangan telah dipindah secara tidak sah daripada cawangan sehingga mereka tidak dapat menjadi Perwakilan, Ketua Wanita Cawangan atau bertanding sebarang jawatan dalam parti dan perbuatan ini merupakan tindakan jenayah dan sabotaj paling keji yang berleluasa di UMNO Silam.

Seorang ahli UMNO, Maseni Haji Hamsain telah membuat Laporan Polis LDD/RPT/5944/08 pada jam 4.04 petang di Balai Polis Karamunsing yang mendakwa bahawa;

“Pada lebih kurang jam 9.30 pagi, 10 Oktober 2008, AJK UMNO Silam, Hassan Muhammad memberitahu bahawa saya tidak layak bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Silam kera-na saya bukan ahli UMNO Silam. Saya membuat laporan ini agar Polis di-Raja Malaysia (PDRM) menyiasat dan menangkap pihak yang bertanggung jawab memindahkan keahlian saya daripada Cawangan Panji II Bahagian Silam ke Cawangan Kampung Pakil Darat, Bahagian Batu Sapi, Sandakan. Laporan ini juga dibuat agar PDRM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah terhadap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam Puan Aloyah Habib Ali kerana bersubahat dan terlibat secara lansung melakukan sabotaj memindahkan keahlian saya ke cawangan lain sehingga saya tidak dapat bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Silam. Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat dan menangkap Setiausaha UMNO Bahagian Silam, Firdaus Datuk Haji Ahmad Alawi kerana menyembunyikan maklumat dan tidak menzahirkan maklumat sebenar keahlian saya kepada Ketua dan AJK UMNO Bahagian Silam. Sekianlah laporan saya.”

Begitu juga dengan Juairah Omar Basa (601028-12-5408) yang menjadi Ketua Wanita Cawangan di Kampung Pangi Tengah, Kunak sejak 1995 telah dipindahkan ke cawangan Kg. Panji Tengah, Lahad Datu.

Juairah telah kehilangan hak sebagai ketua wanita cawangan dan perwakilan telah mengemukakan permohonan perpindahan semula ke cawangannya, namun 27 Julai 2008 mengikut rekod UMNO On-Line, Juairah masih menjadi ahli Kg. Panji Tengah, Lahad Datu.

Ramai lagi ahli mengadu nama mereka hilang daripada rekod keahlian, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana rayuan mereka tidak diendahkan.

Bukti dokumen lain disertakan di Exhibit F

05. AMALAN POLITIK WANG

Amalan politik wang begitu berleluasa sehingga dilakukan secara terbuka atau melalui agen dilantik untuk membahagikan wang tunai sebagai imbalan kerana telah mencadang atau melakukan sabotaj kepada calon yang menentang penyandang jawatan.

Hampir kesemua Ketua Wanita Cawangan yang mencadangkan penyandang jawatan menerima antara RM50 hingga RM70 daripada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam atau agennya, namun mereka tidak berani tampil kerana bimbang diugut atau cawangan mereka digantung.

AJK Wanita Bahagian yang diarah mengendalikan Persidangan Cawangan turut dibekalkan RM20 (Ringgit Malaysia dua puluh sahaja) untuk diberikan kepada setiap cawangan yang pro dan mencadangkan Puan Hajjah Saleha sebagai Calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, kononnya wang daripada Tabung Wanita UMNO Silam.

Selepas selesai persidangan cawangan, Puan Saleha atau agennya akan menghantar RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) kepada Ketua Wanita Cawangan berkenaan sebagai imbalan kepada cawangan yang mencadangkan beliau sahaja.

Sebagai contoh, seorang Ketua Wanita Cawangan, Phahima Assanuddin telah didesak Puan Saleha mengadakan persidangan cawangan pada tarikh akhir persidangan iaitu pada 14 September 2008, walaupun beliau telah memaklumkan bahawa cawangannya, Kampung Bakau Tengah B tidak layak bermesyuarat disebabkan cawangan Induk telah bermesyuarat pada 30 Ogos 2008.

Namun Saleha telah mengarahkan AJK Wanita Bahagian, Puan Sitti Dalha Hamsain dan pembantu khasnya Normasiah @ Tinah Lahaminu meneruskan Persidangan dengan membelakangkan tarikh persidangan kepada 30 Ogos 2008 kerana Saleha telah mengarahkan kadernya, memberikan imbalan tunai RM70 (RM20 sebelum sidang dan RM50 selepas sidang) kerana mencadangkan beliau sebagai Calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Bagaimanapun merasakan maruah dirinya tercalar akibat tindakan Saleha yang cuba membeli kesetiaannya kepada Parti dan mengheretnya ke kancah politik wang, Phahima telah membuat laporan di Ibu Pejabat BPR Kota Kinabalu dan bahan bukti telah diserahkan kepada BPR. Kes tersebut masih dalam siasatan.

Manakala seorang ahli UMNO Cawangan Kg. Pakil Darat, Batu Sapi, Sandakan, Hajjah Noraidah Haji Hamsain, telah dipujuk Saleha agar mengadakan mesyuarat cawangan adik beradiknya, Kg. Panji II sekalipun beliau memberitahu bahawa beliau bukan ahli cawangan berkenaan.

Saleha tetap mendesak Hajjah Noraidah mengadakan Persidangan ‘Atas Meja’ sebelum memberikan wang RM50 kerana bersetuju mencalonkan beliau. Bagaimanapun Hajjah Noraidah telah menulis Surat kepada YAB Datuk Seri dan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO untuk tindakan lanjut dan bersedia memberi keterangan pada bila-bila masa.

Setelah Mesyuarat ‘Atas Meja’ tersebut dibantah oleh seorang ahlinya, Maseni Haji Hamsain, seorang AJK Wanita UMNO Bahagian kepercayaan Saleha, Hajjah Shara Yakub telah memaksa Maseni mengadakan persidangan di ‘atas meja’ juga dan akhirnya mengadakan sekatan bertanding kerana kononnya Maseni adalah ahli cawangan yang sama dengan Hajjah Noraidah.

Kes politik wang begitu berleluasa di Silam dan dilakukan secara wewenang oleh Saleha terutama pemberian projek kecil, janji dilantik ke jawatan tertentu, pemberian peralatan elektrik dan elektronik, pinggan mangkuk dan sebagainya untuk memperoleh sokongan dalam tempoh enam bulan sebelum pertandingan.

Aduan bertulis telah dihantar kepada YAB Datuk Seri dan Lembaga Disiplin dan mereka menghadapi masalah membuat laporan kerana Saleha mengugut mereka akan digantung keahlian jika membuat laporan kepada Lembaga Disiplin. Bukti disertakan di Exhibit H.

06. SIDANG OLOK-OLOK

Banyak aduan yang diterima daripada Ketua Cawangan bahawa AJK yang diamanahkan atau Wakil Bahagian ke Persidangan Agung Wanita cawangan hanya menjalankan Persidangan Secara ‘Olok-Olok’ iaitu tanpa korum atau notis.

Ketua Wanita Cawangan atau wakilnya dipaksa mengisi Kertas Persidangan di atas meja tanpa ‘Mesyuarat’ dengan syarat ‘WAJIB’ mencalonkan Penyandang Jawatan iaitu Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid.

Jika Ketua Cawangan Wanita enggan mematuhi kehendak liar AJK ini, maka cawangan mereka akan dihukum dan dilucut hak sebagai perwakilan dan hanya hadir sebagai PEMERHATI.

Ada juga cawangan yang dimesyuaratkan dan menerima habuan wang tunai sekalipun ‘Ketua Wanita Cawangan’ berkenaan bukan ahli cawangan berkenaan semata-mata untuk memastikan penyandang jawatan mendapat cukup pencalonan atau memenangi tanpa bertanding seperti di Exhibit I.

07. PAKSAAN & UGUTAN

Penyandang jawatan dan kadernya telah menyalahguna kuasa dan kedudukan mereka dengan melakukan paksaan atau ugutan mental dan fizikal terhadap Ketua Wanita Cawangan yang tidak mencalonkan beliau sebagai Calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Ramai Ketua Wanita Cawangan mengadu kepada saya, bahawa mereka terpaksa mencalonkan Saleha kerana tidak tahan dengan gangguan berterusan yang dilakukan terhadap diri dan keluarga mereka, terutama hak mereka untuk bersama keluarga terganggu kerana Saleha mengunjungi rumah mereka tanpa mengira masa untuk memujuk agar dia dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam.

Seorang Pemangku Ketua Wanita Cawangan Felda Anjung Teduh, KASMAH ADIN, telah membuat laporan polis LDD/ RPT/4657/08 pada jam 5.26 petang, 30 Julai 2008 yang menyebut bahawa;

“Pada lebih kurang jam 11.02 pagi, 17 Julai 2008, Ketua Wanita UMNO Silam, Hajjah Saleha Abdul Wahid telah mengugut saya di khalayak ramai dengan lantang mengatakan tidak akan memberikan sebarang peruntukan kepada cawangan saya sekiranya beliau berjaya mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Silam, kerana beliau menuduh saya tidak mencadangkan namanya sebagai calon Ketua Wanita UMNO Silam. Ugutan ini membuatkan saya merasa teraniaya, malu, hilang maruah dan serba-salah kerana dibuat di khalayak ramai. Sebagai ahli UMNO saya berhak menggunakan kebebasan saya untuk mencadangkan pemimpin pilihan saya. Saya buat aduan ini supaya Polis di-Raja Malaysia mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah terhadap Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid kerana menyalahgunakan kedudukannya mempengaruhi saya dan mengugut saya serta melakukan cubaan dan berniat jahat terhadap saya sedangkan cawa-ngan saya belum bersidang. Sekianlah laporan saya.”

Akibatnya ramai Ketua Cawangan Wanita terpaksa mencadangkan Puan Saleha bagi mengelakkan tekanan, paksaan atau deraan mental dan fizikal sehingga mereka kehilangan hak untuk mencadangkan calon atau pemimpin pilihan mereka. Mereka telah menulis surat kepada Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin Parti. Mereka ada memberikan salinan seperti di Exhibit J.

08. PERWAKILAN HANTU

Walaupun telah mengisytiharkan dirinya menang tanpa bertanding, namun penyandang jawatan berniat jahat dan masih menggunakan taktik buruk dan kesalahan jenayah dengan bersubahat menyeludup masuk Pendatang Asing dan Pengundi Hantu yang menyamar sebagai Perwakilan kerana tidak menyediakan Senarai Perwakilan pada Persidangan Agung Wanita UMNO Silam pada 11 Oktober 2008 dan akan disambung pada 19 Oktober 2008 (mengikut notis yang telah diedarkan) sekalipun Persidangan berkenaan sewajarnya dibatalkan kerana terdapat TIGA PERWAKILAN HANTU yang telah dilaporkan kepada Pengerusi Tetap dan laporan polis telah dibuat oleh dua orang perwakilan. Walaupun Urusetia menggunakan khidmat Jabatan Pertahan Awam (JPA3) namun mereka turut bersubahat membenarkan Warga Asing dan Perwakilan Hantu berkenaan masuk dan membuang undi di dalam Persidangan Agung Berkenaan.

Menurut laporan polis (LDD/RPT/5945/08) yang dibuat oleh seorang Ketua Wanita Cawangan Public Villa Raya yang juga seorang Perwakilan Wanita UMNO Silam, Jaliha @ Zaliha Iskandar pada jam 4.12 petang, 12 Oktober 2008 di Balai Polis Karamunsing beliau mendakwa;

“Pada lebih kurang jam 1.30 petang, 11 Oktober 2008, bertempat di Dewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad Datu, seorang warga Asing Filipina, Nora Hassan telah menyamar sebagai seorang Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Kampung Bakapit 1 bernama Norkisa Dialhu. Warga asing berkenaan menunjukkan Mykad yang saya pasti bukan milik-nya kerana berlainan wajah dan nama. Saya telah mengadu kepada Setiausaha Bahagian UMNO Silam, Firdaus Datuk Haji Ahmad Alawi namun beliau mengarahkan berjumpa Pengerusi Tetap Persidangan, iaitu Fatimah Haji Khamis yang kemudiannya meminta saya membuat laporan polis kerana di luar bidang kuasanya. Saya datang ke balai membuat laporan agar Polis di-Raja Malaysia (PDRM) menyiasat dan menangkap Warga Asing berkenaan. Laporan ini juga dibuat terhadap Ketua Wanita Cawangan Bakapit 1, Fatimah Abdul Rahman kerana menggunakan khidmat warga asing secara haram untuk menggantikan perwa-kilannya yang tidak hadir demi untuk kepentingan peribadi. Laporan ini juga dibuat agar PDRM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah terhadap Ketua Pergera-kan Wanita UMNO Silam Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid dan Naibnya, Aloyah Habib Ali yang mengetuai Urusetia Pemilihan kerana bersubahat dan terlibat secara langsung membenar Warga Asing menjadi Perwakilan Persidangan Agung Wanita UMNO Silam. Laporan ini juga dibuat agar PDRM dan Jabatan Imigresen menyiasat di bawah undang-undang jenayah dan menangkap Urusetia Pendaftaran Perwakilan Zon Tungku iaitu Puan Naima Abd Gapar dan Normalsia @ Tina Lahaminu kerana menyeludup masuk warga asing sebagai Perwakilan. Sekianlah laporan saya.”


Nora Hassan yang bertanda X ialah pemegang Pasport Pelawat Filipina yang berusia lebih kurang dua puluhan menyamar sebagai perwakilan dan membuang undi bagi pihak wakil sebenar iaitu Norkisa Dialhu yang berusia 31 tahun?


Salinan Kad pengenalan Norkisa. Kad Pengenalan asal telah diserahkan kepada polis.

Manakala seorang lagi Ketua Wanita Cawangan Felda Anjung Teduh, Kasmah Adin yang juga Perwakilan Wanita UMNO pada Persidangan Agung Wanita UMNO Bahagian Silam pada 11 Oktober 2008 di Dewan Masyarakat Lahad Datu telah berjaya mengesan dan menangkap dua orang PERWAKILAN HANTU ketika membuang undi.

Seorang Pegawai JPA3, Jani Kiang dan AJK UMNO, Haji Ismail Tidal cuba menghalang Kasmah menangkap Perwakilan Hantu berkenaan, namun Kasmah berjaya menghadapkan Perwakilan Hantu tersebut kepada Pengerusi Tetap Persidangan.

Dalam laporan polisnya, LDD/RPT/5946/08 yang dibuat di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu pada jam 4.16 petang, 12 Oktober 2008, Kasmah menyatakan bahawa;

“Pada lebih kurang jam 12.30 tengah hari, 11 Oktober 2008, bertempat di Dewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad Datu, saya mengenalpasti dua orang Perwakilan ‘HANTU’ di Persidangan Agung Wanita UMNO Silam telah turut mengundi memilih AJK Wanita Bahagian. Meman-dangkan perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang, maka saya datang membuat laporan agar Polis di-Raja Malaysia (PDRM) menyiasat dan menangkap Pe-ngundi Hantu berkenaan iaitu ROSNAH AMAT (810328-12-5806) daripada Cawangan Wanita Kampung Pangi Tengah, Kunak yang menyamar sebagai SITI BAHASA (641210-12-5646) dari Perwakilan Kampung Hampilan Laut Kunak dan BUANG KASEH dari Kampung Hampilan Laut yang menya-mar sebagai HALIMAH BT WAHAB (601213-12-5274) di cawangan yang sama.”

“Laporan ini juga dibuat terhadap Ketua Wanita Cawangan Hampilan Laut, SAEYAH BT BUHARI (610304-12-5098) kerana secara sedar dan tipu muslihat menggunakan khidmat ‘Pengundi Hantu’ untuk menggantikan perwakilannya yang tidak hadir demi untuk kepentingan peribadi. Laporan ini juga dibuat agar PDRM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah terhadap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam Puan Hajjah Saleha Abdul Wahid dan Naibnya, Aloyah Habib Ali yang mengetuai Urusetia Pemilihan kerana bersubahat dan terlibat secara langsung membenar ‘Perwakilan Hantu’ menjadi Perwakilan Persidangan Agung Wanita UMNO Silam. Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat dan menangkap Wakil Bahagian, Haji Ismail Tidal dan Hajjah Sarbanun Alamansah kerana bersubahat membenarkan bukan perwakilan cawangan menjadi perwakilan dan enggan menerima bantahan saya. Sekianlah laporan saya.”


Dua orang Perwakilan Hantu ini segera memalingkan wajah apabila menyedari gambar mereka dirakam oleh seorang perwakilan melalui telefon bimbit sebelum mereka diheret Kasmah. Mereka bergegas meninggalkan dewan setelah Pegawai JPA3 dan AJK Petugas menyeludup mereka keluar selepas perkara ini dimaklumkan kepada Pengerusi Tetap Persidangan.


Salinan Kad Pengenalan Pengundi Hantu I yang diserahkan ke Balai Polis Lahad Datu oleh pengadu.


Salinan Kad Pengenalan Pengundi Hantu II yang diserahkan ke Balai Polis Lahad Datu oleh pengadu.

Ekoran daripada laporan polis berkenaan, kedua-dua pengundi Hantu tersebut telah menulis surat kepada YAB Datuk Seri pada 13 Oktober 2008 memohon maaf kerana mereka telah menjadi pengganti kepada Perwakilan sebe-nar. Mereka tidak menyatakan sebab mereka berbuat demikian dalam surat mereka, namun siasatan saya men-dapati mereka terpaksa menjadi ‘Perwakilan Hantu’ kerana Ketua Wanita Cawangan Hampilan Laut, Saeyah Buhari, penyokong kuat Saleha mengugut untuk memutuskan bekalan air ke rumah mereka yang disambung daripada rumahnya. Kedua-dua mereka telah mengaku membuang undi bagi pihak Perwakilan yang mereka wakili.

Seorang Ketua Wanita Cawangan Kg. Pangi, Kunak, Sahora Japara, pengsan kerana terlalu malu ketika Persidangan Agung Perwakilan Wanita UMNO Silam pada 11 Oktober 2008 di Dewan Masyarakat Tun Mustapha, Lahad Datu disebabkan namanya tidak terdapat di dalam senarai Perwa-kilan, sebaliknya adiknya, Robia Japara dijadikan Perwakilan oleh AJK Wanita UMNO Silam, Hajjah Serbanun Haji Alamansah secara tidak sah, atas arahan Saleha kerana Sahora adalah penyokong setia saya.

Bukti bersurat lain disertakan sebagai Exhibit K.

09. KUOTA KELAYAKAN

Mengikut amalan UMNO Silam sejak sekian lama, Kuota Kelayakan bertanding adalah mengikut Fasal 15.5 Perlembagaan UMNO dan bukannya Fasal 12.7 Peraturan Pergerakan Wanita UMNO yang kini digunapakai dalam Pergerakan ini oleh penyandang jawatan.

Oleh kerana Fasal 12.7 Peraturan Persidangan Pergerakan Wanita UMNO bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, maka sewajarnya Majlis Tertinggi membuat keputusan ber-dasarkan Fasal 32 Perlembagaan UMNO berhubung kuota Kelayakan bertanding Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian kerana tidak seragam dan kurang praktikal.

Jika kuota kelayakan Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian hanya memerlukan 30 Pencalonan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hanya 39 Pencalonan dan Ketua Puteri UMNO Malaysia hanya memerlukan dua pencalonan, adalah tidak wajar jika Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian memerlukan 15 % pencalonan sehingga menafikan hak calon lain untuk bertanding.

Kerakusan penyandang jawatan untuk menang tanpa bertanding dengan memastikan pencabarnya tidak layak, maka taktik ugutan dan paksaan yang diamalkan berikutan kelonggaran atau pelencongan Perlembagaan telah dihalalkan oleh Ketua UMNO Bahagian dan Badan Perhubungan UMNO Sabah.

10. HAK MENGADU

SEJAJAR dengan Fasal 9 Tataetika Ahli UMNO;

“Mana-mana ahli yang merasakan bahawa hak mereka telah dinafikan di dalam apa juga keadaan, bolehlah mengadu kepada Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan Negeri atau Lembaga Disiplin supaya hak mereka dapat didengar dan diadili dengan mengemukakan bahan-bahan bukti yang munasabah seperti saksi-saksi, bahan-bahan bercetak atau elektronik atau apa juga bahan yang lain yang menyokong aduan mereka tersebut.”

Maka saya mengemukakan Affidavit serta bukti agar YAB Datuk Seri dan Majlis Tertinggi dapat membuat siasatan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya demi menyelamatkan Pergerakan Wanita UMNO Silam daripada kehancuran Menghapuskan perasaan tidak senang dan jengkel ahli UMNO kepada Pucuk Pimpinan UMNO yang selama ini telah menyebabkan perjuangan mereka ibarat kapal tanpa haluan.

Menaikkan semangat mereka untuk menghadapi apa juga cabaran dan melonjakkan keserasian dan kewibawaan pemimpin mereka.

Memberi pengajaran kepada ahli dan pemimpin UMNO bahawa tiada siapa yang terlepas daripada hukuman dan hukuman yang dilaksanakan adil dan saksama, terutama politik wang dan memanipulasi Perlembagaan dan Tatacara Peraturan Mesyuarat.

Tadbir urus dan perjalanan mesyuarat cawangan akan lebih tersusun dan meningkatkan kefahaman jentera cawangan agar lebih mantap.

11. KESIMPULAN

PELUANG yang saksama haruslah diberikan kepada semua calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebarang peringkat jawatan di peringkat bahagian agar mereka boleh memainkan peranan penting memperkasa perjuangan dan memantapkan perpaduan di kalangan ahli UMNO melalui daya kepimpinan berwibawa, pragmatik dan praktikal.
Keprihatinan YAB Datuk Seri dan MAJLIS TERTINGGI UMNO MELULUSKAN Affidavit ini akan memberi kesan positif kepada senario politik di Silam dan mampu melonjak dan merangsang keyakinan ahli UMNO Silam. Akibat sikap rakus dan tamak penyandang jawatan untuk memperoleh kuasa dan mengekal kuasa sampai bila-bila sekalipun melanggar tataetika ahli UMNO.

12. JUSTIFIKASI

JUSTIFIKASI dan faedah jangka panjang yang diperoleh daripada PERSIDANGAN SEMULA SEMUA CAWANGAN WANITA UMNO SILAM adalah seperti berikut;

13. PERAKUAN STATUTORI

BAHAWASANYA saya, SALOMA DATUK YUSSOF (KPT: 631219-12-5600) selaku KETUA WANITA CAWANGAN UMNO KAMPUNG PANJI BARU dan Calon KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO SILAM dengan ini mengaku bahawa semua penjelasan dan perakuan sukarela yang dinyatakan di dalam affidavit ini adalah benar dan muktamad.



SALOMA DATUK YUSSOF )
(KP: 631219-12-5600) )
Di KOTA KINABALU, SABAH )
Pada 17 Oktober 2008 )
Di hadapan saya: )…………………………………………….

PATI BERHUTANG RM24,455.14 KEPADA TELEKOM?


MYKAD….Lim menunjukkan Mykadnya yang membuktikan beliau adalah penduduk Sabah berbanding Haiyun yang hanya menggunakan kad pengenalan lamanya.

JIKA tidak kerana ingin mendapatkan perkhidmatan streamyx, mungkin Lim Sui Eng tidak mengetahui kad pengenalannya turut dikongsi bersama seorang PATI daripada Indonesia.

“Saya terkejut apabila diberitahu permohonan saya tidak dapat diluluskan kerana ada hutang lebih RM24,000,” ujar Lim yang datang membuat aduan rasmi di Biro Aduan Persatuan Pengguna Sabah (CASH).

Lim menjelaskan bahawa kad pengenalan beliau tidak pernah hilang dan hairan bagaimana PATI berkenaan boleh mendapatkan salinan kad pengenalan lamanya dan menggunakannya untuk memohon perkhidmatan telefon.

Sehubungan itu, Lim mempersoalkan integriti syarikat telekomunikasi yang tidak mempuyai saringan keselamatan bagi setiap permohon sedangkan kerajaan mewar-warkan kecanggihan system bio-metrik.

Lanjutan daripada itu, Lim membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing 017770/08 baru-baru ini yang kandungannya seperti berikut;

“Pada 20/11/2008, jam lebih kurang 11.45 hrs, bertempat di Wisma San Hin, Kota Kinabalu, ketika saya ingin memohon perkhidmatan streamyx, saya dimaklumkan bahawa permohonan saya tidak dapat dipertimbangkan kerana saya masih mempunyai baki tertunggak sejumlah RM27,455.14 (dilampirkan). Menurut maklumat pegawai bertugas, bahawa hutang berkenaan dibuat melalui akaun U450343760107 atas nama Haiyun Sanderi yang telah menggunakan kad pengenalan palsu yang tertera nombor kad pengenalan lama saya H0699632. Saya datang ke balai membuat laporan agar polis menangkap dan mendakwa pendatang tanpa izin (PATI) yang menggunakan nombor kad pengenalan lama saya sebagai identiti pengenalan diri. Laporan ini juga dibuat agar Telekom Malaysia melupuskan senarai hitam akibat hutang yang dibuat secara malafide oleh PATI berkenaan dan membenarkan saya mendapatkan semua kemudahan yang ditawarkan. Sekianlah laporan saya.”

PR kesal polis tidak siasat isu IC palsu



Suara Keadilan
26 November 2008.

Buku dedah SPR turut bersubahat


KeADILAN menyatakan kekesalan kepada sikap lewa polis dalam menangani gejala IC palsu yang parah di negeri Sabah. Terbaru, pihak polis mengakui tiada siasatan dibuat keatas ‘dakwaan-dakwaan’ yang dibangkitkan buku ‘IC Palsu: Merampas Hak Anak Sabah”, meskipun buku tersebut mendedahkan sindiket-sindiket jahat yang terbabit dalam gejala ini.

Ahli Parlimen Johari Abdul berkata meskipun kerajaan menyedari kewujudan isu ini, namun ketidakpedulian pihak berkuasa menunjukkan kerajaan tidak peka kepada implikasi gejala IC palsu ke atas rakyat Sabah.

Abdul Mutalib Mohd Daud, seorang penganalisa politik dan aktivis sosial menonjolkan isu pendatang harama memiliki kad pengenalan palsu dalam buku “IC Palsu: Merampas hak Anak Sabah”. Buku setebal 1000 mukasurat itu adalah hasil kajian bertahun lama oleh Mutalib, memaparkan secara terperinci dan spesifik gejala IC Palsu yang didalangi sindiket-sindiket jahat.

Buku yang diterbitkan Januari 1999 itu turut mendedahkan pemilik-pemilik IC Palsu ini mengundi dalam PRU12 yang lalu bagi memastikan kemenangan BN di negeri itu. Apa yang lebih mengejutkan adalah, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) turut terbabit dalam sindiket ini.

Selain dari mengakui bahawa pihak polis tidak menyiasat bukti yang diketengahkan oleh buku tersebut, Menteri Dalam negeri Syed Abdul Hamdi Albar dalam jawapannya kepada Johari turut berkata polis tidak akan menyiasat sebarang penyelewengan yang dilakukan SPR.

“Dalam jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri bagi pertanyaan lisan saya ke-21 hari ini, saya merasa amat kecewa kerana jawapan menteri mengatakan bahawa ‘pihak polis tidak pernah menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan dalam buku berkenaan’ dan ini memperlihatkan kegagalan kerajaan untuk menyelesaikan masalah IC palsu yang selama ini wujud di Sabah.”

Johari menegaskan dakwaan yang dibangkitkan dalam buku ini amat serius kerana ia melibatkan isu hak kewarganegaraan tanahair. Bukan sahaja kedaulatan Negara tidak terjamin selagi isu IC palsu ini tidak diatasi, bahkan juga kehadiran pekerja-pekerja ‘kos murah’ ini turut menggugat peluang pekerjaan anak-anak Sabah.

“Maka sepatutnya pihak polis mengambil sifat proaktif untuk menyiasat dakwaan tersebut. Paling tidak, pihak polis wajar memulakan siasatan awal, dan bukan menyerahkan kerja siasatan kepada Badan Pencegah Rasuah.”

Ribuan pendatang rebut IC Malaysia

Sistem kad pengenalan di Malaysia menetapkan tiga warna mewakili jenis status kerakyatan di negara ini: biru untuk warganegara, merah untuk penduduk tetap dan hijau untuk sementara.

Dikatakan bahawa setakat tahun ini, 1.7 juta pendatang haram menetap di negeri Sabah dan 600,000.darinya memilik kad pengenalan warganegara Malaysia. Mereka juga turut mengambil status bumiputera dan sekurang-kurangnya 70,000 telah didaftarkan SPR dalam senarai pengundi Sabah.

Selain itu, terdapat 371,234 pemegang kad pengenalan merah di Negara ini yang mana 15,535 orang daripadanya adalah orang Melayu, Cina (40,733), India (63,441), kadazan (119), Iban (472) dan kaum lain (250,934).

Rakyat Sabah juga turut tidak berpuas hati dengan pendekatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengemukakan kad pengenalan hijau secara massa ketika masih rramai lagi warga Sabah tidak mempunyai dokumentasi diri.

Ribuan dan ratusan menghurungi pejabat-pejabat JPN di Kota Kinabalu dan Tawau, dua bandar yang dipenuhi pendatang asing Indonesia dan Filipina untuk memohon kad-kad hijau tersebut.

Mereka yang tidak mepunyai sebarang dokumentasi boleh memohon untuk kad hijau sekiranya ditaja oleh majikan masing-masing.

HEBATNYA PATI INDIA DI SABAH!


KAGUM….Kamaruddin mengkumi bukti yang kemukakan di dalam buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah.


“KALAU ada duit apapun boleh buat di Malaysia,” ujar seorang PATI daripada India, Daud Said kepada Kamaruddin Omar, yang sehingga kini masih bergelut untuk mendapatkan Taraf Penduduk Tetap di Sabah.

Kamaruddin telah menghantar surat aduan rasmi kepada Perdana Menteri pada 2 Februari 2006 mengenai sebuah keluarga Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan pekerja haram dari India yang menetap di Telupid, Sabah namun sehingga kini tdak ada sebarang tindakan diambil.

Menurut Kamaruddin, beliau kenal benar dengan seorang wanita India, Fazila yang kononnya memegang kad pengenalan bernombor 860914-49-5004 yang datang ke Sabah sekitar tahun 2003 dan langsung tidak fasih berbahasa Malaysia sampai sekarang.

“Saya hairan bagaimana beliau boleh memiliki kad pengenalan ini? Tapi apabila saya siasat, kad pengenalan tersebut adalah milik seorang kanak-kanak istimewa yang sudah meninggal dunia,” ujar Kamaruddin yang menyebut PATI berkenaan membeli sijil lahir berkenaan daripada ibu kanak-kanak istimewa tersebut.

Kanak-kanak istimewa tersebut telah meninggal dunia di Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu pada sekitar tahun 95 dan kematiannya telah dilaporkan di Balai Polis Tuaran dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Tuaran.

“Tetapi kenapa JPN tidak mengemaskini data Fazila sehingga PTI India menggunakan kelemahan JPN untuk hidup bebas di bumi Sabah dan kembali ke India menggunakan pasport Antarabangsa Malaysia?,” ujar Kamaruddin yang kesal kerana ketidak telusan integriti.

Menurut Kamaruddin, beliau hairan kenapa Jabatan Pendaftaran enggan menyiasat perkara ini sedangkan beliau bersedia tampil sebagai saksi utama.

“Sudah lebih 25 kali saya menghubungi JPN, tetapi tidak ada satupun jawapan yang diberikan melainkan saya disuruh menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia seolah-olah mereka menuding jari kepada Perdana Menteri,” ujar Kamaruddin yang berusaha mencari penulis sejak dua tahun lalu.

Kamaruddin menekankan, bapa kepada PATI berkenaan turut memegang kad pengenalan bernombor 560804-12-5059 yang dikhuatiri palsu atas nama Daud Bin Said daripada JPN Kota Marudu.

“Isteri Daud boleh menetap di Sabah atas jaminan suaminya. Manakala menantu Daud, seorang warganegara India mendapat Permit Kerja di sebuah restoran yang tidak pernah wujud,” ujar Kamaruddin yang mendesak Menteri Dalam Negeri memberikan jawapan yang boleh diterima akal.

Menurut siasatan Kamaruddin, Daud yang berasal dari Karaspathi Madurai, Tamil Nadu, India datang ke Sabah pada tahun 1989 dengan memegang Pasport India. Bagaimanapun Daud mendapat kad pengenalan projek pada tahun 90-an daripada JPN Kota Marudu.

“Saya ingin bertanya kepada Menteri Dalam Negeri, apakah Daud mendapat kad pengenalan yang sah sehingga boleh mendapat lesen perniagaan besi buruk dan menghantar puluhan ribu ringgit setiap bulan ke India tanpa sebarang cukai?” kata Kamaruddin lagi yang mengakui Daud pernah mengugut untuk membunuhnya jika tidak berdiam diri.

Kenyataan penuh Kamaruddin dan bukti dokumen boleh dibaca di dalam buku, SAYA ANAK MALAYSIA? yang bakal diterbitkan tahun hadapan.


MUSA HARUS BERLAKU ADIL


BUKTI... Konsul menunjukkan buku perwakilan persidangan agung yang terdapat pelbagai unsur penipuan.


Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Konsul Bin Nahul merayu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, agar berlaku adil ketika mengadili kes bantahan UMNO Silam bagi mengelakkan perpecahan di kalangan ahli UMNO Silam.

“Kita telah menghantar bantahan rasmi ke Ibu Pejabat Parti di Kuala Lumpur dan Badan Perhubungan UMNO Sabah. Tetapi sehingga kini tidak ada sebarang balasan sama ada bantahan kita diterima atau tidak,” ujar Konsul yang kesal dengan sikap acuh tidak acuh Setiausaha Kerja UMNO yang mengembalikan kes bantahan Silam ke Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Menurut Konsul, mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk membuat bantahan berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan UMNO, Tatacara Persidangan dan Tataetika Ahli UMNO yang mendasari tadbir urus parti.

“Tidak ada sebab Majlis Tertinggi UMNO mengambil sikap lepas tangan kerana terbukti Badan Perhubungan UMNO Sabah yang jarang berlaku adil ketika menangani bantahan ahli UMNO terutama yang melibatkan pihak yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Musa,” ujar Konsul yang kesal kerana Nasrun menyalahguna sikap toleransi Musa untuk kepentingan diri sendiri.

Sehubungan itu, Konsul mendesak agar Badan Perhubungan UMNO Sabah memutuskan segera kes bantahan UMNO Silam kerana telah sampai kepada pengetahuan umum melalui media masa, youtube dan laman web Malaysia Today.

“Jika Badan Perhubungan UMNO Sabah menganggap kes dan penipuan ini sebagai teknikal, maka ahli akan berpendapat UMNO sudah tidak relevan lagi di Sabah kerana membenarkan penipuan dan konspirasi berlaku secara wewenang,” tegas Konsul yang menimbulkan soal kesahihan kertas undi.

Lebih memalukan kata Konsul, Nasrun melantik Mantan Setiausaha Bahagian, Mohd Firdaus Datuk Alawi yang selama ini menjadi tertuduh utama dalam kes konspirasi di Silam sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Silam yang baru.

“Kes pertuduhan ke atas Firdaus ini belum diputuskan lagi, tetapi Nasrun telah mengambil peluang untuk kepentingan dirinya agar Firdaus membuat kenyataan yang menyebelahinya,” ujar Konsul yang mendesak agar Musa menjalankan siasatan rapi berhubung penglibatan Firdaus dan kes penipuan ketika Persidangan UMNO Silam pada 1 November 2008.

Konsul turut mendesak agar Nasrun meletakkan jawatan kerana memperoleh kemenangan secara tipu helah dan persekongkolan dengan Urusetia dan Wakil Badan Perhubungan UMNO.

Memenangi sesuatu jawatan secara culas dan tipu helah, kata Konsul adalah kegiatan yang tidak bermoral dan amat memalukan.

“Firdaus telah merancang kemenangan Nasrun dengan menyediakan buku persidangan yang mengelirukan terutama membenarkan para perwakilan mengundi lebih daripada sekali,” kata Konsul yang mencadangkan agar Firdaus di hadapkan ke Lembaga Disiplin Parti kerana melakukan perbuatan yang menyalahi Tataetika Ahli UMNO.

Konsul turut menggesa agar para penyokong kuat Nasrun tidak bertindak di luar batasan dengan melakukan gangguan mental dan fizikal melalui ugutan dengan pelbagai cara kerana beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya menurut undang-undang.

Kata Konsul, adalah menjadi hak beliau untuk menuntut keadilan mengikut lunas Perlembagaan UMNO dan adalah tidak adil jika beliau diugut kerana menegakkan kebenaran.

Asas dakwaan Konsul boleh ditonton di Youtube bertajuk Silap Mata UMNO Silam yang dapat ditonton di blog ini.

Konsul sebelum ini adalah penyokong kuat Musa yang telah bertungkus lumus membela Musa ketika Musa diserang dengan 81 Dalil oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang masih menjadi misteri sehingga kini.

AWAS, KOMPUTER KLON DARI CHINA?


UMPC berjenama ASTONE ini merupakan komputer klon keluaran China yang tidak terjamin keselamatannya.


UMPC asal yang dikeluarkan oleh Australia .

AWAS! Berhati-hati ketika membeli computer di Low Yat Plaza kerana telah dibanjiri oleh computer klon yang dikeluarkan oleh Negara China.

Mengikut wakil pengeluar ASTONE, Achieve Technology yang beribu pejabat di 7.5 Dunlop Street, Strathfield South, New South Wales, Lendy Gunawan, mereka tidak mempunyai kilang di China atau sebarang kerjasama dengan Negara China untuk pengeluaran Chip atau produk semikonduktor.

“Kita tidak mempunyai kilang di China dan kita tidak bertanggung jawab dengan produk klon berkenaan,” kata Lendy yang dihubungi melalui talian 02 97423288 dan melalui email; lendy.gunawan@achieva.com.au.

Sehubungan itu, Lendy menggesa agar para pengguna mendapatkan ASTONE UMPC daripada pengedar bertauliah

UMPC (Ultra Mobile Personal Computer) semakin mendapat sambutan bagi eksekutif di Asia Tenggara kerana fizikal dan kapasiti capaiannya yang luar biasa sesuai dengan gaya hidup zaman kini.

Bagaimanapun UMPC mempunyai kelemahan kerana tidak boleh dinaiktaraf terutama untuk kerja grafik dan dubbing.

Anda boleh layari laman web WWW.astone.com.au untuk sebagai panduan sebelum membeli UMPC di pasaran agar tidak tertipu membeli produk murahan.

Sebelum ini Malaysia dibanjiri dengan telefon bimbit klon daripada Negara China, namun pihak berkuasa tidak berbuat sesuatu untuk menyekat amalan tidak sihat ini.

SEDAPNYA STEAMBOAT ASIACITY?


Seorang Pekerja sedang menyiang ikan keratang di atas lantai tanpa sebarang alas untuk menjaga kebersihan bahan mentah makanan.

SEDAPNYA Steamboat yang disajikan oleh sebuah restoran Steamboat d Kompleks Asiacity Kota Kinabalu kerana disediakan secara luar biasa menggunakan resepi istimewa?

Tergamakkah anda makan ikan yang disiang di atas lantai kaki lima yang menjadi tempat manusia berlalu lalang dan diiringi dengan aroma lipas dan lalat?

Mungkin anda tidak percaya perkara sebegini boleh berlaku di dalam sebuah Bandaraya dan anehnya restoran berkenaan mendapat taraf A dari aspek kebersihan.

Walaupun pelbagai pihak membuat aduan terutama faktor kebersihan yang diabaikan terutama darah dan sisik ikan disumbat ke longkang, namun sikap pengotor pemilik restoran berterusan dan menjadi kumjungan ramai.

Tepuk dada tanya selera. Bernilaikah wang yang anda bayar untuk menikmati Steamboat yang dibaur dengan abuk, tapak kaki, najis anjing dan lilati?

PATI JADI KETUA PENERANGAN UMNO?


SHARIF SAIDI SHARIF ALAWI


Seperti diduga, Ketua UMNO Bahagian Silam (Belum Disahkan), Datuk Datu Nasrun Datu Mansur telah melantik seorang Pendatang Tanpa Izin yang berasal dari Filipina, Sharif Saidi Sharif Alawi, sebagai Ketua Penerangan UMNO Silam.

Sharif Saidi sebelum ini telah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Lahad Datu diberi kepercayaan menerajui Organisasi Penerangan kerana Nasrun gagal mendapat sokongan mantan Calon Ketua UMNO Silam, Mohd Yusof Afdal yang menolak perlantikan ke jawatan tersebut.

Walaupun Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan UMNO Sabah belum memutuskan status UMNO Silam berikutan bantahan para perwakilan yang menurut mereka tidak sah kerana berlaku penipuan dan melanggar Perlembagaan, Tatacara Persidangan dan Tataetika Ahli UMNO, namun Nasrun membelakangi pandangan semua pihak dengan membuat perlantikan terburu-buru kerana bimbang UMNO Silam akan digantung jika tidak mengadakan mesyuarat dalam waktu yang ditetapkan.

Mengikut rekod, Sharif Saidi adalah pendatang tanpa izin yang memasuki Malaysia secara haram dan pernah memegang beberapa kad pengenalan palsu sebelum mendapat kad pengenalan projek pada 1993.

Sharif Saidi merupakan Ketua Cawangan UMNO Puyut B dan telah menjadi penyokong kuat Nasrun dan merupakan salah seorang penyimpan rahsia peribadi Nasrun yang hidup mewah tanpa perlu bekerja keras.

Sebelum ini, UMNO Silam telah menjadi Kubu Kuat PATI apabila Majid Lasabo, Andi Saidi Kamaruddin, Ismail Tidal, Mohd Baheri Basri, Mohd Shahrin Mohd Razak dan sebagainya telah menjadi AJK atau dilantik sebagai AJK UMNO Silam oleh Ketua Bahagian terdahulu.

Faktor PATI begitu dominant di Silam untuk menentukan kemenangan seseorang calon kerana berleluasanya politik wang menyebabkan PATI yang boleh disewa ini akan menjadi faktor penentu kemenangan.

Senario ini menunjukkan kenyataan Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh adalah 200 peratus benar;

“Kerajaan Persekutuan boleh mendaftar mana-mana pendatang dalam masa tiga jam, tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun. Tidak ada undang-undang yang menentukan tempoh dan jika Kerajaan Persekutuan ingin mengubah corak mengundi di Sabah untuk selamanya, maka ia boleh dilakukan semudah menandatangani dokumen.”

Tuesday, December 9, 2008

KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI: JELANI HAMDAN



MANTAN Ketua UMNO Bahagian Marudu, Jelani Hamdan @ Dasanap mendakwa terdapat konspirasi peringkat teringgi yang mendalangi kekalahannya dalam pertandingan satu lawan satu walaupun sebelum ini beliau diistiharkan menang tanpa bertanding.

Dalam surat bantahannya yang dihantar ke Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Jelani mendakwa Badan Perhubungan UMNO Sabah telah mengenakan pelbagai tekanan dan desakan sehingga UMNO Marudu melakukan pelbagai perkara yang bercanggah dengan Perlembagaan dan Tatacara Persidangan UMNO.

Surat bantahan bertarikh 14 November 2008, Jelani mendakwa beliau hilang kepercayaan terhadap kredibiliti Badan Pertubuhan UMNO Negeri khususnya Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan pegawai-pegawainya setelah berlaku konspirasi menghalang kemenangan beliau setelah Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Marudu pada 9 November 2008 telah mengistiharkan beliau menang tanpa bertanding kerana calon lain tidak layak mengikut system kuota UMNO.

Tegas Jelani lagi, Mesyuarat Jawatan Kuasa Bahagian Marudu pada 24 ogos 2008 telah membuat keputusan dan mengistiharkan beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian setelah memperolehi pencalonan sebanyak 72 mengatasi calon lain iaitu Saidi Suari 26 pencalonan dan Wetrom Bahanda 24 pencalonan.

“Mengikut fasal 15.5 perlembagaan UMNO, kedua-dua calon ini tidak layak bertanding kerana tidak melepasi had kelayakan iaitu sekurang-kurangnya 30 pencalonan. Kemengangan tanpa bertanding ini juga telah diistiharkan melalui surat khabar di peringkat nasional dan negeri,” ujar Jelani yang hairan kerana campurtangan Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Kata Jelani lagi, mesyuarat perwakilan bahagian sepatutnya diadakan pada 2 November 2008 tetapi telah ditunda pada 8 November 2008 dan ditunda lagi pada 9 November 2008. Sehingga tarikh mesyuarat yang sebenar pada 9 November 2008, tidak ada penarikan balik pengistiharan kemenangna tanpa bertanding beliau.

“Demi maruah saya dan ketelusan peraturan serta perlembagaan parti, saya membantah sekeras-kerasnya keputusan bahagian yang tidak konsisten ini. Saya juga difahamkan bahawa keputusan bahagian untuk melayakkan Datuk Saidi Suari dan Wetrom Bahanda adalah atas nasihat dan desakan dari Badan Perhubungan UMNO Negeri khususnya Y.A.B Datuk Seri Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan,” ujar Jelani yang mendakwa mempunyai bukti rakaman perbualan dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah yang tidak telus.

Tegas Jelani, setelah beliau diistiharkan menang tanpa bertanding, maka bermulalah usaha Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk melayakkan Wetrom Bahanda bertanding jawatan Ketua Bahagian (calon pilihan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri) dengan berbagai taktik penipuan seperti mengesahkan cawangan-cawangan yang tidak pernah mengadakan persidangan di peringkat cawangan atau tidak cukup korum dan melanggar peraturan persidangan seperti cawangan Kg. Tuhau, Kg. Boranak Panudahan, Kg. Kebulihan, Kg. Bukit Lalang, Kg. Narandang, Kg. Mompilis, Kg. Talamason, Kg. Tamisan, Kg. Indarasan Laut, Kg. Paku, Kg. Radtak, Kg. Golonot, Kg. Tangkol dan Kg. Tagudon.

“Untuk mengaburi mata dan menyenangkan hati penyokong Saidi Suari serta dikhuatiri boleh menjejaskan kemenangan Wetrom Bahanda, pihak Perhubungan Negeri juga telah melayakkan beliau (Saidi Suari) sebagai calon ketiga dengan cara penipuan dan taktik yang serupa,” ujar Jelani yang menyebut Badan Perhubungan UMNO melayakkan cawangan Kg. Sri Pungiton, Kg. Bombong II, Kg. Samparita, Kg. Lakabungan II, Kg. Tanjung Batu Laut, Kg. Mantus, Pekan Baru, Kg. Tingkalanon Ulu, Kg. Sebayan, Kg. Marion, Kg. Tanjung Batu, G. Samparita Tengah, Kg. Indarasan Dandulit dan Kg. Minyak.

Jelani turut mendakwa bahawa mesyuarat perwakilan bahagian pada 9 November 2008 didapati telah melanggar peraturan persidangan Fasal 6.2 dan 6.3 iaitu notis mesyuarat perwakilan hendaklah diedar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat perwakilan diadakan. Oleh kerana mesyuarat perwakilan ditunda, maka perkara 6.3 perlu dipatuhi dengan mengedarkan notis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan. Notis mesyuarat perwakilan bahagian pada 9 November 2008 diedarkan pada 8 November 2008.

“Ada perwakilan haram dalam mesyuarat perwakilan bahagian pada 9 November 2008 sedangkan cawangan-cawangan ini telah dibatalkan persidangan dan diarah untuk disidang semula oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri, tetapi pihak bahagian tidak berbuat demikian,” kata Jelani yang kesal kerana Konspirasi membunuh karier politiknya dirancang dan dilakukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah sendiri.

Jelani menarik perhatian, antara perwakilan haram yang dikenalpasti menghadiri Persidangan Agung dan membuang undi termasuklah Mazlan Bin Gambud (520320-12-5259) Taman Beringin; Tappo Bin Ali (520812-12-5079) Kampung Rakit dan Awang Bin Oloh daripada Putera Warisan.

“Saya turut kenalpasti 53 perwakilan ditukar di luar persidangan semata mata-mata untuk memastikan Wetrom menang,” ujar Jelani yang menyebut Daud Tombokok (671017-12-5131) daripada Kampung Tagaroh adalah contoh perwakilan haram.

Selain daripada perwakilan Kampung Tagaroh, Cawangan Kampung Hobut (Opikul Maluhad), Kampug Rasak Darat (Jewos Masitar), Kampung Timug (Raineh Simau) juga merupakan perwakilan haram yang turut membuang undi.

Jelani kesal kerana walaupun Pengerusi Tetap Persidangan, Ismarah Madcasar mengumumkan jumlah perwakilan seramai 403 orang dan pengumuman kali kedua juga 403 orang, tetapi setelah pengiraan undi diakukan, terdapat 405 kertas undi, iaitu kelebihan dua kertas undi.


“Lebih menghairankan kerana kertas undi bagi jawatan AJK Bahagian kurang sebanyak 160 keping dan urusetia daam keadaan cemas mencukupkan kertas undi berkenaan dalam tempoh setengah jam,” kata Jelani yang menyatakan perkara ini tifdak pernah berlaku sebelum ini.


Bagaimanapun, kata Jelani, senario ini bertambah serius ketika proses pengiraan undi bagi jawatan AJK Bahagian dan perwakilan 7 kerana berlaku campurtangan AJK Pergerakan Pemuda dan Calon Ketua Bahagian, Wetrom Bahanda turut campur tangan dalam pengiraan undi tersebut sehingga semua line-up beliau menang.

Jelani turut membidas sikap Pemerhati Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk John Ambrose yang gagal memantau persidangan berkenaan dan pulang awal sebelum Persidangan Agung berkenaan selesai sehingga memudahkan Wetrom campurtangan dalam proses pengiraan undi.

Sehubungan itu, Jelani mendesak agar Setiausaha Agung UMNO meneliti kesahihan Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Kota Marudu yang beliau tidak telus dan terdapat konspirasi yang didalangi oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah.

SAHKAH UMNO SILAM?


AMPU...Wala ampu sana, wala ampu sini, namun Nasrun gagal meraih kepercayaan Pak Lah agar menolak bantahan perwakilan UMNO Silam.


KETUA UMNO Silam, Datuk Datu Haji Nasrun Datu Mansur, telah mengadakan mesyuarat AJK UMNO Bahagian Silam baru-baru ini dan melantik beberapa AJK dan Jawatankuasa Bahagian tanpa kehadiran ramai penjawat utama.

Ramai pihak mendakwa, UMNO Silam tidak sah kerana berlaku penipuan dan konspirasi sebagaimana yang didedahkan kepada media terutama Silap Mata UMNO Silam yang boleh ditontoni di Youtube dan laman web Malaysia Today (komplimentari melalui blog ini).

Sebanyak enam laporan polis dibuat berhubung penipuan yang berlaku, namun Badan Perhubungan UMNO Sabah enggan memberikan sebarang ulasan kerana kes berkenaan telah dirujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Parti yang diterajui Bakal Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan Nasrun memanggil mesyuarat dan melantik jawatankuasa tanpa kehadiran Ketua Puteri, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua dan sebagainya bagaikan meletakkan paku terakhir di keranda politiknya kerana UMNO Silam yang bakal berdepan dengan penggantungan.

Dalam keadaan para pembantah hanya bediam diri dan memerhati gelagat Nasrun terutama tindakannya mengadakan perjumpaaan dengan ahli, perwakilan dan AJK di Dewan Sri Perdana baru-baru bercanggah dengan tataetika ahli UMNO yang melarang mereka yang bertanding jawatan daripada mengadakan perjumpaan enam bulan sebelum dan enam bulan selepas taripada tarikh Persidangan Agung Bahagian.

Dalam pada itu, Yusof Jamlee yang mengemukakan bantahan berasaskan penjumlahan kertas undi yang meragukan dan perlantikan Firdaus sebagai Setiausaha Bahagian dalam Kabinet Nasrun meyakinkan ramai pihak terdapat konspirasi yang dirancang selama ini.

Bagi Yusof, beliau telah bertindak menurut perlembagaan dan landasan yang ditetapkan parti menasihat Nasrun agar tidak bertindak sesuka hati dan harus menghormati Majlis Tertinggi UMNO yang belum membuat keputusan berhubung bantahan mereka.

Perubaan Nasrun untuk membakar semangat kemarahann suku kaum Bajau akan menyebabkan UMNO Silam terus bergolak dan meminta kerjasama semua pihak memberi ruang dan peluang kepada Jawatankuasa Pengurusan Parti menjalankan kerja mereka tanpa cuba mempengaruhi keputusan Majlis Tertinggi dengan membuat tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti.

Mampukah Nasrun mempertahankan jawatannya di saat akhir berasaskan sokongan palsu Ketua Perhubungan UMNO Sabah yang kini belum pasti dapat menyelamatkan kedudukannya dalam perubahan hiraki kepimpinan UMNO Malaysia?

KALAM KALBU



MUTALIB M.D

Assalamualaikum dan Salam Hormat. Saya mohon maaf kerana sedang dalam proses menyiapkan blog saya agar dapat menjadi One Stop pusat rujukan isu PATI dan IC Palsu. Walaupun ia mengambil masa agak lama, namun saya harap anda dapat bersabar. Sila email saya mutalibmd@gmail.com atau sms saya 0146502520. Terima Kasih.