Search This Blog
Thursday, December 11, 2008
WARIS SULTAN BRUNEI TUNTUT HAK
BUKTI…Zainal bersama peta sempadan Tanah Tulin Dumpil Meruntum.
WARIS Sultan Brunei ke 16, A.K. Zainal Abidin Bin Pgn. Ag. Besar yang mendakwa dirinya piut kepada Pg Anak Untong Ibn Almarhum Sultan Hussin Kamaluddin, pemilik asal Tanah Tulen Meruntum.
Menurut Zainal, Tanah Tulen Dumpil Meruntum seluas 384 kilometer persegi atau 80,000 ekar adalah milik mutlak Allahyarham Pg Anak Untong sejak 1730 apabila beliau dianugerahkan tanah oleh ayahandanya, Sultan Hussin Kamaluddin untuk memerintah tanah jajahannya.
“Ketika British mahu membina landasan keretapi pada 1901 merentasi Tanah Tulen ini, E.W. Birch, Gabenor British North Borneo telah memperdaya cicit Pg Anak Untong iaitu Pg Ahmad merampas Watikah Pemerintahan dan tidak dikembalikan oleh Kerajaan British sehingga ke hari ini,” ujar Zainal lagi.
Sehubungan itu, Zainal telah mendapat perintah ex-parte daripada Mahkamah Syariah Kota Kinabalu untuk menuntut tanah warisan berkenaan daripada Kerajaan Negeri Sabah.
Menurut Zainal, kawasan yang menjadi hak warisan keluarganya merangkumi Tanjung Dumpil, Bukit Kalam, Kampung Mangkusilad, Gunung Bongkok, Gunung Alab, Kampung Manontian, Kampung Dumpang, Kinarut dan Pulau Mantukad.
“Walaupun kebanyakannya telah dkeluarkan geran dan diwartakan sebagai tanah kerajaan negeri, namun hak kami tetap hak sebagaimana yang dijamin oleh fasal 13 Perlembagaan Persekutuan,” ujar Zainal yang akan mengemukakan tuntutan kepada Pemegang Amanah Raya.
Kata Zainal lagi, walaupun beliau adalah warganegara Malaysia, namun hak warisan nenek moyangnya adalah sah di sisi undang-undang kerana Kerajaan Malaysia tidak pernah memberi pampasan bagi tanah yang telah dirampas.
“Jika Kerajaan Negeri Sabah masih membayar Cession Money RM5,300 kepada waris Sultan Sulu, kenapa enggan mengiktiraf kedaulatan waris Sultan Brunei ke atas Tanah Dumpil Meruntum,” kata Zainal yang meminta semua pihak agar menghormati sejarah dan kedaulatan Sultan Brunei.
Kemerdekaan Malaysia, tidak memutuskan hak kami ke atas warisan sebagaimana hak waris Sultan Sulu ke atas Sabah.
“Kaum Kadazan Dusun harus menyokong tuntutan kami kerana Maang terletak di bawah bidang kuasa Tanah Tulin Dumpil Meruntum,” ujar Zainal lagi yang menawarkan jalan penyelesaian terbaik untuk kemelut Maang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
waris sultan brunei sebenarnya adalah Pg Mansor bin Pg Ismail bin Jnag Ibrahim bin PG Hj Mohd Salleh iaitu kekanda kepada Sultan Hashim yang melarikan diri dari Ingeris. Sama-samalh kita memberi sokongan pada Pg Mansor untuk menuntut haknya mengikut hukum Islam.Beliau berada di Jelutung Pulau Pinang, dan sedang berjuang mendapat hak sehingga mati, lihat sumpahnya yang dibuat dimasjid Jelutung Pulau Pinang pada 23/5/09, lihatlah di You Tube.
pg hj mohd jamil aadalah seorang yang diutuskan untuk menafikan hak waris sebenar semata-mata untuk menjaga bosnya , dengan sebab itu dia menagtakan keturunan raja brunei dari keturunan Syaidina hassan . Menutuk seorang wartawan bebas utusan Malaysia yang juga cucu tok kenali mengatakan kajian sejarah menunjukkan keturunan Sultan melayu adalah dari Melayu Champa. Bolkiah adalah dari keturunan Sultan Hashim yn memerintah pada tahun 1880 an adalah adik kepada Pg Hj Mohd Salleh, Pg Hj Mohd Salleh pada waktu itu adalah berjawatan Syahbandar terkanan dalam senarai dalam menunggu permahkotaan kerajaan Brunei. Adiknya Iaityyu Sultan Hashim adalah Pg Temenggong, Akibat pertelingkahan keluarga dan ditambah campurtangan Inggeris atas permintaan Sultan Hashim peperangan telah berlaku menagkibatkan Pg Hj Mohd Saaleh bersama 417 orang pengikutnta telah melarikan diri ke Pulau Pinang bersama anakandanya Pg Ibrahim yg ketika itu berumur belasan tahun.
Adalah diriwayatkan sebelum baginda meninggalkan Kg Ayer baginda telah memanjatkan doa ke hadrat Allah denngan bersolowat "Kota Tujuh" maka terpanjut air dari bumi setinggi 12 kaki menyebabkab seramai 1800 inggeris mati berserta penduduk setempat, Maka mulai detik itu kegagalan Inggeris mencarinya menyebabkan mereka membuat kesimpulan baginda mati lepas. Walaubagaimanpun setelah kematiannay di Pulau Pinang bebearpa rakan baik nya telah menghantar batu nisan brunei ke Pulau Pinang. Boleh lihat di masjid Jamik Jelutung Pulau Pinang mamkamnya dan makam anak Pg Ibrahin mempunyai bati nisan yang berbeza dari masyarakat setempat.
Sesiapa yang berminat utk mendapat gambaran terperinci bolehlah datang ke Pulau Pinag atau hubungi Pengiran Manshor di talian 1064558471
Berjawatan Syahbandar
waris sultan brunei yang sebenarnya berada di perak, selangor, kuala lumpur dan juga trengganu, bukan di penang.sultan sepatutnya yang bertahta seorang driver taxi diperak , saudara mara kami di trengganu pernah dihubungi sultan brunei
waris sebenar sultan brunei ada d sabah bah.. yang d semananjung tu, masih jauh salahsilahnya..
Assalamualaikum terlampau banyak yang mengakun waris sultan brunei ani apa bukti kukuh yang boleh menyokong tuntutan tersebut
macam tin kosong bunyi saja kuat tapi na berani menuntut di mahkamah antara bangsa
bukti banyak bukti tapi ketulinan bukti tersebut di perlukan pasal banyak berlaku perkara yang mana bukti diada adakan
di brunei sendiri berapa banyak orang mengakun dirinya waris sultan tapi bukti nada dan salasilah pun tidak tersusun so dgn mudah di panggil pengiran KAPAL ertinya mengakun diri kerabat padahal nada hubungan langsung
my point is klu nak menuntut biar pada tempat yang betul bukan dengan melaung laungkan sesuatu yang mungkin benar ataupun tidak
dengan menhina tokoh negara Brunei iaitu pehin jamil yang telah banyak berjasa di Brunei adakah mungkin rakyat brunei sekelian akan menyokong tuntutan kamu
didalam buku adat istiadat 1955 ada menyebut
"Tiada raja tanpa Rakyat, tiada rakyat tanpa raja"
ertinya rakyatlah yang mengankat raja dan raja harus adil memerintah negara
sekian terima kasih
Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd Jamil Al Sufri. Itulah nama rasmi beliau. Kesultanan Brunei penuh beradat dan bertata tertib.Sekiranya ingin mengaku waris sultan perlulah tunjukan nilai-nilai yang beradap. Adap-adap yang telah diwarisi ratusan tahun lamanya.
Ikutlah prosidur yang betul dalam membuat sebarang tuntutan waris.
Lakukan kerana agama, hanya semata-mata menghubungkan semula talian persaudaraan dan bukan dengan niat yang berbeza.
Kesultanan Brunei dari dulu hingga sekarang adalah Sultan yang berdaulat. Hati-hati dengan tulisan dan cara anda menulis, jangan sampai emosi melampui batasan.
Sekiranya waris adalah tulen, akan tetap tulen juga.Jadi tak usah heboh-heboh sangat. Lagi pun perkara berkenaan Kesultanan ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan atau senang saja. Bukanlah isu seperti kesesakan lalulintas yang boleh digembur-gembur sakan.
Semoga Kesultanan Brunei sentiasa dirahmati oleh ALLah S.W.T. Brunei sentiasa Aman Dan Makmur dibawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan. Amin..
"Katakanlah, wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Engkaulah yang memerintah sesiapa yang engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan". Surah Al-Imran, ayat 26.
Allah sudah takdirkan Paduka Seri Baginda Sultan Hj Hasanal Bolkiah menjadi Sultan. Kalau Allah tidak mensuratkan di Lauhul Mahfuz baginda menjadi sultan, memang bukan baginda lah yang memegang. Kisah lama yang dituntut oleh yang mendakwa mereka waris kesultanan Brunei yang menyebabkan mereka tidak bertakhta pada masa kini adalah ketentuan Yang Esa yang mana sudah mensuratkan bukan mereka yang naik takhta. kenapa? hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Allah menjadikan tiap - tiap sesuatu itu ada sebabnya dan tidaklah ianya sia sia semata-mata...
klu benar waris sultan brunei adalah pg mansor,kita tak boleh buat apa2,cuma bsabar saja kerana kisah tu dah lalu brapa abab dah..nak tuntut hak pun tak guna..knapa tyme zaman sultan brunei sebelum bolkiah tak dituntut..??klu nak bersaudara barangkali boleh lah,gunakan lah kebijaksanaan kamu dgn betul,bukan dengan lantak kapal saja..klu nak diturutkan hati,banyak lagi waris di brunei ini dari kesultanan brunei..sedang saya sendiri dari waris sultan sulaiman brunei yg ke-4 yg beranakan dato paduka raja g.....r digeruni dsambas,padoka raja b.....i membuka bndr dbintulu,dan paduka raja k...p (menjadi buaya putih yg menelan taming sari hang tuah)..ketiga2 anak raja brunei ini menjalan kan kehidupan sendiri..kenapa???cuma saya ja ya tau..cuba liat sejarah sultan sulaiman brunei panjang tak??pendek kan?..cuma dicerita kan sultan sulaiman hidup dan matinya dan diturunkan tatha kepada sultan bokiah ke-5..mcmana boleh sultan bolkiah jadi sultan ke-5??hairan..knapa anak yg 3 urg tak jadi raja??..hee..cuma saya saja yg tau..tapi saya masih besyukur juga kerana sultan bolkiah brunei yg ada pada masa ini sangat pemudulian kepada rakyat.
Tuntutan waris yang didakwa oleh Pg Mansor yang kononnya kekanda kepada sultan hashim telah terbongkar baru2 ini dimana waris sebenarnya bernama wang Suhai yang berasal dari kg burung pinggai. Beliau lari dari brunei kerana ada berbalahan dengan jiran kg nya dimana mula2 dia melarikan diri ke Labuan dan ada juga mengatakan kesabah.Akhirnya beliau sampai juga kepulau pinang dimana bermula disanalah beliau menukar nama beliau serta mengaku dirinya sebagai kakanda sultan Hashim kerana tiada seorang pun yang kenal beliau disana hinggalah diakhir abad 18 dimana seorang kenalannya yang tinggal dikg Lurong sekuna yg berkerja dengan resident brunei waktu itu dibawa ke Malaysia oleh resident pada waktu itu dan tidak semana2 beliau terjumpa Wang suhai disana. Bermula dari sanalah temberangnya terbongkar kerana dia mengelar dirinya Pg sedangkan dia sebenarnya orang biasa.
hahaha banyk orang malaysia ni rupanya gila harta aku pikir urg kafir ja rupanya melayu bertopengkan islam lagi bnyk sampai over pengakuan atu hahahha cali2 :) barakal pulang anak 5 tahun xD oiii org2 malaysia (yang mengakun diri anak raja tu) aku (keturunan nabi adam a.s) ingin mengingatkan kamu semua (yang teaasi2 mengakun keturunan raja@penyagak harta nda maruah) sadang2 tah kan mengambil n jadi si akun ani nda kamu sadarkah? pulau indonesia tu brapa da kamu ambil? limbang? apa lagi kan kamu mau? talan tah semua yang ada di bumi... tekana KETURUNAN RAJA BRUNEI (KAYA N BNYK HARTA) si akun cam babi mnyalak.. KETURUNAN nabi adam a.s karang buat2 lupa cam si gila sadang2 oii kan beperangkah kamu atau kan jadi yahudi melayu..
KHAS BUAT YANG SI AKUN KETURUNAN RAJA NOT ALL MALAYSIAN PPL :P.
Assalamulaikum,nada jua orang kan menuntut keturunan ani,setau ku keturunan Pg Anak Untong di Dumpil atu udah mendapat pengesahan dari YDM Pehin Jamil.Jadi ku rasa memang inda buli dinafikan lagi.Iya tah karang ani memang orang kan mengakun keturunan Sultan Brunei.Baik tah lain kali jangan menuduh sembarang saja.Orang inda kan menuntut andainya nada bukti.Berdosa banar amun miatu.Jadi baik tah diusul keturunan atu baru buli dibuat andaian.Memang keturunan di Dumpil atu ada bukti banar,salasilah yang di tandatangani oleh Pg Pemancha sama Chef Kathi pada tahun 1952.Renungkan dan fikirkan sedalamnya...
Post a Comment