Search This Blog

Saturday, January 24, 2009

SINAR KASIH HARAPAN PAYUNGI EHSAN KE TABUNG GAZA


HULUR....Datin Raya menghulurkan sumbangan Tabung Gaza kepada Wakil TV3, Yazzer Mahmun.

MAJLIS Sinar Kasih Harapan yang dilancarkan oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Suria, Datin Seri Raya Erom di Desaria, Nombor 4, Lorong Likas, Kota Kinabalu telah memberi harapan memayungi ehsan ke Tabung Gaza walaupun motif asalnya untuk warga tempatan Sabah berkongsi pengalaman dan menghayati realiti kehidupan.

"Ilham seindah sinar suria ini dicipta untuk meniti perjalanan hari esok, hargailah kehidupan. Usah bersedih kerana masih ada sinar. Sesungguhnya selepas kesukaran pasti ada kejayaan," antara untaian bait puisi yang melingkari ucapan perasmian Datin Raya yang mengheret sejenak kegelisahan Genting Gaza yang baru dilanda musibah.

Tegas Datin Raya,kesederhanaan menjalani kehidupan berjaya menenggelamkan pelampung kemiskinan yang merantai kehidupan kebanyakan wanita.

"Kita harus kembali mempercayai diri untuk mengubah nasib kita dengan berkongsi masalah dan melepaskan beban fikiran yang digalas," ujar Datin Raya sambil mengerling sendu dengan mata yang tidak terkedip ke arah 60 anak yatim daripada Rumah Yayasan Kebajikan Suria yang khusyuk mendengar ucapan ringkasnya.

Majlis yang dibuat penuh kemesraan melalui jalinan suasana muhibbah dipahat keinsafan, memberi ruang dan peluang kepada mereka yang bernasib walang dan hidup dalam kesusahan berkongsi pendapat, muhasabah diri tentang realiti kehidupan, meluahkan isi keperitan yang terbuku di hati, menganjur jalan penyelesaian, membina pemikiran positif dan mengeratkan silaturahim tanpa mengira asal keturunan dan anuta agama.

Sebagai pemangkin dan halwa minda, seorang pakar motivasi terkenal, Professor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi diterbangkan khas untuk memberikan ceramah yang berjodol 'Sinar Kasih Harapan' yang menjadi tema majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan, Pakar Akademik, Aktivis Masyarakat dan para dermawan yang menghulurkan bantuan untuk Tabung Gaza bagi meringankan penderitaan warga Palestin yang baru bangkit dari kemusnahan akibat serangan jenayah perang Israel.

Wakil Tv3, Yazzer Mahmun, menerima sumbangan daripada tetamu majlis berkenaan yang disampaikan Datin Raya bagi pihak Tabung Gaza.

Walaupun Majlis berkenaan dibuat secara sederhana, namun tetamu turut gembira dengan sumbangan rantai kunci istimewa daripada Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang turut menghadiri majlis berkenaan.































SEKEPING Gambar memberi makna
seribu perkataan. Lapan keping gambar
memberi makna lapan ribu perkataan.
Tafsirlah mengikut firasat dan makrifat!

Kraftangan yang kecil tetapi memberi makna
yang besar kepada Industri Kraftangan Negara
di tangan seorang pemimpin yang bervisi global

KEMBALIKAN WANG RAMPASAN ICAC KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH


AZIZUL berlatar belakangkan not $10,000 Dollar Singapura

WANG $16 juta Singapura yang dirampas di Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) tahun lalu sewajarnya dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Sabah sekiranya ianya milik kerajaan negeri dan bukannya milik pemimpin tertentu.

Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Azizul Sanarul membidas pemimpin di Sabah yang cuba memanipulasi kebaikan Perdana Menteri dengan memujuk pegawai kepercayaan Perdana Menteri supaya bersubahat mengakui wang yang dirampas daripada seorang peniaga tempatan dari Sandakan ialah wang Kerajaan Negeri Sabah.

"Jika benar wang tersebut wang Kerajaan Negeri, kenapa ianya tidak disimpan atau direkodkan di dalam Akaun Kerajaan Negeri Sabah dan di luar pengetahuan Gabenor Bank Negara Malaysia?" tanya Azizul yang juga aktivis UMNO ketika mengulas laporan mysabahkini.blogspot.com yang membongkar isu ini hasil temuduga dengan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Mengikut prosedur, adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Acara Kewangan jika Kerajaan Negeri tidak menzahirkan wang simpanan atau rizab di dalam dan di luar negara kerana perlu di audit mengikut prosedur dan akauntabili kerajaan.

"Persoalan yang timbul sekarang, ialah bukan $16 juta ringgit Singapura, tetapi saya mendapat maklumat terdapat RM1.43 bilion yang disimpan di Hong Kong Central, Hong Kong di atas nama pemegang amanah, iaitu seorang peguam kanan di Sabah," ujar Azizul yang kesal kerana tangkapan ICAC membuktikan kejalangan pemimpin Sabah di luar negara.

Tegas Azizul, beliau tidak faham kenapa pemimpin berkenaan mahu mengheret Peguam Negeri Sabah di dalam kancah konspirasi sehingga memaksa Peguam Negeri Sabah meletakkan jawatan secara mendadak atas alasan mempertahankan prinsip.

"Saya merayu kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri agar jangan bersekongkol atau melindungi pemimpin yang rasuah kerana SPRM adalah peninggalan paling berharga Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia dalam hal integriti," ujar Azizul yang akan memaklumkan kepada ahli UMNO dan rakyat Sabah melalui risalah cawangannya bahawa isu ini harus dibanteras sehingga ke akar umbi.

Kata Azizul untuk apa SPRM dilaksanakan jika pemimpin kanan kerajaan terlepas dengan memanipulasi undang-undang dan menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri.

"Adalah tidak wajar kata Azizul, jika Peguam yang menjadi proksi pemimpin berkenaan dilantik sebagai Peguam Bela kerana menyalahi Akta Guaman disebabkan mempunyai kepentingan secara langsung dengan anak guamnya," ujar Azizul yang merasa ganjil dengan perlantikan peguam baru menggantikan Roderick.

Sebelum ini kata Azizul, kegiatan tidak bermoral Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam juga dibongkar di luar negara dan kini seorang lagi pemimpin kanan melakukan jenayah penggubahan wang haram dan membiayai aktiviti keganasan cuba merasuah ICAC dan pegawai di Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negeri Sabah untuk melepaskan wang yang dibekukan.

Sehubungan itu, Azizul menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said Hamdan membuka kembali fail siasatan kes berkenaan yang tergendala akibat pertukaran Puan Latifah Md Yatim ke Pulau Pinang.

"Kes yang berprofail tinggi seperti ini melibatkan pemimpin kanan kerajaan tidak wajar ditutup sebelum siasatan menyeluruh dijalankan. Alasan ianya berlaku di luar negara dan tidak melibatkan pemimpin berkenaan secara langsung bukanlah alasan kerana akta yang baru diluluskan parlimen sudah mencakupi segalanya," tegas Azizul yang memuji ketelusan SPRM sejak dinaik taraf sebagai Suruhanjaya.

Berhubung surat yang disebutkan Jeffrey dalam temuramahnya dengan mysabahkini, Azizul berpendapat surat tersebut adalah surat palsu yang cuba mengaburi mata ICAC sehingga mereka bertindak mendapatkan pengesahan daripada Peguam Negeri Sabah.

"Mungkin ada pihak yang membuat keuntungan di atas surat palsu berkenaan dan akan terlepas begitu sahaja jika Kerajaan Hong Kong mencairkan pembekuan wang sejumlah $1.43 bilion dan $16 juta yang disita di Lapangan Terbang Hong Kong," ujar Azizul yang turut kesal kerana media masa turut bersubahat tidak melaporkan kes berkenaan yang amat perlu diketahui rakyat Malaysia kerana wang haram cuba dibersihkan melalui kantung bocor Kerajaan Negeri Sabah.


BERPRINSIP....Roderick memegang prinsip guaman, manakala Musa cuba menyelamatkan dirinya dengan melantik peguam yang menjadi proksiny di dalam beberapa kepentingan.

Seperti Jeffrey, Azizul turut menggesa agar Kerajaan Negeri menyediakan kertas putih Kabinet bagi menjelaskan Isu Penggubahan Wang Haram yang melibatkan Ketua Kerajaan Negeri Sabah.

Dalam pada itu, Azizul turut menggesa agar Kerajaan Negeri Sabah segera melantik Peguam Negeri Sabah yang baru yang lebih berwibawa dan menolak perlantikan Richard Barnes sebagai peguam bela Ketua Menteri dalam Kes Ma Tzu kerana peguam berkenaan salah seorang tertuduh kerana akaun di Hong Kong dibuka di atas nama beliau sebagai proksi pemimpin kanan kerajaan yang memiliki wang berbilion ringgit di Hong Kong Bank.

"Saya merayu Pengerusi SPRM agar tidak memencilkan kes ini kerana saya percaya siasatan SPRM telah selesai. Rakyat sedang menanti keputusan siasatan SPRM walaupun mereka kecewa kerana Pengarah BPR Sabah, Puan Latifah ditukarkan ke Pulau Pinang ketika kes berkenaan memuncak," ujar Azizul yang meminta Perdana Menteri dan Timbalannya tidak melindungi pemimpin yang rasuah dan melakukan jenayah di luar negara.

Satu siasatan menyeluruh bagi kes berprofail tinggi harus dijalankan oleh SPRM bagi memulihkan imejnya yang tercalar berikutan kegagalan kes sebelum ini termasuk melibatkan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli; Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Daud Tampokong dan Siasatan Pembalakan Haram di Keningau yang telah senyap begitu sahaja.

"Rakyat Sabah yang hidup di bawah paras kemiskinan ingin tahu bagaimana pemimpin kanan mempunyai simpanan melebihi $1.4 bilion di Hong Kong Bank dan lebih RM4 bilion di Australia atas nama beberapa proksi," ujar Azizul yang akan mendedahkan bukti dalam waktu yang terdekat.

NOTIS PERPINDAHAN TEMPAT PERJUMPAAN BLOGGER



LOKASI Pertemuan para Blogger anjuran www.sabahkini.net yang dijadualkan pada jam 2.00 Petang, 25 Januari 2008 telah dipindahkan daripada Sokid Villa, Penampang ke pejabat MMS & CO, LOT G 59, KOMPLEKS ASIACITY, KOTA KINABALU, namun tetap diadakan pada tarikh dan masa yang sama. Semua Blogger dijemput hadir. TERBUKA dan PERCUMA.Untuk makluman para blogger, laman web www.sabahkini.net masih belum dilancarkan dan hanya selepas dilancarkan pada 1 Februari 2009 barulah rakyat Sabah dapat melayari laman web berkenaan. Sementara waktu sila layari blog http://mysabahkini.blogspot.com

AWAS AGEN PALSU PASPORT


MUDIN...Agen palsu

SEKURANG-KURANGNYA lapan orang warga asing, kesemuanya wanita Filipina telah ditipu oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Mudin yang mengaku sebagai agen merekrut pembantu rumah asing.

Seorang mangsa, Ester Candido Resureccion, telah membuat laporan polis di balai polis Karamunsing setelah merasa diperdaya dan tertipu Mudin sehingga kerugian RM500.

"Saya jumpa dia di Api-Api Centre. Kawan kasi kenal. Dia mau tolong dapatkan pas lawatan kerja sementara sebagai pembantu rumah, tetapi selepas dia dapat wang, pasport saya tidak diurus dan setelah dipaksa baru dia kembalikan pasport saya," ujar Esther yang terpaksa bergegas ke Jabatan Imigresen memohon lanjutan kerana pasnya telah tamat tempoh di tangan Mudin.

Menurut Ester beliau telah membuat laporan polis, tetapi Ester hairan kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan penyiasatan kerana beliau melihat Mudin bebas ke sana ke mari mencari mangsa seolah-olah tiada apa yang berlaku.


LAPORAN POLIS ESTER

Ester memberitahu beliau telah menghubungi kedutaannya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan kerana tidak mempunyai wang untuk kembali ke negara asalnya setelah majikannya enggan mengambil beliau bekerja setelah ditipu Mudin.

Sebagai mangsa, Ester merayu agar Pengarah Imigresen menangkap Mudin kerana telah menipu beliau dan rakan-rakannya yang mencari kerja di Sabah dan beliau bersedia memberi keterangan setelah kembali lagi ke negara ini.

BOM IKAN BERLELUASA DI SANDAKAN?



KEGIATAN menangkap ikan dengan bom sudah menjadi lumrah kepada nelayan Filipina yang menceroboh sempadan antarabangsa negara terutama berdekatan Pulau Bakungan yang polos tanpa kawalan.

Di kebanyakan kawasan, kegiatan pengeboman ikan sering berlaku sehingga memusnahkan ekosistem maritim terutama batu karang dan sumber hidupan laut lain yang terkena ledakan bom ikan.

Dalam kejadian pada 5 November 2008, dua orang lelaki Filipina dimasukkan ke wad ortopedik Hospital Duchess of Kent, Sandakan kerana letupan tangki gas.

Namun Pengarah Hospital berkenaan, Dr Zorina Khalid mengesahkan bahawa kecederaan parah mereka disebabkan oleh letupan bom ikan dan bukannya tangki gas memasak seperti yang mereka dakwa.

"Berdasarkan kepada kecederaan dan bentuk luka, hasil pemeriksaan kita, mereka terkena bom ikan,"ujar Dr Zorina yang memandang serius kes berkenaan terutama apabila melibatkan warga asing.

Berdasarkan dokumen yang ada pada mereka, Dr Zorina mengesahkan bahawa kedua-dua mereka, Julhasti Putuasah dan Muksan Ismail adalah warga Filipina kerana mereka memegang pasport Filipina ketika mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan.

Oleh kerana kes berkenaan telah diserahkan kepada polis, maka Dr Zorina tidak dapat memberikan ulasan lanjut.

Bagaimanapun mengikut siasatan mysabahkini, polis tidak mengambil tindakan lanjut untuk mendakwa mereka kerana memiliki dokumen yang sah dan setelah sembuh dua pelaku musnah alam sekitar bebas pulang ke negara mereka tanpa sebarang sekatan atau pemeriksaan Imigresen.

Friday, January 23, 2009

KITAR SEMULA WARGA ASING KINI MEMBAHAYAKAN MALAYSIA?


PELAJAR...Kemasukan pelajar asing yang tidak dipantau menyumbang kepada kebanjiran pendatang asing ke negara ini terutama apabila mereka hanya menyamar sebagai pelajar tetapi bekerja di sektor maksiat.

KEGHAIRAHAN Kerajaan Malaysia mengitar semula warga asing yang berada di dalam negara ini akhirnya membebankan rakyat negara ini apabila kadar penggangguran meningkat secara mendadak akibat daripada penguncupan ekonomi dunia.

Pemberhentian lebih daripada 300,000 pekerja tempatan di seluruh negara begitu mengesankan terutama dalam industri pembuatan, perkilangan dan perkhidmatan kerana kesilapan bergantung kepada buruh asing sehingga ekonomi negara turut tergelincir dengan penurunan komoditi utama seperti sawit dan getah.

Kesilapan kerajaan membenarkan kemasukan warga asing dalam jumlah yang tidak terkawal sehingga menjangkau kepada tiga juta orang, hampir dua juta daripadanya tinggal secara haram setelah lima ratus ribu orang berjaya dihantar balik ke negara asal mereka melalui beberapa program pengampunan.

Sabah dan Selangor mengalami kesan ketara kebanjiran pendatang tanpa izin, walaupun pada mulanya mereka datang secara sah, tetapi terus tinggal di negara ini secara haram kerana gagal memperbaharui pas lawatan mereka dan ramai terjebak dengan sindiket dokumen dan kad pengenalan palsu.

Keputusan kerajaan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing kepada 1.8 juta orang pada 2009 agak tersisih daripada sasaran untuk memastikan jumlah pekerja asing hanya 1.5 juta orang pada 2015 tidak mungkin dapat dicapai kerana kemasukan mereka dan pengampunan yang dilancarkan untuk warga Filipina dan Indonesia yang selama ini tinggal secara haram di Malaysia.

Kajian yang dilakukan di Sabah mendapati beberapa subsidiari kerajaan seperti Felda, Felcra dan Tabung Haji menggunakan pendatang asing paling ramai behingga berjaya mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana tidak perlu membayar levi.

"Hanya sepuluh peratus sahaja pekerja Felda mempunyai pas lawatan kerja sementara, selebihnya bekerja secara haram," ujar seorang kontraktor yang kesal kerana Agensi Pekerjaan Swasta tidak pernah membekalkan tenaga kerja baru sebaliknya mengitar semula pekerja mereka sendiri yang bekerja secara haram semua Gugusan Ladang Felda.

Kontraktor yang bernama Mokthar tersebut memberitahu mereka dibebankan dengan kos levi yang tinggi sedangkan agansi berkenaan hanya mengitar semua pekerja yang dibawa masuk secara haram untuk mengaburi mata penguatkuasa.

"Saya berani jamin, sejak 20 tahun lalu, agensi ini tidak pernah membekal walau sepotong pekerja asing. Semua ini orang saya," ujar Mokhtar yang agak berang apabila dicabar untuk membuktikan dakwaannya sehingga mengeluarkan semua dokumen bayaran dan salinan bayaran gaji pekerja asingnya.

Dalam pada itu, mengikut kajian yang dilakukan mendapati, lebih 297,000 ribu kanak-kanak pendatang asing dilahirkan setiap tahun oleh lebih 1.7 juta pendatang asing di Sabah dan daripada jumlah tersebut 93,000 yang sepatutnya melalui alam persekolahan telah tercicir sejak berusia tujuh tahun sehingga 15 tahun.

Mereka ini yang dianggap sebagai warga terapung kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri akan menjadi masalah yang besar kepada Sabah yang kini menghadapi kemelut pertembungan rakyat tempatan dengan warga asing, terutama dalam sektor pernigaan runcit yang dimonopoli warga asing.

Pada 12 November 2007, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggesa majikan segera menghentikan ‘ketagihan’ mengambil pekerja asing kerana ia memberi kesan negatif kepada pembangunan negara.

"Tindakan majikan mengambil pekerja asing sama ada secara sah atau haram, tanpa mereka sedari menghalang usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi di kalangan rakyat tempatan," kata Abdullah ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO.

Tegas Abdullah, bagaimana teknologi perindustrian dalam pelbagai sektor ekonomi dapat dipindahkan kepada rakyat tempatan jika majikan banyak menggunakan pekerja asing yang mempunyai kemahiran yang rendah sehingga menyukarkan cita-cita negara kita hendak mencapai matlamat guna tenaga berasaskan ekonomi pengetahuan jika tenaga pekerja asing yang kurang kemahiran masih menjadi pilihan majikan.

"Kita cukup bimbang jika ‘ketagihan’ ini meresap dalam projek-projek di Wilayah Pembangunan Iskandar, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur hingga tujuan asal untuk membantu penduduk tempatan tidak tercapai. Ini kerana sudah ada tanggapan bahawa penggunaan tenaga asing tidak dapat dielakkan kerana permintaannya dijangka semakin meningkat daripada majikan," kata Abdullah yang berharap langkah untuk memperketat prosedur pengambilan pekerja asing diharap tidak sekadar untuk meredakan kebimbangan rakyat.


PERMUDAH OPERASI... Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen, Fazlina Razali menunjukkan Sistem Penguatkuasaan Imigresen Bergerak (MIES).

Pengenalan Sistem Penguatkuasaan Imigresen Bergerak (MIES) bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin yang sekali gus mengelak kes salah tangkap pekerja asing sah.

Walaupun sistem ini MIES membolehkan Jabatan Imigresen membuat pengesahan serta-merta status warga asing menerusi pemeriksaan biometrik, data kad pekerja dan rujukan nombor pasport atau dokumen lain bagi mengelak daripada menahan pekerja asing sah yang terlupa membawa dokumen atau permit.

Sebanyak 100 mesin penyemak data sistem bernilai RM9,000 setiap satu diagihkan kepada Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen dan Rela di seluruh negara bagi melicinkan operasi masing-masing.

Namun yang sering menjadi masalah utama ialah kehadiran ramai warga asing yang menggunakan pas pelajar walaupun mereka sebenarnya berkerja dalam sektor lain terutama sektor pelancongan dan pelacuran.

Kehilangan lebih 50,000 warga asing China yang kebanyakannya wanita dan 30,000 warga India masih menjadi misteri walaupun beberapa orang pegawai turus Jabatan Imigresen Malaysia telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan skandal mengeluarkan permit masuk dan pas kerja kepada warga asing.

Walaupun Sistem Biometrik diwar-warkan seolah-olah tidak ada lagi pekerja asing boleh membolosi sempadan negara ini dan mana-mana pendatang asing yang telah dihantar balik tidak dibenarkan memasuki sempadan negara ini, tetapi sehingga kini Jabatan Imigresen hanya berjaya merekodkan imbasan cap jari lebih sejuta daripada lebiha dua juta pekerja asing yang bekerja secara sah di negara ini.

Terbaru, pada 21 Januari 2009, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar Sudah mengatakan sudah tiba masanya pengambilan pekerja asing terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dihentikan segera selaras dengan keadaan ekonomi semasa negara yang turut merasai kesan kemelesetan ekonomi global.


PASPORT...Kemasukan pendatang secara rambang menyukarkan sistem pemantauan.

“Majikan patut memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu, hantar mereka balik ke negara asal dan jangan ambil lagi. Mereka sepatutnya menggunakan sumber tenaga tempatan,” katanya yang membayangkan akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk memperketatkan lagi permohonan berhubung keperluan pekerja asing di negara ini dan meneruskan penghantaran balik pekerja asing yang tinggal secara haram di negara ini.

Walaupun kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM5 bilion daripada RM7 bilion yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri pada november 2008, bakinya RM2 bilion lagi akan dikeluarkan minggu depan, namun ekonomi tempatan amat sukar untuk dipulihkan dalam jangka masa yang singkat kerana rangsangan tersebut tidak mensasarkan kesan kemelesetan ekonomi akibat kebergantungan kepada pekerja asing.

"Kita akan melancarkan pakej rangsangan ekonomi kedua tidak lama lagi bagi memastikan negara tidak terjerumus ke dalam kancah kemelesetan serius akibat ekonomi global yang semakin merudum," kata Najib yang menegaskan rangsangan tersebut akan ditentukan mengikut kesesuaian masa atau keadaan dan tumpuannya pada masa ini ialah untuk memastikan RM7 bilion digunakan secepat mungkin.

MUTALIB CUBE TO RELAX MIND

SELAMAT DATANG KE MAJLIS SINAR KASIH HARAPAN


DATIN SERI RAYA EROM - Pengerusi Yayasan Kebajikan Suria

PENGERUSI Yayasan Kebajikan Suria, Datin Seri Raya Erom mempersilakan pertubuhan bukan kerajaan dan aktivis masyarakat menghadiri Majlis Sinar Kasih Harapan yang akan diadakan di kediaman beliau di Desaria, No. 4, Lorong Likas pada 24 Januari 2009.

ATUR CARA MAJLIS:

9.45 pagi - Ketibaan tetamu.
10.00 pagi - Ceramah Motivasi "Sinar Kasih Harapan" oleh Professor Madya Dr.
Mohammad Agus Yusoff dari UKM.
10.45 pagi - Ucapan Pelancaran oleh Yang Berbahagia Datin Seri Raya Erom,
Pengerusi Yayasan Kebajikan Suria.
- Penyampaian Bantuan Kemanusiaan Kepada Tabung Gaza kepada Wakil TV3.
- Bacaan doa Oleh Ustaz Harun Tafsir
- Jamuan Ringan
- Bersurai

NOTA: Dijangka seramai 100 tetamu akan hadir dan beramah mesra dengan 60 anak-anak yatim daripada Rumah Kebajikan Suria, Tuaran.

PENGENALAN

Program 'Sinar Kasih Harapan' diilhamkan oleh Yayasan Kebajikan Suria di bawah teraju Datin Seri Raya Erom yang akan dikendalikan oleh sukarelawan dari Yayasan Kebajikan Suria yang akan mendengar, menasihat dan mencadangkan bantuan serta kaunseling jika perlu.

Program ini juga sebagai saluran untuk berkongsi, mendengar masalah, kesulitan dan pandangan yang dihadapi oleh kaum hawa bertujuan membantu mencari jalan penyelesaian di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

MATLAMAT PROGRAM

Menyediakan ruang berkongsi pendapat
Menyediakan kefahaman realiti kehidupan
Memberi laluan luahan masalah
Memberi cadangan penyelesaian
Membina pemikiran positif
Mengeratkan silaturrahim

YAYASAN KEBAJIKAN SURIA- SEPINTAS LALU

YAYASAN Kebajikan Suria ditubuhkan pada 14 Mei 1996 yang lahir daripada prinsip kesedaran membantu mereka yang memerlukan, hasil percambahan fikiran Datin Seri Raya Erom, selaku pengasas dan pengerusi yayasan ini.

Pada awal penubuhannya, yayasan ini terletak di Kampug Likas dan beroperasi di sana sehingga awal tahun 2001.

Pada Februari 2001, Yayasan Kebajikan Suria telah berpindah ke bangunan baru di Kampung Panjut, Berungis, Tuaran dan dikenali sebagai Kompleks Yayasan Kebajikan Suria.

Kompleks ini mempunyai tiga buah blok asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan, ruang pejabat, dewan makan, dapur, surau dan rumah untuk kakitangan. Kompleks ini juga turut menyediakan mini perpustakaan untuk kemudahan dan rujukan pembelajaran penghuni asrama.

Kelas tambahan dan kelas agama turut disediakan kepada para penghuni dan mendapat bantuan tenaga pengajar dari Jabatan Kebajikan Islam (JAKIM).

Penghuni Kompleks YKS juga mendapat pendidikan di sekolah kerajaan di daerah Tuaran.


MATLAMAT PENUBUHAN

Membantu mereka yang memerlukan, insan istimewa, anak-anak yatim dan golongan tidak berkemampuan.

Meningkatkan kesedaran untuk berilmu dan memupuk semangat berdikari, berakhlak serta berkeyakinan.

Menanam sikap penyayang di kalangan masyarakat tanpa mengira jurang perbezaan taraf hidup.


ASRAMA YAYASAN KEBAJIKAN SURIA

Asrama ini ditubuhkan untuk memberikan perlindungan kepada anak-anak yatim dan mereka yang tidak berkemampuan. Penghuni asrama yayasan ini terdiri daripada anak-anak yang memerlukan dari seluruh daerah di negeri Sabah.

Penghuni asrama seramai 52 orang iaitu 27 orang penghuni lelaki dan 25 orang penghuni perempuan. Mereka berumur di antara 7 hingga 17 tahun yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik, yatim dan yatim piatu.

Aktiviti riadah dan bersukan turut diadakan pada sebelah petang. Pada masa cuti sekolah, anak-anak YKS diberi kesempatan untuk mengadakan lawatan sambil belajar untuk menambah pengetahuan dan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih dekat lagi.

PENSIANGAN DALAM GENGGAMAN: ANWAR



KETUA Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melonjakkan harapan rakyat Sabah untuk melihat perubahan di Sabah dengan menawan kerusi Parlimen Pensiangan, sekiranya Mahkamah Rayuan yang akan bersidang pada 19 Februari 2009 di Kota Kinabalu menolak rayuan Tan Sri Joseph Kurup.

"Buat sementara waktu, kerusi Pensiangan belum kosong kerana itu kita tidak mengumumkan siapa yang akan bertanding," ujar Anwar ketika menjawab soalan daripada Datu Sebastian Datu Panglima Banting dalam suatu majlis makan malam dan dialog dengan peniaga dan pertubuhan bukan kerajaan di sebuah hotel terkemuka.

Menurut Anwar, jika semangat Permatang Pauh dan Kuala Terengganu diamal dan ditingkatkan, sudah pasti kerusi Pensiangan dalam genggaman Pakatan Rakyat.

"Ketika saya bertanding di Permatang Pauh, bukan calon Keadilan yang bertanding, tetapi saya calon Pakatan Rakyat sehingga rakan kita berkempen seolah-olah calon mereka yang bertanding. Begitu juga di Kuala Terengganu, rakan kita DAP turun membantu calon Pas dengan belanja mereka sendiri," ujar Anwar yang berbangga dengan kebangkitan semangat dan kerjasama Pakatan Rakyat.

Dalam mesej terbaru, 'Perubahan Satu Kemestian' Anwar meminta agar lebih banyak program memasyarakatkan pemimpin dijanakan kerana rakyat kebanyakan sukar menemui beliau disebabkan kesuntukan masa dan program tertutup yang membataskan mereka.

"Dalam program akan datang, kita akan buat di kawasan kampung agar lebih ramai rakyat datang berjumpa dan saya tidak galakkan amalan membebankan rakyat seperti ini," ujar Anwar sebagai menjawab soalan daripada Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan.

Zainuddin dalam soalannya meluahkan aspirasi rakyat bawahan yang kesal dan kecewa kerana tidak mampu membayar RM1,000 bagi harga jamuan sebuah meja dalam mana-mana perjumpaan bersama Anwar, termasuk pada malam semalam.

"Saya mahu tanya, ke mana perginya wang pungutan kegiatan menjual meja ini sedangkan saya mendapat tahu program majlis makan malam pada malam ini telah ditaja sepenuhnya? Kenapa harus bebankan rakyat biasa yang ingin berjumpa dan bersama pemimpin mereka?" ujar Zainuddin yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Zainuddin kesal kerana ada pihak tertentu di dalam PKR Sabah bertindak di luar batasan dengan 'menculik' Ketua Umum Keadilan kerana mengikut program asal Angkatan Muda PKR telah diamanahkan mengatur program lawatan beliau ke Sabah.

"Datuk Seri Anwar ,milik rakyat Malaysia dan adalah tidak wajar pemimpin tertentu di Sabah 'menculik' beliau setiap kali beliau menjejakkan kaki ke Sabah. Rakyat ingin beramah mesra dengan Datuk Seri tetapi mereka telah dihalang dan senario ini amat bahaya kepada kemaraan Pakatan Rakyat di Sabah terutama parti komponen Pakatan Rakyat yang turut mempunyai hak yang sama," kata Zainuddin selepas mengemukakan soalan dalam dialog berkenaan.

PERSATUAN BLOGGER SABAH



ANTARA agenda perjumpaan para Blogger pada 25 Januari 2009 di Sokid Villa ialah untuk menubuhkan Jawatankuasa Penaja Persatuan Blogger Sabah untuk memelihara kepentingan ahli mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Persatuan daripada kekekangan, penindasan dan layanan tidak adil daripada pihak berwajib. Majlis berkenaan akan turut dihadiri oleh blogger VIP. Harap Maklum. Sila daftar segera nama anda.

Thursday, January 22, 2009

PERJUMPAAN ANTARA BLOGGER



www.sabahkini.net menjemput semua blogger yang berada di seluruh Sabah agar datang ke lokasi di bawah bagi mengadakan perbincangan dan percambahan fikiran demi untuk masa hadapan Blogger di Sabah. Mulai 1 Februari 2009 semua blogger boleh menghantar artikel kepada www.sabahkini.net melalui email mysabahkini@gmail.com. Hanya blogger yang diambil bekerja dengan Sabahkini akan dibayar honorarium. Sila hantarkan pengesahan melalui sms ke 0146502520 atau email. Lokasi perjumpaan seperti berikut;


Tarikh: 25 JANUARI 2009 (AHAD)
Tempat: SOKID VILLA, JALAN MININTOD, BUKIT PADANG, KOTA KINABALU
Masa: JAM 2.00-5.00 PETANG


Semua Perbelanjaan ditanggung oleh Blogger sendiri. Minuman Ringan dan cenderahati akan disediakan.

PERLETAKAN JAWATAN RODERICK ADA KAITAN DENGAN KES HONG KONG?


RODERICK...Wira, juara atau penderhaka kepada Musa?

PERLETAKAN jawatan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderick Fernandez dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pengubahan $16 juta wang haram oleh seorang peniaga Sandakan, Michael Chia yang kini menunggu perbicaraan di Mahkamah Tingi Hong kong oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC).

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata demikian di dalam satu wawancara khas dengan blog http://mysabahkini.blogspot.com di kediamannya di Sokid Villa, Kota Kinabalu.

"Perletakan jawatan Roderick sungguh luar biasa dan dalam kes yang sebegini sewajarnya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi kerana saya percaya ada sesuatu yang cuba disembunyikan, sehingga akhirnya Peguam Negeri yang menjadi mangsa," ujar Jeffrey sambil merujuk kepada kes perbicaraan Michael Chia di Mahkamah Tinggi Hong Kong atas tuduhan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Aktiviti Keganasan.

Jeffrey yakin, desas desus yang mengatakan ada pihak yang cuba menjadi 'God-Father' dan perunding di antara Kerajaan Hong Kong dan Kerajaan Malaysia untuk menutup kes berprofail tinggi ini bukanlah omongan kosong.

"Empat pemimpin DAP telah membuat laporan polis di di Balai Polis Dang Wangi yang mendakwa Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman turut terlibat dengan kes penyeludupan dan penggubahan wang haram sejumlah $16 juta setelah ICAC Hong Kong berjaya memberkas Michael Chia," ujar Jeffrey yang merujuk laporan yang dimuatkan di dalam laman web http://ngobalakrishnan.com.


LAPOR....Dr Hiew dan rakannya membuat laporan polis terhadap Musa Aman di Balai Polis Dang Wangi.

Tegas Jeffrey, laporan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Chiew; Adun Sri Tanjung Jimmy Wong dengan ditemani oleh Penasihat DAP, Lim KIt Siang dan Lim Lip Eng harus disiasat walaupun Musa Aman membuat penafian kerana tidak memberikan sebarang kesan dan SPRM sewajarnya menjalankan siasatan walaupun kejadian berkenaan berlaku di luar negara.

Sementara itu kata Jeffrey, beliau percaya laporan laman web Malaysia Today bahawa adik angkat Musa Aman, Michael Chia telah ditangkap di Hong Kong ketika mahu menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur kerana didapati membawa RM16 juta wang tunai, kononnnya untuk kegunaan pilihanraya kecil Permatang Pauh tidak boleh dipertikaikan.

"Semua mengetahui bahawa mengikut sumber Hong Kong, ICAC telah memantau pergerakan Michael Chia membawa keluar wang tunai daripada Hong Kong sejak tiga tahun lalu dan hanya tertangkap ketika cuba menyeludup keluar $16 juta wang singapura di dalam briefcasenya," jelas Jeffrey yang meminta agar Media Massa tidak menafikan hak rakyat Sabah untuk mengetahui perkembangan kes tersebut.

Tegas Jeffrey kes berkenaan tidak boleh ditutup dengan penafian Musa tentang hubungannya dengan Michael Chia walaupun Musa mengatakan, "Dia bukan nominee saya dan saya tiada nominee."

Oleh kerana kes berkenaan dalam proses perbicaraan, maka Jeffrey percaya ada pihak yang menggunakan Pejabat Perdana Menteri untuk mengaburi mata ICAC bahawa wang yang disita daripada Michael Chia adalah milik Kerajaan Malaysia dan bukannya milik Musa atau pemimpin Sabah yang lain.

"Kita sedang mendapatkan pengesahan bahawa seorang Setiausaha Sulit yang berkelulusan Doktor telah mengeluarkan surat (palsu) kepada ICAC untuk melepaskan pemimpin terlibat daripada tindakan," ujar Jeffrey yang kesal kerana ada pihak telah menyalahgunakan kemudahan kepala surat Kerajaan Persekutuan untuk melepaskan penjenayah.

DR JEFFREY KITINGAN

Sehubungan itu, kata Jeffrey, beliau menggesa agar SPRM menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang menyalahguna kuasa bersubahat mengakui bahawa wang yang dirampas adalah wang Kerajaan Negeri atau Kerajan Persekutuan adalah Pengkhianat Kepada Yang Di Pertuan Agong dan wajar dijatuhi hukuman berat kerana mensabotaj ekonomi negara.

Bagaimanapun kata Jeffry, beliau kesal kerana dalam usaha untuk membebaskan Michael Chia, Peguam Negeri Sabah terpaksa memainkan peranan penting untuk memberi pengesahan kepada ICAC Hong Kong dan beliau memuji sikap Roderick yang memilih untuk meletakkan jawatan daripada bersekongkol dengan kes berprofail tinggi ini.

"Saya mendesak agar Kerajaan Negeri Sabah membuka kertas Siasatan atau Kertas Putih bagi menjelaskan isu perletakan jawatan Peguam Negeri yang berdidikasi ini kepada rakyat," ujar Jeffrey yang akan menemui beberapa pihak di Hong Kong untuk mendapat pengesahan lanjut.

PENCURI BALAK BERLESEN?


PANTAU....Bukankah APMM hanya membuang masa menangkap pencuri kayu balak berlesen ini?

KEGIATAN mengangkut dan memunggah kayu balak atau kayu bergergaji di waktu malam menimbulkan pelbagai sangkaan jahat dan disifatkan sebagai kegiatan tidak sihat terutama apabila beroperasi daripada jam 7.00 malam sehingga jam 7.00 pagi.

Faktor kecuaian manusia dan kecenderungan berlaku rasuah tidak dapat dielakkan kerana hanya melibatkan seorang petugas sahaja untuk memantau kegiatan berkenaan yang dilakukan di dalam gelap dan secara senyap-senyap.

Tidak dapat dipastikan kenapa Jabatan Perhutanan membenarkan kegiatan mengangkut kayu balak dan industri hiliran berasaskan kayu pada waktu malam sedangkan ianya boleh dilakukan pada waktu siang terutama di kawasan laluan perkapalan.

Tinjauan selama sepuluh hari di Sandakan mendapati kegiatan memunggah balak dan kayu bergergaji dilakukan juga pada waktu siang tanpa kawalan ketat di samping kebenaran khas diberikan pada waktu malam kepada semua syarikat kayu balak yang menjalankan kegiatan mengeksport balak mereka.

Team Pemantau Blog juga terserempak dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjalankan operasi khusus termasuk memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki terlibat dengan kegiatan pembalakan haram, namun tertuduh dibebaskan apabila diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah.

Sebagai sebuah jabatan penguatkuasa maritim, APMM kelihatan gagal dari segi fungsi untuk memastikan laluan awam dan laluan kapal selamat kerana kebanyakan bot yang digunakan untuk menarik kayu balak atau tongkang adalah bot nelayan biasa, bukannya tug-boat seperti yang lazim digunakan kerana mempunyai ciri keselamatan.

Walaupun, bot yang digunakan untuk menarik kayu balak hanya menggunakan seutas tali biasa, namun APMM tidak mengenakan sebarang denda sebaliknya menyerahkan tertuduh kepada Jabatan Perhutanan Sabah sekalipun tidak terdapat sebarang dokumen yang dapat ditunjukkan ketika pemeriksaan.

Bagi mengkaji kesannya terhadap ekonomi Sabah, blog ini ingin membawa rakyat Sabah melihat sendiri peristiwa di lokasi operasi kayu balak di waktu malam. Tidak ada yang ganjil melainkan mampukah pegawai perhutanan berjaga malam semata-mata untuk memastikan taukey balak memenuhkan poket mereka sedangkan gaji dibayar hanya untuk bekerja pada waktu siang melainkan jika menyertai operasi khas.

Tetapi jika sepanjang tahun, mereka terpaksa bertugas pada waktu malam sedangkan siang hari mereka terpaksa menjalankan tugas, apakah berbaloi berjaga malam atau mereka hanya membiarkan penyangak ekonomi ini memunggah keluar semua hasil hutan pada waktu malam?

Persoalannya, apakah Jabatan Kastam, Polis Marin dan sebagainya turut bertugas pada masa yang diberikan oleh Pegawai Perhutanan untuk mengangkut hasil hutan?


Kes 1:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Mary G
Agen Perkapalan : Archilles Shipping Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Yung Chen Wood Ind. Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 216 Crates Isipadu = 373.0540m? 90 Crates Isipadu = 141.7254m?
Jenis/produk : Malaysian Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303275-6
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN002029/2007 & SKN002030/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Natok Esa

Kes 2:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Mary G
Agen Perkapalan : Archilles Shipping Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Veisheng Timber Sdn. Bhd, Cymao Plywood Sdn. Bhd
Jumlah Ikat : 864 Crates Isipadu = 1430.2749 m? 1072 Crates Isipadu = 1708.884m? 60 Crates Isipadu = 89.3040m?
Jenis/produk : Malaysian Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303198 & AM303263
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001998/2007, SKN002018/2007 & SKN002023/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Natok Esa

Kes 3:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Jin Chuan Men
Agen Perkapalan : Borneo Laju Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Matowin Sdn. Bhd, Prima Union Plywood (M) Sdn. Bhd, Priceworth Industries Sdn. Bhd, Jid Fu Plywood Sdn. Bhd, Wing Foh Sawmill Sdn. Bhd
Jumlah Ikat : 460 Crates Isipadu = 473.0613m? 555 Crates Isipadu = 1004.4599m? 1034 Crates Isipadu = 1228.1523m? 527 Bdls Isipadu = 851.3171m? 100 Bdls Isipadu = 86.3824m?
Jenis/produk : Plywood, Furniture Components, Sawn Timber & Bare Core.
Resit No. (Royalti) : AM303026, AM303062, AM303021, AM303019, AM303020, AM303022, AM303058 & AM303059.
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001936, 1958, 1925, 1923, 1924, 1926, 1933, 1932, 1957, 1945 & 1946/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH Rusoni Ag. Damit


NELAYAN...Bot pukat tunda nelayan ini digunakan untuk menarik kayu balak?

Kes 4:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Yong Xiang Sdn. Bhd
Agen Perkapalan : Borneo Laju Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Sabajuta Industries Sdn. Bhd, Sinora Sdn. Bhd, Megabig Enterprise Sdn. Bhd
Jumlah Ikat : 1574 Crates Isipadu = 2481.9985m? 170 Crates Isipadu = 309.7094m?583 Crates Isipadu = 701.9823m?
Jenis/produk : Plywood Veneer.
Resit No. (Royalti) : AM302399, AM302400, AM302426, AM302425, AM302244, AM302245 & AM302243
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001688/2007. SKN001687/2007, SKN001694/2007, SKN001693/2007, SKN001624/2007, SKN001625/2007 & SKN001622/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH Sainee Basis

Kes 5:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Chuang Ye V. 2713 N
Agen Perkapalan : Borneo Laju Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Timberwell Plywood Sdn. Bhd, Cymao Plywood Sdn. Bhd, United Inrich Sdn. Bhd, Priceworth Industries Sdn. Bhd, Wing Foh Sawmill Sdn. Bhd. Prima Union Plywood (M) Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 526 Crates Isipadu = 919.2700m? 304 Crates Isipadu = 499.5309m? 227 Crates Isipadu = 327.6032m? 1417 Bdls Isipadu = 2216.7186m? 126 Bdls Isipadu = 103.8404m? 875 Crts Isipadu = 1570.7998m?
Jenis/Produk : Plywood, Veneer, Sawn Timber & Bare Core.
Resit No. (Royalti) : AM302599, AM302559, AM302563, AM302516, AM302515, AM302171, AM302627 & AM302626.
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001778/2007. SKN001741/2007, SKN001746/2007, SKN001732/2007, SKN001731/2007, SKN001787/2007, SKN001786/2007 & SKN001785/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Mohd Zulkiflee B. Abdullah.

Kes 6:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Builder Success
Agen Perkapalan : Chong Fui Shipping & Forwarding Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter):Samawang Sawmill Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 2050Crates Isipadu = 3,438.4424m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303164
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001987/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Hj. Sumiyo S. Salamat


IKAT...Perhatikan bukan kabel sebaliknya hanya tali yang diikat pada bot pukat tunda.


Kes 7:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Builder Success
Agen Perkapalan : Chong Fui Shipping & Forwarding Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter):Samawang Sawmill Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 980 Crates Isipadu = 1,647.5332m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303165
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001988/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Mohd Zulkiflee Abdullah

Kes 8:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Builder Success
Agen Perkapalan : Chong Fui Shipping & Forwarding Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter):Samawang Sawmill Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 2,083 Crates Isipadu = 3,447.313m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM302552-3
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001736 & 1735/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH Sabri Soton.

Kes 9:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Builder Fortune
Agen Perkapalan : Chong Fui Shipping & Forwarding Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter):Cymao Plywood Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 673 Crates Isipadu = 933.9293m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM302175-6 & AM302168-9
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN01722/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH Sabri Soton.


Kes 10:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Navios Herakles
Agen Perkapalan : Eastern Rise Shipping Sdn. Bhd. Sandakan
Nama Pelesen (Eksporter): Cymao Plywood Sdn. Bhd, Megabig Enterprise Snd. Bhd, Veisheng Timber Sdn. Bhd. Sinora Sdn. Bhd
Jumlah Ikat : 389 Crates Isipadu = 637.7077m? 700 Crates Isipadu = 1,035.9885m? 1,100 Crates Isipadu = 1,811.1220m? 600 Crates Isipadu = 641.9400,
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303264/70, AM303160-1, AM303235, AM303260.
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN002019/25/2007, SKN001984-5/2007, SKN002010/2007 & SKN002015/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Mohd Zulkiflee Abdullah

Kes 11:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Thor Skipper
Agen Perkapalan : Eastern Rise Shipping Sdn. Bhd. Sandakan
Nama Pelesen (Eksporter): Jld Fu Plywood Sdn. Bhd,Cymao Plywood Sdn. Bhd, Yung Chen Wood Industry Sdn. Bhd
Jumlah Ikat : 441 Crates Isipadu = 741.6308m? 797 Crates Isipadu = 1275.3845m? 536 Crates Isipadu = 908.6505m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303049, AM303060, AM303053, AM303055 &. AM303123
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001947/2007, SKN001952 & 1954/2007 & SKN001970/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH Rusni Ag. Damit

Kes 12:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Hung Lee Vl
Agen Perkapalan : Eastern Rise Shipping Sdn. Bhd. Sandakan
Nama Pelesen (Eksporter): Cymao Plywood Sdn. BhdVeisheng Timber Sdn. Bhd
Jumlah Ikat : 641 Crates Isipadu = 1036.1379m? 245 Crates Isipadu = 424.7895m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303054, 56, 57 & AM303003-04
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001953, 55, 56/2007, & SKN001920/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH Sabri Soton

Kes 13:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Thor Tribute
Agen Perkapalan : Eastern Rise Shipping Sdn. Bhd. Sandakan
Nama Pelesen (Eksporter): Yung Chen Wood Industry Sdn. Bhd, Sandakan, Jid Fu Plywood Sdn. Bhd, Cymao Plywood Sdn. Bhd, Veishing Timber Sdn. Bhd, Priceworth Industreis Sdn. Bhd, Syt. Sri Mesapol (K/P) S/B, Matowin Sdn. Bhd, Bestapower Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 289 Crates Isipadu = 496.1969m? 1462 Crates Isipadu = 2243.5157m? 186 Crates Isipadu = 342.5701m? 536 Crates Isipadu = 998.2759m? 1703 Crates Isipadu = 2561.1170m? 140 Crates Isipadu = 236.3400m? 693 Crates Isipadu = 700.6350m? 465 Crates Isipadu = 692.6304m?
Jenis/produk : Plywood & Sawn Timber
Resit No. (Royalti) : AM302878-79, AM302848-50, AM302875, AM302635, AM302860-63 & AM302731.
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001876-77, SKN001857-59, SKN1875, SKN1851, SKN1864-1867, SKN1831, SKN1863/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Karman Kasman

Kes 14:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Thor Champion
Agen Perkapalan : Eastern Rise Shipping Sdn. Bhd. Sandakan
Nama Pelesen (Eksporter): Yung Chen Wood Industry Sdn. Bhd,
Jumlah Ikat : 2864 Crates Isipadu = 4,126.3700m? 853 Crates Isipadu = 1,410.2962m?
Jenis/produk : Plywood.
Resit No. (Royalti) : AM302696 & AM32788-9.
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001810/2007 & SKN001849/50/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Pargan Mujamal

Kes 15:

Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Thor Mariner
Agen Perkapalan : Eastern Rise Shipping Sdn. Bhd. Sandakan
Nama Pelesen (Eksporter): Sinora Sdn.Bhd, Yung Chen Wood Industry Sdn. Bhd, Cymao Plywood Sdn. Bhd & Timberwell Plywood Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 869 Crates Isipadu = 1,588.0039m? 311 Crates Isipadu = 513,8998m? 526 Crates Isipadu = 720.3569m? 899 Crates Isipadu = 1,050.2189m?
Jenis/produk : Plywood.
Resit No. (Royalti) : AM302776, Am302714-7 & AM302768-69.
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001846/2007, SKN0018220,21, 22, 23/2007, SKN001843-44/2007 & SKN001839/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Karman Kasman

Kes 16:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Thor Mariner
Agen Perkapalan : Eastern Rise Shipping Sdn. Bhd. Sandakan
Nama Pelesen (Eksporter):Jid Fu Plywood Sdn. Bhd & Syt. Sri Mesapol (K/P) Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 1266 Crates Isipadu = 2,072.7144m?& 239 Bdls Isipadu = 468.5100m?
Jenis/produk : Plywood & Sawn Timber.
Resit No. (Royalti) :AM302386-7, AM301736 & AM302356.
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED :SKN001680-81/2007 & SKN001394/1676/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Karman Kasman

Kes 17:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Yuuki V. 47
Agen Perkapalan : Harper Wira Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Sinora Sdn. Bhd, Veisheng Timber Sdn. Bhd
Jumlah Ikat : 1975 Crates Isipadu = 3747.1131m? 56 Crates Isipadu = 100.1670m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303016, AM303017, AM303042 & AM303005.
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001934-1935/2007, SKN001944/2007 & SKN001922/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Pargan Mujamal.

Kes 18:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Yusho Princess V. 148
Agen Perkapalan : Harper Wira Sdn. Bhd.
Nma Pelesen (Eksporter): Sinora Sdn. Bhd,
Jumlah Ikat : 793 Crates Isipadu = 1477.4853m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303297-8
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN002042-2043/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH Rusoni Ag. Damit

Kes 19:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Oriental Spirit V. 145
Agen Perkapalan : Harper Wira Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Sinora Sdn. Bhd, Veisheng Timber Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 273 Crates Isipadu = 542.0632m? 229 Crates Isipadu = 400.6584m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM302729, Am302730 & AM302796
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001829-001830/2007 & SKN001848/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Zulkiflee Abdullah


BAHAYA....Balak yang ditarik dengan tali membahayakan dan menyukarkan pemantauan.

Kes 20:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Sun Grace V. 80
Agen Perkapalan : Harper Wira Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Sinora Sdn. Bhd & Timberwell Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 790 Crates Isipadu = 1487.8187m?& 37 Crates Isipadu = 41.0512m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM302475 7 AM302487
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001710-1716/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH Hj. Sumiyo S. Salamat

Kes 21:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Cocoa Heart
Agen Perkapalan : K Line Kin Kai Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Sinora. Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 489 Bdles Isipadu = 970.4367m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303507-8
Shipping Mark : As Perl List Attached
Nombor ED : SKN002123-4/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Pargan Mujamal

Kes 22:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Brave Ocean V. 057
Agen Perkapalan : K Line Kin Kai Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Sinora. Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat : 331Bdles Isipadu = 602.7431m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303408-9-8
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN002084-5/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Rusoni Ag. Damit

Kes 23:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Sunny Heart V. 110
Agen Perkapalan : K Line Kin Kai Sdn. Bhd.
Nma Pelesen (Eksporter): Sinora. Sdn. Bhd., Maranti Sawmill Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat :487 Bdles Isipadu = 813.7800m? 51Bdles Isipadu = 88.4346m?
Jenis/produk : Plywood
Resit No. (Royalti) : AM303186-7 & AM303147-8
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001996-7/2007 & SKN001976-7/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Pargan Mujamal

Kes 24:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Princess V. 110
Agen Perkapalan : K Line Kin Kai Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter): Sinora. Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat :581 Bdles Isipadu = 100.5148m?
Jenis/produk : Veneer & Plywood
Resit No. (Royalti) : AM302894 & AM320893
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001889/2007 & SKN001879/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Hj. Sumiyo S. Salamat

Kes 25:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Marine Emeble V. 057
Agen Perkapalan : K Line Kin Kai Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter):Aik Bee Timber Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat :37 Bdles Isipadu = 26.8841m? 80 Bdles Isipadu = 150.1511m? 96 Bdles Isipadu = 111.1030m?
Jenis/produk : Sawn Timber, Plywood & Sawn Timber.
Resit No. (Royalti) : AM302558, AM302549-50 & AM302584-5
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001740/2007, SKN001733-4 & SKN001763-4/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Rusoni Ag. Damit.

Kes 26:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal ; MV. Silver Dream V. 715
Agen Perkapalan : Kesawan Shipping Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter) : Timber Plywood Sdn. Bhd, Megabig Enterprise Sdn. Bhd,
Priceworth Industries Sdn. Bhd, Jayakuik Snd. Bhd, Atlantis Wood Prod, Sdn. Bhd, Sinora Snd. Bhd, Jid Fu Plywood Sdn. Bhd, Cymao Plywood Sdn. Bhd
Jumlah: 250 Crates Isipadu = 322.5118m? 804 Crates Isipadu = 1004.0180m? 184 Crates Isipadu = 159.2378m? 526 Crates isipadu = 1283.7015m? 75 Crates Isipadu 249.6774m? 1085 Crates Isipadu = 1443.112m? 669 Crates isipadu = 1725.0586m?
Jenis/Produk: Pelbagai.
Resit No. (Royalti): AM313110, AM303288, AM303284, AM303285, AM303286, AM303283, AM303344, AM303345, AM303340, AM303341, AM303342, AM303365 & AM303368.
Shipping Mark : A Per List Attached.
Nombor ED: SKN001991-2036, 2032-2035, 2031, 2037-2038, 2040, 2053-2057, 1768 & 2063 2066/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH Hj. Sumiyo S. Salamat


Kes 27:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal ; MV. Long Xuyen V. 707
Agen Perkapalan : Kesawan Shipping Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter) : Jid Fu Plywood Sdn. Bhd, Cymao Plywood Sdn. Bhd
Jumlah Ikat: 1,121 Crates Isipadu = 1,936.4888m? 1,397 Crates Isipadu = 2,199.8939m?
Jenis/Produk: Plywood
Resit No. (Royalti): AM302911, & AM302913.
Shipping Mark : A Per List Attached.
Nombor ED: SKN001885/2007 AKN001887/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH Sabri Soton

Kes 28:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal: MV. Silver Dream
Agen Perkapalan : Kesawan Shipping Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter) : Megabig Enterprise Sdn. Bhd, Jayakuik Sdn. Bhd, Seguntor Sdn. Bhd, Tri-Seven (M) Sdn. Bhd, Syt. Saban Sawmill Sdn. Bhd, Atlantis Wood Prod Sdn. Bhd, Sangat Maju Sdn. Bhd, Priceworth Industries Sdn. Bhd & Timberwell Plywood Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat: 1,433 Crates Isipadu = 2,006.3931m? 187 Crates Isipadu = 501.1600m? 268 Crates Isipadu = 253.6844m? 103 Crates Isipadu = 91.1581m? 158 Crates Isipadu = 177.7845m? 88 Crates Isipadu = 254.0498m? 71 Crates Isipadu = 67.211m? 185 Crates Isipadu = 251.9655m?& 318 Crates Isipadu = 444.459m?
Jenis/Produk: Plywood, Stick, Sawn Timber, Finjer Joint, Sawm Timber (stick), Plain particleboard & Dried Veneer.
Resit No. (Royalti):AM302600, AM302601, AM302603, AM302591, AM302564, AM302565, AM302566, AM30256 & AM302568..
Shipping Mark : A Per List Attached.
Nombor ED:SKN001743-1748/2007, SKN001752/2007, SKN001756/2007,SKN00175/2007, SKN001758-1767/2007, SKN001761/2007, SKN001768/2007, SKN001769-1770/2007 & SKN001779-1782/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: RH Pargan Mujamal.

Kes 29:

Tempat: Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal: Mv. Bangkaja V.35
Agen Perkapalan: Kinashico Sdn. Bhd Sandakan
Nama Pelesen (Eksporter) : Proper Reign Sdn. Bhd, Jid Fu Plywood Sdn. Bhd., Veisheng Timber Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat: 350 Crates Isipadu = 309.7878m? 730 Crates = 1,200.6030 M? 333 Crates = 524.9646 M?
Jenis/Produk: Sawn Timber & Plywood & Plywood
Resit No. (Royalti): Am303537, Am303316 & Am303538.
Shipping Mark: As Per List Attached
Nombor Ed: Skn002133, 2128 & 2130/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: Ph Rusoni Ag. Damit.

Kes 30:

Tempat: Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal: Mv. Sinar Sejati 2.
Agen Perkapalan: Kinashico Sdn. Bhd Sandakan
Nama Pelesen (Eksporter) : Weeluk Corp.Sdn. Bhd., Matowin Sdn. Bhd., Priceworth Industries Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat: 139 Crates Isipadu = 148.7581m? 1482 Crates = 1,465.7839m? 222 Crates = 256.5801m?
Jenis/Produk: Sawn Timber & Sawn Timber & Sawn Timber.
Resit No. (Royalti): Am302726, Am302727, Am302723, Am302722, Am302733 & Am302734.
Shipping Mark: As Per List Attached
Nombor Ed: Skn001832 ?1833/2007, Skn001824-1825/2007, Skn001827 & 1826/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga: Ph Natok Esa.

Kes 31:

Tempat: Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal: Mv.Bangsaphan V. 61.
Agen Perkapalan: Kinashico Sdn. Bhd Sandakan
Nama Pelesen (Eksporter) : Aikbee Timber (Sabah) Sdn. Bhd, Priceworth Industries Snd. Bhd, Syt Sri Mesapol (K/P) Sdn. Bhd, Sabajuta Industries Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat: 638 Crates Isipadu = 436.5583m? 805 Crates = 932.2968m 671 Crates = 662.593m 327 Crates = 701.3936m
Jenis/Produk: Sawn Timber & Sawn Timber & Sawn Timber & Plywood.
Resit No. (Royalti): Am302381, Am302330, Am302331, Am302358, Am302357 & Am302402
Shipping Mark: As Per List Attached
Nombor Ed: Skn0011679/07, Skn001662-1663, 2007, Skn001678-1677/07 & Skn001685-11686/2007.
Pegawai Perhutanan Menjaga:Ph Rusoni Ag. Damit.

Kes 32:

Tempat : Sandakan (Mid-Stream)
Nama Kapal : MV. Star Harmonia
Agen Perkapalan : L.D. Central Shipping & Forwarding Sdn. Bhd.
Nama Pelesen (Eksporter):R.N. Muda Sdn. Bhd., Jid Fu Plywood Sdn. Bhd, Sinora Sdn. Bhd, Cymao Plywood Sdn. Bhd, Veisheng Timber Sdn. Bhd.
Jumlah Ikat :1,206 Crates Isipadu = 2,500.1608m? 738 Crates Isipadu = 1,193.9583m? 348 Crates Isipadu = 551.2734m? 851 Crates Isipadu = 1,367.1684m? 2,844 Crates Isipadu = 4,673.9927m)
Jenis/produk : Malaysian Plywood
Resit No. (Royalti) : AM302646, AM302635, AM302636 & AM302485
Shipping Mark : As Per List Attached
Nombor ED : SKN001714/2007, SKN001795/2007, SKN001809, SKN001799/2007, SKN001788 & SKN001789
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Rusoni Ag. Damit.

Kes 33:

Kapal: Kapal Mv. Winner
Pelesen: Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.
Lesen: Sdk40/04, Twu 35/06 & Sdk27/05
Pengeksport: Sabah Berjaya Sdn. Bhd.
Bilangan: 867 Batang (5,212.70m)
Approved Exp. No.: Skn002110/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Haji Sumiyo Salamat

Kes 34:

Kapal: Mv. Sea Dragon
Pelesen: Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.
Lesen: Twu 40/06 & Twu41/06
Pengeksport: Sabah Berjaya Sdn. Bhd.
Bilangan: 294 Batang (1,777.39m)
Approved Exp. No.: Skn001749/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Natok Esa.

Kes 35:

Kapal: Mv. Sea Dragon
Pelesen: Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.
Lesen : Sdk40/06, Sdk27/05 & Twu35/06
Pengeksport: Sabah Berjaya Sdn. Bhd.
Bilangan: 672 Batang (3,831.28m)
Approved Exp. No. :Skn 001738/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Natok Esa.


KEBENARAN...Pegawai Perhutanan ini berkuasa penuh membenarkan balak atau kayu bergergaji diangkut di antara jam 7 malam hingga jam 7 pagi.

Kes 36:

Kapal: Mv. Hing Son Voy. 0711.
Pelesen: Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.
Lesen: Sdk40/04, Sdk27/05 & Twu 35/06
Pengeksport: Sabah Berjaya Sdn. Bhd.
Bilangan: 1,206 Batang (16,964.22m)
Approved Exp. No.: Skn001856/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Rusoni Awang Damit

Kes 37:

Kapal: Mv. Jiang Jie
Pelesen: Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.
Lesen: Twu37/06
Pengeksport: Sabah Berjaya Sdn. Bhd.
Bilangan: 154 Batang (1,004.03m)
Approved Exp. No.: Skn002048/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Rusoni Awang Damit

Kes 38:

Kapal: Mv. Jiang Jie
Pelesen: Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.
Lesen: Sdk40/04, Sdk27/05 & Twu35/06
Pengeksport: Sabah Berjaya Sdn. Bhd.
Bilangan: 946 Batang (6,162.30m?
Approved Exp. No.: Skn001975/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Sabri Soton


Kes 39:

Kapal: Mv. Jiang Jie
Pelesen: Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.
Lesen: Twu 40/06 & Twu41/06
Pengeksport: Sabah Berjaya Sdn. Bhd.
Bilangan: 332 Batang (1732.53m)
Approved Exp. No.: Skn002111/2007
Pegawai Perhutanan Menjaga: PH. Sabri Soton

Kes 40:

Kapal: Mv. Da Long
Pelesen: Rakyat Berjaya Sdn. Bhd.
Lesen: Sdk27/06, Sdk40/04 & Twu35/06
Pengeksport: Sabah Berjaya Sdn. Bhd.
Bilangan: 985 Batang (6,503.49m)
Approved Exp. No.: Skn001894/2007

Wednesday, January 21, 2009

IMM13 PALSU MASIH BERLELUASA DI SANDAKAN


TAHAN...Bot yang ditahan selepas didapati membawa nelayan asing yang menggunakan IMM13 palsu.

KEGIATAN memalsukan dokumen IMM13 untuk warga asing semakin berleluasa di Sandakan sekalipun pihak penguatkuasa mengetatkan undang-undang Imigresen ke Sabah.

Maklumat yang diterima daripada Persatuan Nelayan Kampung Pukat Sandakan telah mendorong pengendali blog menghantar team pemantau untuk mengesan kegiatan haram yang ini turut melibatkan pegawai Imigresen dan warga asing yang berkemahiran dalam bidang komputer.

Daripada pemerhatian yang dilakukan, team pemantau telah berjaya mengesan pergerakan beberapa nelayan asing yang dikhuatiri menggunakan dokumen IMM13 palsu untuk bekerja di bot nelayan tempatan.

Tindakan team pemantau menghubungi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APPM) Sandakan tidak sia-sia apabila APPM berjaya memintas sebuah bot nelayan yang disyaki pada 20 Mei 2008.


POLIS...Laporan polis yang dibuat APPM berhubung tangkapan IMM13 palsu.

Tiga awak-awak bot nelayan berkenaan berjaya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah Sesyen Sandakan mengaku bersalah setelah Jabatan Imigresen mengesahkan tidak pernah mengeluarkan IMM13 berkenaan kepada tiga awak-awak berkenaan.

"Hampir semua 50 bot pukat tunda yang berdaftar dengan persatuan ini menggunakan tenaga nelayan asing yang memiliki IMM13 palsu yang dikeluarkan sindiket haram. Perkara ini bukan baru, sudah lebih lima tahun," ujar Majali Malua (gambarnya tidak dapat disiarkan atas faktor keselamatan), salah seorang nelayan yang kecewa dengan sikap tidak acuh kerajaan membanteras pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Majali agak kesal kerana semua nelayan pendatang asing yang menggunakan IMM13 palsu yang ditangkap pada 20 Mei 2008 hanya dipenjara selama tiga bulan setelah bot mereka disita.

"Kerosakan dan gangguan yang mereka buat selama ini menyebabkan kami tidak dapat tidur lena kerana mereka balik lagi ke negeri ini menjadi nelayan setelah menjalani hukuman," kata Majali kecewa kerana nelayan asing bebas masuk menangkap ikan di negeri ini dan mendapat subsidi diesel kerana bot mereka didaftarkan atas nama penduduk tempatan.







MAHKAMAH...Keputusan mahkamah ini membuktikan segala-galanya namun IMM13 masih bermaharajalela.

SINDIKET PASIR HARAM DI KINABATANGAN






PENCURI...Pencuri pasir ini bebas kerana kelonggaran undang-undang.










KEWUJUDAN berpuluh kuari pasir haram di sepanjang Sungai Kinabatangan membuktikan bahawa rasuah masih menjadi penghalang pembangunan apabila wang lebih berkuasa daripada undang-undang.

Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan, Patrick Sindu berkata, sikap lepas tangan antara pihak penguatkuasa disebabkan kekangan undang-undang menyebabkan pencuri pair yang merosakkan alam sekitar sering terlepas daripada tindakan.

"Amat memalukan apabila rakyat membuat aduan, Jabatan Alam Sekitar tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana kekurangan logistik dan terpaksa mengharapkan Pasukan Pengawal Maritim (APPM) membantu mereka menangkap pencuri. Namun apabila Maritim telah berjaya menangkap pencuri, Jabatan Alam Sekitar terpaksa pula menyerahkan pencuri kepada Jabatan Tanah," ujar Patrick yang tidak tahu kesudahan kes yang berlaku pada April 2008.

Menurut Patrick, setelah menerima aduan orang awam, Cash telah mengadakan tinjaun dan mendapati aktiviti pengambilan pasir sungai secara haram di Sungai Kinabatangan secara berleluasa tanpa sebarang kawalan kerana pencuri menggunakan jengkaut yang diletakkan di atas tongkang yang ditarik oleh kapal tunda.

Team pemantau Cash, kata Patrick, telah beberapa kali berusaha untuk mengesan aktivit tersebut tetapi mengalami kesukaran kerana pencuri sering berpindah randah bagi mengelak dikesan dan Cash terpaksa menyalurkan maklumat berkenaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim Sandakan-DM17 untuk tindakan lanjut.

"Hasil daripada maklumat orang ramai, APPM telah berjaya mengesan kegiatan pengambilan pasir sungai secara haram di Sungai Kinabatanggan dan telah menangkap tiga pekerja dan menyita peralatan yang digunakan untuk kegiatan haram berkenaan pada 28 April 2008," ujar Patrick yang memuji tindakan pantas APPM.

Tetapi kata Patrick, kejayaan APPM menangkap sebuah bot dan tongkang yang dimiliki Syarikat Tian Lee yang memuat lebihkurang 1,200 tan pasir curi tidak memberikan sebarang makna kerana terpaksa menyerahkan bot dan tiga orang anak kapal kepada Jabatan Alam Sekitar yang terpaksa menyerahkannya pula Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur kerana kegiatan haram ini hanya menjadi kesalahan di bawah Ordinan Tanah, Bab 68.

Tangkapan berkenaan dibuat APPM pada koordinat N5O9'50.9" dan E118O 9'41.70" dan disimpan di Jeti Tian Li, Sandakan, tetapi tegas Patrick, beliau sudah tidak mendapat khabar berhubung kes berkenaan.

Mengikut Patrick lagi, di bawah Ordinan Tanah, Bah 68 (23A) menyebut adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa mengambil , memindah atau mengangkut batu, pasir, batu karang dan sebagainya daripada mana-mana sungai atau laut tanpa lesen yang sah.

"Mana-mana pihak yang didapati bersalah di bawah ordinan ini hendaklah didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," namun kata Patrick beliau mendapati pencuri berkenaan belum di dakwa di mahkamah sehingga ke hari ini.

Tuesday, January 20, 2009

PALSUKAN KEMATIAN, MANGSA AKAN SAMAN JPN


MATI..."Bolehkah orang mati jadi Perwakilan?" tanya Rafli.


MEMANDANGKAN kesnya sudah hampir dua tahun berlalu, namun Jabatan Pendaftaran Sabah enggan mengaktifkan semula data peribadi di dalam rekod Pusat menyebabkan mangsa, Rafli Bin Dalam membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing dan melantik peguam untuk mengendalikan kesnya.

Dalam laporan polisnya, Rafli mendakwa bahawa beliau telah membuat laporan di Balai Polis Karamunsing KK/RPT/001892/07 pada 30 April 2007 bahawa ada pihak yang memalsukan Sijil Kematiannya C 619367 di Hulu Langat Selangor pada 2001.

"Sejak daripada 30/04/2007 saya telah berulang alik ke Jabatan Pendataran Negeri Sabah bagi mengemaskinikan status saya. Namun sehingga ke hari ini, Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat menyelesaikan status saya dan gagal mengheret pesalah iaitu mereka yang membuat atau bersubahat memalsukan data kematian saya," ujar Rafli selepas membuat laporan polis dengan ditemani Pengerusi Yayasan Warisan Borneo, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Aktivis Masyarakat Dr Chong Eng Leong.

Menurut Rafli, beliau telah kehilangan hak ke atas semua hartanya dan hidup dalam penuh kehinaan apabila tidak dapat bekerja dan berniaga bagi menyara lima orang anak yang masih bersekolah dan isteri yang tidak bekerja kerana menjaga anak yang masih kecil.

"Bayangkanlah perasaan anda kalau dihalau keluar daripada rumah dan kereta dirampas? Mereka yang berhutang tidak membayar hutang, kontrak kerja yang telah saya siapkan tidak dapat dituntut semata-mata kerana mengikut rekod saya sudah meninggal dunia," kata Rafli yang tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain melakukan apa sahaja kerja untuk mendapat upah yang tidak seberapa demi untuk menyara keluarganya.


JARI...Rafli terpaksa menggunakan cap jari sebagai membuktikan beliau masih hidup.

Kata Rafli beliau telah kehilangan pendapatan lebih RM50,000 sebulan apabila jawatannya di tiga buah syarikat pembinaan ditamatkan serta merta kerana rekod kematiannya dan lesen pendaftaran syarikatnya tidak dapat disambung serta semua akaun banknya dibekukan.

Sebagai warganegara yang dijamin perlembagaan, Rafli mendesak agar polis melakukan siasatan rapi dan menangkap semua talibarut yang terlibat memalsukan sijil kematiannya kerana beliau mempercayai ada sindiket yang terlibat disebabkan ada pihak yang cuba menuntut hartanya, termasuk EPFnya.

Tambah Rafli, beliau terpaksa mendakwa Pengarah Pendaftaran Sabah di mahkamah kerana telah lama bersabar dan secara cuai tidak mengembalikan haknya yang dirampas iaitu kad pengenalan yang paling berharga buatnya.

Rafli hairan kenapa Jabatan Pendaftaran Negara menerima laporan kematiannya pada 2001 di Hulu Langat Selangor dan meluluskan sijil lewat kematiannya pada 2004 sedangkan beliau kehilangan mykad pada 2003 dan mendapatkan kad pengenalan gantian pada tahun yang sama.

"Saya turun membuang undi di Kampung Sembirai, Kota Belud pada pilihanraya umum 2004," ujar Rafli lagi yang mengaku tidak lagi membuang undi pada 2008 kerana kecewa dengan nasibnya yang tidak berubah walaupun mengundi sesiapa sahaja.c


SALINAN...Hanya gambar salinan kad pengenalan ini yang menjadi ingaun ngerinya sejak 2007.


Persoalan yang amat menarik untuk dipersoalkan ialah, sahkan Persidangan Agung UMNO Bahagian Tuaran, jika Rafli salah seorang perwakilan yang turut membuang undi memilih ahlijawatankuasa bahagian berkenaan?

"Saya diminta menjadi perwakilan dan saya mengaku membuang undi untuk memilih perwakilan 7 dan semua jawatankuasa. Sah atau tidak bukan masalah saya kerana Ketua Bahagian saya tahu kes saya, tetapi saya tetap dijadikan perwakilan bagi Kampung Kionsom, Tuaran," ujar Rafli sambil menunjukkan kad,senarai perwakilan dan senarai keahlian yang telah dibayar yuran.

DAFTAR SEMULA KAD PENGENALAN SABAH


LAPOR...Jeffrey membuat laporan di Balai Polis Karamunsing dengan ditemani Aktivis Masyarakat, Dr Chong Eng Leong dan Bernaddete Wong.

KERAJAAN Persekutuan perlu mendaftar semula semua kad pengenalan yang berhuruf H atau yang dikeluarkan khas kepada rakyat Sabah kerana ianya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri Sabah dan bukannya hak Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Persekutuan telah mencabul peruntukan perlembagaan dengan mencampuri urusan kerakyatan di Sabah. Semua kad pengenalan Sabah atau yang berhuruf H yang dikeluarkan tanpa restu kerajaan negeri adalah tidak sah dan batal," ujar Jeffrey yang merujuk kepada Fasal 161E (2) Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Jeffrey, jika seorang asing ingin mendapat taraf penduduk tetap, ia hendaklah memohon kepada Kerajaan Negeri Sabah dan bukannya kepada Kerajaan Persekutuan.

"Jika untuk mendapat taraf penduduk tetappun Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa dari segi Perlembagaan, apatah untuk memberi kerakyatan Sabah kepada warga asing terutama dalam Skandal kerakyatan songsang seperti Kad Pengenalan Projek," ujar Jeffrey yang meminta Peguam Negara menasihati Menteri Dalam Negeri dan Pengarah Pendaftaran Negara agar tidak menyalahgunakan kuasa meluluskan kerakyatan Sabah kepada mana-mana orang tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Sabah.

Lanjutan daripada itu, Jeffrey mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat skandal kerakyatan songsang yang menghantui rakyat Sabah selama ini.

"Saya tidak fikir mereka tidak faham membaca Perlembagaan yang menetapkan hanya Kerajaan Negeri yang berkuasa menentukan taraf penduduk tetap sabah. Jika untuk mendapat penduduk tetap Sabah pun perlu kelulusan kerajaan negeri, apatah lagi untuk mendapatkan kad pengenalan sabah," ujar Jeffrey yang meminta agar kerajaan Pusat tidak merampas hak Kerajaan Negeri yang dijamin perlembagaan.

Jeffrey turut menggesa agar Jabatan Imigresen wajar diketuai oleh rakyat Sabah kerana pegawai yang dihantar daripada Semenanjung Malaysia tidak mempunyai semangat kecintaan terhadap negeri ini sehingga memberi pas lawatan sementara seperti IMM13 secara tidak sah kepada warga Filipina yang bukannya pelarian perang.

"Mereka hanya tahu melonggokkan warga asing di negeri ini kerana kalau terjadi apa-apa, mereka balik Semenanjung. Jadi kami mau pergi ke mana?," tanya Jeffrey yang jengkel dengan sikap Jabatan Imigresen yang masih mengeluarkan pas IMM13 dan Jabatan Pendaftaran mengeluarkan Taraf penduduk Tetap (kad pengenalan merah) kepada warga asing tanpa motif yang jelas dan kuasa yang sah.


WAWANCARA....Jeffrey sedang diwawancara Ketua Biro Bernama di Kantin Balai Polis Karamunsing.

Dalam perkembangan lain, Jeffrey yang turut membuat laporan polis berhubung kegiatan sindiket mengeluarkan atau memalsukan sijil mati begitu membimbangkan dan dipercayai didalangi oleh personel Jabatan Pendaftaran Negara, Polis, Hospital dan orang perseorangan yang berkepentingan.

"Sistem mendaftar kematian di Malaysia lebih buruk daripada sistem mendaftar kelahiran. Bayangkanlah ada orang dengan senang boleh mendaftar kematian orang yang sebenarnya masih hidup dan tidak diambil sebarang tindakan walaupun beberapa laporan polis telah dibuat," ujar Jeffrey selepas membuat laporan polis di Balai POlis Karamunsing dan memberi keterangan di Balai Polis Bandar, Kota Kinabalu.

Mungkin, Jabatan Pendaftaran satu-satunya jabatan yang mempunyai sistem paling buruk di dalam dunia kerana tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan secara interaktif dan hanya mengguna pakai sistem maklumat pasif yang boleh diubah secara manual sehingga lebih sejuta rakyat asing mendapat kerakyatan secara tidak sah.

Jeffrey menekankan, tidak ada gunanya kerajaan membelanjakan ratusan juta untuk menaiktaraf sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara jika Menteri atau pegawai kanan boleh menceroboh sistem berkenaan dan memalsukan data peribadi sehingga warga asing berjaya mendapat mykad tanpa melalui sebarang saringan.

Adalah tidak munasabah, kata Jeffrey jika polis tidak berjaya menangkap mereka yang membuat laporan polis berhubung kematian seseorang, doktor yang mengesahkan kematian atau jabatan yang mengeluarkan sijil mati secara rambang.

"Lebih memburukkan keadaan, daftar pemilih masih tidak bersih kerana sistem Jabatan Pendaftaran Negara dicemari dengan pelbagai unsur negatif iaitu tidak dapat mengesan rekod orang mati yang dibuat secara manual," ujar Jeffrey yang mengambil contoh Rafli yang dimatikan didalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara pada 2001 tetapi masih mengundi pada 2004!