Search This Blog

Loading...

Saturday, May 1, 2010

MANGSA CULIK SEBANGKAT DIJANGKA BEBAS SABTU INI





Written by Admin
Thursday, 29 April 2010 09:15

Oleh: MUTALIB M.D

JIKA tidak ada aral melintang, dua mangsa culik daripada Terumbu Karang Sebangkat, 7.5 batu nautika daripada Semporna, Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau dijangka dibebaskan pada Sabtu ini; demikian lapor koresponden Sabahkini.net daripada Siasi, Filipina pada jam 8.50 pagi tadi.

Deep Throat Filipina (DTF) yang selama ini memantau perkembangan dan menjadi salah seorang perunding tebusan berkenaan; bagaimanapun kecewa dengan percubaan akhir pihak berkuasa terutama yang mendakwa mewakili Polis Malaysia yang masih tidak jemu-jemu memujuk agar mangsa dibawa balik secara senyap-senyap ke Semporna, demi untuk menjaga nama baik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang menerima tamparan yang hebat akibat insiden penculikan ini.

“Kita kesal kerana kita menggadai nyawa dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang bertungkus lumus mengadakan rundingan dua hala; tiba-tiba mereka cuba membatalkan persidangan media di Filipina agar mangsa culik dapat diseludup secara senyap-senyap kembali ke Malaysia,” ujar DTF yang agak kesal dengan perkembangan terbaru ini dan meminta Polis Malaysia agar tidak melakukan tindakan bodoh berkenaan kerana risiko diculik semula oleh kumpulan lain begitu tinggi.

Kata DTF, para perunding dan pihak berkuasa Filipina yang menggadai nyawa mereka menjalankan rundingan dua hala dan telah membuat persediaan akhir untuk mengadakan sidang akhbar sebaik sahaja dua tebusan berkenaan dibebaskan namun percubaan demi percubaan beberapa pihak untuk menggagalkan usaha ini amat membimbangkan.

“Menculik mangsa yang baru dibebaskan adalah kerja gila kerana akan memburukkan hubungan dua hala kerajaan Malaysia dan Filipina. Apatah lagi Menteri Luar telah mengutus watikah rasmi memohon bantuan Filipina dan setelah dibantu, ada pihak luar mengenakan syarat yang lain dan seolah-olah mahu menyembunyikan fakta bahawa mangsa berada di Filipina,” kata DTF dengan nada kesal dan mengharapkan agar Polis Malaysia atau seangkatan dengannya tidak meneruskan hasrat mereka.

DTF yang sebelum ini turut terlibat dengan perundingan pembebasan tebusan Sipadan dan Pandanan pada 2000 sekali lagi menggesa agar semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan para tebusan dan para perunding yang tersepit di saat genting akibat campurtangan pihak ketiga yang cuba menggagalkan pembebasan para tebusan yang dijadualkan pada tengah hari Sabtu.

Sabahkini.net akan membawa perkembangan kes penculikan berkenaan terutama akan menyiarkan gambar tebusan sebaik sahaja mereka dibebaskan dan persediaan sedang dijalankan dengan pihak berkuasa Filipina.

WHAT'S MY FUTURE, MALAYSIA?





Written by Admin
Thursday, 29 April 2010 00:16

By: SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA

SHE'S twelve years old. Bronzed skin, hair bleached from the salted sun. We didn't manage to get her name; she was with her girl friends-carefree and full of cheer-at the Kota Kinabalu waterfront just beside the Handicraft Market that afternoon. They came and willingly jumped in front of the camera, making hip-hop poses like teens from the 'hood. She was chatty, just like any other healthy girl except for one big difference.

She's never been to school. There isn't one where she lives. She cannot read nor write. She knows rudimentary arithmetic-simple addition and subtraction. Ditto her group of friends. Each morning the girls leave their homes in the settlements at Pulau Gaya and come ashore to the city's waterfront seeking menial work-dishwashing, food prep and packaging. Promises of the dreams of a high-income economy and the NEM would be pretty meaningless for people like them. In most likelihood, a frustration will build up as the world passes them by. And then what?

Could this be the timebomb that Project IC planted?


Kisah selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

POLIS TEMBAK PELAJAR SEKOLAH?





Written by Admin
Tuesday, 27 April 2010 21:32

Oleh: JIMADIE SHAH OTHMAN

SILA TONTON VIDEO KHAS INI

TIMBALAN Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya.



Friday, April 30, 2010

KALAU 40% PEGAWAI ATASAN POLIS RASUAH, CERITA APA YANG AKAN KITA DENGAR DARIPADA PDRM?





Written by Admin
Thursday, 29 April 2010 15:12

PENGECUT..... Pegawai kanan polis ini kelihatan berani terhadap petani miskin namun apabila disaman, mereka menyembunyikan diri dan begitu pengecut mencipta kesalahan kecil dan membuat tuduhan palsu untuk menghalang pihak lain memburu mereka dengan saman Mahkamah.

Oleh: OKK HASSNAR EBRAHIM

SEMASA menyandang jawatan sebagai pengerusi Police Watch Sabah seorang hamba Allah berbangsa Cina pernah menelefon saya.

Perbualan kami berkisar lebih kurang seperti dialog berikut:

Pemanggil : bole cakap sama itu okk ka (dalam slang Cina)?

OKK : Saya sini OKK. Ada apa cerita kawan?

Pemanggil : hei ya OKK boleh tolong ka? Saya ata satu kawan cina. Dia ada satu lumah then kasi sewa satu insepektor polis. Sudah kasih sewa eeh enaam bulan. Dia tidak bayar itu sewa. Ini kawan pigi itu lumah mau tagi itu sewa. Dalam lumah inspector titaa ata. Dia punya bini ada. Tauke minta lia punya bini bayar itu sewa. Bini telepon itu laki panggil bayal itu sewa ha. Tidak lama itu laki hantar satu keleta Polis datang rumah tangkap ini tauke. Ini tauke ha kena masuk scell oww tiga empat hari kena tahan. Sudah lumah titak bayar. Itu taukey lagi kena tangkap. Boleh tolong ka?

OKK : Haiiya kawan, ini macam cerita saya banyak susah. Sebab lu olang cina kuat sokong itu UMNO. Lo orang kuat sokong itu BARISAN. Itu BARISAN curi rakyat punya harta lu orang pun mahu terus sokong. Itu BN suka rampas tanah orang. Sudah rampas tanah dia bilang dia rakyat tidak ada hak. Itu Polis itu UMNO punya macai . You sokong la itu BARISAN. You sokong itu UMNO..

Pemanggil: aiya ini macam susah loo.

OKK : Aiya teda susah lah. Lu orang baru tidak kena bayar sewa rumah. Lagi banyak orang kena rampas tanah sebab lu orang sokong itu UMNO apa macam?


Kisah selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

POLIS GEMAR SAPU SAMPAH KE BAWAH PERMAIDANI?





Written by Admin
Tuesday, 27 April 2010 16:55

Oleh: OKK HASSNAR HJ EBRAHIM

SAYA terpanggil membuat pandangan berikut setelah membaca artikal bertajuk ‘CP Mula Gelabah, Pulas Telinga Sabahkini?’

Di era internet di mana dunia luas kini telah menjadi sebuah kampung tidak mungkin lagi ada sesiapa akan berasa hairan jika terdapat usaha dari kalangan tertentu dalam pasukan PDRM cuba aniaya, hentikan atau senyapkan mana-mana individu atau organisasi yang tidak sanggup melihat salahlaku atau salahguna kuasa oleh mana-mana anggota PDRM terus berleluasa.

Sebelum 1998, sebilangan besar rakyat beranggapan Polis adalah RAJA sebenar di Malaysia. Kecuali mereka yang dimurka oleh pucuk pimpinan PDRM sendiri, tidak ada sesiapa boleh tegur apatah lagi mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota Polis. Jawatan dan uniform mereka sebagai Polis seolah-olah memberi mereka imuniti daripada tindakan. Dalam kebanyakan tindakan yang dibawa ke Mahkamah terhadap anggota Polis, penghakiman akan sentiasa berpihak kepada polis.

Saya katakan demikian kerana saya sendiri adalah salah seorang daripada ribuan rakyat Sabah dan Malaysia amnya yang tersenarai menjadi mangsa.

Gelombang reformasi pada 1998 yang bertiup kencang di seluruh pelusuk negara telah merobah persepsi dan pandangan rakyat tentang peranan PDRM menyebabkan kerajaan terpaksa akur kepada kehendak rakyat dengan menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Pentadbiran dan Imej Polis.

Penubuhan suruhanjaya ini membawa mesej jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa pentadbiran pasukan PDRM kita bermasalah kronik. Walaupun kini tugas suruhanjaya tersebut telah selesai dengan menyediakan laporan lengkap disertai berbagai cadangan membaiki pentadbiran dan imej Polis tetapi adalah nyata virus rasuah dan salahgunakuasa di kalangan sebilangan besar anggota PDRM sudah tidak lagi boleh di ubati dan pulihkan dengan sekadar menubuhkan sebuah suruhanjaya dan melaksanakan cadangannya semata-mata.

Mendiang Albert Einstein, seorang ilmuan berbangsa Yahudi yang terkenal dengan ‘Theory of Relativity’ nya pernah berkata "We can't solve problems by using the same kind of thinking we used when we created them."

Masalah PDRM adalah berpunca daripada.....


Kisah selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

K5P DI TINGKAYU GATE?





Written by Admin
Monday, 26 April 2010 08:48

BADI.... Mampukah Ketua Polis Daerah, DSP M Radzali Mahmud menghilangkan Badi Dingka dan Tan Hiap Wah untuk menghapuskan imej 'High Chaparral' di Kunak ketika kemunculan semula Sarjan Tassim?

Oleh: GEOFFEREY JR

JIKA Jabatan Penerangan Malaysia sebelum ini popular dengan Program K3P @ Penonton, Pembaca & Pendengar; Polis Kunak juga terkenal dengan K5P iaitu Polis, Penyamun, Perompak, Pencuri dan Penipu.

Secara tradisi Polis Kunak terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan segala kegiatan jenayah yang berlaku di Kunak kerana salahguna kuasa dan rasuah adalah budaya yang memangkinkan kegiatan jenayah termasuk; pengedaran dan penagihan dadah; rampasan Hak Anak Negeri Sabah; rasuah yang melibatkan semua peringkat jawatan.

Sebagai Pekan Koboi, ‘High Chaparral’ Kunak dikendalikan secara tidak wajar oleh Ketua Polis yang menjadikan Kunak sebagai Wilayah Autonami mereka sendiri dan tidak tertakluk kepada Undang-Undang Negara dan sekaligus mencabul Perlembagaan Persekutuan.

Polis Kunak seperti Polis Amerika atau ‘Sheriff’ dalam filem koboi ‘High Chaparral’ boleh melakukan apa sahaja termasuk melakukan rompakan di siang hari, menyumbat sesiapa sahaja ke dalam lokap; mengengkari dan menghina mahkamah; menjadi hakim yang menjatuhi hukuman di luar mahkamah; malah menjadi Mafia yang mendalangi kegiatan jenayah yang berlaku di Kunak.

Tingkayu Gate adalah bukti jelas untuk mengklasifikasikan Polis Kunak sinonim dengan Israel yang mengancam kedaulatan Bumi Palestin dan mencabul hak asasi manusia tanpa ada pihak berkuasa yang berani menentang atau menghalang perbuatan jenayah oleh Polis Kunak; sekalipun isu ini telah dibawa dan dibahas di Parlimen Malaysia dan Di Dewan Undangan Negeri Sabah.

KUMPULAN K5P: POLIS

RAKYAT Kunak terutama 171 peserta Skim Pekebun Kecil Tingkayu yang mendapat Perintah Injunksi Mahkamah begitu allergik dengan Polis Kunak sejak era DSP Dingka Utoh berkawan dan ‘bersaudara anjing’ dengan Penyamun Tanah, Alimuddin Mohd Ajay yang kononnya dilantik oleh Penipu Besar, Syarikat Kemajuan Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) untuk merompak hasil pekebun kecil.

Keganasan Polis Kunak ‘disokong’ oleh Pesuruhjaya Polis Sabah yang ‘buta undang-undang’ dan melakukan jenayah ‘Menghina Mahkamah’ kerana secara sedar dan terbuka mendakwa tanah CL 245361951 adalah milik SKPTTB sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Clement Skinner telah meluluskan Injunksi bagi Kes T (21) 4 Tahun 2008 pada 1 Februari 2008 yang berbunyi:


Paparan selanjutnya sila layari: www.sabahkini.net