Search This Blog

Wednesday, May 19, 2010

SPRM ‘BERKAS’ KRONI MUSA AMAN?





Written by Admin
Wednesday, 12 May 2010 10:42

Oleh: SHAKILA AMIR HASSIM

GEMPAR! Ekoran siasatan yang dijalankan dan pendakwaan yang bakal dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘memberkas’ dua orang kroni Musa Aman, Freddy Lim dan Andrew Lim berhubung kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang dilakukan secara bersama dengan adik angkat Musa Aman, Michael Chia Thien Foh @ Mikhael Aman.

Kedua-dua mereka ‘diberkas’ pada malam semalam bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan dan seterusnya melakukan pendakwaan, sebelum meletupnya kes Hong Kong yang akan menggemparkan dunia dalam masa dua minggu lagi; setelah Mikhael Aman ditangkap ICAC ketika cuba menyeludup keluar 16 juta dollar Singapura dalam ‘briefcase’nya ketika berlepas ke Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2008.

Mengikut modus operandi yang dikesan Sabahkini.net,


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

LAGI KRONI MUSA AMAN DIBERKAS SPRM!





Written by Admin
Thursday, 13 May 2010 03:16

DIKEMASKINI

Oleh: SHAKILA AMIR HASSIM

PENANGKAPAN kroni ketiga Ketua Menteri Sabah, iaitu C.L Tan yang menjadi Pengarah Fast Progress Sdn Bhd begitu mengejutkan semua pembalak, terutama selepas penangkapan Freedy Lim dan Andrew Lim yang diterbangkan terus daripada Kota Kinabalu ke Putrajaya; membenarkan khabar angin yang tersebar sebelum ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi berada di dalam ‘kocek’ Musa Aman.

Mengikut Siasatan Sabahkini.net, Fast Progress Sdn.Bhd diberikan konsesi pembalakan di kawasan Yayasan Sabah di Kup YL1/00, YL1/01, YS1/01 dan YS2/01.

CL Tan telah ditangkap di Kuala Lumpur pada pagi 12 Mei 2010 kerana CL Tan dituduh bersama dengan Ngui Ing Chuan yang telah membayar sejumlah besar wang sehingga mencapai RM20 hingga RM30 juta kepada Ketua Menteri Sabah itu melalui kroni Musa Aman, Mazlan Zakaria.

Mazlan Zakaria sebelum ini hanyalah ‘Bell Boy’ di


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

44 TAHUN PERJUANGKAN TANAH ADAT KERANA WAKIL RAKYAT YANG DIPILIH LANGSUNG TIDAK BERADAT?





Written by Admin
Monday, 10 May 2010 00:01

BERJUANG.... Arasad (kiri), Basalie dan Ramli yang tidak jemu-jemu memperjuangkan hak mereka yang tergadai dan dinafikan pemimpin di Semporna.

Oleh: ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH

Pada 19 Januari 1966, Kerajaan Sabah mengeluarkan satu kelulusan kepada Pegagau Anak Negeri (PAN) dan Syarikat Kerjasama Perkebunan Anak Negeri Berhad (SKPANB) sebidang Tanah dengan pemilikan Status Anak Negeri atau NT (Native Title) kepada Keluarga Arasad Bin Kibtiani @ Imam Lauhari dengan Rujukan Bil: MNR 119/3/4/106.

Setelah 44 tahun berlalu, para waris masih memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan hak tanah berkenaan. Dalam satu pertemuan petang tadi, saya dan tiga orang wakil waris berkenaan melahirkan rasa kesal terhadap tindakan dan prosedur jabatan tanah Negeri Sabah yang tidak habis-habis mengelirukan hak rakyat terhadap dilema yang timbul khasnya ‘Hak Tanah Adat.’

Di antaranya,


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

NASIB MANGSA CULIK DALAM DILEMA?





Written by Admin
Wednesday, 05 May 2010 16:22

Oleh: MUTALIB M.D

SUDAH hampir 100 hari dalam tahanan penculik, namun nasib Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau yang dijadualkan dibebaskan isnin lalu bagaikan ‘telur di hujung tanduk’ berikutan cubaan demi cubaan perunding yang menyamar mewakili pihak berkuasa Malaysia sehingga beberapa siri rundingan wakil sah menemui jalan buntu.

Menurut koresponden Sabahkini.net di Tawi-Tawi Filipina, Deep Throat Filipina (DTF), beliau terkejut kerana penculik menelefon isteri beliau di Kota Kinabalu sebanyak tiga kali untuk bercakap dengan DTF sedangkan ketika itu beliau berada di Filipina.

“Mungkin ada dalang dalam PDRM yang merakam percakapan saya dan penculik dengan keluarga mangsa culik dan memintas percakapan saya dengan isteri sehingga ada pihak ketiga yang memberikan nombor telefon isteri saya kepada penculik untuk membingungkan mereka dan sekaligus melaksanakan agenda sulit mereka,” ujar DTF melalui telefon satelit yang dipercayai turut dirakam pihak berkuasa Malaysia kerana terdengar bunyi klik dan bip selang 20 saat setiap bercakapan dengan DTF.

Sehubungan itu, DTF merayu agar pihak ketiga yang didalangi pihak berkuasa Malaysia tidak mengganggu perundingan yang sedang dijalankan dengan pihak penculik yang hampir mencetuskan kejayaan jumaat minggu lalu namun kembali memuncak tegang pada Isnin minggu ini.

Nyawa mangsa culik kini bergantung penuh kepada Tentera dan Polis Filipina yang terpaksa menggempur penculik jika rundingan akhir Jumaat ini gagal atau disabotaj pihak ketiga yang didalangi pihak berkuasa Malaysia.

Bagaimanapun kata DTF, segalanya bergantung kepada mesyuarat mereka malam ini dan telah mengenalpasti pihak mana yang terlibat menggagalkan tiga perundingan penting yang diadakan sebelum ini.

“Kita masih tidak jemu-jemu berunding tetapi demi keselamatan mangsa kita minta pihak ketiga tidak bermain api kerana akan menyebabkan risiko mangsa terbunuh,” kata DTF yang sengaja menguatkan suara sekalipun mengetahui perbualannya dirakam dari semasa ke semasa.

DTF tidak dapat memberitahu senario sebenar kerana menyedari sentiasa dipantau pihak berkuasa Malaysia dan Sabahkini.net terpaksa merahsiakan banyak operasi penting yang dilakukan juruperunding, pihak berkuasa Filipina dan penculik demi keselamatan dua mangsa yang semakin lemah akibat kekurangan zat makanan.


MYKADS ARE GIVEN TO ILLEGALS?





Written by Admin
Tuesday, 11 May 2010 00:00

By: DR FELIX CHONG KAT FAH

I read with amusement the NRD’s reply to my statement about how Illegals are overloading Sabah’s Health Services published in the Daily Express on 25th April 2010.

I must thank the prompt reply given by the National Registration Department (NRD) Public Relation Officer, Jainisah Mohd Noor, but unfortunately I cannot agree with her premise that No MyKads has ever been given to illegals.

I start by seeking clarification to the Home Ministry’s plans to legitimize the stay of 69,000 IMM13 holders by giving them MyKads, thereby according them not only Malaysian citizenship but the Identity code of ‘12’ which means they were born in Sabah, although they were born in a foreign country and also automatically giving them the status of Bumiputras with all the inherent benefits.



Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

PERSEKUTUAN GADAI 1.9 JUTA EKAR HAK SABAH





Written by Admin
Tuesday, 04 May 2010 13:38

MINYAK.... Zon Perairan minyak Sabah yang diserahkan kepada Brunei Darussalam yang terletak dalam Perairan Sabah seperti dalam surat pertukaran bertarikh 16 Mac 2009.

Oleh: HARIS ALIMUDIN

PENYERAHAN 2 Blok carigali minyak secara sukarela oleh kerajaan Malaysia kepada kerajaan Brunei melalui Surat Pertukaran (Letter of Exchanges) bertarikh 16 Mac 2009 adalah sesuatu yang cukup mengejutkan kerana kerajaan persekutuan tidak pernah membuat sebarang pendedahan ataupun kenyataan rasmi berkenaan penyerahan wilayah negara kepada Brunei Darussalam.

Tindakan kerajaan tersebut hanya diketahui umum selepas Murphy Oil Corporation, sebuah syarikat yang berpengkalan di El Dorado, Arkansas, Amerika Syarikat mengeluarkan laporan dalam laman web syarikat berkenaan bahawa kontrak perkongsian pengeluaran (production sharing contracts) bersama Petronas Carigali Sdn Bhd yang melibatkan Blok L dan M yang dianugerahkan oleh Petrolium Nasional Bhd (Petronas) pada tahun 2003 telah dibatalkan.

Menurut surat pembatalan bertarikh 7 April 2010, kontrak tersebut dibatalkan oleh Petronas atas sebab Blok L dan M bukan lagi terletak di bawah wilayah Malaysia,



Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net