Search This Blog

Saturday, February 28, 2009

GEMBIRA KERANA MATI HIDUP SEMULA?


GEMBIRA...Majiming menunjukkan mykad yang diperolehinya baru-baru ini.

KEGEMBIRAAN jelas terbayang di wajah lelaki Rungus, Majiming Magumpol @ Mohd Jaafar Abdullah yang telah dimatikan di dalam sistem rekod Jabatan Pendaftaran Negara sejak 2001 setelah memperoleh mykad apabila JPN mengaktifkan semula datanya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada sabahkini.net kerana telah memperjuangkan masalah saya dan terima kasih juga kepada Pengarah Pendaftaran Sabah, Haji Jafaaer Henry yang banyak membantu saya," ujar Majiming seraya menunjukkan mykadnya yang diperolehi dua minggu lalu.

Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net

Wednesday, February 25, 2009

CP SABAH CUBA LENGAH DAN UGUT SAYA: HASSNAR

















SAMAN....Hassnar menunjukkan tiga saman yang memuatkan beberapa pertuduhan di bawah Akta Kesalahan Kecil yang didakwa sengaja direka-reka untuk melengahkan penyampaian samannya.




MANTAN Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar M.P. Ebrahim mendakwa Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim cuba melengahkan penyampaian saman beliau berhubung kes penyalahgunaan kuasa polis dalam isu Ladang Latangon, Kinabatangan apabila menerima tiga saman bagi kesalahan kecil daripada polis Sabah.

"Mereka mencari saya seperti penjenayah untuk menghantar saman dan meminta saya datang ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas kesalahan yang direka-reka semata-mata untuk melemahkan semangat saya menyaman Pesuruhjaya Polis Sabah dan beberapa pegawai kanan polis kerana menyalahguna kuasa," ujar Hassnar ketika menghubungi Sabahkini.net

Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net

Sunday, February 22, 2009

TAKRIF PENDATANG HARAM INDONESIA










Oleh: MUTALIB M.D
(Pengarang Buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah)



Menurut Pemikir Peranchis Alexis de Tocqueville;

“Hanya ada satu undang-undang sejagat yang disepakati oleh sebilangan besar manusia. Undang-undang itu adalah keadilan. Keadilan merupakan batu penjuru bagi undang-undang setiap negara.”



BAK kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, tidak kira sama ada jatuh akibat tersilap membuat lompatan, dahan patah atau kerana ditembak jatuh oleh pemilik kebun yang kini sudah memiliki senapang.

Kalau nenek moyang tupai masih hidup, mungkin mati kojol kerana menyangka dunia sudah kiamat apabila terdengar letupan senapang patah yang bukan sahaja boleh menghancurkan tubuh tupai yang cekiding, malah pelepah kelapa yang selama ini menjadi tempat tupai membuat beberapa sommersault atau melakukan gimnastik sehingga feel tupai ini turut dianuti oleh ramai tokoh politik Sabah termasuk Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Dompok malah Tun Mustapha dan Datuk Joseph Pairin Kitingan sendiri.

Sindrom tupai yang suka melompat telah menjadi resmi manusia masa kini terutama para pendatang asing yang sebelum ini hanya mencuba nasib melompat dari satu dahan ke satu dahan di hutan rimba dan kini sudah mempunyai sebuah ladang buah-buahan yang maha luas dan boleh memakan sepuasnya tanpa ada yang melarang.

Rakan saya, Masri Ambikin, belia Murut dari Nabawan memberita-hu bahawa tupai jantan amat berkhasiat untuk para atlit dan tidak hairanlah kenapa Misbun Sidek mencipta Makjun Tupai Jantan untuk anak didiknya supaya tahan lasak, tahan uji walaupun tidak menang sabung, almaklumlah sifat tupai yang suka meloncat.

Memang menjadi lumrah tupai suka menebuk kelapa atau durian muda di dahan kerana lazimnya, kata anak saya, tupai tidak mempunyai wang untuk membeli kelapa dan tidak pandai bercakap untuk meminta izin sebelum menebuk kelapa muda atau durian mengkal.

Namun itu hanya pendapat anak kecil yang ketika itu berusia enam tahun yang masih belum mengerti apa-apa pun, faham bahawa tupai tetap bersalah dalam keadaan apa sekalipun kerana menebuk buah kelapa atau durian mengkal, apatah lagi kita yang hidup di zaman IT dan Cyberjaya masih belum mengerti bahawa para pendatang asing ‘menebuk’ undang-undang yang kita agungkan selama ini dan meloncat dari satu dahan ke satu dahan sehingga pagar di sekeliling kebun kelihatan tidak ubah seperti sebatang pencungkil gigi di atas tanah.

Sebijaksana manapun pemilik tanah tidak akan dapat menewaskan kecemerlangan tupai membuat lompatan dan kita hanya sedar apabila durian mengkal berjatuhan dan kelapa muda sudah berlubang. Kalau diberikan kepada bulldozer (khinzir) pun akan menolak.

Saya dan Allahyarham ayah saya tidak mengalami masalah untuk menghalau babi dari kebun kerana Pak Kassim, tukang gunting rambut di Lahad Datu bermurah hati menyediakan berguni-guni rambut secara percuma kepada ayah saya untuk ditaburkan di sekeliling kebun setelah senapang dan racun babi tidak mujarab.

Petua seorang kawan mencadangkan agar menaburkan rambut di sekeliling kebun yang saya anggap pada mulanya idea gila akhirnya berhasil kerana babi @ khinzir mula menghindar dan lama-kelamaan tidak ada lagi babi yang berani datang.

Namun ‘keramahan’ tupai menimbulkan kemarahan Allahyarham ayah saya kerana sudah hilang sabar disebabkan sudah mencuba pelbagai taktik namun kesemuanya gagal. Perangkap dan racun tidak mampan.

Kadang kala terpaksa jadi manusia ‘kanibal’ melapah tupai dan menggantungkan ‘mendiang’ tupai di dahan pokok koko dan kelapa sehingga buruk. Seminggu lebih kebun kami senyap sunyi tetapi apabila bangkai tupai sudah reput, satu batalion tupai menyerang dan memusnahkan 15 ekar kebun koko tidak sampai satu jam. Menangis tidak berlagu Allahyarham ayah saya.

Saya pun mencadangkan idea gila @ sasau iaitu ‘memotong rezeki tupai’ dengan menanam kelapa sawit bagi menggantikan koko, kelapa dan sedikit buah-buahan.

Selepas menamatkan Tingkatan Enam di SMK Menggatal, Kota Kinabalu saya terkejut kerana kebun kami yang kelihatan seperti hutan belukar muda terang benderang dan berceratuk pohon muda kelapa sawit yang subur menghijau di selang seli dengan kayu jati!

Peristiwa ini mengimbau kembali dalam ingatan saya semasa melawat kebun kelapa sawit yang sudah berhasil dan agak gembira kerana ibu saya masih sihat melawat kebun walaupun kesihatannya agak terganggu selepas ayah saya ‘wafat’ pada 4 Jun 1999.

Jika kita ingin mengalahkan tupai yang memegang juara seumur hidup dalam acara ‘melompat dahan’, kejohanan yang setaraf dengan sukan olimpik sejak dari zaman Nabi Nuh, pastikan tidak ada lagi hutan rimba atau pokok yang membolehkan mereka melompat dan memaksa mereka berjalan ‘kaki ayam’.

Hanya apabila tupai ‘berkaki ayam’ barulah tupai sedar bahawa mereka bukan lagi tupai dan setaraf dengan sekang (skunk) @ saddui @ kadarau yang mempunyai angin ‘kus-kus’ yang maha hebat sehingga anjing garang atau harimau buas boleh sesak nafas oleh ‘keharuman’ aromanya.

Para pendatang asing ini mahir dan bijak seperti tupai dan lebih busuk daripada sekang menggunakan Perhimpunan Keluarga Indonesia Sabah Sarawak (PERKISA) yang diluluskan pendaftarannya atas ihsan Kerajaan Malaysia pada 18 Februari 1975 sebagai dahan tempat mereka melompat dan memperoleh kerakyatan secara tidak sah.

Walaupun PERKISA pada mulanya hanyalah sebuah organisasi kekeluargaan dan sebagai wadah bagi masyarakat Indonesia yang berada di Sabah untuk menampung dan menyalur aspirasi mereka agar lebih sejahtera dan terjamin, namun fungsi mula berubah apabila para pemimpin PERKISA menjadikan pertubuhan yang sah itu melakukan beberapa kegiatan yang di luar bidang kuasa mereka, iaitu pusat merekrut rakyat Indonesia menjadi warga Malaysia yang kebanyakannya didahului oleh para penjawat umum PERKISA sendiri yang kini 99.99 % daripada mereka telah memiliki kad pengenalan secara tidak sah.

Persetujuan Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd Salleh menjadi penaung PERKISA pada 26 November 1976 ‘menerangkan’ lagi motif sudah terang lagi bersuluh sehingga ada ‘udang yang berselindung di sebalik batu’.

Oleh kerana tupai-tupai ini bebas melompat dan telah diketahui umum bahawa PERKISA telah menjadi medan pendatang asing tanpa Izin (PATI) dari Indonesia menukar status mereka kepada pendatang asing dengan izin (PADI) sehingga tidak lagi mempedulikan PERKISA dan majikan yang menjamin pas kerja mereka kerana sudah memiliki kad pengenalan projek, maka pendaftaran PERKISA telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan setelah terbongkarnya sindiket kad pengenalan dengan tertangkapnya ramai personel Jabatan Pendaftaran Negara dan orang awam yang terlibat dengan sindiket tersebut, namun tupai yang telah menjadi sekang terlepas dari dijebak dan kini tidak lagi pandai melompat walaupun dilepas ke dusun.

Surat persetujuan menjadi penaung yang ditulis Datuk Harris ini merupakan payung kepada warga Indonesia yang selama ini menjadi kuli dan mandur di kem kayu balak dan kini telah menjadi tuan kepada negeri Sabah kerana mereka memegang tampuk ekonomi, pengundian, politik dan serba serbi sehingga rakyat jati negeri ini bagaikan ikan talapia di kolam berminyak.

Agak aneh juga kenapa Datuk Harris boleh setuju menjadi penaung atau pelin-dung sedangkan beliau bukan warga Indonesia. Kalau jadi Penaung Kuck-Kuch Hota Hai barulah padan. Mungkin dakwaan Hassnar Ebrahim di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu ada kebenarannya, kerana kalau tidak benar sudah tentu Harris akan saman Hassnar berjuta ringgit.


Atau mungkin Harris menganggap dakwaan Hassnar hanya seperti tahi cicak yang terjatuh atas batang hidung sendiri. Tidak perlu bising-bising. Ambil tisu dan lap atau basuh muka sahaja, beres…

Jawapannya hanya ada pada Harris. Tidak tahulah kalau-kalau dia mahu saman saya kerana paparkan cerita ‘misteri’ itu di dalam net ini. Harap-harap dia pandai kenang budi kerana saya tolong dia buat risalah Senario Politik Sabah Dari Kacamata Orang Melayu (Islam)…

Pembatalan pendaftaran PERKISA mendorong tertubuhnya Persatuan Kebangsaan Bugis Bersatu (PKBS) yang kini diketuai oleh Pengarah Tanah Dan Ukur, Datuk Osman Jamal bagi menyatukan kaum Bugis di Sabah, namun agak menghairankan kerana amat sedikit sekali ahli PKBS yang memiliki sijil warganegara atau sijil kelahiran negara ini melainkan kad pengenalan projek yang telah saya bincangkan dengan meluas dalam buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah dan beberapa buku saya yang lain.

Oleh kerana mereka pernah menjadi ahli PERKISA dengan kata lain rakyat Indonesia yang datang ke Sabah menggunakan pasport dan pas kerja, maka mereka sewajarnya memiliki sijil warganegara dan kad pengenalan mereka mestilah bernombor H6XXXXXX atau H8XXXXXX dan bukannya H028XXXX atau H053XXXX dan pelbagai nombor yang disenaraikan di bawah ini.

Tahniah dan syabas kepada beberapa orang pegawai Pendaftaran yang ‘rela dalam terpaksa’ ketika menjalankan tugas rahsia atau X-Files yang diarahkan kepada mereka kerana sempat memberikan trade-mark kepada PATI dan PADI ini sehingga dapat dikenali dengan mudah oleh saya dan rakyat Sabah iaitu kad pengenalan bernombor;


H0288001 hingga H0384000
H0480001 hingga H0576000
H0609201 hingga H0666400
H0540001 hingga H0547114
H0547115 hingga H0549999
H0550001 hingga H0553999
H0539801 hingga H0539999
H0492001 hingga H0494500
H0352035 hingga H0509999
H0510000 hingga H0529996
H0530000 hingga H0563998


Saya rasa rakyat Sabah bertuah kerana walaupun kecewa dengan senario ini, namun agak gembira kerana memudahkan mereka kenal siapa sebenarnya rakyat Sabah yang sah, siapa PATI dan PADI. Namun saya dengan bangganya memperkenalkan seorang tokoh perniagaan, LINGE ABDULLAH yang melibatkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk restoran dan runcit.

Linge merupakan salah seorang daripada 400,000 rakyat Indonesia yang bertuah kerana telah HIDUP semula sesudah MATI. Ketika menjadi Ketua PERKISA Tawau bagi sesi 1980-1985, Linge amat dihormati oleh semua warga Indonesia kerana kebijaksanaannya menerajui PERKISA sehingga berdaya maju, apatah lagi di kawasan yang dikenali sebagai SERAMBI PTI atau bandar kembar Ujung Pandang.

Sebagai warga Indonesia yang bekerja di Sabah, Linge yang datang melalui jalan yang sah ketika di awal pemerintahan Berjaya telah mencarum di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum tertubuhnya Kumpulan Wang Perpindahan.

Ketika itu Linge telah memiliki kad pengenalan hijau bernombor H6017438 yang perlu digandingkan dengan pasport Indonesianya. Namun pada 14.09.1987 Linge telah berjaya mengeluarkan semua carumannya daripada KWSP dengan alasan ingin pulang ke tanah tumpah darahnya,Indonesia seperti cabutan pada data KWSP ini;



H 6017438
L21KKT3D DATE: 06/08/96
POMEMP21 TIME: 09:24:52

***PENYATA KIRA-KIRA AHLI KWSP***

NO. AHLI : 06006177 NO. K/P: H6017438
NAMA: LINGE ABDULLAH
TARIKH LAHIR: 15/03/47 INITIALS : LA

STATUS: LEAVING COUNTRY FULL
TARIKH- STATUS: 11/87 CARUMAN AKHIR: 07/86

KREDIT PADA 1.1.96 0.00


Anehnya Linge yang disangka pulang ke Indonesia menggunakan wang caruman KWSP nya untuk menjalankan perniagaan restoran dan paling menakjubkan telah mendapat kad pengenalan projek bernombor H0575192 yang menyebut tempat kelahirannya di Merotai Sabah dan bukan lagi di Indonesia.

Saya merasa takjub kerana Linge begitu kebal daripada tindakan undang-undang walaupun cap jarinya ada di Pejabat Imigresen, KWSP, Jabatan Buruh dan pelbagai jabatan berkaitan .

Seperti kata Periwira Mat Gila dalam Majalah Gila-Gila, “Ada wang semula boleh jadi”, Linge yang disangka telah pulang ke Indonesia atau dengan kata lain Linge PERKISA sudah MATI, kini hidup kembali sebagai Linge, ANAK JATI Tawau.

Siapa yang tidak kenal Linge? Saya rasa seluruh rakyat Tawau kenal siapa Linge terutama yang mendapat kad pengenalan projek daripada Markas di Semporna dan Samsul Alang Hamsah, Mantan Timbalan Ketua UMNO Tawau yang telah terperosok dalam tahanan ISA kerana terlibat dengan projek HARAM berkenaan.

Agak meremangkan bulu roma jika membaca surat bantahan daripa-da PERSATUAN KETUA MASYARAKAT SABAH (PKMS) kepada KWSP, surat jawapan KWSP dan surat Ibu Pejabat Polis Tawau berhubung tindakan Linge mengeluarkan caruman. Saya tidak merasa aneh dengan jawapan pihak KWSP kerana mereka memproses pengeluaran caruman berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Tetapi agak menyeramkan apabila seorang pegawai polis boleh memberikan jawapan yang di luar dugaan sama sekali seolah-olah mempunyai kuasa untuk menulenkan seorang PATI menjadi ANAK JATI Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, sewajarnya harus menyiasat perkara ini, jika tidak akan mencemarkan nama baik polis sehingga bukan sahaja saya tidak percaya, saya bimbang nanti anak cucu saya tidak mahu lagi membayar cukai yang selama ini digunakan untuk membayar gaji polis.

Apakah Locus standi seorang anggota polis menjawab surat tuduhan orang awam termasuk NGO dengan cara remeh-temeh dan selamba sehingga perkara tersebut tidak langsung dirujukkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Buruh?

Apakah soal kerakyatan seseorang warga asing yang ditulenkan boleh selesai dengan hanya sekeping surat dari Ibu Pejabat Polis Daerah sedangkan siapa yang akan memadam cap jari Linge di Jabatan Imigresen, KWSP, Jabatan Buruh dan paling terkilan ialah majikan Linge dan penjamin beliau.

Tidakkah pegawai polis itu sedar dan tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan mengatasi segala-galanya termasuk peraturan yang tersurat dan tersirat di hati anggota polis yang terlalu banyak menggunakan budi bicara semata-mata kerana termakan budi kepada pihak tertentu, termasuk Hajjah Hasnah Cudang yang masih bebas dan bermaharaja lela di FELDA Sahabat, Lahad Datu.

Jika Linge telah memiliki kad pengenalan merah kenapa dia harus membuang kad pengenalan merah tersebut dan memilih untuk memiliki kad pengenalan projek yang hanya mencatatkan Sijil Akuan yang dipalsukan berbanding kad pengenalan merah yang sudah sedia pada bila-bila masa untuk mendapat taraf kerakyatan tulen negara ini.

Bukan sahaja Linge yang memegang kad pengenalan merah, malah ramai penduduk Malaysia yang status ibu bapa mereka diragui atau mengemukakan dokumen yang tidak lengkap mendapat kad pengenalan merah.

Namun yang sebenarnya Linge bukanlah pemegang kad pengenalan merah, sebaliknya kad pengenalan hijau yang mesti digandingkan dengan pasport Indonesia.

Agak malang bagi pegawai polis tersebut kerana buta warna? Alangkah baiknya kalau menjawab aduan tersebut akan disiasat dan diserahkan kepada pihak berwajib. Hairan bin Ajaib.

Kalau Almarhum Tunku Abdul Rahman hidup balik pun akan menggelengkan kepala kerana tidak menyangka begini mudah mendapat kerakyatan Malaysia, berbanding zamannya yang dipaksa menerima konsep Jus soli, apatah lagi pegawai polis yang diharap menjaga kepentingan awam kelihatan lebih membela PATI. Saya paparkan sedutan surat tersebut untuk tatapan bersama.


IBU PEJABAT
PERSATUAN KETUA MASYARAKAT SABAH (PKMS)
No. Pendaftaran: 117/95 (Sabah)
Peti Surat Bil. 1092, 91007 Tawau, Sabah, Malaysia
Tel: 089-753733, 773991

Rujukan Kami: PKMS/IP/39 (4) Tarikh: 9 September 1996

Pengurus Besar,
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
KOTA KINABALU.

Tuan,

PER: MENGELUARKAN CARUMAH KWSP UNTUK MENINGGAL KAN SABAH OLEH LINGE BIN ABDULLAH KP H6017438 NO. AHLI 06006177

Saya adalah diarahkan untuk memohon kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan agar dapat memberikan pengesahan bertulis kepada persatuan ini mengenai kedudukan sebenar penama yang disebutkan di atas.

2. Kami telah mendapat maklumat dan pengaduan daripada seorang anak tempatan bahawa Encik Linge bin Abdullah telahpun membuat permohonan pada bulan 11/1987 untuk mengeluarkan semua wang carumannya daripada KWSP dengan alasan beliau hendak pulang terus ke negara asalnya di Indonesia.

3. Pada masa kini Encik Linge bin Abdullah berada di Tawau menjalankan perniagaan Restoran dan Kedai Kopi dan statusnya sudah berubah daripada pendatang daripada Indonesia kepada bumiputera dan boleh melabur dengan ASB disebabkan Linge bin Abdullah mengikut K/P H 0575192 telah dilahirkan di Merotai Tawau, bukan lagi di Indonesia.

4. Di atas kerjasama tuan dalam perkara ini terlebih dahulu kami ucapkan berbanyak terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DAN NEGARA.”

Sekian, Yang Benar,

t.t.

(ABDILLAH BIN AHMAD)
Setiausaha Kerja Persatuan Ketua Masyarakat Sabah.

s.k. Ketua Polis Negara.



KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA,
PEJABAT NEGERI SABAH,
BLOCK A, BANGUNAN KWSP,
BEG BERKUNCI 2019,
88598 KOTA KINABALU, SABAH.
Tel: 088-235000/ 235954/ 235955 Fax: 088-234492


Ruj. Kami: P-06006177 Sek 54 (1) (d)/ 96 Tarikh: 14 November 1996

Setiausaha Kerja,
Persatuan Ketua Masyarakat Sabah (PKMS)
Peti Surat Bil. 1092,
91007 TAWAU, SABAH.

Untuk Perhatian: (Encik Abdillah Bin Ahmad)

Tuan,

PENGELUARAN CARUMAN DI BAWAH SKIM MENINGGALKAN NEGARA

Saya diarah untuk merujuk surat tuan PKMS/IP/39 (4) bertarikh 09.09.1996 mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa ahli yang tersebut di atas ada membuat permohonan pengeluaran caruman KWSP di bawah Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara. Permohonan beliau telah diluluskan pada 14.09.1987 setelah didapati syarat-syarat yang diperlukan di bawah seksyen 13 (1) (d) Ordinan KWSP 1951 dan juga Peraturan-Peraturan KWSP 1969 (Peraturan 22 (1)) telah dipenuhi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.”

Saya Yang Menurut Perintah,


t.t.

(BALKIS HJ ABD. MANAP)
Pegawai Pentadbir (Pengeluaran)
b.p. Pengurus KWSP Negeri Sabah




IBU PEJABAT POLIS DAERAH,
POLIS DIRAJA MALAYSIA,
91007 TAWAU.

Bil: (PR) 25 Tarikh: 17 April 1995

Encik Abdillah Bin Ahmad,
W.D.T. 190, Tawau,
D/A Km.2, Jalan Tg. Batu Laut,
TAWAU.

PER : LINGE B ABDULLAH K/P NO. H 0575192

Surat tuan bertarikh 12 Oktober 1994 dirujuk.

2. Penyiasatan telah dijalankan di Pejabat Pendaftaran Negara Kota Kinabalu didapati KP No.H0575192 adalah merujuk kepada penama.

3. Penyiasatan juga telah dijalankan ke atas penama didapati beliau dilahirkan di Merotai Tawau mendapat pendidikan di Tawau hingga tamat.

4. Penama ada pergi ke Indonesia beberapa waktu kembali semula semasa Pemerintahan British.

5. Di waktu itu telah mendapat kad pengenalan merah. Semasa dalam pemerintahan Parti Berjaya beliau telah dapat memohon kad pengenalan biru.

6. Dalam penyiasatan didapati penama akan terus tinggal di Tawau dan akan terus taat setia kepada Kerajaan Malaysia.

Sekian,

“CEPAT DAN BETUL.”

t.t.
(HJ. ASNGAT B. SUHOD) PPP,
KETUA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH
B.P. KETUA POLIS DAERAH, TAWAU.



UNTUK memuaskan hati semua pihak dan membantu pegawai polis tersebut mengenali siapa Linge, saya rasa lebih adil kalau dipapar-kan Jawatankuasa PERKISA Tawau sessi 1980-1985 dan para pemimpin PERKISA Tawau yang kini hampir kesemuanya memiliki KPT!


JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN TAWAU 1980-1982


Ketua : LINGE ABDULLAH
Wakil Ketua I : HARRY SALLEH
Wakil Ketua II : SALAH KATU
Sekritaris : SAKKA APPE
Wakil Sekritaris: M. YASSIN
Bendahara : HAMRING HJ. PATAWE
Wakil Bendahara : ROBERT TIWAN

Seksi-Seksi
Penerangan : ABDULLAH MAPPA
: SIMON SUMERI
: ADAM KAMIL
Kesejahteraan & : JADE IBRAHIM L.
Ekonomi : ABDULLAH ANSAR
Senian & Budaya : AGUS YANI
Olahraga & : A.F. HOESSIEN
: NASARUDDIN
Pendidikan : HAMID SUAIB
Kordinator : SULAIMAN KUNA
: PETRUS DAMBU
: ASIS SAMSU
: SIMON NIWA
: ANWAR LATIP






JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN TAWAU 1982-1984

Ketua : LINGE ABDULLAH
Ketua I : HARRY SALLEH
Ketua II : JADE IBRAHIM
Sekritaris : SAKKA APPE
Wakil Sekritaris: SOENARTO SOEBARDI
Bendahara : ADAM KAMIL
Wakil Bendahara : HAMRING HJ. PATAWE

Seksi-Seksi
Penerangan : USTAZ ROFI’E
: SIMON SUMERI
Kesejahteraan & : USTAZ ABDUL RAHMAN
Sosial : SALEH KATU
: PETRUS PAYUNG
Kesenian : HARRY SALLEH
: FATIMAH RIDUAN
Olahraga & : A.F. HOESSIEN
: NASARUDDIN BONE
: HAMRING HJ PATAWE
Pendidikan : CHOTIB FADLAN

Kordinator
Balung : SULAIMAN KUNA
Yayasan Tun Fuad: TALIB SAPPA
Giram : MDR ISMAIL
Brumas : ANWAR LATIF
Bandar : SIMON NIWA
Mostyn : LAKILE
Balong : PETTA RAKKA
Bal : HERMAN KANATAU

Petugas Harian : NOORHAYATI ANDI MATTAKILANG
: MARIA SAMPAU
: SYAHRIL GANNA




JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN TAWAU 1984-1985

Ketua : LINGE ABDULLAH
Ketua I : CHOTIB FADLAN
Ketua II : SALAH KATU
Ketua III : YAKOBUS LIUS
Sekritaris : SAKKA APPE
Wakil Sekritaris: SOENARTO SOEBARDI
Bendahara : ADAM KAMIL
Wakil Bendahara : HAMRING HJ. PATAWE

Seksi-Seksi

Penerangan : CHOTIB FADLAN
Kesejahteraan & : USTAZ ABDUL RAHMAN
Sosial : PETRUS PAYUNG
Kesenian : HARRY SALLEH
: FATMA RIDUAN
Olahraga & : HASANUDDIN BONE
: HAMRING HJ PATAWE
Pendidikan : MOHD HADIDIN

Kordinator-Kordinator

Bal Estate : SULAIMAN KUNA
: KOSMAS KOPONG
Yayasan Tun Fuad: TALIB
Giram : MDR ISMAIL
Brumas : SAMSUDIN MASALEKO
Bandar : SIMON SUMERI
Mostyn Estate : USTAZ KHALWAN
: MDR LAKILE
Balong : HJ ABDUL LATIF
Bena : SYAHRIAL SAPA
: ANDI MANDATI
Kunak : HJ. PALEMAI
Petugas Harian : FATMAH RIDUAN
: NOORHAYATI ANDI MATTAKILANG
: MARIA SAMPAU



Saya paparkan keseluruhan panitia PERKISA di seluruh Sabah agar menjadi rujukan kita bersama. Sekiranya mereka ini menjadi ahli UMNO atau memiliki kad pengenalan projek, maka sahlah mereka bukan rakyat Sabah dan mendapat ke-rakyatan secara tidak sah.

Semoga mereka akan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat! Insha Allah. Kata rakan saya Peter Koon, seorang ahli arkeologi kanan di Muzium Sabah, tanpa sebarang fosil atau tengkorak agak mustahil bagi beliau melakukan ujian radiokarbon. Bagi saya, kalau bukan PERKISA di mana lagi saya boleh jumpa fosil atau artifak PATI Indonesia. Semoga teori ini diterima ramai.

JAWATANKUASA PERKISA PUSAT 1973-1975
(Terbentuk Selepas Mesyuarat Penaja Pada 3 Disember 1972)

Pelindung : TUN DATU MUSTAPHA DATU HARUN
(Ketua Menteri Sabah)
: KOLONEL BUDI RAHMAN
(Konsul Indonesia Bagi Sabah dan Sarawak)
Penasihat : DRs. NASRUN INTAN
: DATUK ABDUL RAHMAN BARNAWI
Ketua Umum : DRs. RAKIB HAJI ABAS
Ketua I : P.M. KUSARDY B.A.
Ketua II : MANSUR LUBIS B.A.
Sekritaris Umum : DRs. MUHAMAD KASIM A.M.
Sekritaris I : HUSAIN QASAU
Sekritaris II : MUHYIDDIN MALAKALU
Bendahara Umum : SASWIYANTI PAUL
Wakil Bendahara : EDDY IRAWAN

SEKSI-SEKSI :
Kesejahteraan : AMATSAH, DUSMAN, YAHYA SAINO
Kesenian/ Budaya: A. RAHMAN BAKAR
: OSCAR SCHRODER
: SYAHRIR SAINO
Penerangan : JABRIN MOHAMAD,
: RUDY
: PATIMBANGI
: M.KASIM
Wanita : NYONYA LUBIS,
: HASNA MICKY
: MARIA NASIR

Seksi Khusus :
Kg. Air KK : JEC TUTU M
Kg.Sembulan : MOHD JOESOEF MALI
Kg.Likas : CHOLIL
Kg.Tg. Aru : RAFAEL RATO
Kg. Likas : MOHD. KHALIL RAHMAN


JAWATANKUASA PERKISA PUSAT 1976-1978



Pelindung : KONSUL INDONESIA (Sabah & Sarawak)
Ketua Umum : DRs. RAKIB HAJI ABAS
Ketua I : P.M. KUSARDY
Ketua II : MANSUR LUBIS
Ketua III : J.B.WOLO
Sekritaris Umum : SUTRISNO HADISUDARNO
Sekritaris I : SYAFIUDDIN KADUNGGA
Sekritaris II : PAULUS BOGAKOTAK
Bendahara Umum : Ir. AMRIL LUTFI LUBIS
Wakil Bendahara : NOERSALIM MUDJTAHID

SEKSI-SEKSI :

Penerangan : HJ ABDUL KHALIK MASIDDIN M.A
Pembantu : ABU BAKAR ZAINAL ABIDIN
: SYAFIUDDIN KADUNGGA
Kesejahteraan : HARNO KROMODRONO
Pembantu : SUDIMAN PARTO
: AMATSAH IBRAHIM
Kesenian/ Budaya: BANTASYAH
Pembantu : MULYADI NORMING
: HARNO KROMODRONO
Koordinator : SYUAIB ASREN
Pembantu : SAHERAN SIDE
: RUSDIYONO SUTRISNO



JAWATANKUASA PERKISA PUSAT 1978-1980

Penasihat : KONSUL INDONESIA (Sabah & Sarawak)
KETUA UMUM : DRs. RAKIB HAJI ABAS
Wakil Ketua I : ABU BAKAR ZAINAL ABIDIN
Wakil Ketua II : P.M. KUSARDY
Wakil Ketua III : PAULUS BOGAKOTAK
Sekritaris Umum : SUTRISNO HADISUDARNO
Wakil Sekritaris I: MUFLIKH YUSUF SUBAGIONO
Wakil Sekritaris II: ALI UMRY NASUTION
Bendahara Umum : NOERSALIM MUDJTAHID
Wakil Bendahara : SYLVESTER TOKAN

SEKSI-SEKSI :

Penerangan : ALI UMRY NASUTION
Pembantu : SYUAIB ASREN
: M. SUYUTI BADARUDDIN
Kesejahteraan : AMATSAH IBRAHIM (Ketua)
Pembantu : YOSEPH BOLI
: TALIB BIN MUSA
Kesenian/ Budaya: HARNO KROMODRONO (Ketua)
Pembantu : BANTASYAH
: DJEBAR ACHAT
Olahraga : DJUNAIDI A.F (Ketua)
Pembantu : THOMAS
: UMAR
Penghubung : SAHAK SIKI
: PETRUS
: LANANG GAWE


JAWATANKUASA PERKISA PUSAT 1980-1982



Pelindung : YAB DATUK HARRIS MOHD. SALLEH
Ketua Menteri Sabah
Penasihat : BAPAK BUDI ISMARDI (Konsul Indonesia Bagi Sabah & Sarawak)
KETUA UMUM : ABU BAKAR ZAINAL ABIDIN
Wakil Ketua I : P.M. KUSARDY
Wakil Ketua II : PAULUS BOGAKOTAK
Wakil Ketua III : PATIMBANGI PASAU
Sekritaris Umum : SUTRISNO HADISUDARNO
Wakil Sekritaris I: SAHAR SIKI
Wakil Sekritaris II: SENONG NATING KAMANE
Bendahara Umum : MUFLIKH YUSUF SUBAGIONO
Wakil Bendahara : SYAFIUDDIN KADUNGGA

SEKSI-SEKSI :
Penerangan : SYUAIB ASREN (Ketua)
Pembantu : BAITUL MAKMUR
: M. SUYUTI BADARUDDIN
Sosial : HARNO KROMODRONO (Ketua)
Pembantu : YOHANNIS BANGA
: MOSES KIA
Kesenian/ Budaya: DJEBAR ACHAT(Ketua)
Pembantu : YOHANNES TAPPI
: MICHAEL TURA
Olahraga : DJUNAIDI A.F (Ketua)
Pembantu : MULYADI
: SUKENDAR
Penghubung : LANANG GAWE
: UMAR TAHIR
: LAWRENCE LAGA

JAWATANKUASA PERKISA PUSAT 1982-1984

Pelindung : YAB DATUK HARRIS MOHD. SALLEH
Ketua Menteri Sabah
Penasihat : BAPAK BUDI ISMARDI
Konsul Indonesia Bagi Sabah & Sarawak
KETUA UMUM : ABU BAKAR ZAINAL ABIDIN
Wakil Ketua I : P.M. KUSARDY
Wakil Ketua II : PAULUS BOGAKOTAK
Wakil Ketua III : PATIMBANGI PASAU
Sekritaris Umum : MOHD NURYAMIN
Wakil Sekritaris I: DJUNAIDI A.F.
Wakil Sekritaris II: LANANG GAWE
Bendahara Umum : MUFLIKH YUSUF SUBAGIONO
Wakil Bendahara : SAHAR SIKI

SEKSI-SEKSI :

Penerangan : ALI UMRY NASUTION (Ketua)
Pembantu : MOHD TANDRA SULA
: DJAMIATUL IKHWAN
: ABU BAKAR
Sosial : M. SYUAIB ASREN (Ketua)
Pembantu : HARNO KROMODRONO
: YOHANNES TAPPI
: YOSEPH GUMA
Kesenian/ Budaya: DJAMAL BAKIR(Ketua)
Pembantu : DJALIDAR ABDUL RAHIM
: MARDIN
: DJEBAR ACHAT
Olahraga : PANING IBRAHIM (Ketua)
Pembantu : FRANS HENA RUMAT
: SYAFIUDDIN KADUNGGA
Pendidikan : NURSALIM MUDJTAHID (Ketua)
Pembantu : ABDUL SALAM RASYIDI
: SURYA SUKENDA
: DRA. BARIROH TOYIB
Wanita : NURHAYATI MULUK (Ketua)
: RIPKA
: SUDARMI LASUHEDA
Penghubung : SENONG NATING KAMANE (Ketua)
: MOHD NASIR TOMBONG
: FRANCISCUS
: THOMAS OLA,
: HASANUDDIN KADIR
: J.D.B. WOLO

JAWATANKUASA PERKISA PUSAT 1984-1986

Pelindung : YAB DATUK HARRIS MOHD. SALLEH
Ketua Menteri Sabah
Penasihat : BAPAK BUDI ISMARDI (Konsul Indonesia Bagi Sabah & Sarawak)
KETUA UMUM : ABDUL SALAM RASYIDI
Wakil Ketua I : P.M. KUSARDY
Wakil Ketua II : MOHD NURYAMIN
Wakil Ketua III : JDB WOLO
Sekritaris Umum : MUFLIKH YUSUF SUBAGIONO
Wakil Sekritaris I: Ir. BASO INDRAJAYA ARHUS
Wakil Sekritaris II: (kosong)
Bendahara Umum : MOHD SYUAIB ASREN
Wakil Bendahara : LANANG GAWE

SEKSI-SEKSI :

Penerangan : ALI UMRY NASUTION (Ketua)
Pembantu : MOHD TANDRA SULA
: SUDARYANTO
: SUHARTO
Sosial : DR. HARRIS HAMDI BAKRI (Ketua)
Pembantu : HARNO KROMODRONO
: SAHERAN SIDE
: DOMINIKUS MOLAN
Kesenian/ Budaya: DJAMAL BAKIR(Ketua)
Pembantu : DJEBAR ACHAT
: MARDIN.S
: EDY UTAMA
Olahraga : PANING IBRAHIM (Ketua)
Pembantu : FRANS HENA RUMAT
: PETER YOSEP
Pendidikan : DJALIDAR ABDUL RAHIM (Ketua)
Pembantu : AHMAD SOFWAN A.R
: Ir. SOLICHIN
Wanita : CHRISTY CHERIATY TAMBUNAN S.H (Ketua)
: ANDI AMINAH RAKIB
: Ir. NENENG KUSMIATI
: PURWANTI
Penghubung : SENONG NATING KAMANE (Ketua)
: ROBERT TELLA
: SAID ABU.





JAWATANKUASA PERKISA PUSAT 1987-1988


Pelindung : (Kosong)
Penasihat : Konsul Indonesia Bagi Sabah & Sarawak
Yang Dipertua : ABDUL SALAM RASYIDI
Timbalan YDP : ISMU MARGANDY
Naib I : MOHD NURYAMIN
Naib II : PAULUS BOGAKOTAK
Setiausaha Agung: DJUNAIDI A.F.
Penolong SUA : Ir. BASO INDRAJAYA ARHUS
Bendahara : HAJAH ANDI AMINAH RAKIB
Pen. Bendahara : MD NIGLE RM
Penerangan : ALI UMRY NASUTION

AJK Tertinggi : PATIMBANGI PASAU
: HARNO KROMODRONO
: DJEBAR ACHAT
: Ir. NENENG KUSMIATI
: LINGE ABDULLAH
: SAKKA APPE
: M.RUSYDI ISMAIL
: HJ ANDI AMIN
: RUKMANA ANSHAR
: HAMSA ABU
: ABDUL SAMAD GULILING
: MAHYUDDIN ALBAR
: AZIZ LOTONG
: ISMAIL SAMIUN
: EDI ABDUL KHALID
: SUDARYANTO



JAWATANKUASA PERKISA PUSAT 1988-1989


Pelindung : Konsul Indonesia Bagi Sabah & Sarawak
Penasihat : HJ. SUPARDJO SH
: HJH. TUTY DANAR DOENOES
: DRs. HJ. FACHRI THAHARUDDIN
Ketua Umum : HJ. HADIQ ISMAIL
Wakil Ketua : ISMU MARGANDY
Wakil Ketua : PATIMBANGI PASAU
Sekritaris Umum : MOHD NURYAMIN
Wakil Sekritaris: ZAINUDDIN BURHAN
Bendahara : KUSWA ADESPUTRA
Wakil Bendahara : Ir. NENENG KUSMIATI
Penerangan : JAMI’ATUL ICHWAN
Biro Wanita : IBU MURSIDI
: HATIJAH BTE BANG
: IBU RIFKA
Biro Pemuda & : ISMU MARGANDI
Kebudayaan : AMIR ABDULLAH
: LATIF KAPITAN
: SURIANTO SUMADI
Biro Pendidikan : HAJAH NURYATI
Biro Kebajikan &: PATIMBANGI PASAU
Kesejahteraan : MARDIN SURAJI
: DAUD KALUKU
: GABRIL RAU
Biro Usaha & : PANING IBRAHIM
Tugas-Tugas Khas: SUDARYANTO



JAWATANKUASA PERKISA PUSAT 1990-1992

Pelindung & : WIDODO SUPARTO (Konsul Indonesia S& S)
Penasihat : TASWEEN TARIB S.H. (Tawau)
: HESSEIN AL-IDRUS (Kuching)
Ketua Umum : HJ. HADIQ ISMAIL
Timbalan Ketua : ISMU MARGANDI
Wakil Ketua : PAULUS BOGAKOTAK
Sekritaris Umum : DRs. NUR BAKHTIAR
Wakil Sekritaris: KUSWA ADE SAPUTRA
Bendahari : BISWARI MARDIN
Penerangan : JAMI’ATUL ICHWAN
Biro Pendidikan : USTAZ AHMAD SOFWAN B.A
Biro Wanita : Ir. NENENG KUSMIATI
Biro Pemuda & : BURHANUDDIN
Kebudayaan : SURIANTO SUMADI
Biro Kebajikan &: SAHERAN SIDE
Sosial : LINGGI
Pembantu Umum : PANING IBRAHIM
Biro Usaha : SUDARYANTO
Juruodit : MOHD NURYAMIN
: ABDUL MUKTI SAUBARI

JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN TAWAU 1976-1978

Pelindung & : HERMAN NAWAWI (Konsul Muda)
Penasihat : DRs. DARMAN LUBIS (Konsul Muda)
Ketua Umum : A.M. ABDUL WAHAB
Wakil Ketua : ANDY KAMALUDDIN
Sekritaris Umum : MOEHIDYN MALAKALU
Wakil Sekritaris: M. KASIM AMISE
Bendahara : JADE IBRAHIM L

Seksi-Seksi
Kesejahteraan : M.K. THAMRIN BIN ALWI
: SOEKARNO M MUCHSIN
: MARSUDDIN
Kesenian & : HARRY SALLEH
Kebudayaan : SOEGIJONO
Penerangan : SOLEH MACHSUNI
: M. MICHAEL
: SALLEHA
Olahraga & : HUSEIN TIPA
Penghubung 0.W.I.: CHOLIL ABDUL RACHMAN
Para Pembantu : MICHAEL MASANG
: ANANG A.R , ALYAS
: JEBAR ACAT, SOEKARNO M. MUCHSIN

JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN TAWAU 1988-1989


Ketua Cabang : SAKKA APPE
Wakil Ketua I : MOHD HADIDIN
Wakil Ketua II : SALAH KATU
Sekritaris : SOENARTO SOEBARDI
Wakil Sekritaris: SYAFIUDDIN IDHAM
Bendahara : HJ CHOTIB FADLAN
Wakil Bendahara : MARIA SAMPE

Seksi-Seksi

Penerangan : HJ. CHOTIB FADLAN
Pendidikan : HJ. TACHRIR
Wanita : ARIFAH EKAWATY
: HAJAH NURHAYATI
Kesenian : HARRY SALLEH
Olahraga & : MOHD KHOERUN
Sosial : NURDIN BASO
: PETRUS PAYUNG
: SYAHRIR GANNA

Kordinator-Kordinator


Bal Estate : SULAIMAN KUNA
: KOSMAS KOPONG
Y. T Fuad : TALIB
Giram : MDR ISMAIL
Brumas : SAMSUDIN MASALEKO
Bandar : SIMON SUMERI
Mostyn : USTAZ KHALWAN
: MDR LAKILE
Balong : HJ ABDUL LATIF
Bena : SYAHRIAL SAPA
: ANDI MANDATI
Kunak : HJ. PALEMAI
Petugas : FATMAH RIDUAN
Harian : NOORHAYATI ANDI MATTAKILANG
: MARIA SAMPAU


JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN LAHAD DATU 1976-1978

Yang Dipertua : ABDUL SAMAD GULILING
Naib Yang Dipertua : ABD RAHIM OMAR
Setiausaha : DJUNAIDI A.F
Naib Setiausaha : ANDI BASO
Bendahara : R.D RAFAEL

Seksi-Seksi

Kesejahteraan : YE SINGKA
: LAKANDARI
: IBU RATINAH
: SAMSI NUR
Olahraga : EPPY SORONGAN
: HAMSAH ABU
: SAMSI NUR
: DARMANSJAH
Kewanitaan : WELDA UMAR
: SITI BA’DIYAH TAHRIR
: MAMA DEPPY
: PREHATIN BURHAN
: SAERA SAMAD
Kesenian & : R.D RAFAEL
Kebudayaan : BURHAN
: SRI SUDARNINGSIH
: SUPENO
Penerangan : USTAZ THOHIRIN
: USTAZ TAHRIR
: ARIFFIN SUPPA
: MUSTAPHA
AJK : LAONDE
: AZIZ SAMSU
: HAMSAH ABU
: ANDI AMIR
: LARANI
: DULLAH OLEH
: AHMAD IBRAHIM
: WANNA

NOTA: ANDI AMIER A.M. menggantikan DJUNAIDI A.F. sebagai Setiausaha pada 2 Januari 1978.



JAWATANKUASA PERKISA CAWANGAN
LAHAD DATU 1980-1983


Ketua : BURHAN LANENTJI
Wakil Ketua I : R.D RAFAEL
Wakil Ketua II : HAMSAH ABU
Sekritaris : MAHYUDIN ALBAR
Wakil Sekritaris : LARANI ENDI
Bendahara : A.P. SOEPINO
Wakil Bendahara : DONATUS LAU

Seksi-Seksi

Penerangan : ABDUL WAHID AHMAD SALOKO
: DONATUS LAU
Kesejahteraan : ANDI AMIR A.M
: MUSTAFA JAFAR
Kesenian& : SUDARNINGSIH SALMAN
Kebudayaan : MASRAN NANANG
Olahraga : A.P. SOEPINO
: HAMSAH ABU

Penghubung : ABDUL RAHIM OMAR
: MARANG HJ LAUPA
: HAJJAH FATIMA CHOA
: DOLA-OLA
: LAOKE LAJUMA

Petugas Harian : MAHYUDDIN ALBAR
: MASUARA ARIFFIN
: SUDARNINGSIH SALMAN

KEWANITAAN : NORBAYA BARNI (Ketua)
: WELDA UMAR (Wakil Ketua I)
: HJH. FATIMAH CHOA (Wakil Ketua II)
: SUDARNINGSIH SALMAN (Sekritaris)
: SUSI SINIT (Wakil Sekritaris)
: SRI PRIHATIN SAHIMAN (Bendahari)
Penghubung : MARIYATI OTHMAN
: ROS UMAS
: RAHIMAH PATTO
: SITI JIONO
: ROSMINI
: MARTINA HUSIN
: KAMSIANI MUSTAPA

JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN LAHAD DATU 1983-1985


Ketua : HAMSAH ABU
Wakil Ketua I : R.D RAFAEL
Wakil Ketua II : LAONDE ABDU
Sekritaris : MAHYUDIN ALBAR
Wakil Sekritaris: LARANI ENDI
Bendahara : DONATUS LAU
Wakil Bendahara : A.P. SOEPINO

Seksi-Seksi

Kesejahteraan & : AKBAR DJUFRI D.M.
Sosial : SUDEN TUNGON
: AMIRUDDIN SAHAR
: ABD SAMAD GULILING
Penerangan : ANDI AMIER A.M.
: SAID KOPONG
: LARANI ENDI
: YUSUF RUBALANGI
Kesenian& : A.P. SOEPINO
Kebudayaan : AJAN ROOM
: HASNAH
: LAWRENS KAWURING
Olahraga : JUNAIDI MACHMUD
: RASYID UDJI
: MUHD RAIS HJ. HARUN
: SYARIFUDDIN RAHIM

Biro Penghubung PERKISA

Tabung Tentera : SIDE BIN IBRAHIM
G&G Plantation : AMBUTUA BIN IBRAHIM
Tingkayu Cocoa : SILA MANGGATA
Pasific Plantation: MOHD TANG BIN MANGGILA
Tye Yang Sdn.Bhd: RASYID BIN RAJAK
Pinsah Plantation.: CELLU BIN PAITA

Penghubung : ABDUL WAHID ACHMAD SALOKO
: FELIX KOPONG
: HANJAH SAWANG
: RINTO
: MARANG HJ LAUPA
: LAOKE LAJUMA
: ABDUL LATIF
: LAUNTUNG BIN TANGKE

KEWANITAAN : NORBAYA BARNI (Ketua)
: HJH. FATIMAH CHOA (Wakil Ketua I)
: PAWALANGI IDAM (Wakil Ketua II)
: MASUARA ARIFFIN (Sekritaris)
: JURINAH MAHYUDDIN (Wakil Sekritaris)
: MASANAH (Bendahara)
: HASNAH (Wakil Bendahara)
Penghubung : BADONG
: RISMUS
: JIONO
: ROSMINI
: PANDANG
: NAHARIAH
: ERNY RAJAK
: NURJANNAH

JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN LAHAD DATU 1988-1989


Ketua Cabang : HJ. ASAAD PALANCOI
Timbalan Ketua I : MUDJAHID LAMSURI
Timbalan Ketua II : ALOSIUS DOREN
Sekritaris : MOHD RAIS HJ HARUN
Wakil Sekritaris : LARANI ENDI
Bendahara : MAHYUDDIN ALBAR
Wakil Bendahara : HJ. ABIDIN RAHIM
Penerangan : JUNAIDI MACHMUD
Kebajikan : BURHAN HJ BAKAR
: KWINTUS RIANG
: AMIRULLAH DAENG PAREBA
: MOHD SALLEH MANANSA
: S. HASNAH BTE S. AHMAD
: HJ. KASAU BIN BACO

Pemuda & : MOHD BAHERI BIN BASRI
Kebudayaan : ABDUL HAKIM DARYA
: USMAN DURI SUPPU
: YUSUF NANNONG
Wanita : HAJJAH NAWIAH MOHD SALLEH
: KAMARIAH BTE PADMO
: ROHANA TURA
: JURIANA GAUS
: MASUARA ARIPIN
: ALOYAH HABIB ALI
Tenaga Kerja : SALIM TAKALA
Pendidikan : S. AHMAD HASAN
: MUSTAMIN B GOCCANG
Tugas Khas : SYAMSUL BAKRI BIN ABDULLAH
: ABDUL RAHMAN ALI
: BAKRI BADUI
Koordinator : USMAN HAMZA
: HJ SALAMAT ALI

JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN SANDAKAN 1976-1978

Pelindung : HERMAN NAWAWI (Konsul Tawau)
Yang Dipertua : SALIM ISMAIL
Naib YDP I : MOHD ADAM KAMIL
Naib YDP II : DANIEL LOSUNG
Setiausaha : ANWAR QOMARUDDIN
Naib Setiausaha : BONAVENTURE MARKUS NARO
Bendahara : HJ SAIFUL ARDI BAHAUDIN

Seksi-Seksi

Penerangan : MAS NOR BACHO
: OMAR SALLEH
Kesejahteraan : FIUDDIN LA OKE
: TUJO SARENGAT
Kesenian & : ABDUL RAHMAN AHMAD
Kebudayaan : RAMUJI MULKODAR
Kewanitaan : HARIANI ISMAIL
: MARIA BUNGA
: HINDUNG TAURANG
: NURHAYATI PAELARI
AJK : MAKKE NEKKE
: HJ TAURANG YUSSOF
: HJ ANDI NAWIR ANDI KARNI
: YACOB Y.Y. FATT
: WILLIAM WUTONG
Penasihat : MOHD YAKUB HARAHAP

JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN SANDAKAN 1980-1982

Ketua : R. SALIM ISMAIL
Wakil Ketua I : SAHUDI MAKMURI
Wakil Ketua I : SYARIFUDDIN ARSYAD
Sekritaris : RUKMANA ANSHAR
Wakil Sekritaris : ABDUL RAHMAN AHMAD ALBAR
Bendahara : ANDI MOHD AMIN
Wakil Bendahara : MOHD SAID HASSAN
Penerangan : MARTEN TANGKE
: LAHADONG BIN BACHO
Kesejahteraan : DANIEL LOSUNG
: MOHD SYAHRIR GHANI
Kesenian & : ISKANDAR LODALLE
: NY HADASIAH LAHO
Olahraga : ARSYAD RAHIM
: HASANUDDIN HJ NAIM
Kewanitaan : MARIANI MANSYAH
: RUFINA ZAINUDDIN
Koordinator : ANDI MOHAMAD AMIN

JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN SANDAKAN 1982-1983

Ketua : SYARIFUDDIN ARSYAD
Wakil Ketua I : RUSDI SALIM ISMAIL
Wakil Ketua I : SAHUDI MAKMURI KHUSNUN
Sekritaris : RUKMANA ANSHAR
Wakil Sekritaris : ABDUL RAHMAN AHMAD ALBAR
Bendahara : ANDI MOHD AMIN SELAMAT
Wakil Bendahara : MOHD SAID HASSAN
Kesejahteraan : HALDUNG BACO
: SUSANNA PATTY
Penerangan : HJ ANDI NAWIR KARNI
: HASANUDDIN HJ NAIM
Kesenian & : ISKANDAR LODALLE
: NURSIAH BEDDU
Olahraga : ARSYAD RAHIM
: SUTRISNOHADI NURYADI
Pendidikan : RUSTAM PABALLA
: YAAKUB TJATJA
Penghubung : MOHD SYAHRIR GHANI
: HADASIAH LAHO

JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN SANDAKAN 1984-1985

Ketua : HJ ANDI MOHAMAD AMIN
Wakil Ketua I : RUSDI SALIM ISMAIL
Wakil Ketua I : YOHANNES YAKOBUS
Sekritaris : RUKMANA ANSHAR
Wakil Sekritaris : HASANUDDIN HJ NAIM
Bendahara : HJ ANDI NAWIR KARNI
Wakil Bendahara : MOHAMMAD SAID HASSAN
Kesejahteraan : HALDUNG BACO
: DANIEL LAOSUNG
Olahraga : IDRIS MAREWANGENG
: SUTRISNOHADI NURYADI
Penerangan : ABDUL KARIM IBRAHIM
: ISKANDAR LODALLE
Pendidikan : JUFRI ASIS
: YAAKUB TJATJA
Kesenian & : MOHAMMAD OMAR
: NURSIAH BEDDU
Penghubung : RUSTAM PABALLA
: MOHD SHAHRIR GHANI


JAWATANKUASA PERKISA CAWANGAN
SANDAKAN 1987-1989

Ketua : ABDUL RAHMAN AHMAD ALBAR
Wakil Ketua I : HJ. RUSDI SALIM ISMAIL
Wakil Ketua I : DANIEL HOPIRAYA
Sekritaris : RUKMANA ANSHAR
Bendahara : HJ MOHD IDRIS MAREWANGENG
Peg. Penerangan : JUFRI ASIS
Kesejahteraan : HALDUM BACO & ANDI SUARDI PAUSERI
: DANIEL LOSUNG
Usaha & Tugas : HJ ANDI MOHD NAWIR KARNI
Khas : IBRAHIM SINGGA
Pendidikan : ABDULLAH ARIFIN & ABDUL KARIM IBRAHIM
Pemuda & : MARTEN LADA
Kebudayaan : ADAM HAMID
: ABDUL KADIR ASMAD
Wanita : HJH. SIAH RUSTAM
: JUBAIDAH MOHD NOOR
: FATIMAH ABDULLAH
Perhubungan : RUSTAM PABALLA
: TUJO SARENGAT
: JAHIDIN LABELE


JAWATANKUASA PENAJA PERKISA
CAWANGAN SEMPORNA 1984

Ketua I : HASIM HAMADE
Ketua II : RAHIM ABDUL HAMID
Sekritaris I : ANDI BASO PETTA KERAENG
Sekritaris II : KASUMA HERDER
Seksi Kewangan : MUSTAMING BIN MADE
: SILLANG BIN MUSA
Seksi Penerangan : ANDI PASARANGI
: ABDUL HAKIM TUMALING
Seksi Olahraga :LARAWIKI BIN LARAJI
: ANDI NURDING ANDI PASINRANGI
Seksi Wanita : JUMARI BTE HASIM
: MOLOK BIN TERONG
: AMBO TANG



JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN SEMPORNA 1984-1986

Ketua : HASIM HAMADE
Wakil Ketua I : RAHIM ABDUL HAMID
Sekritaris : ANDI BASO PETTA KERAENG
Wakil Sekritaris : KASUMA HERDER
Bendahara : ALEXADEIR
Wakil Bendahara : ABDUL RAHMAN
Seksi Sosial : MOLOK BIN TERONG
: AZIZ BIN LOTONG
: MUSTAMIN LAKALAU
Seksi Penerangan : MUSTAMIN LAKALAU
: KUSUMA HERDER
Seksi Kesenian : HABIBAH SAROH
: NASIR
: TAHIR TALIB
Seksi Wanita : ETHA BTE PARAMA
: NAIBA
: ISA BIN BASIR
Seksi Olahraga :ADAM HAFID
: ARIFFIN BIN LAPPAI
: SILLONG BIN MUSA
Penghubung : ANDI NURDIN ANDI PASIRRING
: SIROJUDDIN, ABD HAMID, SYAMSUDDIN
: BADDU BACO, HERDER SUOW

JAWATANKUASA PERKISA
CAWANGAN SEMPORNA 1987



Ketua : AZIZ BIN LOTONG
Sekritaris : ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH
Bendahara : HASIM HAMADE
Anggota : MOHD TAHIR, ABD HAMID PILU
: ANDI NURDIN, MULUK TERONG

PEJABAT PERHUBUNGAN PERKISA

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (6 JANUARI 1985)

Ketua
HJ.SINTO SITIK

Sekritaris
EDDY ABDUL KHALID

Bendahara
RIDHWAN SIRADJ

Pembantu
ROSLI NORDIN
ABDUL RACHMAN RASHID

KENINGAU (14 JULAI 1985)

Ketua
KHADIQ ISMAIL

Petugas Harian
MARTINUS KIA DORE
MALIK RIDWAN (1988)

SIPITANG (OKTOBER 1986)

Ketua
KADIR BABA

Timbalan Ketua
ANDI MOHD SAID

Ahli-Ahli
ABD MAJID PALETTA
ALFONSO
PANTANG TAMINCI

Petugas Harian
MARTINUS KIA DORE

TENOM (1988-1989)

Penghubung
RAKHMAT

KUNAK (1988-1989)

Ketua
HJ.PALAMAI

Sekritaris
HJ ADAM

BELURAN-SANDAKAN (1989)

Ketua
SUROTO

Sekritaris
HASAN SAMIUN



PETUGAS HARIAN YANG PERNAH BEKERJA
DI SEKRITARIAT PERKISA

PERKISA KOTA KINABALU

01. MUHAMMAD SUYUTI
02. FRANCISCUS @ ARIFIN ABDULLAH
03. SAHAR SIKKI
04. MOHD NASIR TOMBONG
05. BISWARI MARDIN
06. IMBAR SUMIWI
07. DYAH EKAWATI
08. KUSWA ADE SAPUTRA
09. MOHD NIGLE RUMAYAR
10. YUSUF PARRANGAN
11. EDHIE SON

PERKISA TAWAU

01. FATMA RIDWAN
02. MUNIN MADIA
03. M. YASSIN
04. NORHAYATI A MATTAKILAN
05. MARIA SAMPAU
06. SYAHRIL GANNA

PERKISA SANDAKAN

01. MOHD SAID HASAN
02. MOHD SYAHRIL ABD GHANI
03. HAMIDAH HJ IBRAHIM
04. NORSIA BADDU
05. HASNAH ABBAS

PERKISA LAHAD DATU

01. ANDI AMIR A.M.
02. SUDARNINGSIH
03. MAHYUDDIN ALBAR
04. MASUARA ARIFFIN

PERKISA SEMPORNA

01. ANDI BASO PETTA KARAENG
02. ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH


PERKISA KENINGAU

01. YOHANES TAPPI
02. MARTINUS KIA DORE
03. SATTAN TALIMBING
04. ABDUL MALIK

PERKISA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

01. ABDUL RAHMAN RASHID
02. EDDY ABD KHALID

PERKISA SIPITANG

01. SUHARTO HJ. SINTO
02. NORMAH
03. YUSUF PARRANGAN
04. MARTINUS KIA DORE @ FIRDAUS



Sebagai rakyat Sabah, kita tidak pernah menafikan sumbangan besar warga Indonesia membangunkan Sabah melalui sumber tenaga kerja yang murah, mahir dan separa mahir sama ada di bidang pembalakan, pertanian dan perikanan.

Tanpa mereka kita mungkin terpaksa mengimport tenaga kerja daripada Bangladesh dan India atau beralih kepada teknologi modern seperti negara maju.

Namun dapatkan mesin memetik buah kelapa sawit dan koko? Sudah 43 tahun Sabah merdeka namun terpaksa menggunakan tenaga buruh daripada Indonesia untuk sektor pertanian sehingga FELDA yang ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu telah meranapkan harapan rakyat Sabah yang terus kempunan untuk mendapat tanah rancangan FELDA kerana telah dikomersialkan.

Inikah harga yang terpaksa kita bayar kerana menggunakan buruh asing yang kini bukan lagi menjadi kuli kepada kita, malah menjadi tuan setelah mendapat kad pengenalan asli (projek) daripada kerajaan melalui jalan tidak sah sebagai salah satu projek rahsia kerajaan untuk merampas kuasa dan mengekalkan kuasa dengan cara menambah pengundi Islam. Kalau tidak percaya datanglah ke FELDA Sahabat di Lahad Datu.

Siapa yang menjadi jutawan segera kalau bukan Hajjah Hasnah Cudang yang pada mulanya menggunakan Kad Pengenalan Sita Riah Bte Sabran dan kemudian diberi kad pengenalan projek dan mendapat suaka politik dan undang-undang kerana selalu menjamu anggota keselamatan. Masha Allah!