Search This Blog

Loading...

Sunday, April 12, 2009

SAKARAN, LEGASI DANDAI YANG HILANG?




Oleh: MUTALIB M.D

NOTA: Pandangan MUTALIB M.D adalah pandangan peribadi beliau berdasarkan kajian dan pemerhatiannya dan tidak mencerminkan Pandangan Laman Web ini.


MUNGKIN terasa kepedasan tulisan saya di dalam Sabahkini.net bertajuk 'Pesta Lepa-Lepa Untuk Siapa?' yang disiarkan pada 7 Mac 2009, ada pihak yang mewakili Tun Sakaran membuat laporan polis sehingga Inspektor Ruzaidi daripada cawangan Jenayah Komersil Kota Kinabalu menelefon saya untuk mengambil keterangan pada 15 atau 16 April 2009.

Saya berpendapat 99.9 peratus rakyat semporna yang berusia 50 tahun ke atas mengetahui sejarah susur galur Hashim @ Sakaran Bin Abdullah yang merupakan anak angkat 'Dandai' Bajau yang berketurunan Kobang, Indonesia.

Walaupun Haji Manandau Aral telah meninggal dunia namun anak-anaknya mengetahui bahawa Hashim pernah tinggal bersama mereka sebelum diambil oleh Dandai sebagai 'anak angkat'kerana Dandai tidak mempunyai anak lelaki yang hidup ketika itu.

Saya sebenarnya insaf, Hashim @ Sakaran tidak pernah meminta dilahirkan sebagai anak Tidung di Bolongan, Indonesia yang terpaksa hidup merempat akibat kemiskinan dan membawa diri ke Tong Talun (Semporna) menumpang kapal membawa kopra (kelapa kering) untuk mengadu untung nasib di negeri orang.

Mujur ada orang Semporna yang masih mengamalkan adat jahiliyah dan mengangkatkan beliau sebagai anak dan membinkan Hashim dengan nama bapa angkatnya, Dandai, mungkin kerana kejahilan mereka terhadap hukum Islam sedangkan budaya pengangkatan anak cara Jahiliyah telah lama berkubur dengan kedatangan Islam.

Saya tidak mempertikaikan kerakyatan Tun Sakaran kerana beliau datang ke Sabah sebelum merdeka dan berhak mendapat kerakyatan negara ini sekalipun melalui jalan songsang atau sah.

Sila baca cerita lanjut di www.sabahkini.net