Search This Blog

Loading...

Saturday, April 25, 2009

LEGASI POLITIK MAGINDORA!




DATUK SERI SHAFIE AFDAL: LEGASI MAGINDORA!

Oleh: ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH

NOTA: Rencana politik ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan kajian dan pemerhatiannya dan tidak ada kena mengena atau mencerminkan pandangan Laman Web ini. Sila rujuk rencana asal di WWW.SABAHKINI.NET



MENGIKUT James Francis Waren North Borneo terbahagi kepada 3 Kawasan perdagangan di zaman pemerintahan Kesultanan Sulu 1768 hingga 1898 iaitu 1. Daerah Marudu, 2. Daerah Magindora dan 3. Daerah Tirun seperti peta di bawah.




Lakaran persempadan Daerah Daerah Perdagangan North Borneo 1768 - 1898

Dalam laporan dan penulisan kali ini saya cuba membawa perhatian pembaca melihat secara mendalam daerah MAGINDORA mempunyai lima pusat penempatan yang dikenal pasti pada semasa British North Borneo Chattered (BNBC) iaitu Kinabatangan, Sabahan, Madai, Giong, Tidong dan satu Wilayah bebas yang dikenali Omadal.

Banyak perkara yang tersirat di sebalik tersurat yang perlu kita ketahui bersama dan berkongsi pengalaman untuk mengetahui lebih mendalam perkembangan politik, sosio-budaya dan ekonomi kawasan ini khasnya wilayah bebas Omadal yang terletak di MAGINDORA DISTRICT.

Satu penemuan yang sangat istimewa saya temui dalam kawasan MAGINDORA ialah terdapat satu kawasan PEMERINTAHAN BEBAS dan tanpa kawalan dalam sistem pemerintahan bersultan di kawasan Sulu Zon iaitu PULAU OMADAL yang tidak dikawal langsung oleh Kesultanan Sulu dan Bolongan.


Namun pulau ini mengikut sejarah dan lagendanya diperintah dan ditadbir secara sistematik mengikut lunas- lunas Sistem Pemerintahan Islam dengan pimpinan 'superior' di bawah para Ulama, Imam, Khatib, Bilal serta Panglima mereka, Laksamana, Mahadraja, Legadong, Munari dan benyagah-benyagah sejak sekian lama.

PULAU OMADAL

Sangat sedikit sejarah diketahui mengenai Pulau ini, selain dari lagenda dan penulisan kajian Iimiah yang dibuat selepas merdeka.

Namun pulau ini menyimpan sejarah yang perlu kita kaji secara mendalam kerana penemuan yang dapati ini amat menakjubkan dan memberikan peluang kepada pengkaji sejarah untuk mengetahui lebih mendalam lagi.

Pulau yang berlagenda ini sebenarnya adalah WILAYAH MERDEKA sehingga 1903 dan TIDAK PERNAH di perintah oleh DUA KESULTANAN yang amat dominan pada zaman itu. Para pengkaji telah gagal mengenalinya dari sudut struktur politik yang tersimpan sekian lama.

Mengikut catatan British North Borneo, semasa mereka menjalankan Kajian dan memperluaskan sempadan sebaik sehaja mengambil alih pajakan Lease dari Kesultanan Sulu 1881, Masyarakat Pulau Omadal adalah masyarakat yang terawal mengistyharkan Perang dengan penjajah BNBC seawall 1884 di MAGINDORA.

Tiga peperangan telah berlaku di antara BNBC antara tahun 1884, 1885 dan 1886. Dalam peperangan ini Masyarakat Bajau telah Berjaya menghancurkan penempatan BNBC di Silam namun serang balas BNBC 1885 dan 1886 tidak membawa apa-apa kemenangan terhadap mereka kerana orang Bajau telah lebih awal menghidu rancangan serangan British.

British cuba mewujudkan daerah Semporna pada 1887 dengan merekrut masyarakat China dari Jolo diketuai oleh Toonah bersama kumpulan dari Tawi-Tawi khasnya Bajau Simunul, Sibutu, Balimbing, Banaran dan Buna-bunaaan bagi mengimbangi kekuatan masyarakat Bajau Omadal.


Penguasa dan pemimpin masyarakat Bajau Pulau Omadal dan Pulau Bum-Bum seperti Khatib Sarahari @ Maharaja Mahasari @ Sabhurari adalah di antara pemimpin yang mengetuai perang dengan BNBC seperti tertulis dalam sejarah masyarakat tempatan dan tercatat dalam tulisan pencatat sejarah British antara 1850 - 1915 bahawa Khatib Sarahari dan Laksamananya, legaddongnya, beserta benyagah-benyagahnya memulakan serangan berpusat di Tong Si Sarahari, Timbun Mata pada disember 1884.


Namun pihak BNBC tidak ingin meneruskan peperangan dengan masyarakat Bajau Omadal tetapi mengadakan perdamaian dengan menghantar wakil mereka, Usman untuk perdamaian.

Selepas 1903, pihak BNBC memasukkan Wilayah Omadal ini sebagai sebahagian dan kawasan BNBC dengan kerjasama Kesultanan Sulu selepas perkahwinan Khatib Sarahari dengan Keluarga Di Raja Sulu yang melahirkan 4 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan dan akhirnya Waris-waris Khatib Sarahari memulakan pembukaan penempatan baru yang berselerak di Kepulauan Semporna.

Manakala Imam Misuari @ Hj.Abdul Rahman (1899 – 1960) membuka Perkampungan Tangal sebagai pusat Penyebaran Agama di Pulau Bum-Bum dan Panglima Ripahani @ Ripah (1902 – 1965) membuka Sisipan dan Selokah Empat bagi mengasah pemuda-pemuda Bajau untuk menjadi pendekar dan pejuang bangsa.

Sementara anaknya dari isteri lain Imam Pahi Pahi dan Imam Lahu membuka Penempatan di Look dan Labuan Haji di Pulau Bum Bum.

Anak-anaknya yang lain meneruskan pembukaan penempatan baru di Tungku, Kampung Balimbang ( Panglima Buaya) sementara keluarga menantunya Imam Bangkas, Haji Mustapha pula terus menguasai wilayah Denawan, Si Amil, Sipadan dan Ligitan yang hanya mendapat kemerdekaannya pada 2002 atas Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu.

Bajau Omadal yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi seperti Panglima Ripahani, mengasuh dan mendidik Ulama yang handal seperti Imam Misuari, Bilal Baginda Ali dan Pahlawan-Pahlawan Agung seperti Khatib Gupurani @ Matoa Gupu @ Buaya Kabang membuktikan betapa hebatnya Pemimpin masyarakat Bajau di Daerah MAGINDORA sehingga tidak mampu untuk di kuasai oleh BNBC (British), Kesultanan Sulu dan Kesultanan Bulungan di antara 1850 – 1963.

Di awal perjuangan untuk memerdekakan Sabah, waris-waris Khatib Sarahari lah yang banyak memainkan peranan penting dan mendapat persetujuan untuk menyertai Malaysia dengan kerjasama waris Panglima Uddang.

Harus diingat 'Superior' Pempimpin Bajau terletak di tangan Ulama dan Ketua Agama sementara Panglima Panglima adalah orang suruhan Iman dan Khatib di zaman itu. Panglima datang dari Keturunan Bennyagah tetapi Ketua Agama lazimnya datang dari Keturunan Shiekh, Shariff atau Auliah, Sultan atau pemerintah atau paling lemah pun dari Keturunan alim ulama yang waraq dan bertanggungjawab terhadap masyarakat Bajau.

Manakala pernikahan beliau dengan perempuan Idahan Bagahak telah melahirkan Imam Pahi Pahi dan Imam Lahu iaitu saudara seibu dengan Datuk Panglima Abdullah Panglima Uddang.

Waris Khatib Sarahari inilah yang menjadi Legasi pempimpin politik yang amat berpengaruh di Daerah Semporna selepas Merdeka dan setelah kelahiran UMNO di Sabah seperti YB Datuk Samsu Baharun Imam Misuari @ Hj. Abdul Rahman dan YB. Basalie Haji Ab.Hamid.

Namun Legasi Sakaran yang dibayangi oleh Datuk Abdullah Panglima Uddang, anak saudara Khatib Sarahari dari Tong Talun (Nama Asal Semporna) telah hampir-hampir memadamkan Keturunan Bajau Omadal yang mempunyai Legasi dan Autonomi Bebas Wilayah Omadal dalam Daerah MAGINDORA.

MAGINDORA SELEPAS KEMERDEKAAN

Pada 2 Jun 1961, bermulanya Gerakan USNO di Kampung Air, Kudat bertempat di rumah Haji Abdul Salleh dengan dihadiri oleh 60 orang hadirin dan diketuai oleh Tun Mustapha Datu Harun dan setiausahanya Cikgu Sabli Mohiddin dalam acara Doa Selamat.

Lahirnya satu pertubuhan yang memperjuangkan Hak Bumiputera Negeri Sabah yang di beri Nama UNITED SABAH NASIONAL ORGANISATION atau ringkasnya USNO, Datu Mustapha bin Datu Harun telah menubuhkan pertubuhan ini bersama rakan-rakannya untuk menjaga kepentingan dan Hak Bumiputera serta penduduk tempatan negeri ini.

Beliau percaya melalui USNO masyarakat Bumiputera Sabah dapat disatukan dan seterusnya menyertai Proses Kemerdekaan Negeri Sabah bagi menyertai rundingan dengan pihak British.

Tun Mustapha juga percaya bahawa kemerdekaan Sabah pada masa itu boleh dipercepatkan melalui perundingan dan menyertai penggabungan Malaya, Singapura, Brunei , Sarawak dan North Borneo, Bagi menjamin Kepentingan Bumiputera.

Parti-Parti politik yang diwakili oleh UNKO, SCA dan USNO telah mengariskan tuntutan dan perlindungan Hak Masyarakat Bumiputera Anak Negeri yang diungkaikan dalam perkara 20 atau lebih dikenali oleh Rakyat Sabah sebagai '20 Point' sebagai pra-syarat penyertaan mereka untuk menubuhkan sebuah Negara Berdaulat yang dipanggil MALAYSIA.

Sarawak pula tidak ketinggalan untuk meletakan syarat penyertaan mereka melalui 18 Perkara atau '18 Point', sementara Brunei Darussalam telah menarik diri dari penggabungan disebabkan perberontakan yang berlaku di sana yang di ketuai oleh Azahari pada 8 Disember 1962 kerana tidak bersetuju dengan idea Tunku Abdul Rahman akhirnya tetapi pemberontakannya berjaya dipatahkan.

Azahari melarikan diri ke Manila dan terus ke Jakarta dan diberitakan meninggal dunia di Bogor pada 30 Mei 2002.

Singapura pula telah dikeluarkan dari Penggabungan Gagasan Malaysia pada 1965 untuk merdeka sendiri di bawah pimpinan Lee Kuan Yew disebabkan alasan tertentu.

Di zaman persekolahan dulu, sebagai pelajar Pentadbiran Awam dan Undang Undang, saya yang telah memilih satu tajuk 'Tesis' kajian yang bertajuk TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH, malangnya tajuk tersebut tidak dapat diluluskan oleh Pensyarah saya dengan alasan melibatkan isu sensitif lalu saya menukar tajuknya, 'TERKELUARNYA SINGAPURA DARIPADA MALAYSIA'.

Atas sebab tertentu, saya tidak dapat menyatakannya secara terbuka kerana ia juga sebahagian dari isu sensitif negara setelah melihat beberapa penemuan yang amat hebat.

Sabah dan Sarawak telah merdeka lebih awal iaitu pada 31 Ogos 1963 dan menikmati Kemerdekaan mutlak 15 hari sebelum menyertai penggabungan Pesekutuan baru yang diberi nama MALAYSIA. (Malaya , Sabah, Sarawak dan Singapura).

USNO di bawah pimpinan Tun Mustapha telah berjaya mencapai matlamatnya sesuai dengan zamannya, Tun Mustapha telah melaksanakan pembangunan asas negeri ini, sehingga menempatkan Negeri Sabah sebagai negeri yang TERKAYA di MALAYSIA.

Antara idea radikal yang beliau perkenalkan untuk membahagikan kekayaan negeri kepada rakyat melalui Penubuhan Yayasan Sabah pada 1966 dan seterusnya menekankan pendidikan melalui rancangan dan rangsangan ekonomi yang mantap, teratur yang tidak pernah diperkenalkan di mana-mana dunia.

Penubuhan cawangan rangkaian pertukaran pelajar antara Sabah Semenanjung dengan satu Pusat Pengurusan pelajar di ibu negara (Kuala Lumpur) yang dikenali sebagai Rumah Sabah atau SABAH HOUSE, Penubuhan Kampus cawangan UKM (Univertsiti Kebangsaan Malaysia – Limau Limauan Kinarut), Penubuhan YS-ITM (Yayasan Sabah Institut Teknologi Mara) dan seterusnya cuba melestarikan impiannya untuk mewujudkan Universiti bagi Negeri Sabah menjadi Kenyataan dengan tertubuhnya pada UMS 1994 (Univesrsiti Malaysia Sabah) yang mengadap Laut Cina Selatan seperti yang beliau impikan dalam ucapan beliau semasa sidang Dewan Undangan Negeri 1967 dahulu.

Memang Tun Mustapha merupakan 'Anak Bumiputera Bajau-Suluk' yang hebat dan mempunyai Wawasan jauh, stail dan sifat kepimpinan yang diwarisi dari Pejuang Sabah juga Keturunan Bajau-Suluk yang di isytiharkan sebagai pemberontak oleh penjajah iaitu Datu Mohamad Salleh Datu Balu (MAT SALLEH) yang berjuang mempertahankan Sabah sehingga ke titisan darah terakhir.

MAGINDORA DAN USNO

Semporna adalah kubu kuat USNO di negeri Sabah. Pada piliharanya pertama Dewan Undangan Negeri Sabah 1967, Semporna telah mencatat rekod sokongan kawasan pengundi USNO teramai di Negeri Sabah mengatasi UNDI Kawasan Tun Mustapha sendiri di Kudat iaitu tempat lahirnya USNO.

Dalam sejarah perjuangan politik tanah air, Semporna adalah Kubu Kuat dan Pertahanan USNO yang terakhir di Negeri ini. Semasa USNO dalam keadaaan amat lemah d ibawah kepimpinan Tun Said Keruak pada 1981 ketika USNO hanya memperolehi 3 Kerusi iaitu Dun Kudat, Dun Kota Belud dan Dun Semporna.

Namun di sebalik kelemahan beliau memimpin USNO akhirnya beliau juga telah mewariskan Kepimpinannya kepada anaknya sendiri, Datuk Seri Mohd Salleh sebelum bersara.

Kekalahan USNO di Parlimen Silam (Dun Lahad Datu – Datuk Sunoh Marsoh, Kunak– Datuk Salim Bacho dan Dun Semporna) bukanlah pengukur kekalahan USNO di Semporna tetapi lebih kepada kekalahan Calon USNO sendiri iaitu Sakaran Dandai.

Namun Dun Semporna masih memperlihatkan kelebihan UNDI. USNO Semporna kuat bukanlah kerana kekuatan Tun Sakaran Bin Dandai atau Keluarganya kerana beliau pernah kalah ditangan Abdillah Abdul Hamid dari Calon Bebas pada Pilihanraya Parlimen 1981 Di Parlimen Silam.

Kekuatan Tun Sakaran di Semporna kerana masyarakat Semporna sendiri memilih USNO sebagai wadah perjuangan mereka yang mereka warisi dari Legasi Pulau Omadal.

Jesteru dalam tulisan lalu saya mendakwa, andaikata tiada 'Pengundi Hantu' seramai 1800 orang seperti mana laporan Post-Moterm PBS tiga bulan selepas pilihanraya dan seterusnya laporan Keputusan Mahkamah terhadap Kes Dr. Chong Eng Leong, Harris Salleh dan Yong Teck Lee, maka saya juga adalah Pemenang Kerusi yang di sandang oleh Datuk Nasir iaitu anak Tun Sakaran.

Fakta ini adalah berdasarkan rekod lama pilihanraya daerah-daerah mengundi Dun Semporna 1967, 1976, 1981, 1984/1985, 1990 ,1994 yang telah dikaji oleh jentera pilihanraya saya tiga hari sebelum pembuangan UNDI mendapati Dun Senallang pada tahun 1999 menunjukan Sakaran mempunyai kekuatan UNDI 3,000 maksimanya di daerah mengundi berkenaan.

Jentera pilihanraya saya telah mengumumkan perkara ini di hadapan penyokong saya dalam satu Ceramah, Perdana bahawa penambahan 1,800 Undi Hantu, maka angka itu telah melonjak ke 4,800 undi.


USNO I dan USNO II DI SEMPORNA


Daerah Semporna juga pernah mencatat sejarah USNO pada 1966 iaitu dua Kumpulan terbentuk kerana Ketua Penaja USNO pada masa itu OKK Datuk Panglima Abdullah Bin Uddang ( 1961 ) iaitu bapa mertua kepada Tun Sakaran Dandai yang juga ayah Kepada Pengerusi Parti Keadilan ( PKR) Semporna hari ini iaitu Hj. Abdul Wahab Bin Panglima Abdullah.

Perebutan jawatan Ketua Bahagian USNO oleh Kumpulan Masyarakat Semporna yang diketuai Oleh Timbalan Ketua Bahagiannya OKK Haji Jakarullah Bin Boraluddin telah dapat merampas Bahagian USNO Semporna dari bapa Mertua Tun Sakaran Dandai pada 1966 melalui Pemilihan Parti secara Demokrasi.

Okk Jakullah Bersama rakan-rakannya iaitu Timbalanya Tuan Haji Abdul Salam Bin Osman (Pulau Denawan) ,) Naib I : Panglima Abd.Mennang Kalimah (Sg.Tohok), Naib II : KK Lais Ab.Karim (Tabak-Tabak), Ketua Penerangan Hj.Ali Basa Basara (Bugaya), Setiausaha : Haji Jabani Hariri (Bubul), Ketua Kaum Ibu : Puan Halimah Bte Iris (Perigi), Pen.Setiausaha Abu Bakar Hj.Hasan (G.Melanta), Ketua Pemuda : Wahab Ibnu Said (P.Bait), Ajk : Rauddad Tarang (Tg.Kapur), Ajk : Ali Bandiong Samtoh (Kg. Perigi) , Ajk : Abdul Ghafar Hamulawan (Persisir), Ajk : Hj. Absin Milahim (Labuan Sennang), Ajk : Hj. Hajan Malik , Ajk Hj. Hassan Darik, Ajk : Hj.Kalapa Ekan, Ajk : Kiraman Palman.

Haji Jarullah Bin Buroluddin, merupakan pemimpin politik tempatan Semporna yang pernah merampas Kerusi Ketua Bahagian USNO dari Okk Pg. Abdullah Bin Uddang pada 1966 dan menyerahkannya kepada Hj. Mohd. Darah Bin Langpad, iaitu bapa kepada Hajjah Manismuka, kini Ketua Pergerakan Wanita UMNO Semporna.

Percetusan dan perbalahan telah berlaku di antara dua Kumpulan masyarakat tempatan bersaing merebut kepimpinan iaitu KUMPULAN MASYARAKAT BAJAU PULAU (Bajau Omadal dan Bajau Kubang) dan KUMPULAN MASYARAKAT BAJAU PERSISIR atau Tanah Besar (Tong Talun dan Bajau Simunul).

Hasilnya Kompromi telah dicapai kerana pertimbangan yang 'rasional' oleh Allahyarham Tun Mustapha maka tertubuh satu Bahagian Baru iaitu USNO II pada tahun 1966.

USNO II yang dipimpin oleh Tun Sakaran Bin Dandai telah melantik jawatankuasanya yang terdiri dari Mohd. Salleh Pg.Abdullah (Abang Ipar Sakaran) Sebagai Timbalan, Sapari Hj. Amir (Naib I– Anak buah Sakaran), Pg.Hindi Basarani (Naib II ), Datu Eranza Datu Seribu (Ketua Penerangan), Unding Lana (Ketua Pemuda), Asia Sakaran (Ketua Kaum Ibu), Ali Hussien Hj.Amir (Setiausaha), Lajim Addok (Pen.Setiausaha), Ab.Harun Imam Misuari @ Hj.Abdul Rahman (Ajk) , Hj. Apdal Maulan (Ajk), KK Nasir Salahuddin (Ajk), KK Geddek Samman (Ajk), Ab.Razak Palah (Ajk), Ariffin B.Yahya (Ajk) dan Ismail Yunus (Ajk).

Kaum-kaum ibu USNO adalah tonggak kekuatan USNO di Daerah Semporna yang di pimpin oleh Hajja Asia Tun Sakaran dan Timbalannya Hajjah Nujum bin Imam Misuari @ Hj.Abdul Rahaman (Isteri Kepada Hj. Abdul Salleh Khatib Gupurani).

Pergerakan Kaum Ibu USNO II yang tertubuh kerana kekalahan bapa mertua Tun Sakaran Datuk Pg. Abdullah Bin Udang 1966. Namun di sebalik perbelahan dua kumpulan ini Abdul Salleh Khatib Gupurani, Keturuanan Khatib Sarahari dari Khatib Gupurani adalah salah orang yang memainkan peranan penting sehingga wujudnya Formula di atas dan seterusnya menyokong kepimpinan Tun Sakaran Dandai sehingga akhir hayatnya 1989 untuk meneruskan Perjuangan Parti USNO di Daerah Semporna selama 28 tahun.

Legasi Khatib Sarahari telah bertukar kepada Tun Sakaran Bin Dandai (Dandai adalah Anak Saudara Khatib Sarahari yang tinggal di Tong Talun dari keturunan Hajibuddin), selain Dandai Hajibuddin juga mempunyai anak lelaki lain iaitu Jakuddin dan Panglima Jaji.

Atas sokongan kuat dari keturunan Khatib Sarahari, Tun Mustapha Bin Datu Harun menawarkan M.P (Ahli Parlimen) Kepada Abdul Salleh Khatib Gupurani, namum tawaran itu ditolak secara hormat disebabkan Abdul Salleh Khatib Gupurani lebih cenderung ke bidang perniagaan dan mencadangkan Mohd.Dara Bin Langpad memegang jawatan itu demi survival perjuangan USNO Semporna.

Kasih sayang Tun Mustapha kepada Sakaran adalah amat mendalam sehingga membawa kepada perlantikan Tun Sakaran menjadi Timbalan Presiden USNO walaupun pada masa itu mendapat tentangan dari banyak pihak USNO terutama daripada golongan Pemuda-Pemuda USNO.

Namun Tun Sakaran dilihat orang yang sangat setia kepada ketuanya telah berjaya dihasut supaya tidak mengikuti langkah Tun Mustapha memberi sokongan kepada Abdul Ghafar Baba untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO 1993.

Bahkan kekosongan Dewan Undangan Negeri Sulabayan, yang dikosongkan oleh Tun Sakaran kerana di pilih menjadi menteri di Persekutuan sepatutnya diberikan kepada DATU BADARUDDIN TUN MUSTAPHA (Presiden Penaja Ex-USNO) seperti mana yang diumumkan lebih awal oleh pihak Ibu Pejabat USNO dan dialu alukan oleh Masyarakat Semporna.

Walaubagaimanapun kerana menghormati Tun Sakaran, Datu Badaruddin Tun Mustapha tidak meneruskan hasratnya untuk bertanding di kawasan Kubu Kuat USNO ini dan memberi laluan mudah kepada NASIR TUN SAKARAN sebagai calon bagi mengisi Dun berkenaan sehingga ke hari ini.

TUN MUSTAPHA DATU HARUN

Kepercayaan yang diberikan oleh Tun Mustapha telah berakhir pada 18 September 1993, apabila saya diarah oleh Tun Mustapha Bin Datu Harun untuk mengambil tugas dan tanggungjawab di Semporna untuk sama-sama berjuang mempertahankan hak Kebebasan Rakyat Sabah memilih Pemimpin UMNO Pusat.

Tun Mustapha berkata , “Saya Tatang dia (Sakaran) umpama anak sendiri, tetapi dia telah ketepikan saya, jesteru itu saya mohon pertolongan daripada kamu supaya dapat meneruskan perjuangan ini dan mohon kepada kamu supaya dapat membela saya di Semporna."

"Kamu tolong Cari Si Rauddah. Dia ada hal dan ubrusan yang belum selesai dengan saya.!!!"" kata Tun Mustapha lagi.

Sebagai seorang Pejuang USNO yang datang dari generasi muda dan pernah dididik oleh Allahyarham Tun Mustapha sendiri dalam politik, saya telah bersedia menyahut seruan itu kerana tidak ingin melihat seorang Negarawan dan Bapa Kemerdekaan, lebih-lebih lagi beliau sebagai 'Boss' saya, terhina di kubu Kuat USNO sendiri.

Walaupun saya tahu bahawa apa yang saya lakukan pada masa itu akan mendatangkan risiko besar kepada masa depan percaturan politik saya sendiri, kerana kehebatan Anwar Ibrahim adalah umpama 'halalintar' untuk merebut jatawatan Timbalan Presiden UMNO.

Rakan dan sahabat saya dalam perjuangan politik, yang saya kenali sejak zaman sekolah dan kawan sepermainan semasa kecil DATUK SHAFIE HAJI AFDAL terpaksa berbeza pendapat dengan saya, kerana beliau secara langsung terlibat untuk membawa Pergerakan Pemuda Sabah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama KUMPULAN WAWASAN pada tahun 1992 secara terbuka.

Kami tidak sepandapat dalam soal memilih Pemimpin UMNO Pusat, Anwar telah meninggalkan mereka, tetapi saya dan penyokong saya telah di singkirkan dari UMNO, walaupun akhirnya mereka terpaksa melutut kepada Abdullah Badawi, Naib Presiden pilihan Tun Mustapha pada masa itu.

Begitulah hebatnya Sakaran dan keluarganya mempertahankan Legasi Kepimpinannya di Semporna. Beliau telah berjaya membawa dan mendidik Nasir ke tahap yang mulia dengan Kedudukan Menteri sejak begitu lama dan seterusnya Shafie Hj. Apdal di didik sebagai penerus kepimpimpinan Sakaran dan keluarganya di Di Semporna.

Kebijaksanaan Tun Sakaran mempertahannya Legasi kempimpinannya di Daerah MAGINDORA telah memperlihatkan pencapaian politik yang luar biasa, hatta tiada Daerah Di Sabah ini yang diwakili oleh DUA orang MENTERI PENUH dari satu Pekan Kecil, tetapi DAERAH SEMPORNA membuktikannya sejak 10 tahun yang lalu di bawah kerajaan BN dan UMNO.

Sahabat lama saya, Shafie Hj. Apdal telah memenangi pemilihan UMNO 2008 sebagai Naib Presiden dan secara automatik menjadi pemimpin kanan UMNO. Semalam beliau di umumkan pula sebagai PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO Kedah. Hebat sekali pemimpin MAGINDORA kerana telah menawan Negeri Kedah.

Kedah yang pernah melahirkan dua orang Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir terpaksa akur kepada Ahli Politik MAGINDORA yang menjadi pilihan saya 14 tahun dahulu.

Ternyata perbalahan saya dengan keluarga terdekat Sakaran untuk memilih Pengganti Sakaran, DATUK SHAFIE APDAL telah menjadi Raja kepada segala Raja UMNO di Semanajung Malaysia khasnya di Kedah.

Setelah 10 tahun meninggalkan UMNO dan bakal meneruskan perjuangan, ternyata cadangan saya pada mesyuarat Bahagian UMNO 1995 itu tidak sia-sia, Shafie Hj. Apdal yang saya cadangkan Sebagai Calon Tunggal Parlimen Semporna yang dikosongkan oleh Tun Sakaran telah berjalan jauh dalam UMNO.

Semasa saya mencadangkan beliau sebagai Calon UMNO Parlimen Semporna, sebenarnya saya tidak mendapat sokongan majoriti Bahagian Semporna kerana beliau bukanlah pilihan Sakaran atau Keluarga Sakaran untuk Kerusi Parlimen Semporna kerana Keluarga Tun Sakaran lebih memihak kepada Datuk Safari Hj. Amir sebagai penganti beliau.

Anak Sakaran sendiri Ketua Wanita UMNO Bahagian menolak Shafie Apdal, bahkan satu ketika Sakaran pernah melantik Sapari Hj. Amir sebagai Pemangku Ketua Bahagian semasa beliau pergi menunaikan Haji dan Umrah.

Namun hujah-hujah yang saya kemukakan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Semporna pada 1995 itu hanya mendapat sokongan dari seorang Ajk Bahagian sahaja iaitu Yusop Hj. Abdul Wahab (Anak mantan Ketua Pemuda USNO II - 1966) sementara yang lain hanya berdiam kerana tidak mahu menyakiti Sakaran (Playsafe).

Tetapi akhirnya dengan pendirian dan ketegasan sebagai orang muda yang ingin memilih Ketua Pemuda Bahagian ini untuk jadi calon akhirnya diterima oleh Bahagian UMNO Semporna sebulat suara.

PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH


Memang tepat dan benar jangkaan saya, setelah Sakaran dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah 1993 dan seterusnya mengangkat Sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada 1994.

Sebagai Penaja UMNO Bahagian Semporna, saya tidak mendapat tempat dalam barisan kepimpinan Sakaran, bahkan calon yang pernah melawan beliau dalam Bahagian Semporna sendiri baik melalui Pilihanraya dan pemilihan UMNO bahagian telah berikan tempat sebagai Pengerusi Agensi Kerajaan Negeri.

Mungkin Kebenciannya kepada saya dan penyokong saya yang pernah berjuang dengan beliau menjadi pembangkang selama 18 tahun dalam USNO walaupun sebahagian besar keluarganya termasuk anak sulungnya, Nasir menyertai Parti Berjaya demi 'suviva', mengatasi kebenciannya kepada Harris Salleh dan Joseph Pairin, Ghafur Salleh dan Basalie Hj. Abdul Hamid disebabkan menyertai Kem Perjuangan USNO pimpinan Tun Datu Mustapha di Daerah Semporna.

Walhal orang seperti saya, setelah ketiadaan Tun Mustapha telah menerima sepucuk surat daripada Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1997 bersama Keluarga saya untuk dipecat tanpa alasan yang kukuh. Noraidah Hj. Abdul Salleh, Timbalan Ketua Wanita Bahagian dan Suaminya Eddiris Bin Annah yang tidak pernah bertanding dalam sebarang pilihanraya atau menjadi Wakil Calon dan Penyokong Parti Pembangkang telah menerima surat Pemecatan serta merta Dari UMNO pusat dengan alasan: Bertanding dalam Pilihanraya.

Perjuangan selama 18 tahun bersama USNO dalam Pembangkang (1976 – 1994) tidak dinilai sebagai satu perjuangan yang suci demi Agama, Bangsa dan Negara.

Pernilaian itu cukup dengan hanya menyingkir saya dari UMNO, bak kata pepatah, "di masa susah kita bersama, di masa senang elok kau tinggalkan saya'.

“Ingatlah di sebalik kejayaan kita, ada orang orang lain yang pernah menyumbang, titik peluh perjuangan, harta dan benda, nasihatkan keluarga kita jangan keterlaluan menghisap darah atau mengambil kesempatan dari orang lain kerana ajaib Allah pasti akan tiba.”

Tulisan ini adalah pendedahan terbaru saya mengenai Perjuangan Bekas Ahli USNO yang terpinggir, tercicir dan tersingkir dari UMNO, khasnya UMNO Daerah Semporna.

Orang USNO seperti saya telah melalui proses perjuangan yang amat Panjang, saya dan orang USNO menjadi pembangkang sejak 1976 hingga 1994.

Pada 1997 hingga ke hari ini 2009, saya berada berada di luar Kerajaan namun perjuangan yang amat panjang ini banyak mengajar saya menjadi dewasa. Menjadi bertanggungjawab, menjadi pejuang yang tabah mengahadapi segala bentuk serangan politik, serangan Ekonomi dan ancaman.

Hebat sekali Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1999, sehingga tidak memeriksa rekod dan fakta untuk menghukum AHLINYA bekas Ahli USNO yang perlu disingkirkan, cukup dengan menelan semua laporan wakil AMT Sabah. Andai kata Wakil AMT dari Sabah itu mengatakan Orang USNO ini HITAM dan yang ini PUTIH Maka semuanya ditelan bulat-bulat tanpa usul periksa. Kegagalan seorang Setiausha Agung menjalankan tugas dengan adil dan saksama telah menyebabkan ramai Ahli USNO menjadi mangsa.

PENUBUHAN EX-USNO

Bekas Ahli Ahli USNO yang senasib dengan saya telah mengadakan perjumpaan ulungnya pada 1 Februari 2007 bertempat di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu bagi membincangkan arah tujuh perjuangan Bekas Ahli USNO yang telah dipinggirkan.

Setelah Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjemput bekas ahli USNO ini berkunjung ke Putrajaya pada 4 Jun 2007, kompromi telah dimeteri dan beliau meminta supaya Ahli USNO yang terkeluar dapat menyertai UMNO semula dan seterusnya menyokong Barisan Nasional.

Pemohonan rasmi bekas Ahli USNO untuk berpesatuan bagi menjaga kepentingan mereka telah dikemukakan. Malang sekali bagi bekas Ahli USNO yang tercicir ini, walaupun telah menyatakan sokongan secara terbuka kepada Barisan Nasional, memohon semula menjadi Ahli UMNO, meminta pengiktirafan perjuangan mereka yang berhak, tetapi tidak mendapat layanan yang wajar.

Bahkan sekadar ucapan terima kasih pun tidak pernah diterima oleh bekas jawatankuasa EX-USNO sehingga hari ini dan para pemimpin BN selain terus menerus menghina dan menyusahkan Bekas Ahli USNO.

Bagi USNO dan EX-USNO mungkin SEMPORNA adalah tapak yang sesuai untuk memulakan penyertaan mereka untuk perjuangan politik semula.

Jeteru itu, pada 26 Ogos 2007, sejarah telah berulang semula dan bertempat di Kampung Air, Semporna di rumah Haji Abdul Salleh USNO telah berkumandang semula di bawah pimpinan Legasi Tun Mustapha, Datu Badaruddin Tun Mustapha dalam perjumpaan yang dihadiri oleh lebih 2,000 orang.

Untuk mengetahui perkembangan semasa USNO tuan tuan boleh merujuk ke Blog kami di www.kelabusnosabah.blogspot.com

Saya amat tertarik dengan percaturan politik DATUK MUSA AMAN dan adiknya DATUK ANIFAH AMAN yang tidak gentar dan makan gertak juga cukup kebal. Musa pernah buktikan, ketika beliau menolak tawaran Pembantu Menteri yang ditawarkan oleh Sakaran, akhirnya beliau Menjadi Ketua Mneteri, Anifah pula menolak tawaran menjadi Timbalan Menteri Persekutuan yang ditawarkan oleh Abdullah akhirnya beliau menjadi Menteri Luar di dalam Kabinet Najib.

Jesteru itu mungkin bekas ahli USNO yang disingkirkan atau dipecat dari UMNO boleh menolak tawaran jika diterima semula sebagai ahli UMNO dan akhirnya menjadi pemimpin besar Sabah.

BARISAN PENAJA EX-USNO


Langka permulaan untuk generasi akan datang memperjuangkan masa depan rakyat Sabah. Andaikata Pendaftaran Ex-USNO 2007 tidak diluluskan, biarlah lipatan sejarah akan menilai keikhlasan para pejuang USNO ini bahawa mereka semua tetap sayang kepada generasi dan rakyat Sabah dan sanggup berjuang semula demi rakyat Sabah.


CATATAN PENTING: Abdullah Sani berasal dari Semporna, Sabah. Berketurunan bangsawan Bajau-Suluk Darvel Bay. Berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam dan Undang Undang dari UiTM dan selepas itu melanjutkan pengajian dan bahasa Inggeris di School of International English College, Kuala Lumpur bagi memantapkan ilmu dalam bidang bahasa dan seterusnya meneruskan pengajian Agama yang minta oleh ayahnya melalui guru agamanya, Ustaz Mohd. Ali, keturunan Ulama Pulau Simunul. Boleh mengusai bahasa tempatan dengan baik seperti Bajau dan Suluk serta memahami Bahasa Mandarin dan Bahasa Tagalog. Dilahirkan di Pulau Sepanggau, Semporna sebelum di bawa ke Jolo, Filipina, untuk melaksanakan Proses Perubatan ibunya di Lupah Bangsa Tausug, Jolo selama 44 hari. Pulau dan bangsa yang kebetulan mempunyai pertalian keluarga dengan ayahnya yang dikenali dengan suku Tausug Parang serta keturunan keluarga Di Raja Sulu dari sebelah Ninda Perempuannya, Dayang Hapsa Datu Zulkanain@ Asnain yang mempunyai susurgalur pertalian keluarga dengan Allahyarham Tun Mustapha Bin Datu Harun dari Kesultanan Sulu. Beliau balik ke Sabah selepas 44 hari berada di Jolo di bawah jagaan seorang Ahli Kongres Sulu, Filipina, Datu Utoh Talum. Ayahnya berketurunan Bangsawan Bajau-uluk Semporna yang dilahirkan di Labuan Haji, Pulau Bum Bum pada 1930 , keturunan yang berlegenda di Darvel Bay Semporna. LAGENDA TONG SI SARAHARI (Salah Seorang Ketua Suku kaum Bajau Omadal), LAGENDA IMAM BANGKAS – (Pemilik Pulau Si Amir), LAGENDA KHATIB GUPURANI (Manusia Kebal sebagai Pemusnah Lanun-Lanun Darvel Bay yang juga Pemilik Pulau Sebangkat ) yang masih menjadi LAGENDA BERSEJARAH di Daerah Semporna. Nama-nama ini masih kekal menjadi nama Bukit Bukau dan Lautan-Lautan di Daerah Semporna sehingga hari ini yang di kenali oleh Masyarakat tempatan tetapi dinafikan oleh pemimpin terkini. Setelah siap melanjutkan pelajaran beliau telah diminta oleh Tun Mustapha Bin Datu Harun melalui ayahnya untuk berkerja dalam Parti USNO sebagai Pegawai Hal Ehwal Strategi dan Risikan Pusat bersama anak Allahyarham Tun Mustapha ,Datuk Abdul Hamid Tun Mustapha pada tahun 1985 dan seterusnya menjawat jawatan tersebut sehingga 1993 di bawah UMNO Negeri Sabah sebelum di pecat daripada UMNO. Penulis pernah berkerja di bawah tiga bekas Ketua Menteri Sabah dalam bidang Politik dan hal strategik parti iaitu Tun Mustapha dari USNO & UMNO 1985 – 1993, Tun Sakaran UMNO 1991 – 1993 dan Datuk Haris Salleh dari BERSEKUTU 1998 – 2003 sebelum bersara dari politik. Penulis juga mengenali secara Peribadi Bekas Timbalan Perdana Malaysia Tun Ghafar Baba dan Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pernah membantu mereka dalam kerja-kerja tertentu walaubagaimanapun Penulis tidak pernah mengambil kesempatan untuk mendapatkan peluang dan Kekayaan, harta dan pangkat melalui 'Pintu Belakang' kerana berpegang kepada prinsip mereka yang berhak harus ditempatkan ditempat yang sewajarnya secara bermaruah dan bermartabat.

SENSOR! SENSOR! SENSOR!



ARTIKEL ini terpaksa dikeluarkan atas permintaan Zainuddin setelah menerima desakan pelbagai pihak termasuk keluarganya dan demi menjaga hubungan kekeluargaan dengan Tun Sakaran. Zainuddin menerima pelbagai tekanan dan ugutan. Semoga Zainuddin tabah dan bersabar kerana menyatakan kebenaran sememangnya pahit. Sabahkini.net mengeluarkan kenyataan ini atas PRINSIP KEMANUSIAAN!

Penarikan penyiaran artikel ini tidak menjejaskan kredibiliti sabahkini.net dan sewajarnya polis harus menjalankan siasatan kenapa, siapa dan mengapa artikel ini ditarik balik agar dapat melengkapkan siasatan laporan polis yang dibuat oleh adik menteri kanan persekutuan terhadap Sabahkini.net berhubung artikel Jendela Kuasa bertajuk 'PESTA LEPA-LEPA UNTUK SIAPA?'.


SUMBER : WWW.SABAHKINI.NET

Friday, April 24, 2009

TAMAN MARIN TUN SAKARAN MILIK SIAPA?

SUMBER: WWW.SABAHKINI.NET


ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH


PERISYTIHARAN Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) di bawah Seksyen 13 Enakmen Taman-Taman, 1984, oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadsah bin Abdullah pada 28 Jun 2004 di kawasan Teluk Darvel, Laut Celebes seluas lebih kurang 35,000 hektar dipertikaikan waris pulau-pulau berkenaan kerana akan menghakis hak asasi dan legasi mereka.

Wakil Sah waris lapan buah pulau yang dijadikan Gugusan TMTS, Abdullah Sani Haji Abdul Salleh mendakwa pengistiharan TMTS sebagai usaha 'melupuskan hak mereka' sebagai G8 yang mewarisi Syurga Laut berkenaan daripada waris terdahulu diteruskan walaupun dibantah dengan keras oleh pewaris dan sekaligus menghapuskan Hak MUTLAK mereka ke atas zon pesisir pulau berkenaan.

"Kerajaan telah mewartakan TMTS melalui Warta No. 28, pada 22 Julai 2004 dan enggan melayan bantahan kami yang mewakili pewaris dan mengharapkan agar Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak campurtangan menyelesaikan pertikaian ini sebagai usaha mempertahankan tanah adat yang cuba dihakis Kerajaan Barisan Nasional Musa Aman," ujar Abdullah Sani yang tidak bersetuju Pulau Sebangkat diwartakan sebagai TMTS kerana bimbang ianya akan dilupuskan di bawah Ordinan Pengambilan Tanah Sabah yang telah dipinda 2006.

Tegas Abdullah Sani, TMTS merangkumi Pulau Bodgaya, Pulau Boheydulang, Pulau Tetagan, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Maiga, Pulau Selakan dan Pulau Sebangkat bersama-sama dengan terumbu karang yang mengelilingi pulau-pulau tersebut dan kawasan yang berdekatan,keseluruhannya mengikut Pelan S.D. 99197552.

"Pewartaan ini telah menafikan hak kami dan para pewaris sehingga tahun 3003 iaitu 15 atau 20 generasi terkemudian. Lagipun 150 tahun lampau taman marin ini dikenali sebagai Daerah Mangi’indorah (The Sulu Zone Tulisan James Warren) yang telah dipelihara dengan baik oleh moyang kami daripada pencerobohan," kata Abdullah Sani yang melihat 999 tahun akan datang sebagai hari esok yang malang.

SEBANGKAT....Pandangan satelit dan sisi Pulau Sebangkat milik Abdullasani & Keluarga yang 'dirompak' untuk melestarikan Taman Marin Tun Sakaran.


Kata Abdullah Sani, dalam bahasa Bajau Suluk, Mangi’indora bererti Kawasan tidak cantik atau bahaya, tetapi mereka telah membuat keputusan untuk mencantikannya dan menjadikannya sebagai Taman Marin yang kini 'direbut' kerajaan.

"Kita kesal kerana Kerajaan menolak bantahan kita agar tidak menamakan Taman Marin ini sebagai Taman Marin Tun Sakaran. Apa jasa Tun Sakaran kepada rakyat Semporna? Ini hak kami dant idak ada kena mengena dengan Tun Sakaran. Lagipun dia bukan anak jati Semporna," ujar Abdullah Sani lagi.

Menurut Abdullah Sani, salah satu tujuan pengistiharan Taman Sabah terhadap TMTS tidak hanya tertumpu kepada pemeliharaan ekologi, biologi, geografi sahaja tetapi ianya meliputi faktor pemeliharaan dan nama tempat yang bersejarah bagi faedah generasi akan datang.

"Kita telah berjaya mengumpul hampir 80 peratus nama tempatan bagi kampung dan terumbu karang dalam TMTS dan semua waris diminta untuk mengemukan pendapat dan Laporan, namun perkara ini tidak diambil berat Kerajaan yang bertindak menukar hampir semua nama pulau dan terumbu karang kepada nama yang langsung tidak mempunyai hubung kait dengan sejarah dan budaya kami," ujar Abdullah Sani lagi.

Kata Abdullah Sani, beliau sangat sedih kerana ada waris yang tercicir ketika Kerajaan mewartakan TMTS iaitu ada waris yang hanya mewarisi tanah seluas 4 kaki x 6 kaki atau ringkasnya tanah kubur sedangkan pada dasarnya mereka adalah waris yang sah.

Mengikut Abdullah Sani, semakan yang beliau lakukan dan pengesahan bertulis daripada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Semporna, terdapat 36 geran Tanah yang berdaftar sebagai Waris Bergeran dalam TMTS iaitu;

1. Pulau Sebangkat 2 Geran
2. Pulau Mantabuan 1 Geran
3. Pulau Maiga 5 Geran
4. Pulau Selakan 28 Geran

Tambahnya lagi, lebih Kurang 272 orang sebagai Waris yang mengemukakan 269 tuntutan di bawah Seksyen 15/16 Ordinan Tanah NCR yang telah mengisi borang Jabatan Tanah & Ukur Semporna selepas pemeriksaan dibuat iaitu;

1. Pulau Sebangkat 75 Tuntutan NCR
2. Pulau Mantabuan 0 Tuntutan NCR (Tiada)
3. Pulau Maiga 4 Tuntutan NCR
4. Pulau Selakan 0 Tuntutan NCR (Tiada).
5. Pulau Sibuan 10 Tuntutan NCR
6. Pulau Bohey Dulang 96 Tuntutan NCR
7. Pulau Tatagan 30 Tuntutan NCR
8. Pulau Bod Gaya 54 Tuntutan NCR

Sehubungan itu, kata Abdullah Sani, beliau bimbang TMTS ini dipenuhi oleh kumpulan seperti dalam peribahasa tempatan 'kuhapuh dapuna batu, tibok mag tauh tauh' iaitu ingin menjadi Pemegang Amanah tetapi tidak amanah.

"Kerajaan sewajarnya melantik Pemegang Amanah tidak mempunyai kes pecah amanah," ujar Abdullah Sani yang menyindir beberapa pihak yang dilantik sebagai pemegang amanah tetapi mempunyai rekod buruk dan pecah amanah.



MEMORANDUM....Memorandum ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Negeri Sabah terutama nama Taman Marin.

Sunday, April 19, 2009

DILEMA SIJIL ANAK NEGERI SABAH?



Sumber: www.sabahkini.net

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan terhadap kes S 22-7 Tahun 1999 yang dibuat pada 15 April 2009 di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu memberi nafas baru kepada Anak Negeri Sabah yang selama ini dijadikan mangsa dengan pemberian Sijil Anak Negeri Sabah kepada bukan Anak Negeri melalui jalan songsang.

Keputusan tiga korum Hakim Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa tidak ada urusan boleh dilakukan di atas tanah Anak Negeri oleh Bukan Anak Negeri sejajar dengan Seksyen 17 dan 64 Ordinan Tanah Sabah, sekiranya berlaku, maka ianya BATAL dan TIDAK SAH.

Kajian menunjukkan lebih 17,000 tanah adat dan tanah bertstatus Anak Negeri iaitu NT terlepas kepada bukan Anak Negeri yang dengan memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan atau membeli Sijil Anak Negeri tanpa melalui prosedur yang ditetapkan menurut undang-undang.

Pengeluaran Sijil Anak Negeri Sabah atau kini dinamakan 'Surah Syaitan' (Satanic Verses) di Mahkamah Anak Negeri Sabah adalah jalan penyelesaian untuk membantu mereka yang berkahwin campur dengan Anak Negeri Sabah namun ianya disalahgunakan dan diberikan kepada sesiapa sahaja yang mampu ‘membayar’ kepada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan menggunakan Mahkamah Anak Negeri dengan cara tipuan, salah dan bersubahat melakukan jenayah.

Mengikut Undang-Undang, pengeluaran Sijil Anak Negeri Sabah adalah bertentangan dengan Akta Keterangan dan Perlembagaan Persekutuan menyebabkan Kerajaan Berjaya menghentikan Pengeluaran Sijil Anak Negeri pada 1981, namun sikap tidak amanah parti pemerintah dan Ketua Kerajaan bersekongkol Mahkamah Anak Negeri terus mengeluarkan Sijil Anak Negeri yang tarikhnya dikebelakangkan.

Bukan Anak Negeri memanipulasi undang-undang dengan mendakwa si polan bin si polan sebagai datuk atau neneknya dan daripada situlah mereka diluluskan Sijil Anak Negeri sama ada pada waktu berkenaan atau tarikhnya diundurkan semata-mata untuk membolehkan mereka menikmati hak Anak Negeri Sabah yang dijamin Perlembagaan.

Fasal 161A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras Pemerintahan Negara, kedudukan istimewa Anak Negeri (bumiputera) Negeri-negeri Sabah dan Sarawak, Anak Negeri ditakrifkan sebagai;

Mengenai Sabah, seorang warganegara dan ianya adalah anak atau cucu kepada seseorang dari suatu kaum asli Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia (31 Ogos 1957) di Sabah atau bapanya, pada masa ia lahir itu, adalah berdomisil di Sabah.

Sehubungan itu, kelonggaran ini telah dipergunakan secara meluas oleh Mahkamah Anak Negeri dan sindiket Pemberian Sijil Anak Negeri untuk memberi dan mengiktiraf mereka yang lahir di China, Singapura, Hong Kong dan Negara asing yang lain sebagai Anak Negeri Sabah asalnya ada yang mahu ‘bernenek atau berbapakan’ mereka yang kemudiannya dijadikan instrument dan statut di dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Dari segi Undang-Undang, Mahkamah Anak Negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan Sijil Anak Negeri yang selama ini menjadi pertikaian berhubung tafsiran dan kelayakan pihak yang layak menerimanyan, namun tidak ada pihak yang berani menyuarakan isu ini disebabkan kepentingan politik dan dominasi sosial.

Mengikut siasatan Sabahkini.net, pengeluaran Sijil Anak Negeri Sabah telah dimulakan pada 1960-an oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah bagi membolehkan keturunan Anak Negeri Sabah hasil perkahwinan campur memohon kepada Mahkamah Anak Negeri untuk mendapatkan status Anak Negeri kerana ‘etnik Sino-Kadazan’ dan sebagainya tidak tertakluk di bawah taraf kerakyatan secara automatik yang dinikmati oleh Anak Negeri Sabah disebabkan ‘etnik’ Anak Negeri Sabah tidak disebut secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun Kerajaan Parti Berjaya telah menghentikan pengeluaran Sijil Anak Negeri berkenaan pada 1982 bagi membendung kegiatan sindiket pengeluaran sijil berkenaan dan dasar berkenaan dikekalkan sehingga ke hari ini dan masih dalam peringkat kajian Peguam Negeri Sabah.


“Tidak terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung status Anak Negeri, sebaliknya bumiputera. Oleh itu sebarang usaha memberi pengesahan taraf Anak Negeri kepada mana-mana pihak atau melalui apa juga cara adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan terbatal secara automatik,” ujar Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar M.P. Ebrahim yang menyatakan rasa kesal kerana hampir semua Ketua Daerah tidak mempunyai kelayakan akademik dan merupakan lantikan politik.

Bagi Hassnar, pengeluaran dan penggunaan sijil anak negeri tidak lagi relevan dan meminta Peguam Negeri Sabah menasihati Majlis Hal Ehwal Anak Negeri dan Mahkamah Anak Negeri agar menerima pakai sijil lahir dan kad pengenalan sebagai dokumen yang menentusahkan taraf anak negeri mengikut Akta Keterangan 1960.

“Kredibiliti Mahkamah Anak Negeri tercemar apabila mengesahkan Sijil Anak Negeri bernombor 43/80 (Beluran) yang dikeluarkan dan dikongsi oleh lapan orang adalah amat memalukan. Mereka ini tidak layak diberi taraf Anak Negeri Sabah dan melakukan jenayah kerana membuat akuan palsu mengikut Seksyen 199 dan 200 Kanun Acara Jenayah,” tegas Hassnar yang kesal kerana polis tidak mengambil tindakan mengikut undang-undang jenayah walaupun berkoyan laporan polis telah dibuat.


Merujuk kepada satu kes penting, Hassnar hairan bagaimana Mahkamah Rayuan Mahkamah Anak Negeri Beluran boleh mengesahkan Sijil Anbak Negeri palsu bernombor 43/80 sebagai sah dan diterima pakai sedangkan ianya dikongsi bersama penama berikut;

1)Pan Yong Sean
2)Pan Yong Chuang
3)Pan Yon Hui
4)Pan Yung Kee
5)Pan Yang Kong
6)Fong Sin Khui
7)Pua Soon Siang
8)Pua Soo Hiang.

Hassnar kesal kerana Mahkamah Rayuan Anak Negeri Beluran tetap dengan pendirian mereka mengatakan sijil Anak Negeri 43/80 adalah sah dan dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Beluran sekalipun dua penandatangan Sijil Anak Negeri berkenaan, KK Mohd Nasroh dan KK Bationg Dait menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka menandatangani sijil anak negeri berkenaan.

“Ini membuktikan bahawa Sijil Anak Negeri dan mereka yang terlibat meluluskan Sijil Anak Negeri boleh dibeli dengan wang kerana membuat perakuan atau keputusan yang memihak kepada penjenayah sehingga seolah-olah tidak ada lagi undang-undang di Malaysia apabila mereka yang menggunakan dokumen palsu dilindungi dan mereka yang berhak dinafikan hak mereka,” kata Hassnar sehingga memaksa rakyat mengambil keputusan sendiri kerana gagal mendapat keadilan di mahkamah.

Sabahkini.net menjalankan siasatan di Jabatan Pendaftaran Negara Sabah dan mereka mengesahkan salah seorang pemegang yang berkongsi nombor siri Sijil Anak Negeri 43/80 berkenaan, Pua Soon Siong adalah berbangsa Cina dan bukannya Sino-Kadazan sebagaimana di dalam Sijil Anak Negeri berkenaan.

Mahkamah Rayuan Anak Negeri Beluran telah bermesyuarat dua kali masing-masing pada 15 April 2002 dan 23 Mei 2003 yang dihadiri oleh Pegawai daerah Beluran, Rajibi Haji Aman, Ketua Daerah Beluran, OKK Abdul Rashid Dondolang dan Ketua Anak Negeri Beluran, Tasman Taha bahawa ‘tiada terdapat keraguan serta berpuas hati dalam proses pengeluaran Sijil Anak Negeri iaitu Borang 11 melalui kes 43/80 adalah teratur mengikut prosiding Undang-Undang Penegarangan (pengertian) Anak Negeri, Cap 64 (Interpretation Defination of Native Ordinance Cap 64).

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan keterangan Ketua Kampung Kolapis Beluran, KK Haji Tajudin Bin Osman bertarikh 16 April 2003 yang mengesahkan latar belakang lapan penama yang berkongsi nombor Sijil Anak Negeri 43/80 adalah bumiputera Sabah berketurunan Sino-Kadazan.

Kes ini kelihatan lebih menarik apabila seorang pengadu, Ooman Chung @ Voo Man Chung telah membuat laporan polis pada 13 Mei 2004 melalui Report/336/2004 mengakui beliau tertipu kerana Pua Soo Siang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu, namun laporannya tidak disiasat sehingga kini.

Manakala salah seorang penandatangan Sijil Anak Negeri yang dikenalpasti sebagai Sijil Palsu iaitu KK Bationg Bin Dait turut membuat laporan polis pada 24 Mei 2004 melalui Report 361/2004, namun tidak disiasat polis sehingga kini.

Sabahkini.net mengenalpasti kesemua lapan orang yang berkongsi Sijil Anak Negeri Palsu ini menggunakan sijil tersebut untuk membeli dan mendaftar tanah yang diperuntukkan untuk Anak Negeri namun Jabatan Tanah dan Ukur tidak mengambil sebarang tindakan untuk melupuskan hak mereka di dalam pegangan tanah ‘native’ sekalipun laporan polis dibuat dan bukti sahih dikemukakan.

Sehubungan itu, Hassnar menggesa agar Polis Diraja Malaysia menubuhkan unit khas menyiasat sindiket pengeluaran Sijil Anak Negeri berikut yang dikenalpasti sebagai tidak layak dan bercanggah dengan undang-undang.

“Semua sijil ini dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sandakan dan sehingga kini Majlis Hal Ehwal Anak Negeri telah mengesahkan banyak sijil Anak Negeri berikut sebagai sah dan boleh digunakan pakai untuk proses penukaran hak milik tanah NT,” ujar Hassnar yang menyarankan MHEANS disekat daripada memberikan pengesahan disebabkan ianya dilakukan oleh seorang pegawai sahaja dan tidak mempunyai senarai atau menyimpan doket yang sah.

Berikut adalah beberapa data Sijil Anak Negeri Palsu yang dijadikan asas untuk pemberian sijil kepada anak cucu dan cicit generasi pertama yang mendapat Sijil Anak Negeri ini dan menggunakannya sebagai pasport untuk merampas hak Anak Negeri Sabah.


MAHKAMAH ANAK NEGERI SANDAKAN

No Fail Kes 70/78 Tarikh Lulus 5 Mac 1979
Nama Pemohon ISKANDAR ABDUL RAHIM LEE
Nama Lain LEE KON WAH
No Kad Pengenalan WARAN 42472 (330385)
Bangsa Pemohon BRUNEI-KADAZAN
Tempat Lahir SANDAKAN Tarikh Lahir 4 NOV 1942
Nama Ibu NYACHI TAN Bangsa SINO-KADAZAN
Nama Bapa BABA CHUAN LEE Bangsa CINA (HOKKIEN)

Keputusan Hakim: Kelulusan diberi berdasarkan nenek kepada ayahnya, Fatimah Bte Kok yang berketurunan Kedayan dan nenek di sebelah ibunya, Nyonya Tua Yee yang berketurunan Dusun.

No Fail Kes 73/79 Tarikh Lulus 29 MEI 1979
Nama Pemohon SUZETTE A CASTILLOTE
Nama Lain SUZETTE AZCONA
No Kad Pengenalan H 0040300
Bangsa Pemohon FILIPINO
Tempat Lahir NEGROS, FILIPINA Tarikh Lahir 21 SEPT 1944
Nama Bapa RICKY AZCONA Bangsa SULUK
Nama Ibu CONCHITA ARTACHO Bangsa SULUK

Keputusan Hakim Kelulusan diberi berdasarkan ibu dan ayahnya telah mempunyai Sijil Anak Negeri.


Untuk mendapatkan senarai penuh sila layari www.sabahkini.net

BUMIPUTERA Vs BUMIPUTAR & BUMI GOOGLE?



Saudara Pengarang,

TIDAKPUN sampai 24 jam selepas saya menulis surat kepada tuan yang bertajuk, HAPUSKAN PEMBOHONG BERLEGASI yang disiarkan pada 14 April 2009; Orang yang saya katakan Sudah Tua! untuk berjuang ini telah membuktikan KEHEBATAN Perjuangannya walaupun sanggup untuk ditangkap demi memperjuangkan KEADILAN dan HAK Anak Negeri .

Orang yang saya iktiraf sebagai ' Lelaki Terakhir Malaysia' ini memang seorang HERO dan pejuang Sabah, tak sia-sia pengiktirafan saya telah dijawab dan dibuktikan dalam masa 24 jam.

Syabas saudara OKK Hassnar M.P.Ebrahim, akhirnya setelah 10 tahun menunggu KEADILAN,Tanah dan Hak Anak Negeri dapat ditegakkan dan kembalikan walaupun sudah 6 pertukaran generasi oleh tuan.

Namun orang seperti tuan masih banyak lagi di negeri ini yang memerlukan pembelaan, tanah-tanah Anak Negeri yang telah bertukar tangan kepada yang tidak BERHAK masih dipegang oleh mereka yang bersekongkong dengan orang orang tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh Tanah Anak Negeri di Tanjung Nagus di Semporna yang telah di siarkan dalam beberapa akhbar dan laman web Malaysia Today, penduduk tempatan memperjuangkan HAK mereka namun UNDANG UNDANG kekadang tidak berpihak kepada mereka kerana ada di antaranya yang mewakili pihak tidak bertanggungjawab membuat keputusan mengikut arahan “NaLa KuRap’ yang masih menegakkan benang yang basah dan asyik berkata, "Correct, correct, corect" sahaja.

Saya pernah berkesempatan membuat lawatan ke Pedalaman Sabah tahun lalu iaitu ke Daerah Keningau, Tenom dan Pensiangan. Dalam sesi soal jawab bersama orang kampung bertempat di Hotel JUTA Keningau anjuran PERTUBUHAN BEKAS AHLI USNO atau EX-USNO, seorang Penduduk kampung mengadu dan MENITISKAN AIRMATA kerana tanah yang dimiliki puluhan tahun dahulu, tanah yang dIgunakan untuk menyara hidup keluarga, tanah untuk meneruskan kehidupan yang pernah di anugerahkan oleh KERAJAAN USNO, oleh Allahyarham Tun Mustapha kepada Anak negeri di Daerah itu telah dirampas oleh Syarikat Syarikat besar dari luar yang bersekongkong dengan PEMBOHONG-PEMBOHONG BERLEGASI yang mungkin melibatkan pegawai pegawai Tanah seperti mana dalam kes Saudara Hassnar. Bukan kah ini amat memalukan dan menjatuhkan kredibititi seorang Pegawai Kerajaan?.

Dalam Kes Saudara Hassanar, Peguam yang mewakili kerajaan telah ditegur oleh hakim seperti yang disiarkan di dalam Sabahkini.net bertajuk SURAH AKHIR 'SATANIC VERSES' siaran 17 April 2009:

“ Paling mengejutkan apabila Hakim Datuk Abdul Hamid Embong menegur wakil Peguam Negeri Sabah, dengan mengatakan;

" Walaupun kamu mewakili kerajaan, perkara yang salah tidak harus dipertahankan di dalam mahkamah..."

Atau pun Hajjah Zaleha ini bakal jadi KAMBING HITAM (Scape goat) seperti mana Haji Jabar Khan dan Hamzah (Kes Operasi Pemberian Kad Pengenalan ) apabila dikehendaki oleh Boss untuk menjalankan tugas, mereka akur dengan arahan dan selepas itu mereka akan dikambing hitamkan kerana sudah menjadi beban kepada Boss mereka.

Teguran Hakim kepada Penguam Negeri ini biarlah kita jadikan ikthibar dan pengajaran kepada pegawai- pegawai kerajaan yang menjalankan tugasnya supaya konsep BERSIH, CEKAP dan AMANAH dapat dilaksanakan secara professional.

Bagaimana pula kedudukan Pegawai Tanah dalam kes ini yang seolah-olah bersekongkol dengan orang yang berkepentingan, saya rasa mereka ini perlu di siasat!

Ada berapa wang dalam akaun mereka ? atau Akaun keluarga mereka? Ada berapa luas tanah yang mereka miliki secara tidak teratur ? atau keluarga mereka ? paling tidak driver, tukang kebun, tukang masak atau tukang masuk simpanan mereka perlu di siasat oleh pihak SPRM dan pihak berkuasa.

Khabar dari GOOGLE, mengatakan ramai Pegawai-Pegawai tanah dan Perhutanan yang hidup senang dan mewah, mereka memiliki kekayaan dan kesenangan yang diragukan, mereka menjadi broker orang tertentu untuk mendapatkan, pembeli dan penjual tanah serta memperolehi komisyen yang lumayan dengan kuasa yang ada , tidak kurang juga yang memohon sendiri tanah dan seterusnya dijual untuk mendapatkan wang segera.

Dalam satu Kes , Tanah Pulau Kepalai Semporna yang menjadi tanah perkampungan Masyarakat Pulau di Semporna, Sabah; seorang penduduk asal Pulau Berkenaan telah berjuang untuk mendapatkan Haknya, malang sekali penduduk berkenaan ditangkap dan dimasukan ke dalam LOKAP, Sementara pengusaha pula telah diberikan Hak Pendudukan dengan selesa sehingga hari ini, Wakil wakil Rakyat di Kawasan itu seolah oleh membisu atau pun mereka juga sebahagian dari PEMBOHONG PEMBOHONG BERLEGASI.

Saya teringat dalam Kes Pulau Kepalai ini apabila saya didatangi oleh Pengurusnya seorang ‘ Mat Salleh ‘ menemui saya di Hotel 5 bintang di Kota Kinabalu, beliau memberi amaran kepada saya dengan membuat pilihan menjual tanah saya yang bersebelahan dengan pusat operasi mereka atau saya akan kalah dan akan menjadi seperti orang Pulau kepalai itu.

Namum saya terus ketewa terbahak bahak dan mengejek ‘Mat Saleh’ ini di hadapannya dan berkata dalam keadaan rasa marah :

"Hey brother you meet wrong person!. Do you think all BUMIPUTERA will become a victim like them? Colonial Time is Over. Ok, I will take challenge and try me!"

Selepas itu Mat Saleh ini berkata kepada saya “You will not win, they are very strong and control government. You are nothing and peanuts only for my boss".

Begitu yakin dan bangga sekali Mat Saleh ini berkata-kata dan memandang rendah kepada penduduk Bumiputera Negeri ini. Mungkin itulah yang menyebabkan minda penjajah tidak ingin menghormati hak orang lain, mereka melihat BUMIPUTERA negeri terlalu lemah, tidak akan boleh berbuat apa apa kerana pihak berkuasa ada sebahagiannya yang sudah dikuasai oleh PEMBOHONG PEMBOHONG BERLEGASI.

Mungkin kes kes seperti ini lah yang menyebabkan terlalu ramai orang kampung yang disembelih dan menghadapi kesusahan disebabkan terlalu ramai Pegawai kerajaan yang telah menjadi 'Gorela!' atau dalam bahasa bajau “ hoyof – hoyof “ Pembohong Berlegasi.

Saya telah berjanji pada diri saya, saya akan memperjuangkan Hak Bumiputera Negeri ini walaupun selemah-lemah Perjuangan sekadar “ MAG’ MATA KHADDAM “ kata orang Bajau, Budaya dan darah yang mengalir pada diri saya adalah dari Darah Keturunan Bumiputera Suku Bajau Suluk yang berpegang teguh kepada budaya “ No retreat !!! , No Surender !!!. Saya tidak akan berundur selangkah pun dari prinsip Perjuangan saya demi survival BUMIPUTERA.

Jika perlu DUGOH! BAYARUN IBAN DUGOH!, Kata peribahasa Bumiputera Suluk Bumiputera Sabah kita sanggup untuk mempertahankan NEGERI ini.

Sudah sampai masanya Perjuangan dibangkitkan demi Suvival Bumiputera Negeri ini dan mungkin saya akan kembali ke arena politik mengikut jejak rakan saya yang sama sama satu ketika bersara dari Politik.


Abdullah Sani bersama Jimmy Wong (Adun DaP Tawau) semasa membuat pengistiharan untuk bersara dari politik pada 2002, namun 'Darah Politik' yang mengalir dalam tubuh Jimmy yang dikenali sebagai The TAWAU TIGER telah menyebabkan dia kembali berjuang untuk rakyat negeri ini menggunakan tiket DAP pada tahun 2008 serta menjadi satu- satunya ahli pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Insya’allah saya kini sedang membongkar Skandal 'Tun Sakaran Marine Park' yang telah di serahkan kepada Pemegang Amanah yang TIDAK AMANAH.

Kes demi kes , Pembohongan demi Pembohongan , Kesusahan dan kesangsaraan rakyat Anak negeri dikemukakan kepada mahkamah keadilan dan Pihak Berkuasa untuk mendapatkan HAK namun hanya berapa ramai orang seperti Hassanar yang akan terbela?

Keberanian, Kesabaran dan Perjuangan diperlukan oleh rakyat untuk mendapatkan Hak namun kita mestilah sama-sama menyokong dan melindungi mereka yang teraniaya.

Isu Kerayatan Anak Negeri haruslah dipandang serius oleh pihak berkuasa selain isu PTI, PDI dan ASPAL atau ringkasnya 'BUMIGOOGLE', masalah yang timbul SIJIL ANAK NEGERI dipergunakan sebagai LESEN menjadi BUMIPUTERA ‘First Class‘, BUMIPUTERA yang Berurusan di hotel-hotel 5 Bintang, BUMIPUTERA yang diberikan KEISTIMEWAAN dan perlindungan, BUMIPUTERA yang menjadi sahabat handai orang atasan menyalah guna kuasa, BUMIPUTERA yang membuat ‘appointment’ di atas Padang Golf, Pemilik pemilik SIJIL ANAK NEGERI secara songsang ini layak bergelar BUMIPUTAR.

Rakyat BUMIPUTERA KELAS KAMBING pulak menghadapi ancaman HAK dari mereka yang mendapat SIJIL ANAK NEGERI secara Songsang atau tidak SAH, mereka telah mengekplotasi agensi agensi penting dan memilih Pegawai pegawai kerajaan sebagai budak suruhan atau menjadi Gorela untuk menyelak rakyat miskin dan susah yang bakal di KAMBING HITAMKAN.

Kekadang kita mendengar kes fail hilang, Kes fail tidak di temui, Kes Pegawai Keluar Pejabat MEETING !!! MEETING !!! MEETING !!! , Wal hal ada di antaranya berfoya-foya dengan Pembohong Berlegasi.

Seharusnya pihak berkenaan meneliti semula Sijil-Sijil Anak Negeri yang dikeluarkan supaya tidak jatuh ke tangan parasit yang akan memberi KESUSAHAN dan MASALAH kepada Anak Negeri Sabah.

Bayangkanlah, Mykad yang telah dikeluarkan dan dimiliki oleh BUMIPUTAR secara otomatik mereka berhak untuk memliki 'Tanah Adat', memiliki Lesen Kuota Bumiputera, Miliki Hak untuk masuk ke IPTA dan IPTS seterusnya memiliki Hak untuk mendapat Biasiswa Anak Negeri dari MARA dan YAYASAN SABAH atau agensi lain yang diperuntukan untuk Anak Negeri Sabah yang masih ketinggalan dari segi pendidikan.

Ironinya, dasar kerajaan Malaysia pada hari untuk masuk ke IPTA dan IPTS adalah berdasarkan meritokrasi.
Anak Bumiputera terus ketinggalan disebabkan tidak mampu untuk bersaing dengan anak-anak ASPAL yang telah jauh lebih maju dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi, hasilnya terlalu ramai anak-anak ASPAL yang menyertai agensi kerajaan dan putaran KETIDAKALAN akan bertambah parah disebabkan mereka ini akan hanya membantu orang seperti mereka.

Lebih dashyat lagi jika Penduduk penduduk BUMIPUTAR dan BUMIGOOGLE ini sudah pandai untuk menuntut HAK N.C.R (Native Customary Right ) di mana mereka akan menuntut Tanah Tanah Rezab, Menuntut Hak untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri atau untuk menjadi Ahli Parlimen selepas itu mereka akan terlibat menjadi pengubal undang-undang Negara.

Kita tahu dan faham pertumbuhan perkampungan Baru seperti di pertengahan Lebuh raya, SUNGAI KINABATANGAN dan LAHAD DATU Sabah yang dihuni oleh majoritinya oleh bukan PENDUDUK ASAL Daerah tersebut (Suku Sungai, Suluk, Dusun, Idahan dan Bajau).

Bagaimana mereka memperolehi tanah, siapa yang memberikannya, bahkan pihak kerajaan Menyediakan Sekolah untuk mereka mengatasi kemewahan sekolah di kampung BUMIPUTERA lain. Namun jika pihak berkuasa memeriksa KERAYATAAN mereka Majoritinya mereka lahir di Sabah dengan menggunakan KPT BUMIGOOGLE dan BUMIPUTAR, walaupun loghat Bahasa mereka tidak sama dengan loghat penduduk tempatan BUMIPUTERA NEGERI ini.

Saya mengambil Contoh Suku Bugis Tempatan bila menggunakan perkataan TUAN dan PUAN dan MAKAN akan meggunakan perkataan yang sama dengan sebutannya, wal hal bagi Rakyat yang memperolehi KPT BUMIGOOGLE dan BUMIPUTAR pula menyebut Tuan menjadi TUANG!!!, Puan menjadi PUANG!!! , Makan menjadi MAKANG!!!....

Saya tidak mempersoalkan kewujudan Perkampungan Baru di negeri ini, tetapi perkampungan Baru yang wujud untuk agenda tersirat adalah tidak ADIL sama sekali bagi rakyat negeri ini.

Berbalik kepada persoalan pokok kes Hassanar, isu utama ialah TANAH dan KERAYATAN. Anak Bajau dan Suluk BUMIPUTERA yang tinggal di Persisiran pantai timur ratusan tahun dahulu tidak memiliki tanah untuk bercucuk tanam terpaksa berhempas pulas untuk memperjuangan Tanah Anak Negeri yang sepatutnya menjadi HAK mereka, sedangkan BUMIGOOGLE dan BUMIPUTAR boleh memiliki tanah-tanah rezab bagi anak negeri dengan SAH melalui proses SONGSANG.

Kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, saya ingin mengingatkan Datuk Seri yang berturunan Melayu Daeng-Daeng (Melayu Bugis) agar jangan sekali-kali memberikan kerakyatan songsang dan bertolak ansur dalam Isu KERAYATAN NEGERI ini kepada TUANG TUANG dan PUANG PUANG (mereka yang Naik Samping atau Baru mampir) ke Negeri ini, lebih- lebih lagi menjadikan mereka WAKIL WAKIL RAKYAT (Ahli Ahli Yang Berhormat ) hanya kerana mereka ini telah mendapat KERAYATAN BUMIGOOGLE dan BUMIPUTAR.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri disanjungi dan dialu-alukan, jeteru itu mengutamakan rakyat bererti masalah isu KERAYATAN harus diselasaikan di negeri ini, pendedahan demi pendedahan telah mencapai ke tahap yang parah dan membimbangkan kepada rakyat Sabah Sehingga ada Kumpulan rakyat Negeri ini yang tidak yakin lagi dengan Kerajaan dan seterusnya mengadu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung .

Isu Kerayatan telah menyebabkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia, rakyat termiskin di Malaysia dan Usahawan termiskin di Malaysia sedangkan kita telah merdeka sejak setengah abad lalu. Malangnya rakyat Sabah masih tercari-cari identiti atau identitinya telah dirampas oleh BUMIPUTAR dan BUMIGOOGLE.

Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak ingin melihat konsep 1MALAYSIA dari Mata Kerajaan bukan dari Mata MALAYSIAN MALAYSIA. Jesteru itu 1 Malaysia yang diimpikan oleh Perdana Menteri ini adalah Satu Malaysia yang Mempertahankan Perlembagaan Negara dimana HAK BUMIPUTERA akan terus terjamin.

Sekian.


Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
(sanihjsalleh@yahoo.com)

Sumber: www.sabahkini.net

POLIS SIASAT SABAHKINI ATAU SAKARAN?



Oleh: MUTALIB M.D

NOTA: Pandangan MUTALIB M.D adalah pandangan peribadi beliau berdasarkan kajian dan pemerhatiannya dan tidak mencerminkan Pandangan Laman Web ini.


SAYA baru sahaja selesai memberi keterangan kepada ASP Ruzaidi di Balai Polis Kota Kinabalu pada jam 1.47 petang tadi berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh adik seorang Menteri Kanan Persekutuan yang menuduh saya memfitnah Tun Sakaran di dalam artikel di dalam Sabahkini.net, 'Pesta Lepa-Lepa Untuk Siapa?'.

Kesopanan dan kemesraan pegawai kanan polis berkenaan ketika mengambil kenyataan saya patut dicontohi oleh semua pegawai polis terutama yang bertugas di Kaunter menerima laporanl polis, menyebabkan saya memberi keterangan dalam keadaan santai yang boleh membantu polis mengenali sama ada saya yang memfitnah atau Tun Sakaran yang berbohong kepada rakyat Sabah?

Bagi saya, laporan yang dibuat oleh suku sakat Ketua Menteri Sabah (adik Menteri Kanan berkenaan bernikah dengan anak saudara Ketua Menteri Sabah) sewajarnya disiasat oleh polis kerana semakin banyak kebenaran akan terserlah melalui soal siasat yang dijalankan.

Saya amat berterima kasih jika Polis menyoal siasat Tun Sakaran sendiri yang kononnya anak kepada 'Dandai' dan mengambil tindakan sewajarnya kerana saya berpendapat Sakaran memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan H 0000013 dengan meletakkan nama 'Dandai' sebagai bapanya dan bukannya nama Abdullah.

Polis juga harus menyiasat penulis buku biografi Sakaran iaitu 'sepupu' beliau Datuk Hamzah Amir dan Dr Chacho Bullah yang melakukan pembohongan yang keterlaluan di dalam buku yang diterbit dan dicetak menggunakan wang rakyat Sabah.

Bagi saya, laporan polis yang adik menteri berkenaan bagaikan 'meletakkan kelulut' di dalam gelas Tun Sakaran yang akan menderita kesakitan bisa yang tidak kelihatan sebagaimana laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap 50 Dalil yang ditulis oleh Allahyarham Khalid Jeffri.

Syabas kepada pihak polis jika dapat membongkar identiti Tun Sakaran melalui ujian DNA dan mendakwa beliau di mahkamah kerana memalsukan keterangan diri untuk menjadi pegawai Kerajaan, Menteri, Ketua Menteri sehinggalah kepada Yang DiPertua Negeri Sabah.

Bagaimanapun sebagai manusia yang waras akal fikiran dan masih berpijak di bumi nyata, saya berpendapat adalah lebih berhemat bagi Tun Sakaran mendakwa saya di Mahkamah Undang-Undang untuk mendapat keadilan dan bukannya menyalahguna kedudukannya untuk menggunakan polis menyelesaikan masalah krisis identiti beliau.

Saya pun tidak tahu apa motif adik menteri kanan berkenaan membuat laporan polis sedangkan saya tidak membongkar latar belakang bapa beliau yang semua penduduk Semporna tahu kerana saya tumpukan kepada Pesta Lepa-Lepa dan pengasasnya Tun Sakaran.

Persoalannya adakah Tun Sakaran merasakan pangkat Tun yang dianugerahkan DYMM Yang DiPertuan Agong kepadanya mempunyai imuniti sehingga tidak boleh ditegur atau saya merasakan tiba masanya saya membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemalsuan yang dilakukan oleh Tun Sakaran?

Jika SPRM berminat membongkar kes Dato' Suhaili Abdul Rahman yang didakwa menipu bank dan pesuruhjaya sumpah menggunakan identiti palsu, saya berpendapat mereka juga berminat untuk mengetahui bagaimana Tun Sakaran mengunakan dokumennya untuk mempengaruhi Yang DiPertuan Agong melantiknya sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah dan menganugerahkan beliau pangkat tertintti di Malaysia, TUN.

Bagi saya perjuangan saya menguak kebenaran dan membasmi kemungkaran tidak akan terhenti dengan laporan polis demi laporan polis yang dibuat oleh siapa sahaja kerana saya yakin berada di jalan yang benar.

Saya tidak membongkarkan rahsia peribadi Tun Sakaran dan suku sakat beliau yang beliau sendiri tahu apa dosa yang mereka lakukan sebelum ini.

Sebagai penulis profesional, saya akan menjalankan kajian, mengumpul fakta dan tidak menghuraikan semua fakta di dalam artikel saya dan kebanyakannya disimpan sebagai alibi jika artikel diseret ke Mahkamah.

Jika saya mengatakan bahawa Pesta Lepa-Lepa bukanlah budaya tempatan, adakah ianya menyalahi undang-undang sedangkan sebagai rakyat Malaysia, hak dan kebebasan saya untuk bersuara telah dijamin Perlembagaan Persekutuan dan sehubungan itu, saya tidak fikir Tun Sakaran mengatasi segala undang-undang bertulis.

Sebagai seorang lelaki, adalah lebih berhemat jika Tun Sakaran mendakwa saya di Mahkamah agar saya boleh memberitahu rakyat fakta sebenar yang disembunyikan sejak empat dekad yang lalu.

Kini bukannya zaman gemilang Tun Sakaran yang boleh berkata 'tidak' kepada kebebasan bersuara dan sebagai blogger, saya menyedari saya tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia.

Saya bertanggung jawab di atas setiap tulisan saya dan akan mempertahankan apa yang saya tulis di Mahkamah! KITA JUMPA DI SANAAAA!....

Sumber: www.sabahkini.net