Search This Blog

Sunday, April 19, 2009

BUMIPUTERA Vs BUMIPUTAR & BUMI GOOGLE?



Saudara Pengarang,

TIDAKPUN sampai 24 jam selepas saya menulis surat kepada tuan yang bertajuk, HAPUSKAN PEMBOHONG BERLEGASI yang disiarkan pada 14 April 2009; Orang yang saya katakan Sudah Tua! untuk berjuang ini telah membuktikan KEHEBATAN Perjuangannya walaupun sanggup untuk ditangkap demi memperjuangkan KEADILAN dan HAK Anak Negeri .

Orang yang saya iktiraf sebagai ' Lelaki Terakhir Malaysia' ini memang seorang HERO dan pejuang Sabah, tak sia-sia pengiktirafan saya telah dijawab dan dibuktikan dalam masa 24 jam.

Syabas saudara OKK Hassnar M.P.Ebrahim, akhirnya setelah 10 tahun menunggu KEADILAN,Tanah dan Hak Anak Negeri dapat ditegakkan dan kembalikan walaupun sudah 6 pertukaran generasi oleh tuan.

Namun orang seperti tuan masih banyak lagi di negeri ini yang memerlukan pembelaan, tanah-tanah Anak Negeri yang telah bertukar tangan kepada yang tidak BERHAK masih dipegang oleh mereka yang bersekongkong dengan orang orang tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh Tanah Anak Negeri di Tanjung Nagus di Semporna yang telah di siarkan dalam beberapa akhbar dan laman web Malaysia Today, penduduk tempatan memperjuangkan HAK mereka namun UNDANG UNDANG kekadang tidak berpihak kepada mereka kerana ada di antaranya yang mewakili pihak tidak bertanggungjawab membuat keputusan mengikut arahan “NaLa KuRap’ yang masih menegakkan benang yang basah dan asyik berkata, "Correct, correct, corect" sahaja.

Saya pernah berkesempatan membuat lawatan ke Pedalaman Sabah tahun lalu iaitu ke Daerah Keningau, Tenom dan Pensiangan. Dalam sesi soal jawab bersama orang kampung bertempat di Hotel JUTA Keningau anjuran PERTUBUHAN BEKAS AHLI USNO atau EX-USNO, seorang Penduduk kampung mengadu dan MENITISKAN AIRMATA kerana tanah yang dimiliki puluhan tahun dahulu, tanah yang dIgunakan untuk menyara hidup keluarga, tanah untuk meneruskan kehidupan yang pernah di anugerahkan oleh KERAJAAN USNO, oleh Allahyarham Tun Mustapha kepada Anak negeri di Daerah itu telah dirampas oleh Syarikat Syarikat besar dari luar yang bersekongkong dengan PEMBOHONG-PEMBOHONG BERLEGASI yang mungkin melibatkan pegawai pegawai Tanah seperti mana dalam kes Saudara Hassnar. Bukan kah ini amat memalukan dan menjatuhkan kredibititi seorang Pegawai Kerajaan?.

Dalam Kes Saudara Hassanar, Peguam yang mewakili kerajaan telah ditegur oleh hakim seperti yang disiarkan di dalam Sabahkini.net bertajuk SURAH AKHIR 'SATANIC VERSES' siaran 17 April 2009:

“ Paling mengejutkan apabila Hakim Datuk Abdul Hamid Embong menegur wakil Peguam Negeri Sabah, dengan mengatakan;

" Walaupun kamu mewakili kerajaan, perkara yang salah tidak harus dipertahankan di dalam mahkamah..."

Atau pun Hajjah Zaleha ini bakal jadi KAMBING HITAM (Scape goat) seperti mana Haji Jabar Khan dan Hamzah (Kes Operasi Pemberian Kad Pengenalan ) apabila dikehendaki oleh Boss untuk menjalankan tugas, mereka akur dengan arahan dan selepas itu mereka akan dikambing hitamkan kerana sudah menjadi beban kepada Boss mereka.

Teguran Hakim kepada Penguam Negeri ini biarlah kita jadikan ikthibar dan pengajaran kepada pegawai- pegawai kerajaan yang menjalankan tugasnya supaya konsep BERSIH, CEKAP dan AMANAH dapat dilaksanakan secara professional.

Bagaimana pula kedudukan Pegawai Tanah dalam kes ini yang seolah-olah bersekongkol dengan orang yang berkepentingan, saya rasa mereka ini perlu di siasat!

Ada berapa wang dalam akaun mereka ? atau Akaun keluarga mereka? Ada berapa luas tanah yang mereka miliki secara tidak teratur ? atau keluarga mereka ? paling tidak driver, tukang kebun, tukang masak atau tukang masuk simpanan mereka perlu di siasat oleh pihak SPRM dan pihak berkuasa.

Khabar dari GOOGLE, mengatakan ramai Pegawai-Pegawai tanah dan Perhutanan yang hidup senang dan mewah, mereka memiliki kekayaan dan kesenangan yang diragukan, mereka menjadi broker orang tertentu untuk mendapatkan, pembeli dan penjual tanah serta memperolehi komisyen yang lumayan dengan kuasa yang ada , tidak kurang juga yang memohon sendiri tanah dan seterusnya dijual untuk mendapatkan wang segera.

Dalam satu Kes , Tanah Pulau Kepalai Semporna yang menjadi tanah perkampungan Masyarakat Pulau di Semporna, Sabah; seorang penduduk asal Pulau Berkenaan telah berjuang untuk mendapatkan Haknya, malang sekali penduduk berkenaan ditangkap dan dimasukan ke dalam LOKAP, Sementara pengusaha pula telah diberikan Hak Pendudukan dengan selesa sehingga hari ini, Wakil wakil Rakyat di Kawasan itu seolah oleh membisu atau pun mereka juga sebahagian dari PEMBOHONG PEMBOHONG BERLEGASI.

Saya teringat dalam Kes Pulau Kepalai ini apabila saya didatangi oleh Pengurusnya seorang ‘ Mat Salleh ‘ menemui saya di Hotel 5 bintang di Kota Kinabalu, beliau memberi amaran kepada saya dengan membuat pilihan menjual tanah saya yang bersebelahan dengan pusat operasi mereka atau saya akan kalah dan akan menjadi seperti orang Pulau kepalai itu.

Namum saya terus ketewa terbahak bahak dan mengejek ‘Mat Saleh’ ini di hadapannya dan berkata dalam keadaan rasa marah :

"Hey brother you meet wrong person!. Do you think all BUMIPUTERA will become a victim like them? Colonial Time is Over. Ok, I will take challenge and try me!"

Selepas itu Mat Saleh ini berkata kepada saya “You will not win, they are very strong and control government. You are nothing and peanuts only for my boss".

Begitu yakin dan bangga sekali Mat Saleh ini berkata-kata dan memandang rendah kepada penduduk Bumiputera Negeri ini. Mungkin itulah yang menyebabkan minda penjajah tidak ingin menghormati hak orang lain, mereka melihat BUMIPUTERA negeri terlalu lemah, tidak akan boleh berbuat apa apa kerana pihak berkuasa ada sebahagiannya yang sudah dikuasai oleh PEMBOHONG PEMBOHONG BERLEGASI.

Mungkin kes kes seperti ini lah yang menyebabkan terlalu ramai orang kampung yang disembelih dan menghadapi kesusahan disebabkan terlalu ramai Pegawai kerajaan yang telah menjadi 'Gorela!' atau dalam bahasa bajau “ hoyof – hoyof “ Pembohong Berlegasi.

Saya telah berjanji pada diri saya, saya akan memperjuangkan Hak Bumiputera Negeri ini walaupun selemah-lemah Perjuangan sekadar “ MAG’ MATA KHADDAM “ kata orang Bajau, Budaya dan darah yang mengalir pada diri saya adalah dari Darah Keturunan Bumiputera Suku Bajau Suluk yang berpegang teguh kepada budaya “ No retreat !!! , No Surender !!!. Saya tidak akan berundur selangkah pun dari prinsip Perjuangan saya demi survival BUMIPUTERA.

Jika perlu DUGOH! BAYARUN IBAN DUGOH!, Kata peribahasa Bumiputera Suluk Bumiputera Sabah kita sanggup untuk mempertahankan NEGERI ini.

Sudah sampai masanya Perjuangan dibangkitkan demi Suvival Bumiputera Negeri ini dan mungkin saya akan kembali ke arena politik mengikut jejak rakan saya yang sama sama satu ketika bersara dari Politik.


Abdullah Sani bersama Jimmy Wong (Adun DaP Tawau) semasa membuat pengistiharan untuk bersara dari politik pada 2002, namun 'Darah Politik' yang mengalir dalam tubuh Jimmy yang dikenali sebagai The TAWAU TIGER telah menyebabkan dia kembali berjuang untuk rakyat negeri ini menggunakan tiket DAP pada tahun 2008 serta menjadi satu- satunya ahli pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Insya’allah saya kini sedang membongkar Skandal 'Tun Sakaran Marine Park' yang telah di serahkan kepada Pemegang Amanah yang TIDAK AMANAH.

Kes demi kes , Pembohongan demi Pembohongan , Kesusahan dan kesangsaraan rakyat Anak negeri dikemukakan kepada mahkamah keadilan dan Pihak Berkuasa untuk mendapatkan HAK namun hanya berapa ramai orang seperti Hassanar yang akan terbela?

Keberanian, Kesabaran dan Perjuangan diperlukan oleh rakyat untuk mendapatkan Hak namun kita mestilah sama-sama menyokong dan melindungi mereka yang teraniaya.

Isu Kerayatan Anak Negeri haruslah dipandang serius oleh pihak berkuasa selain isu PTI, PDI dan ASPAL atau ringkasnya 'BUMIGOOGLE', masalah yang timbul SIJIL ANAK NEGERI dipergunakan sebagai LESEN menjadi BUMIPUTERA ‘First Class‘, BUMIPUTERA yang Berurusan di hotel-hotel 5 Bintang, BUMIPUTERA yang diberikan KEISTIMEWAAN dan perlindungan, BUMIPUTERA yang menjadi sahabat handai orang atasan menyalah guna kuasa, BUMIPUTERA yang membuat ‘appointment’ di atas Padang Golf, Pemilik pemilik SIJIL ANAK NEGERI secara songsang ini layak bergelar BUMIPUTAR.

Rakyat BUMIPUTERA KELAS KAMBING pulak menghadapi ancaman HAK dari mereka yang mendapat SIJIL ANAK NEGERI secara Songsang atau tidak SAH, mereka telah mengekplotasi agensi agensi penting dan memilih Pegawai pegawai kerajaan sebagai budak suruhan atau menjadi Gorela untuk menyelak rakyat miskin dan susah yang bakal di KAMBING HITAMKAN.

Kekadang kita mendengar kes fail hilang, Kes fail tidak di temui, Kes Pegawai Keluar Pejabat MEETING !!! MEETING !!! MEETING !!! , Wal hal ada di antaranya berfoya-foya dengan Pembohong Berlegasi.

Seharusnya pihak berkenaan meneliti semula Sijil-Sijil Anak Negeri yang dikeluarkan supaya tidak jatuh ke tangan parasit yang akan memberi KESUSAHAN dan MASALAH kepada Anak Negeri Sabah.

Bayangkanlah, Mykad yang telah dikeluarkan dan dimiliki oleh BUMIPUTAR secara otomatik mereka berhak untuk memliki 'Tanah Adat', memiliki Lesen Kuota Bumiputera, Miliki Hak untuk masuk ke IPTA dan IPTS seterusnya memiliki Hak untuk mendapat Biasiswa Anak Negeri dari MARA dan YAYASAN SABAH atau agensi lain yang diperuntukan untuk Anak Negeri Sabah yang masih ketinggalan dari segi pendidikan.

Ironinya, dasar kerajaan Malaysia pada hari untuk masuk ke IPTA dan IPTS adalah berdasarkan meritokrasi.
Anak Bumiputera terus ketinggalan disebabkan tidak mampu untuk bersaing dengan anak-anak ASPAL yang telah jauh lebih maju dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi, hasilnya terlalu ramai anak-anak ASPAL yang menyertai agensi kerajaan dan putaran KETIDAKALAN akan bertambah parah disebabkan mereka ini akan hanya membantu orang seperti mereka.

Lebih dashyat lagi jika Penduduk penduduk BUMIPUTAR dan BUMIGOOGLE ini sudah pandai untuk menuntut HAK N.C.R (Native Customary Right ) di mana mereka akan menuntut Tanah Tanah Rezab, Menuntut Hak untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri atau untuk menjadi Ahli Parlimen selepas itu mereka akan terlibat menjadi pengubal undang-undang Negara.

Kita tahu dan faham pertumbuhan perkampungan Baru seperti di pertengahan Lebuh raya, SUNGAI KINABATANGAN dan LAHAD DATU Sabah yang dihuni oleh majoritinya oleh bukan PENDUDUK ASAL Daerah tersebut (Suku Sungai, Suluk, Dusun, Idahan dan Bajau).

Bagaimana mereka memperolehi tanah, siapa yang memberikannya, bahkan pihak kerajaan Menyediakan Sekolah untuk mereka mengatasi kemewahan sekolah di kampung BUMIPUTERA lain. Namun jika pihak berkuasa memeriksa KERAYATAAN mereka Majoritinya mereka lahir di Sabah dengan menggunakan KPT BUMIGOOGLE dan BUMIPUTAR, walaupun loghat Bahasa mereka tidak sama dengan loghat penduduk tempatan BUMIPUTERA NEGERI ini.

Saya mengambil Contoh Suku Bugis Tempatan bila menggunakan perkataan TUAN dan PUAN dan MAKAN akan meggunakan perkataan yang sama dengan sebutannya, wal hal bagi Rakyat yang memperolehi KPT BUMIGOOGLE dan BUMIPUTAR pula menyebut Tuan menjadi TUANG!!!, Puan menjadi PUANG!!! , Makan menjadi MAKANG!!!....

Saya tidak mempersoalkan kewujudan Perkampungan Baru di negeri ini, tetapi perkampungan Baru yang wujud untuk agenda tersirat adalah tidak ADIL sama sekali bagi rakyat negeri ini.

Berbalik kepada persoalan pokok kes Hassanar, isu utama ialah TANAH dan KERAYATAN. Anak Bajau dan Suluk BUMIPUTERA yang tinggal di Persisiran pantai timur ratusan tahun dahulu tidak memiliki tanah untuk bercucuk tanam terpaksa berhempas pulas untuk memperjuangan Tanah Anak Negeri yang sepatutnya menjadi HAK mereka, sedangkan BUMIGOOGLE dan BUMIPUTAR boleh memiliki tanah-tanah rezab bagi anak negeri dengan SAH melalui proses SONGSANG.

Kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, saya ingin mengingatkan Datuk Seri yang berturunan Melayu Daeng-Daeng (Melayu Bugis) agar jangan sekali-kali memberikan kerakyatan songsang dan bertolak ansur dalam Isu KERAYATAN NEGERI ini kepada TUANG TUANG dan PUANG PUANG (mereka yang Naik Samping atau Baru mampir) ke Negeri ini, lebih- lebih lagi menjadikan mereka WAKIL WAKIL RAKYAT (Ahli Ahli Yang Berhormat ) hanya kerana mereka ini telah mendapat KERAYATAN BUMIGOOGLE dan BUMIPUTAR.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri disanjungi dan dialu-alukan, jeteru itu mengutamakan rakyat bererti masalah isu KERAYATAN harus diselasaikan di negeri ini, pendedahan demi pendedahan telah mencapai ke tahap yang parah dan membimbangkan kepada rakyat Sabah Sehingga ada Kumpulan rakyat Negeri ini yang tidak yakin lagi dengan Kerajaan dan seterusnya mengadu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung .

Isu Kerayatan telah menyebabkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia, rakyat termiskin di Malaysia dan Usahawan termiskin di Malaysia sedangkan kita telah merdeka sejak setengah abad lalu. Malangnya rakyat Sabah masih tercari-cari identiti atau identitinya telah dirampas oleh BUMIPUTAR dan BUMIGOOGLE.

Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak ingin melihat konsep 1MALAYSIA dari Mata Kerajaan bukan dari Mata MALAYSIAN MALAYSIA. Jesteru itu 1 Malaysia yang diimpikan oleh Perdana Menteri ini adalah Satu Malaysia yang Mempertahankan Perlembagaan Negara dimana HAK BUMIPUTERA akan terus terjamin.

Sekian.


Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
(sanihjsalleh@yahoo.com)

Sumber: www.sabahkini.net

5 comments:

Anonymous said...

Contoh pemimpin yang mendapatkan keuntungan daripada kelemahan orang lain. Mungkinkah beliau salah seorang / keluarga beliau yang terhutang budi dengan Tun suatu masa dulu atau mungkin salah seorang / anak pelarian perang yang terdampar di pulau2 di sabah tahun 1970an ... cuba siasat ... siapa tau .... bagindatomon@googlemail.com

KELAB USNO SABAH said...

Saudara Invisible,

Saya tidak faham apa maksud tuan,
Tetapi tuduhan meluluh tuan terhadap saya ( Mungkin ), Itu kerana Tuan tidak mengenali saya dan siapa Tun yang tuan maksudkan.

Kalau Pasal Budi Tun maksudkan Biar saya katakan Kepada Tuan - Anak Bajau Pertama Dapat Konsesi Balak di Pantai Timur Sabah - Tawau Residensi salah seorang adalah Allah-Yarham Ayah saya jasa itu datang dari Tun Mustapha sendiri , terlalu banyak budi keluarga saya yang masih terhutang oleh si dia tu, isyaallah saya akan dedahkan nanti.

Kalau KERAYATAAN SAYA, tak usah siasat .. ini susur Galur saya,

Abdullah sani ( Belum ada Kubur ) Bin Hj. Abdul Salleh ( 1930-1989 kubur di Pekan Semporna ) Bin Khatib Gupurani ( 1911-1973 kuburnya di Pulau Sebangkat Semporna), Bin Khatib Sarahari ( 1860 - 1912 Kuburnya Di Pulau Omadal - Semporna)Bin Salamat ( 1790an Kuburnya juga di Pulau Omadal ) ,

Pasal pelarian Perang yang terdampar itu, nasib baik ada Pulau Sebangkat yang memberi kebenaran untuk mereka atas permintaan Kerajaan.

Tapi jangan susah saya akan dedahkan siapa pelarian pelarian yang telah berpangkat tinggi hari ini yang datang dari filipina dan dijamin oleh keluarga saya... Termasuk Keluarga Tun S.

Anonymous said...

Abdullah Sani sangat Kenal beliau sangat tegas dalam soal kepimpinan dan Prinsip.

Jika dia marah pada pemimpin dia tidak kata di belakang, saya pernah lihat Abdullah sani marah dengan Tun, dengan shafie, dengan Nasir dihadapan mereka tidak main belakang.

Dia tidak suka bergaul dengan pemimpin Hiprokrit...

Keluarganya di Semporna cukup mantap dan stady.. Baik dari segi Pendidikan, Ilmu Agaman, Ekonomi dan yang Berjawatan Tinggi dalam Kerajaan banyak datang dari Keluarga.

Pengarah Lembaga Hasil yang baru dilantik dalam Negeri tu.. Anak Haji Abdul Salleh Bah..itu kan abangnya.

Mereka semua adik beradik menjadi pemimpin dalam kerajaan dan organisasi...

Kan Saudara Salleh Hj. Salleh Pengerusi Persatuan Nelayan tu adiknya.

Bekas Penolong Pengarah Pendidikan Sabah tu Kakak nya puan Rabiah.

DatuK UJANG sulani tu Abang iparnya suami kepada kakaknya.

Bekas Ketua Wanita Silam Puan suhura Hj. Salleh Kakak...

Bekas Timbalan ketua Wanita UMNO semporna Puan Noraidah Tu Adiknya.

Bekas YB. Basalie ( Bugaya ) dan YB Samsu ( Lahad Datu ) tu keluarga rapatnya datang dari satu nenek.

Bah... Ketua Wanita Tenom Datin Rahmah Jan tu adalah adik Isterinya.

Tidak mungkin dia ambil kesempatan dari orang lain, sedangkan orang di sekilingnya semua boleh bantu dia.

Berkenaan Keluarganya... wei na!!! siapa tidak kenal Hj. Abdul Salleh di Semporna... Pelupor Ekonmi mesyarakat semporna.. saya tahu keluarga ini....

Mereka adalah keluarga hebat di Semporna yang Sakaran sangat Takuti.

Mereka hidup berdikari semua bersaudara mempunyai kerier masing tanpa bergantung kepada orang lain.

Nak siasat dia kau siapa?

Hubungannya baik dengan Pemimpin atasan cuma prinsipalnya tak ingin ambil kesempatan.

Jadi kalau tak puashati dengan dia senang saja bah cari dia.

Dia kata dengan saya dia akan balik berjuang......

Kami Rakyat Semporna memang tunggu dia..

2008 dia tak dapat tanding pasal ibunya pada hari Penamaan Calon Meninggal so dia kata, tak paya terus lain kali saja.

Good luck Abdullah ambil semula semporna kerana kami Daerah semporna adalah Hak Keturunanmu...

saya cabar keluarga sakaran yang boleh menyangkal kenyataan saya ini supaya tampil... tapi dengan bagi nama sebenar seperti Abdullah sani

Anonymous said...

selamat berjuang dan semoga berjaya. Tp di harap jgnlah memperlekehkan orang lain untuk tujuan mendapatkan kuasa. bagindatomon@googlemail.com

KELAB USNO SABAH said...

Terima kasih diatas sokongan anda pada saya, Insyallah saya akan teruskan perjuangan ini....

Saya banyak belajar dalam kehidupan dan perjuangan Orang memperhambahkan orang, orang memperalatkan orang...

Akhirnya saya meneliti untuk mendapat kuasa sesorang akan mempergunakan semua sumbernya bagi mempertahankan legasi masing masing.

Tipu helah, aniayah, paksaan, kekuatan, kuasa dan kekayaan untuk suvival mereka.

Jeteru Perjuangan kekadang sampai ke Tahap maksima yang dipanggil dalam bahasa Bajausuluk " Mag Mata Hadam " atau Dugoh bayarun Iban Dugoh " ...

Mungkin tuan faham apa yang saya maksudkan.

Tq.