Search This Blog

Friday, February 5, 2010

BARTER TRADE, ‘PIRATE OF THE CARRY-BN?’





Written by Admin
Thursday, 21 January 2010 16:26

Lt (M) Kamal Mohamad (kiri) sedang memeriksa minyak masak di atas kumpit ML Menham yang dikendalikan oleh Kapten Neckson Mercado (kanan).

Oleh: JAMIL NASRAH & 5 KREW SABAHKINI.NET

MUJUR cadangan pembinaan Terminal Pertukaran Perdagangan Bersepadu Sandakan (TPPBS) bernilai RM315 juta di Batu Sapi yang dijangka siap awal tahun 2010 tidak terlaksana seiring dengan pertukaran tampuk Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Jika tidak, sudah pasti TPPBS akan menjadi salah satu sequel daripada ‘Pirate Of The Carry-BN’ kerana Ketua Pegawai Eksekutif WINDSOR Trade Holdings Sdn Bhd (WTHSB), Tengku Shaifful Bahri merupakan proksi Pak Lah bagi mengungguli aktiviti perdagangan di BIMP-EAGA selepas Projek Water Front Kota Kinabalu.

Sebagai ‘brain-child’ Pak Lah, TPPBS yang dimomokkan sebagai salah satu kompartmen Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dicadangkan dibina di kawasan seluas 13.42 hektar di Batu Sapi dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah (Sedco), projek berkenaan lebih ditakrifkan sebagai ‘menyusu kera di hutan kerana anak di pangkuan mati kebuluran.’

Penangkapan sebuah kumpit, ML Menham (ZAM20025), milik Haji Hamsi P Hamsiradji yang didaftarkan di Zamboanga, Filipina pada 1994 berdekatan Pulau Berhala, Sandakan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada 18 Januari 2010 bersama barang kawalan terutama 175 tan gula pasir dan 7 tan minyak masak yang mendapat kelulusan Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja menimbulkan tandatanya yang mendebarkan semua pihak terutama enam agensi penting yang terlibat secara langsung dengan Barter Trade.

Penolong Penguasa Kastam Sandakan, Otoh Sibik Haji Sahak yang bertugas di Sandakan sejak 20 tahun lalu dan Penolong Pengarah Kastam, Sabardin Lahabun mungkin mempunyai jawapan kenapa mereka menandatangani Borang Deklarasi Kastam bagi dua barang kawalan ini yang ‘DIHARAMKAN’ untuk dieksport ke mana-mana negara.

Siapakah ‘Godfather’ di belakang tabir Soon Li Ngo dan Yapp Moi Lee @ Yap Mui Lee yang menjadi Pengarah dan Pemegang Saham di dalam Syarikat Sunrise (M) Sdn.Bhd yang mengeksport 3,500 gula berkenaan? (merujuk kepada borang Deklarasi Kastam S72D01000011).

Mengikut Borang Deklarasi Kastam berkenaan S72D01000011, Kumpit Menham berkenaan membawa 175 tan gula pasir yang bernilai RM280,000 yang dipesan oleh Haji Hamsi Puntukan Hamsiradji, Tawi-Tawi, Filipina.


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

“HARAPKAN PAGAR!, BUKAN SAHAJA PADI DIMAKAN PETANIPUN DITELAN “





Written by Admin
Saturday, 16 January 2010 12:25

HANTU….Polis keluar dari persembunyian cuba lari macam dikejar hantu. Pendakwaraya Sukor (gambar kanan)

Oleh: HAFIZ JAMAIL

“Itulah kiasan PDRM sekarang,” ujar Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Ebrahim sebagai mengulas tindakan ‘kurang ajar’ dan ‘pengecut’ Polis terhadap beliau.

Pada 13 Januari 2010, Mahkamah Majistret Kota Kinabalu telah mula mendengar pembelaan Hassnar yang didakwa di bawah Ordinan Kesalahan Kecil.

Mantan Ketua Daerah Sandakan itu telah diperintah oleh Majistret Puan Herlina Muse membela diri atas tuduhan mengaibkan dua anggota Polis dengan berkata; “anjing punya Polis dan Polis makan rasuah.“

Dalam penghakimannya pada 17 Disember 2009, majistret itu mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan terdapat ‘prima facie’ kes terhadap tertuduh.

Apabila disoal oleh Hj. Ansari Abdullah, selaku Peguam belanya Hassnar berkata pada hari kejadian dia sedang memeriksa dan berada di sebuah unit apartmen miliknya terletak lebih kurang dua minit berjalan kaki jauhnya dari Pejabat Zaharah Hotel Apartmen di Api Api Centre, Kota Kinabalu.

“Sedang saya memeriksa hotel saya menerima panggilan telefon dari seorang kakitangan mengatakan ada dua orang laki-laki memperkenalkan diri mereka sebagai Polis marah-marah di Pejabat. Saya memberi tahu kakitangan saya supaya memaklumkan kedua-dua individu berkenaan supaya tunggu hingga saya datang,” kata Hassnar.

“Setiba di pejabat lebih kurang dua minit kemudian saya dimaklumkan kedua-dua individu yang perkenalkan diri mereka Polis telah tergesa-gesa beredar keluar setelah seorang daripada mereka terlihat gambar saya yang bergantung di dinding sebuah bilik di Pejabat saya”

“Saya pun arahkan kakitangan saya bernama Suharto supaya ikut saya turun untuk kenalpasti dan tunjukkan mana kedua-dua orang tersebut,” sambung Hassnar kepada Majistret.



Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

POLIS DALANGI TRAGEDI PEMBUNUHAN DI TINGKAYU?





Written by Admin
Saturday, 09 January 2010 01:52

KENANGAN…Gemulah Soipun Bin Kayabo, seorang daripada 171 peserta skim pekebun kecil Tingkayu yang mati dibunuh oleh kumpulan samseng PTI diketuai oleh Alimuddin Bin Ajay pada 12 Februari 2009.

Oleh: JAMES VALENTINO TANGGAR

PERISTIWA pembunuhan ini berlaku setelah genap tempoh satu tahun kumpulan samseng tersebut mendapat perlindungan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kunak, ASP Tan Hiap Wah untuk menduduki dan merompak keseluruhan kawasan kebun Tingkayu serta melakukan kesalahan “Contempt Of Court”.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Clement Skinner telah meluluskan Injunksi bagi Kes T (21) 4 Tahun 2008 pada 1 Februari 2008 yang berbunyi;

Adalah dengan ini Plaintif (Pekebun Kecil) diberi Injunksi untuk mencegah Defendan Pertama (Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad) sama ada bagi pihak mereka sendiri, kakitangan, pekerja atau agen atau sesiapa sahaja daripada menghalang Plaintif memasuki atau keluar daripada tanah tersebut dan menuai tanaman mereka di situ dan atau Defendan Pertama daripada meminta, mengambil atau menerima milikan kosong tanah tersebut yang kononnya diberi kepada Defendan Pertama di bawah geran CL 245361951 sehingga pembicaraan tindakan ini atau perintah lanjut oleh Mahkamah ini.”

AHLI kumpulan tersebut adalah 99% terdiri daripada PTI dan tidak memiliki sebarang dokumen yang sah. Mereka telah menghalang pekebun-pekebun kecil daripada memasuki kawasan kebun ini melalui berbagai cara kekerasan yang telah menyebabkan kecederaan kepada sejumlah besar pekebun kecil yang akhirnya nekad membunuh seorang ahli pekebun kecil.

Sebelum pembunuhan tersebut berlaku, pada 12 Februari 2009, sekumpulan 21 orang pekebun kecil berusia antara 20 hingga 70 tahun telah mengambil inisiatif untuk masuk serentak ke kebun mereka sebagai langkah keselamatan untuk tujuan mengambil buah di kebun masing-masing. Pekebun-pekebun juga telah memaklumkan kepada polis Kunak pada hari tersebut.

Setibanya di kawasan kebun, kumpulan samseng tersebut bertempiaran lari dan sempat membakar sebuah bangunan pejabat milik pekebun kecil di situ serta melepaskan beberapa das tembakan senapang patah ke arah kumpulan pekebun kecil.

Malang sekali, tidak lama kemudian ketua kumpulan tersebut iaitu Alimuddin Bin Ajay di lihat tiba daripada arah pekan Kunak dan membawa bersama lebihkurang 30 anggota polis dari balai polis Kunak.

ASP Tan Hiap Wah telah menangkap dan mendakwa kesemua 21 orang pekebun kecil tadi atas dakwaan merompak berkumpulan serta menceroboh kawasan kebun tersebut. Mereka dibebaskan setelah membayar ikat jamin RM5,000 setiap seorang kepada mahkamah Tawau.

Sebagai makluman, semenjak awal tahun 2008, lebih dari 100 laporan polis telah dibuat oleh pekebun-pekebun kecil di balai polis Kunak termasuklah laporan yang terpaksa dibuat di beberapa buah balai polis lain di Sabah dan di Semenanjung.

Perkara ini turut dibawa hingga ke peringkat menteri-menteri di Kuala Lumpur tetapi ASP Tan masih lagi bebas bertindak menyalahguna kuasa di balai polis daerah Kunak.

Kejadian terkini yang dilakukan oleh ASP Tan adalah menjadi Dalang kepada dua lagi kumpulan samseng yang kini sedang menguasai serta merompak kebun Tingkayu ini. Kumpulan pertama terdiri daripada lebih 20 orang PTI yang diketuai seorang lelaki bernama Chia Tsen Ngan@Alex Chia dan satu kumpulan lagi seramai lebihkurang 30 orang yang mendakwa dilantik oleh Defendan dalam kes tanah Tingkayu ini. Kumpulan ini diketuai oleh seorang lelaki Bugis bernama Abd Halik Bin Haji Muin.

Satu AJK keselamatan telah dibentuk oleh Pengerusi skim pekebun kecil Tingkayu pada 12 September 2009 untuk memantau keadaan khususnya aktiviti keluar masuk di kawasan kebun ini ekoran pencerobohan semula yang dilakukan oleh pihak Defendan.

Susulan satu kes kehilangan hampir 100 metrik tan buah kelapa sawit baru-baru ini dan setelah mendapat bukti-bukti “Paling Kukuh” daripada beberapa pusat Membeli Hasil Kelapa Sawit di sekitar daerah Kunak berhubung kejadian Mencuri Buah Kelapa Sawit Besar-Besaran milik Pekebun-Pekebun Kecil Tingkayu yang dilakukan oleh kumpulan Alex Chia, maka pada 30 Oktober 2009 satu laporan telah dibuat oleh pihak Ahli JawatanKuasa Keselamatan Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak Kelapa Sawit di Balai Polis Kunak.

Malangnya, selepas laporan tersebut dibuat, ASP Tan yang kini semakin keterlaluan telah membuat ‘Tangkapan Besar-Besaran’ terhadap semua ahli AJK Keselamatan termasuklah Pengerusi Skim Pekebun-Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak iait. Yadum Bin Atihal yang berumur hampir 70 tahun.

Selepas tangkapan dibuat, sebuah bangunan pejabat separuh konkrit yang digunakan oleh pihak Pekebun Kecil di dalam kawasan kebun telah hangus dibakar dan diketahui oleh semua pihak sebagai dilakukan oleh Kumpulan Alex Chia.

Ahli AJK Keselamatan yang ditangkap adalah seramai 10 orang dan terdiri daripada anak-anak tempatan Sabah. Mereka telah ‘Diseksa Dalam Tahanan Reman Selama Lebih Satu Bulan dan dihadapkan Ke Mahkamah Lahad Datu pada 11 Disember 2009 atas beberapa pertuduhan seperti 384 (Ugutan SMS), menceroboh dan sebagainya.

Mahkamah kemudian mengenakan syarat ikat jamin RM4,000.00 setiap seorang yang ‘Tidak Mampu Dibayar’ oleh para tahanan dan kini masih direman selanjutnya di penjara tawau.

ASP Tan juga telah menyiarkan gambar wajah seorang lagi ahli AJK di akhbar tempatan berbahasa Cina pada 22 Disember 2009 sebagai “Orang Dikehendaki”.

Ahli AJK yang dikehendaki ini sebenarnya diketahui menyimpan bukti rakaman perbualan berhubung sejumlah wang suapan yang telah diterima oleh ASP Tan daripada ketua kumpulan samseng iaitu Abd Halik.

Perkembangan ini telahpun dimakumkan kepada pihak SPRM dan kini masih dalam siasatan.

Penyiaran perkara yang sedang berlaku di balai polis Kunak ini adalah kerana tujuan mendapatkan perhatian pihak kerajaan khususnya Ketua Polis Negara, Bukit Aman, Ketua Menteri Sabah, YAB. Datuk Musa Aman dan YAB. Perdana Menteri Malaysia bagi mengelak kejadian pembunuhan pekebun kecil berulang lagi.

Disertakan bersama ini lampiran-lampiran laporan polis yang telah dibuat sebelum ini serta dokumen-dokumen berkaitan untuk rujukan rakyat Sabah...


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

PEKEBUN DILOKAP LIMA HARI TANPA REMAN?





Written by Admin
Wednesday, 06 January 2010 17:49

Oleh: SALIHIN LADJA MURA

IMEJ Polis Kunak yang sebelum ini tercemar dengan Kes Pertikaian Tanah di Tingkayu sehingga menyebabkan Ketua Polis Daerah ditukar ke Semenanjung Malaysia, kini semakin parah kerana seorang pekebun mendakwa beliau ditahan secara salah melebihi 24 jam, iaitu selama lima hari di Lokap Balai Polis Kunak tanpa sebarang perintah reman.

“Sejak ditahan pada jam 11 pagi 3 Disember 2009 dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 8 Disember 2009, saya tidak pernah di bawa berjumpa sebarang Majistret untuk perintah tahanan reman. ASP Tan tidak memberitahu sebab saya ditangkap. Oleh itu saya beranggapan ditahan secara tidak sah semata-mata untuk mencari dan menghapuskan bukti kegiatan jenayah pegawai terbabit,” ujar Richard Mekulis yang memaklumkan kepada Sabahkini.net.

Richard yang ditahan polis ekoran sms yang dikirimkan Peguam James Valentino kepada beliau dan pekebun lain berhubung 98 tan buah kelapa sawit yang dicuri ASP Tan lalu beliau menelefon rakannya bernama Lau untuk membuat laporan polis kerana rakan ASP Tan, Alex Sia enggan menjelaskan pungutan tol buah yang dicuri daripada Ladang Dukawan.

“Alex kata


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

JANGAN LETAK UNDANG-UNDANG DI TANGAN SENDIRI





Written by Admin
Saturday, 26 December 2009 15:59

NOTIS.... Chong menunjukkan notis yang diberikan kepada penduduk kampung.

Oleh: SALIHIN LADJA MURA

‘PEMILIK’ tanah yang mendakwa telah membeli tanah di Kampung Pisang, Kampung Burung dan Kampung Unta, 800 meter daripada Bandar Lahad Datu diberi amaran agar tidak meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri dengan menghalau para penduduk kampung berkenaan yang telah lama wujud sebelum tanah tersebut diluluskan kepada orang tertentu.

“Jika mahu menghalau penduduk kampung, sila guna undang-undang dan bukannya samseng yang datang mengugut, menakut-nakutkan dan mahu menghalau penduduk kampung tanpa sebarang pampasan,” kata Ketua pegawai Perhubung Ahli Parlimen Malaysia (Kawasan Silam), Chong Su Vun kepada Sabahkini.net.


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

DAP WANTS NATIVE COURT CONTINUE ISSUING SAN





Written by Admin
Monday, 07 December 2009 21:50

CHECKING…. Jimmy Wong (middle) presenting his ‘sijil anak negeri Sabah’ to KK District Chief OKK William Mojimbun at his office in Sembulan. Looking on is Dr. Edwin Bosi.

JIMMY Wong, DAP representative for Sri Tanjung met up with Kota Kinabalu District Chief, OKK William Mojimbun at his office in Sembulan on 24th November 2009 to verify his ‘Sijil Anak Negeri Sabah’. Jimmy was accompanied by Sabah DAP Bureau Chief for Agriculture, Livestock and Fisheries, Dr. Edwin Bosi.

When presented with the certificate, OKK Mojimbun stated that his certificate ‘appeared’ genuine however he needed time to search the file for verification. When contacted, OKK Mojimbun said he has written a letter to the Director of Natives Affair Datuk Hj Awang Seharin on this matter. Due to the high profile of this case, the matter is now with the Director and we are waiting for his response, he said.


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net


KETUA CAWANGAN UMNO KATA SPRM ‘ULAR SAWA’?





Written by Admin
Friday, 04 December 2009 18:35


Oleh: SALIHIN LADJA MURA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai insiden yang memalukan disifatkan sebagai ‘Ular Sawa’ yang hanya makan apabila lapar dan berlingkar tidur setelah kenyang.

Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian daripada Bahagian Silam, Kunsul Nahul menegaskan sifat ‘Ular Sawa’ SPRM telah menghakis keyakinan para pembayar cukai yang membayar gaji Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan semua pegawai kanan SPRM yang disifatkan sebagai ular menelan ekor sendiri.

Kunsul yang sebelum ini telah memfailkan laporan rasmi di hadapan lima panel yang ditubuhkan SPRM pada 15 Oktober 2009 terhadap tiga kes iaitu semakan semula dan siasatan kes Michael Chia Tien Foh; Semakan Semula Kes Rasuah Adun Tempasuk Kota Belud; Semakan dan Siasatan Kes Wisma Bandaraya yang menamakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman sebagai tertuduh, mendakwa panel yang ditubuhkan langsung tidak berfungsi dan mengamalkan sindrom ‘Bangau Oh Bangau’ dalam menjalankan tugas mereka.

Menurut Kunsul, beliau menerima sepucuk surat ‘Rahsia’ bil SPRM/BCP:20/37/25 bertarikh 3 November 2009 daripada Sekritariat Jawatankuasa Aduan SPRM yang memaklumkan bahawa;


Paparan selanjutnya ikuti : www.sabahkini.net

SABAH KE ARAH NEGERI MAJU 2015?






Written by Admin
Monday, 23 November 2009 07:28


Oleh : ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH.

SAYA ingin mengambil kesempatan dan peluang untuk turut bersama Adun-Adun Negeri Sabah bagi membincangkan Perbahasan BAJET NEGERI SABAH yang dibentangkan oleh Ketua Meteri Sabah minggu lalu pada 13 November 2009 Sebagai Wakil Rakyat yang Tak Berkerusi (Wakil Rakyat Blogger Sabah) ke arah perbincangan belanjawan Negeri Sabah yang dibentangkan.

Bagi maksud ini saya ingin menyentuh satu tajuk baru yang amat asing bagi kita dan tidak pernah berlaku sejak kita merdeka 46 tahun dulu.

PENERBITAN BON SABAH

Datuk Musa aman menganggap perkara ini adalah profail kredit (credit profile) bagi Negeri Sabah dengan pengiktirafan dan peningkatan Rating Agency Malaysia (RAM) AAA oleh Kerajaan Persekutuan.

TERIMAAN BUKAN HASIL sebanyak RM818.82 juta atau 26.18 peratus termasuklah sejumlah RM544.00 juta daripada penerbitan bon mengikut perancangan kewangan negeri, seperti yang dilaporkan oleh Ketua Menteri Sabah.

“Seharusnya menjadi pendorong kepada kita untuk berusaha dengan lebih gigih. Eksesais penerbitan bon ini adalah yang pertama kali pernah dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri. Ia juga menampilkan profail kredit (credit profile) negeri Sabah ke dunia pelaburan dan membuka peluang untuk mendapatkan sumber pembiayaan kos rendah di pasaran kewangan”.

Datuk Musa Aman – Budjet 2010.

Tujuan penerbitan bon ini adalah untuk membiayai projek-projek komersial berpotensi dan berdaya saing (viable) menerusi kos pembiayaan yang rendah, di samping menjana hasil negeri pada masa hadapan. Ini juga akan menambah keupayaan kewangan negeri ke atas usaha membiayai projek pembangunan asas dan sosio ekonomi dengan lebih efektif tanpa bersaing dengan sumber yang sama.

Pendekatan yang diambil ini dapat memperluaskan ‘revenue-base’ negeri yang menuntut disiplin baru dalam pengurusan kewangan. Ia juga sejajar dengan usaha melakukan transformasi dan lonjakan ekonomi bersama-sama dengan sektor swasta sebagai rakan kongsi.

Apapun jumlah Belanjawan yang disediakan oleh Kerajaan Sabah, hatta RM1 pun belanjawan itu adalah dianggap BAJET MESRA RAKYAT. Walaubagaimanapun dalam perancangan jangka panjang adalah tidak bijak bagi kita untuk membelanja wang yang kita tidak perolehi, lebih-lebih lagi jika kita kena membelanjakan wang yang dipinjam melalui Pengeluaran Bond.

Sebagai contoh:


Berita selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

LAGI LAPORAN POLIS TANGKAP PENGARAH KWANTAS?


PDF Print E-mail
Written by Admin
Sunday, 20 December 2009 14:07


Oleh: SALIHIN LADJA MURA

SELEPAS Ketua Cabang PKR Lahad Datu, Johani Abdul Halim membuat laporan polis terhadap Ahli Lembaga Pengarah Kwantas Corporation Berhad, Kwan Ngen Wah, seorang Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Semporna membuat dua laporan polis masing-masing di Balai Polis Karamunsing di Kota Kinabalu dan Semporna agar PDRM menangkap dan mendakwa penama berkenaan di bawah Seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan.

Ketua Cawangan UMNO berkenaan, Azizul Sanarul ketika menghubungi wartawan sabahkini.net di Pantai Timur Sabah, menyertakan salinan laporan polis yang beliau sediakan sendiri berdasarkan siaran Sabahkini.net yang bertajuk ‘Famili Kwan Penjenayah Anak Negeri’.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak boleh memandang ringan perkara ini kerana melibatkan keselamatan Negara dan mensabotaj ekonomi bumiputera melalui jenayah pemalsuan Sijil Anak Negeri,” ujar Azizul yang menegaskan bahawa beliau mendapat maklumat ramai pemilik tanah Anak Negeri Sabah dianiaya oleh Kwan Ngen Wah yang mendapat Sijil Anak Negeri secara tidak sah.

Sijil Anak Negeri Kwan Ngen Wah dan familinya dibuat menurut Seksyen 3, Akta Akuan Berkanun 1960 dan sebarang akuan palsu boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.

Menurut Fasal 199, kata Azizul, sebarang kenyataan palsu yang terkandung di dalam mana-mana akuan yang diterima undang-undang sebagai keterangan; Pembuat akuan itu sama ada TAHU atau PERCAYA yang akuan itu palsu, atau TAK PERCAYA yang akuan itu benar sudah melakukan kesalahan yang sama seperti memberi keterangan palsu di mahkamah.


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

POLIS DALANGI SIJIL ANAK NEGERI PALSU?



Written by Admin
Friday, 20 November 2009 21:45



Oleh: HAFIZ JAMAIL



ISU penggunaan Sijil Anak Negeri telah menambah hangatkan senario politik Negeri Sabah apabila pada 17 November 2009 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya, membangkitkannya di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Sabah negeri di bawah bayu yang belum lagi reda dengan isu penggunaan kad pengenalan dikeluarkan kepada kaum pendatang daripada Filipina dan Indonesia kini telah dikejutkan lagi dengan isu sijil anak negeri yang kesahihannya diragui.

Pihak Polis bersama beberapa agensi lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) digesa supaya menyiasat Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong Sze Pin yang didakwa oleh Ahli Dewan Undangan negeri Kawasan Sekong sebagai penipu kerana memiliki Sijil Anak Negeri yang kesahihannya meragukan demikian kenyataan, dibuat oleh Samsudin yang disiarkan di muka depan akhbar New Sabah Times, memberi gambaran peri pentingnya isu tersebut yang telah lama menghantui rakyat sabah.

Penggunaan Sijil Anak Negeri dimiliki oleh golongan yang tidak berhak memilikinya bukan masalah baru kepada rakyat Sabah. Pengeluarannya telah dibekukan di era Kerajaan Parti Berjaya memerintah disebabkan adanya penyalahgunaankuasa dalam proses pengeluarannya.



Berita selanjutnya sila ikuti pautan berikut : www.sabahkini.net

PENGARAH PERHUTANAN CUBA RASUAH AMK PKR?



Written by Admin
Friday, 13 November 2009 22:29


Oleh: HAFIZ JAMAIL



EKORAN daripada tindakan Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Zainuddin Hassan menghantar Surat Terbuka Kepada Pengarah Perhutanan Sabah yang disiarkan Sabahkini.net pada 21 Oktober 2009, seorang lelaki bernama George dipercayai telah menghubungi Zainuddin untuk ‘misi damai.’

Namun Zainuddin enggan menemui utusan yang mengakui Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan yang tidak mampu untuk menjawab surat berkenaan setelah surat pertama Zainuddin dijawab dengan penuh pembelitan dan mencipta alibi palsu.
“Perlu ditegaskan, Sam Mannan harus menjawab surat terbuka saya dan bukannya menghantar utusan untuk ‘berunding’ agar saya berdiam diri dan bersubahat dengan perbuatan jenayah mereka. Saya gesa hentikan usaha sia-sia mereka kerana saya tetap dengan prinsip bahawa kawasan konsesi YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) adalah kawasan DIHARAMKAN sebarang kegiatan pembalakan,” ujar Zainuddin yang mendesak Sam Mannan meletakkan jawatan kerana gagal menjaga khazanah hutan Sabah daripada dimusnahkan Kroni Musa Aman.


Berita selanjutnya sila layari www.sabahkini.net

Thursday, February 4, 2010

SELESAIKAN SEGERA ISU SIJIL ANAK NEGERI PALSU












Written by Admin
Wednesday, 21 October 2009 06:48

Oleh: HAFIZ JAMAIL

“RIBUAN ekar tanah milik anak negeri kini telah beralih milik kepada bukan anak negeri tetapi memiliki Sijil Anak Negeri, “ begitulah keluhan seorang balu, Rosinah Nasiri, yang menjadi mangsa akibat daripada penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu yang kini berleluasa digunapakai oleh golongan tertentu untuk merampas tanah milik anak negeri.

Rosinah, 44, daripada suku Orang Sungai yang menghubungi Sabahkini.net berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusu Murut Bersatu (UPKO) seperti disiar oleh sebuah akhbar tempatan pada Isnin 19 Oktober 2009.

Menurut Rosinah, beliau sekeluarga adalah antara ribuan penduduk orang asal Negeri Sabah yang lebih dikenali sebagai anak Negeri yang telah menjadi mangsa akibat penggunaan sijil anak negeri palsu oleh seorang wanita berbangsa Cina, Rose Lee Lie Mie tetapi memiliki sijil anak negeri palsu.

“Tanah peninggalan arwah ayah kandung saya, Nasiri Bin Yahya telah dipindahmilik kepada Rose. Saya telahpun membuat siasatan dan setelah mendapati sijil digunakan penama tersebut sebagai palsu saya telah laporkan penggunaan sijil palsu tersebut kepada Polis tetapi sehingga sekarang Polis tidak ada membuat sebarang tindakan,” tambah Rosinah.

Rosinah menyatakan beliau amat sedih kerana ramai Anak Negeri Sabah terpaksa meninggalkan negeri tumpah darah mereka dan berhijrah ke semenanjung kerana tanah pusaka peninggalan ibu bapa dan nenek moyang mereka telah dirampas tanpa mendapat sebarang pembelaan.


Berita selanjutnya sila layari www.sabahkini.net

PEGUAM TIDAK PUAS HATI SIASATAN POLIS


Add Image
Written by Admin
Wednesday, 21 October 2009 06:38



Oleh : IBRAHIM TABIR

PEGUAM yang mewakili para pekebun kecil di Tingkayu, Kunak mendedahkan bahawa siasatan berhubung kes 'kecurian' buah kelapa sawit milik pekebun kecil baru-baru ini , sepatutnya disiasat dengan lebih terperinci dan adil tanpa memihak kepada mana-mana individu.

Peguam dari Tanggar & Co., Valentino James Tanggar berkata, telah berlaku kes kecurian buah kelapa sawit milik pekebun kecil di Tingkayu baru-baru ini yang mana kes berkenaan telahpun dilaporkan kepada pihak Polis Kunak dan tangkapan telah dilakukan ke atas kenderaan beserta buah kelapa sawit dan individu yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Bercakap kepada Sabahkini.net, Valentino berkata, kenderaan terbabit jenis Storm pacuan empat roda yang digunakan dalam kejadian itu turut dimuatkan dengan buah kelapa sawit 'dipercayai dicuri' dari ladang pekebun kecil berkenaan telahpun ditahan di balai polis Kunak selepas laporan dibuat sebelum ini.

"Bagaimanapun, saya kecewa kerana bahan bukti (buah sawit) yang ditahan dalam balai itu telah dikeluarkan, entah untuk tujuan apa?", kata Valentino yang kecewa dengan prosedur siasatan kes berkenaan.

Seorang daripada pekebun kecil yang juga anakguamnya telah menghubungi beliau (Valentino) berkenaan kes tersebut yang menurutnya berlaku 'kelalaian' dalam proses siasatan oleh pihak Polis.

Valentino berkata, beliau telahpun menghubungi pihak Polis di Kunak mengenai kejadian itu tetapi;


Berita selanjutnya sila layari www.sabahkini.net

SPRM UNTUK DIJUAL?



Written by Admin
Sunday, 11 October 2009 08:48


Oleh: HAFIZ JAMAIL

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini ditimpa pelbagai masalah pentadbiran dan salah urus akibat kekangan pihak berkuasa, kini didakwa melakukan kegiatan tidak bermoral dengan menukarkan saksi utama kepada defendan setelah percubaan pihak tertentu untuk menutup kes berkenaan tidak Berjaya.

Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan mendakwa percubaan kroni Ketua Menteri Sabah, Datuk Albert Lim Yu Ming untuk menutup kes berkenaan berjaya dikesan PKR setelah ‘Penjenayah’ Terkemuka Asia, Michael Chia Tien Foh menyerahkan RM1.5 juta daripada pakej rangsangan RM3 juta untuk memastikan kes berkenaan ditutup sebelum Hari raya Aidil Fitri lalu.

“Setelah gagal, mereka kini melakukan sesuatu perlakuan di luar tabii undang-undang dengan menukarkan saksi utama kepada defendan dan kita mempunyai bukti bahawa Michael Chia telah berjaya membeli saksi (Chong Siak Nyen) melalui penjualan konsesi kayu balak. Kita ada bukti, tetapi kita akan dedahkan bukti jika panel penyiasat SPRM dapat memberi jaminan bahawa kes ini akan disiasat dan bukannya melupuskan bukti,” ujar Zainuddin yang mula jelak dengan karenah birokrasi SPRM.

Kata Zainuddin, pihaknya mempunyai bukti bahawa Konsesi Yayasan Sabah YS 307 (7) dan (8) telah dijual kepada Dinosour Chong atau Chong Siak Nyen sebagai cara penyelesaian menarik diri daripada menjadi saksi dengan harapan tanpa saksi yang menyerahkan wang kepada kedua tertuduh, maka Mahkamah akan membuang kes berkenaan kerana tidak terdapat bukti atau asas untuk menuduh berlakunya rasuah.

Berita lanjut sila ikuti di www.sabahkini.net.