|
Written by Admin |
Saturday, 16 January 2010 12:25 |
HANTU….Polis keluar dari persembunyian cuba lari macam dikejar hantu. Pendakwaraya Sukor (gambar kanan)
Oleh: HAFIZ JAMAIL
“Itulah kiasan PDRM sekarang,” ujar Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Ebrahim sebagai mengulas tindakan ‘kurang ajar’ dan ‘pengecut’ Polis terhadap beliau. Pada 13 Januari 2010, Mahkamah Majistret Kota Kinabalu telah mula mendengar pembelaan Hassnar yang didakwa di bawah Ordinan Kesalahan Kecil. Mantan Ketua Daerah Sandakan itu telah diperintah oleh Majistret Puan Herlina Muse membela diri atas tuduhan mengaibkan dua anggota Polis dengan berkata; “anjing punya Polis dan Polis makan rasuah.“ Dalam penghakimannya pada 17 Disember 2009, majistret itu mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan terdapat ‘prima facie’ kes terhadap tertuduh. Apabila disoal oleh Hj. Ansari Abdullah, selaku Peguam belanya Hassnar berkata pada hari kejadian dia sedang memeriksa dan berada di sebuah unit apartmen miliknya terletak lebih kurang dua minit berjalan kaki jauhnya dari Pejabat Zaharah Hotel Apartmen di Api Api Centre, Kota Kinabalu. “Sedang saya memeriksa hotel saya menerima panggilan telefon dari seorang kakitangan mengatakan ada dua orang laki-laki memperkenalkan diri mereka sebagai Polis marah-marah di Pejabat. Saya memberi tahu kakitangan saya supaya memaklumkan kedua-dua individu berkenaan supaya tunggu hingga saya datang,” kata Hassnar. “Setiba di pejabat lebih kurang dua minit kemudian saya dimaklumkan kedua-dua individu yang perkenalkan diri mereka Polis telah tergesa-gesa beredar keluar setelah seorang daripada mereka terlihat gambar saya yang bergantung di dinding sebuah bilik di Pejabat saya” “Saya pun arahkan kakitangan saya bernama Suharto supaya ikut saya turun untuk kenalpasti dan tunjukkan mana kedua-dua orang tersebut,” sambung Hassnar kepada Majistret. Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net |
No comments:
Post a Comment