Search This Blog

Friday, February 5, 2010

BARTER TRADE, ‘PIRATE OF THE CARRY-BN?’





Written by Admin
Thursday, 21 January 2010 16:26

Lt (M) Kamal Mohamad (kiri) sedang memeriksa minyak masak di atas kumpit ML Menham yang dikendalikan oleh Kapten Neckson Mercado (kanan).

Oleh: JAMIL NASRAH & 5 KREW SABAHKINI.NET

MUJUR cadangan pembinaan Terminal Pertukaran Perdagangan Bersepadu Sandakan (TPPBS) bernilai RM315 juta di Batu Sapi yang dijangka siap awal tahun 2010 tidak terlaksana seiring dengan pertukaran tampuk Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Jika tidak, sudah pasti TPPBS akan menjadi salah satu sequel daripada ‘Pirate Of The Carry-BN’ kerana Ketua Pegawai Eksekutif WINDSOR Trade Holdings Sdn Bhd (WTHSB), Tengku Shaifful Bahri merupakan proksi Pak Lah bagi mengungguli aktiviti perdagangan di BIMP-EAGA selepas Projek Water Front Kota Kinabalu.

Sebagai ‘brain-child’ Pak Lah, TPPBS yang dimomokkan sebagai salah satu kompartmen Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dicadangkan dibina di kawasan seluas 13.42 hektar di Batu Sapi dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah (Sedco), projek berkenaan lebih ditakrifkan sebagai ‘menyusu kera di hutan kerana anak di pangkuan mati kebuluran.’

Penangkapan sebuah kumpit, ML Menham (ZAM20025), milik Haji Hamsi P Hamsiradji yang didaftarkan di Zamboanga, Filipina pada 1994 berdekatan Pulau Berhala, Sandakan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada 18 Januari 2010 bersama barang kawalan terutama 175 tan gula pasir dan 7 tan minyak masak yang mendapat kelulusan Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja menimbulkan tandatanya yang mendebarkan semua pihak terutama enam agensi penting yang terlibat secara langsung dengan Barter Trade.

Penolong Penguasa Kastam Sandakan, Otoh Sibik Haji Sahak yang bertugas di Sandakan sejak 20 tahun lalu dan Penolong Pengarah Kastam, Sabardin Lahabun mungkin mempunyai jawapan kenapa mereka menandatangani Borang Deklarasi Kastam bagi dua barang kawalan ini yang ‘DIHARAMKAN’ untuk dieksport ke mana-mana negara.

Siapakah ‘Godfather’ di belakang tabir Soon Li Ngo dan Yapp Moi Lee @ Yap Mui Lee yang menjadi Pengarah dan Pemegang Saham di dalam Syarikat Sunrise (M) Sdn.Bhd yang mengeksport 3,500 gula berkenaan? (merujuk kepada borang Deklarasi Kastam S72D01000011).

Mengikut Borang Deklarasi Kastam berkenaan S72D01000011, Kumpit Menham berkenaan membawa 175 tan gula pasir yang bernilai RM280,000 yang dipesan oleh Haji Hamsi Puntukan Hamsiradji, Tawi-Tawi, Filipina.


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

No comments: