Search This Blog

Loading...

Sunday, March 7, 2010

DPP UMA AMALKAN HUKUM RIMBA DI MAHKAMAH?





Written by Admin
Sunday, 28 February 2010 10:26

Oleh: ZIELAH A

TIMBALAN Pendakwa Raya, Uma Devi Balasubramaniam cuba menjadikan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu sebagai Mahkamah yang menjalankan Hukum Rimba kerana cuba menutup kesalahan yang dilakukan pegawai polis di Sabah.

Setelah menggunakan masa lebih satu jam untuk bercakap tentang anjing, Uma cuba mengenepikan semua sapena yang dikeluarkan oleh Majistret Herlina Muse terhadap enam orang Ketua Polis Daerah untuk memberi keterangan berhubung dakwaan tertuduh, OKK Hassnar Ebrahim yang dituduh di bawah Seksyen 8 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah.

Peguambela tertuduh, Haji Ansari Abdullah yang membantah permohonan Uma untuk mengenepikan Sapena berkenaan menegaskan bahawa sebarang permohonan yang dibuat untuk membatalkan Sapena hendaklah dibuat secara bertulis melalui affidavit dan bukannya dengan permohonan lisan.

Uma yang membuka beberapa kes yang disebut di dalam Malaysia Law Journal (MLJ) terutama kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibolehkan membuat permohonan lisan, apatah lagi memberi alasan hari perbicaraan jatuh pada hari sabtu dan tidak sempat mengemukakan affidavit bertulis.

Walaupun sebelum ini Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Shukor Abu Bakar mencabar Hassnar membuktikan kejalangan polis sehingga Mahkamah Majistret Kota Kinabalu mengeluarkan Sapena kepada mereka yang dinamakannya, namun Uma cuba menghalang saksi tersebut hadir dengan menimbulkan soal perbelanjaan saksi dan menyatakan saksi yang disapena tidak relevan dengan kes yang sedang dibicarakan.

Ketika menggantikan Abdul Shukor sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Uma belum bersedia menyoal saksi sehingga meminta penangguhan, namun pada kali ini Uma kelihatan gemuruh dan gelisah sehingga menyangka krew Sabahkini.net sebagai Pegawai Polis berpakaian preman yang datang untuk memberi keterangan.

Hanya seorang Ketua Polis Daerah, DSP Jaini Abdul Kadir yang hadir pada perbicaraan yang dibuat pada hari Sabtu di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, namun beliau tidak sempat memberi keterangan kerana Uma berhujah tentang 'anjing' dan membuang banyak masa mahkamah.


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

ENIGMA SEORANG PENJAWAT AWAM





Written by Admin
Friday, 26 February 2010 09:10

UBAH.... Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mungkin tidak lagi mampu mengubah budaya rasuah, angkat kaki, salah guna kuasa dan tikam belakang dalam perkhidmatan awam di Malaysia kerana tiada 'political will' daripada pihak berkuasa.

Saudara pengarang,

PEMIMPIN-PEMIMPIN Malaysia telah berusaha bermacam-macam cara dan pendekatan bagi memastikan semua kakitangan kerajaan tidak mengira pangkat dan perjawatan sentiasa bersifat amanah dalam menjalankan segala tugas yang telah di amanahkan kepada meraka.

Daripada penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah kemudian wujudnya Jabatan Intergriti Malaysia, semuanya diwujudkan semata-mata bagi membendung segelintir pegawai dan kakitangan kerajaan daripada ‘memandu ke jalan bertanda no entry’, supaya tidak terpesong daripada matlamat asal.

Pelbagai inisiatif diberikan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan, seperti contoh, Pasukan Polis Di Raja Malaysia. Mendapat kenaikan gaji kini lebih lagi daripada kakitangan kerajaan yang lain. Kenapa ini berlaku? Kononnya bagi menambahbaik PDRM itu sendiri. Supaya pegawai dan kakitangan polis tidak terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa dan yang berkaitan.

Jadi kakitangan kerajaan dari kementerian dan jabatan-jabatan yang lain perlukah ‘buat hal dahulu’ baru mendapat apa yang diperolehi oleh PDRM? Takut-takut nanti PDRM ‘akan naik lemak’ pula. Tetapi bukan ini yang ingin saya utarakan disini.

Saya bekas penjawatan awam, memasuki jabatan kerajaan dengan usia muda, sebelum itu pernah berkerja dengan beberapa syarikat swasta yang sentiasa berdepan dengan pegawai-pegawai penguatkuasa kerajaan, bukan sahaja di sini, malahan pegawai-pegawai penguatkuasa di seluruh dunia.

Bermacam peraturan dan keranah yang hendak tak nak perlu dipenuhi dan dituruti. Jika tidak dituruti kehendaki pegawai-pegawai ini buruk akibatnya. Jadi perlulah dituruti tanpa rela. Tidak saya mahu nyatakan Negara-negara yang terlalu teruk rasuah dan salahgunakuasanya. Sebab saya tau, ramai pembaca yang tahu dan diceritakan dari mulut ke mulut.

Kalau diingat-ingat kelakar dan kesian pun ada. Tapi bila difikir-fikirkan, kenapalah jadi seperti ini? Di mana salah dan silapnya? Fikir-fikirkanlah bersama.

Jadi saya berhenti kerja dengan pihak swasta dan memohon masuk ke perjawatan dalam sektor awam dengan hanya satu tekad, saya ingin merubah pandangan sahabat-sahabat saya saya masih bekerja dengan pihak swasta, saya mahu tutup mulut-mulut mereka, saya ingin buktikan pegawai dan kakitangan kerajaan Malaysia bukanlah seperti negara-negara yang terbabit.

Saya mahu hilangkan ayat-ayat seperti, “ah.. jangan risaulah, aku kenal pegawai tuh, boleh runding punya tuh.” atau “ kita hulur nanti settlelah hal ni, kecik punya hal.” Daripada kes kesalahan traffic hinggalah kes-kes berprofil tinggi, tak perlulah dinyatakan disini, nanti dicop sebagai anti kerajaan pula.


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

SECUREXPRESS TIDAK KENAL DSP ROSMAH MANSOR?





Written by Admin
Friday, 26 February 2010 09:12

Oleh: MUTALIB M.D

AMAT malang bagi Wanita ‘1Malaysia’ yang dijulang sebagai ‘Wanita Nombor Satu Negara’ kerana tidak dikenali oleh sebuah syarikat penghantaran cepat, Securexpress yang beribu pejabat di Selangor, Darul Ehsan.

Sehubungan itu, Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),, Datuk Patrick Sindu mendesak kerajaan mengkaji semula kelayakan dan mengetatkan syarat pemberian lesen kepada sesebuah syarikat penghantaran cepat (kurier) agar tidak memalukan Malaysia di mata dunia.

Patrick membuat desakan sedemikian setelah menerima aduan daripada seorang pengguna di Lahad Datu bahawa Securexpress telah mengembalikan surat yang diamanahkan untuk dihantar kepada Datuk Seri Panglima Rosmah Mansor pada 24 Februari 2010 melalui ‘consignment’ bernombor 600212405483.

“Menurut aduan, surat tersebut telah diserahkan kepada Securexpress Lahad Datu pada 4 Februari 2010 dan gagal diserahkan selepas 20 hari. Memang amat mengejutkan kerana mereka tidak mengenali siapa Datuk Seri Rosmah Mansor sekalipun alamat yang disertakan amat lengkap,” ujar Patrick yang kesal kerana syarikat berkenaan tidak kompetan untuk menjulang imej 1Malaysia.

Bukan surat itu sahaja yang gagal disampaikan, kata Patrick malah surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bernombor 600212405472 juga dikembalikan ke Lahad Datu kerana tidak berjaya dihantar kakitangan Securexpress yang bertugas di ibu pejabat selepas 20 hari dikirim.

“Dulu kita terima aduan pos laju yang lambat sehingga kerajaan benarkan penubuhan syarikat kurier. Tapi Securexpress keterlaluan kerana gagal menemui Kediaman Perdana Menteri yang tersergam indah dan Pejabat KSN di Putrajaya,” kata Patrick yang menyifatkan kes ini amat menakjubkan.

Sehubungan itu, Patrick mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menjalankan siasatan rapi dan membatalkan lesen yang diluluskan lesen kepada Securexpress di bawah Akta Perkhidmatan Pos 1991 sebagai pengajaran kepada syarikat kurier yang cuba ‘menghina’ isteri Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.

Sementara itu, Securexpress di Lahad Datu ketika dihubungi mengesahkan surat berkenaan ada di Lahad Datu kerana gagal disampaikan oleh kakitangan mereka di Kuala Lumpur setelah 20 hari mencari lokasi alamat berkenaan di Putrajaya!