Search This Blog

Sunday, March 7, 2010

ENIGMA SEORANG PENJAWAT AWAM





Written by Admin
Friday, 26 February 2010 09:10

UBAH.... Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mungkin tidak lagi mampu mengubah budaya rasuah, angkat kaki, salah guna kuasa dan tikam belakang dalam perkhidmatan awam di Malaysia kerana tiada 'political will' daripada pihak berkuasa.

Saudara pengarang,

PEMIMPIN-PEMIMPIN Malaysia telah berusaha bermacam-macam cara dan pendekatan bagi memastikan semua kakitangan kerajaan tidak mengira pangkat dan perjawatan sentiasa bersifat amanah dalam menjalankan segala tugas yang telah di amanahkan kepada meraka.

Daripada penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah kemudian wujudnya Jabatan Intergriti Malaysia, semuanya diwujudkan semata-mata bagi membendung segelintir pegawai dan kakitangan kerajaan daripada ‘memandu ke jalan bertanda no entry’, supaya tidak terpesong daripada matlamat asal.

Pelbagai inisiatif diberikan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan, seperti contoh, Pasukan Polis Di Raja Malaysia. Mendapat kenaikan gaji kini lebih lagi daripada kakitangan kerajaan yang lain. Kenapa ini berlaku? Kononnya bagi menambahbaik PDRM itu sendiri. Supaya pegawai dan kakitangan polis tidak terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa dan yang berkaitan.

Jadi kakitangan kerajaan dari kementerian dan jabatan-jabatan yang lain perlukah ‘buat hal dahulu’ baru mendapat apa yang diperolehi oleh PDRM? Takut-takut nanti PDRM ‘akan naik lemak’ pula. Tetapi bukan ini yang ingin saya utarakan disini.

Saya bekas penjawatan awam, memasuki jabatan kerajaan dengan usia muda, sebelum itu pernah berkerja dengan beberapa syarikat swasta yang sentiasa berdepan dengan pegawai-pegawai penguatkuasa kerajaan, bukan sahaja di sini, malahan pegawai-pegawai penguatkuasa di seluruh dunia.

Bermacam peraturan dan keranah yang hendak tak nak perlu dipenuhi dan dituruti. Jika tidak dituruti kehendaki pegawai-pegawai ini buruk akibatnya. Jadi perlulah dituruti tanpa rela. Tidak saya mahu nyatakan Negara-negara yang terlalu teruk rasuah dan salahgunakuasanya. Sebab saya tau, ramai pembaca yang tahu dan diceritakan dari mulut ke mulut.

Kalau diingat-ingat kelakar dan kesian pun ada. Tapi bila difikir-fikirkan, kenapalah jadi seperti ini? Di mana salah dan silapnya? Fikir-fikirkanlah bersama.

Jadi saya berhenti kerja dengan pihak swasta dan memohon masuk ke perjawatan dalam sektor awam dengan hanya satu tekad, saya ingin merubah pandangan sahabat-sahabat saya saya masih bekerja dengan pihak swasta, saya mahu tutup mulut-mulut mereka, saya ingin buktikan pegawai dan kakitangan kerajaan Malaysia bukanlah seperti negara-negara yang terbabit.

Saya mahu hilangkan ayat-ayat seperti, “ah.. jangan risaulah, aku kenal pegawai tuh, boleh runding punya tuh.” atau “ kita hulur nanti settlelah hal ni, kecik punya hal.” Daripada kes kesalahan traffic hinggalah kes-kes berprofil tinggi, tak perlulah dinyatakan disini, nanti dicop sebagai anti kerajaan pula.


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

No comments: