|
Written by Admin |
Sunday, 28 February 2010 10:26 |
Oleh: ZIELAH A TIMBALAN Pendakwa Raya, Uma Devi Balasubramaniam cuba menjadikan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu sebagai Mahkamah yang menjalankan Hukum Rimba kerana cuba menutup kesalahan yang dilakukan pegawai polis di Sabah. Setelah menggunakan masa lebih satu jam untuk bercakap tentang anjing, Uma cuba mengenepikan semua sapena yang dikeluarkan oleh Majistret Herlina Muse terhadap enam orang Ketua Polis Daerah untuk memberi keterangan berhubung dakwaan tertuduh, OKK Hassnar Ebrahim yang dituduh di bawah Seksyen 8 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah. Peguambela tertuduh, Haji Ansari Abdullah yang membantah permohonan Uma untuk mengenepikan Sapena berkenaan menegaskan bahawa sebarang permohonan yang dibuat untuk membatalkan Sapena hendaklah dibuat secara bertulis melalui affidavit dan bukannya dengan permohonan lisan. Uma yang membuka beberapa kes yang disebut di dalam Malaysia Law Journal (MLJ) terutama kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibolehkan membuat permohonan lisan, apatah lagi memberi alasan hari perbicaraan jatuh pada hari sabtu dan tidak sempat mengemukakan affidavit bertulis. Walaupun sebelum ini Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Shukor Abu Bakar mencabar Hassnar membuktikan kejalangan polis sehingga Mahkamah Majistret Kota Kinabalu mengeluarkan Sapena kepada mereka yang dinamakannya, namun Uma cuba menghalang saksi tersebut hadir dengan menimbulkan soal perbelanjaan saksi dan menyatakan saksi yang disapena tidak relevan dengan kes yang sedang dibicarakan. Ketika menggantikan Abdul Shukor sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Uma belum bersedia menyoal saksi sehingga meminta penangguhan, namun pada kali ini Uma kelihatan gemuruh dan gelisah sehingga menyangka krew Sabahkini.net sebagai Pegawai Polis berpakaian preman yang datang untuk memberi keterangan. Hanya seorang Ketua Polis Daerah, DSP Jaini Abdul Kadir yang hadir pada perbicaraan yang dibuat pada hari Sabtu di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, namun beliau tidak sempat memberi keterangan kerana Uma berhujah tentang 'anjing' dan membuang banyak masa mahkamah. Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net |
1 comment:
Great blog with nice pictures.
For more info on soccer, pls visit http://www.aptconnections.blogspot.com/
For more info on inspirational fathers, pls visit http://inspirationalfathers.blogspot.com/
For more links on technology, pls visit www.yathirah.com
HAPPY BLOGGING!
Post a Comment