Search This Blog

Thursday, March 8, 2012

RCI, SEHEBAT EPIK MERONG MAHAWANGSA?







Oleh : MUTALIB M.D

FILEM epik Merong Mahawangsa yang menelan belanja RM8 juta tidak sehebat Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat kerana memerlukan kos berbilion ringgit disebabkan isu kerakyatan songsang sudah berakar umbi; serumit pendedahan Sabahkini.net berhubung Epik Arsad Bin Haji Alwi pada kali ini.

Arsad Bin Haji Alwi, adalah salah seorang daripada puluhan ribu warga asing tanpa izin (PATI) yang telah menyerap dalam perkhidmatan kerajaan dan telah diterima secara sah melalui proses asimilasi dan terlepas tapisan keselamatan serta kuat kuasa undang-undang.

Mengikut siasatan Sabahkini.net, Arsad yang tidak mempunyai sijil lahir atau MyKad telah berjaya memaksa rakyat Sabah membayar semua kos pelajarannya sejak sekolah rendah sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Lebih membanggakan, ketika ramai graduan Sabah masih menganggur, Kementerian Pelajaran Malaysia kini melantik Arsad sebagai Guru yang berjawatan Penolong Kanan HEM Skel hakiki DG 44 secara Tetap dan Berpencen di SMK Balung, Tawau dengan gaji kasar RM5,963.68 sebulan.

Arsad mula dilantik ke Perkhidmatan Tetap pada 1 September 1994 sebelum disahkan dalam jawatan tetap dan berpencen pada 1 September 1997.

Mengikut rekod perkhidmatannya, Arsad mula bertugas di SMK Kunak pada 1 September 1994 sehingga 1 Januari 1999 sebelum berpindah ke SMK Balung mulai 1 Januari 1999 sehingga 16 Disember 2006; kemudian ke SMK Pasir Putih pada 12 Disember 2006 sehingga 1 Jun 2009 sebelum kembali ke SMK Balung bermula 1 Jun 2009 sehingga kini.

Persoalan yang menarik untuk dikaji oleh 222 Ahli Parlimen Malaysia dan 65 Senator yang menggubal Akta Pendaftaran Negara 1959, bagaimana Arsad boleh dilantik ke Perkhidmatan Awam tanpa tapisan keselamatan; sedangkan mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara kad pengenalan yang digunakan oleh Arsad iaitu H0740273 milik A Ramlee @ Ramli Bin Rasim, seorang penduduk Asal Sabah berketurunan Bajau dari Kg Kuala Abai, Kulambai, Usukan, Kota Belud.

A Ramlee telah tiga kali membuat penukaran kad pengenalan dan kali terakhir mengambil Mykadnya, 700710-12-5439 pada 21 Januari 2012; berbanding Arsad yang masih menggunakan Kad Pengenalan Lama bernombor H0740273.

A Ramlee juga merupakan pemilih berdaftar yang mengundi sejak beberapa pilihanraya lalu di Kg Kuala Abai, Kulambai, Usukan, Kota Belud dengan menggunakan MyKad 700710125439/H0740273 sedangkan Arsad tidak pernah mengundi kerana kad pengenalannya dikenalpasti sebagai PALSU dan TIDAK SAH!

Tambah menarik untuk dikaji bagaimana Akauntan Negara Malaysia boleh membuat potongan gaji Arsad untuk membayar Cukai Pendapatan (SG07356629021), KWSP (61135871) dan Bank Simpanan Nasional meluluskan pembukaan akaun bank Arsad jika kad pengenalannya TIDAK SAH?

Maklumat Semakan Sabahkini.net, berikut Biodata Arsad Bin Alawi;

1. Nama : ARSAD BIN ALWI

2. Jantina : Lelaki

3. Tarikh lahir & Tempat Lahir : 07 JULAI 1970 - Sijil Lahir tiada

4. No. Kad Pengenalan : H 0740273

5. No. Fail SPP : JP (SB) D1–04/3699

6. No. Cukai Pendapatan : SG 07356629021

7. No. KWSP : 61135871

8. Jawatan/Gred : Penolong Kanan HEM, DG 44

9. Tarikh mula berkhidmat : 01.09.1994

10. Lantikan pertama : 01.09.1994

11. Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Lantikan pertama) : 01.09.1997

12. Tarikh Masuk ke Jawatan Berpencen : 01. 09. 1994

13. Alamat Tempat Kerja : SMK Balung, P.S. 60070, 91010 Tawau. Sabah.

14. No. Tel. H/S : 013 85878320

15. No. Tel. Sekolah : 089 951032

16. Fax Sekolah : 089 951160

17. Alamat Rumah : Tempat Tinggal sekarang : Rumah Guru, SMK Balung, P.S. 60070, 91010 Tawau. Sabah.

Alamat lain tempat tinggal sekarang

i. Kg. Baru Pasir Putih, Tawau.

ii. Kg. Getah Baru Kunak.

Agak menarik juga, semakan atas talian Rekod Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati rekod Arsad Haji Alwi seperti berikut;

Penemuan kes Arsad ini adalah 'Tip of Iceberg' dan Kerajaan Malaysia wajar mengkaji mekanisme RCI agar tidak menjadi seperti filem Epik Merong Mahawangsa yang hanya gah pada nama tetapi kutipan tidak seberapa; malah amat memalukan kerana kesilapan fakta meletakkan 'Garuda' sebagai Lanun Puaka?

Sebelum ini penulis telah mendedahkan kes PATI mendapati ijazah daripada Universiti Malaysia Sabah melalui artikel bertajuk 'UMS Untuk Siapa'?