Search This Blog

Saturday, March 21, 2009

GESAAN POLIS SIASAT DAN DAKWA MUSA AMAN?

LAPOR...Yakub (kiri) menunjukkan laporan yang mereka buat.

Mantan Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Yakub Damsah, membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman kerana mendakwa Musa telah menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mendapatkan faedah secara langsung berbentuk sokongan undi para perwakilan UMNO bahagian Kota Belud dan Pergerakan Pemuda UMNO.

"Musa telah bertindak melindungi penjenayah yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO melakukan politik wang dengan mengekalkan jawatan penjenayah berkenaan," ujar Yakub yang tidak dapat berkompromi dengan alasan yang dikemukakan oleh Musa Aman untuk mengekalkan semua jawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Japlin Akim.

Tegas Yakub, Polis harus bertindak secara saksama menjalankan siasatan di bawah undang-undang jenayah terhadap Musa Aman yang secara sedar telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk meraih sokongan dan undi para perwakilan UMNO Kota Belud dan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah kerana kedudukan Japlin adalah Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Sabah.

Untuk mengikut berita lengkap sila ke www.sabahkini.net

KENAPA TIDAK PINDAH KE TABUNG HAJI ATAU MUIS?



KRISIS prasarana kesihatan semakin memuncak di Sabah apabila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan masih meraba di dalam kegelapan mencari bangunan baru untuk menempatkan pesakit daripada Hospital Queen Elizabeth yang dikosongkan setelah disahkan sebagai tidak selamat untuk dihuni.

Pelbagai cadangan dikemukakan termasuk Wisma Khidmat dan Hospital Mesra Bukit Padang disamping pesakit terpaksa bersetinggan di beberapa hospital termasuk Hospital Likas, Pusat Perubatan Sabah, Hospital Bukit Padang, Hospital Beaufort dan sebagainya sehingga terpaksa membelanjakan kos luar jangka.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Haji Ansari Abdullah (gambar) menyarankan agar kerajaan mengambil alih atau membeli bangunan sedia ada atau menjalinkan perkongsian bistari dengan syarikat agensi kerajaan (GLC) menyediakan kemudahan wad dan rawatan secara jangka panjang.

Berita selanjutnya, sila ke www.sabahkini.net

KETUA CAWANGAN HALANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO?

POLIS....Kunsul menunjukkan laporan polis dan CD bukti.

DUA orang Ketua Cawangan UMNO daripada Bahagian Silam, membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu bagi menghalang Perhimpunan Agung UMNO Pusat yang akan diadakan pada 24 Mac ini dengan alasan kes aduan politik wang dan bantahan yang mereka failkan belum mendapat sebarang keputusan daripada Majlis Tertinggi UMNO.

Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul yang ditemani oleh Ketua Cawangan UMNO Kampung Tulibas Besar Tungku, Makbul Alam, memberitahu beliau dan rakannya terpaksa membuat laporan polis setelah ADUAN RASMI yang mereka failkan dalam tempoh bantahan tidak dilayan oleh Jawatankuasa Pengurusan Parti yang memulangkan kepada budibicara Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk menjalankan siasatan.

"Kita telah menyerahkan semua bukti berhubung penipuan dan perlakuan yang menyalahi tata etika yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Silam, namun kita tidak menerima sebarang jawapan melainkan meminta rujuk kepada Badan Perhubungan UMO Sabah," ujar Kunsul yang yakin Persidangan UMNO Bahagian Silam yang berlangsung pada 1 November 2008 sebagai batal dan tidak sah.


Untuk berita lengkap sila ke laman web http://www.sabahkini.net