Search This Blog

Loading...

Saturday, February 14, 2009

SELAMAT HARI VALENTINE!



SAYA mengucapkan selamat Hari Valentine kepada semua pembaca agar tidak hanya menjadikan hari ini sebagai hari berkasih sayang, malah menggunakan hari-hari yang mendatang sebagai siram kasih agar memberikan kita sinar, kasih dan harapan.Walaupun sambutan hari Valentine bukan untuk umat Islam, namun masyarakat sejagat raya menjadikan Valentine sebagai hari untuk membasuh dosa dengan memperatkan kasih dan membajai sayang. Kepada muda-mudi, berhati-hati mengendalikan bahtera kasih agar tidak ditenggelamkan tsunami sayang!

Kepada mangsa Tragedi Tingkayu, jadikan hari ini untuk memperingati mereka yang telah pergi dan mempereratkan kasih sayang sesama sendiri demi untuk memperjuangkan hak dan mempertahankan ibu pertiwi daripada pencerobohan dan petualangan. Semoga pengorbanan dua mangsa yang kehilangan jiwa dan lima mangsa yang cedera memberi sinar gemilang ke arah penyelesaian masalah Tingkayu.

Friday, February 13, 2009

TIGA MINIT ADALAH DETIK PALING CEMAS: VALENTINO


LUKA...James menunjukkan jarinya yang cedera sambil diperhatikan oleh rakannya OKK Hassnar Ibrahim.

TIGA minit adalah masa paling pantas dalam hidup James Valentino Tanggar apabila beliau bertindak berani melalui minda bawah sedar dengan menyelamatkan mangsa yang cedera ditetak dengan parang dan ditembak dengan senapang patah buatan sendiri oleh pendatang asing tanpa izin.

"Saya terpaksa menepis parang yang tajam yang sebelum ini ditetak di kepala seorang pekebun kecil yang cedera parah demi untuk menyelamatkan diri saya. Saya terpaksa bergelut dengan tidak kurang lima orang pendatang asing yang menyerbu ke arah saya," kata James lagi sambil mengimbau saat mencemaskan dalam hidup beliau.

Ketika sedang bergelut, beberapa das tembakan dilepaskan dan terkena seorang pekebun kecil yang cuba mempertahankan beliau daripada serangan bertubi-tubi menyebabkan mangsa terbut terjatuh.

"Saya terpaksa menggendong mangsa dan melemparkannya mereka ke dalam kereta semata-mata untuk menyelamatkan mereka daripada terus dibelasah dengan parang dan senjata tajam," ujar James yang mengenali para penyerangnya kerana pernah melihat mereka ketika diperdaya polis pada 2008.



>CEDERA...Mangsa yang cedera ditetak yang sempat diselamatkan James.



Tegas James lagi, beliau hanya menyerahkan nasibnya pada Tuhan kerana pendatang asing berkenaan terus membidik picu sebanyak tiga kali tetapi mujur senapang buatan sendiri tersebut tidak meletup sehingga mereka berjaya melarikan diri dengan menaiki kenderaan mereka yang rosak teruk kerana dichainsaw dan ditembak dengan senapang patah.

"Mujur ketika diacukan ke kepala saya, senapang itu tidak meletup, jika tidak saya sudah jadi mayat," ujar James sambil menunjukkan gambar yang sempat dirakam termasuk wajah penjenayah yang melepaskan tembakan ke arahnya dan mencederakan seorang pekebun kecil yang tertembak di peha ketika melindungi James.

Menurut James, beliau cam semua penjenayah yang terlibat termasuk ketua mereka Alimuddin Mohd Ajay yang meluru ke arahnya untuk melakukan serangan sebelum diserbu oleh lebih 100 orang pendatang asing menyebabkan mereka terpaksa berundur.


BANTU....Salah seorang mangsa sedang dibantu mendapatkan rawatan.


"Kami berani masuk ke kebun berkenaan kerana Pemangku OCPD, Inspektor Dzulmoksari Ismail memberi jaminan bahawa ada lima orang polis berkawal 24 jam di Tingkayu," ujar James yang kesal dengan kejadian tersebut dan mengesyaki kejadian berkenaan ada hubung kait dengan pegawai polis peringkat atasan yang bersubahat dan melindungi penjenayah.

Tegas James lagi, tindakan nekad penjenayah berkenaan mengacukan senapang dan membidik picu ke arah kepalanya akan menjadi trauma seumur hidup tetapi tidak melemahkan semangatnya untuk mempertahankan hak dan anak negeri Sabah yang teraniaya.

Sebagai peguam, James kesal kerana injunksi mahkamah tidak dihormati sebaliknya pendatang asing bermaharajala lela kerana ada pihak yang melindungi dan mendalangi kejahatan mereka terutama pihak yang mempunyai kepentingan terhadap perebutan tanah berkenaan.

"Saya tidak percaya perkara sebegini boleh berlaku di Malaysia dan amat memalukan kerana mereka penjenayah menggunakan polis dengan niat untuk membunuh saya," ujar James yang akan membuat laporan polis di Kota Kinabalu esok.

Bagaimanapun James agak sedih kerana dua pekebun kecil terbunuh dan nasib tiga orang yang cedera parah belum diketahui lagi.

"Saya masih ingat ketika kami sedang berundur menyelamatkan diri, seorang pekebun iaitu jurukamera video kami sedang dikejar dengan parang. Amat menyedihkan kerana beliau tewas dan mayat beliau ditemui di bawah timbunan pelepah kelapa sawit," kata James sambil bertafakkur menghormati dua roh yang gugur ketika mempertahankan tanah tumpah darah mereka daripada dirampas pendatang asing tanpa izin.

Dalam pada itu, Alimuddin Mohd Ajay yang mengetuai serangan pendatang asing berkenaan menyerah diri di Balai Polis Kunak dan ditahan reman untuk membantu siasatan polis. Setakat ini polis mengesahkan hanya seorang ditahan berhubung kejadian yang meragut dua nyawa dan mencedera parah empat orang dan seorang peguam cedera ringan.










TEMBUS...Salah sebutir peluru yang menembusi kereta yang dinaiki James ketika beredar dari ladang berkenaan.


PECAH....Cermin kereta yang hampir berkecai diserang pendatang asing.




KENAL..James mengenali penjenayah yang menembaknya.

Thursday, February 12, 2009

PENDATANG ASING SERANG PEGUAM DAN PEKEBUN KECIL

SEKURANG-kurangnya lima orang cedera parah termasuk seorang peguam akibat diserang oleh sekumpulan pendatang asing tanpa izin yang diketuai oleh Alimudin Mohd Ajay di Skim Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak.

Mengikut makluman awal yang diterima, seramai kira-kira 50 orang pekebun kecil yang mendapat perintah injuksi daripada Mahkamah Tinggi Tawau sejak Februari 2008 telah memasuki kebun mereka untuk menuai hasil, namun mereka telah diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan lelaki seramai 100 orang ketika sampai di pintu pagar yang dijaga oleh pekerja Syarkat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad.

"Mereka menyerang kami secara tiba-tiba. Kami tidak bawa apa-apa senjata selain daipada sabit dan tombak. Mereka menembak secara liar menggunakan bakakuk (senapang buatan sendiri) sehingga ramai cedera," ujar seorang pekebun kecil yang meminta namanya dirahsiakan.

Menurut saksi tersebut, kereta mereka turut dipotong dengan menggunakan chainsaw, cermin kereta mereka dipecahkan sehingga mereka tidak mampu berbuat apa-apa melainkan melarikan diri.

"Tetapi peguam kami, James Valentino Tanggar cedera di tangan ketika menangkap parang yang ditetak ke arahnya," kata saksi tersebut melalui telefon.

Manakala seorang saksi lagi, Omber, berkata dua orang anaknya cedera parah dan beliau belum mengetahui keadaan anaknya yang masih dirawat di Hospital Kunak kerana luka parah ditetak dan dipukul dengan senjata tajam.


Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net

IRWAN IDRIS MEMPERTAHANKAN PTI?



BERIKUT adalah catatan Irwan Idris dalam blognya http://irwanidris.wordpress.com

Ketika saya menulis artikel ini, saya memikirkan perasaan rakan blogger yang dikenali sebagai mutalibmd yang menulis dialamat beliau http://mutalibmd.blogspot.com mungkin dia akan tersinggung atau mungkin juga dia akan terasa saya menulis sesuatu yang tidak benar.

Yang pasti, saya tahu dia bukanlah seorang yang boleh menerima kritikan, sebagaimana di dalam blog beliau hanya terdapat penulisan beliau yang tidak boleh dikomen dan di kritik sekiranya penulisan beliau ada kesilapan atau pun kekurangan dari sudut maklumat yang mungkin harus di teliti sebelum penulisan itu berada di daerah yang disebut BLOG.

Saya salute dengan keberanian beliau menulis sesuatu dari sudut pandang beliau. Adakah tepat sudut pandang beliau tentang sesuatu perkara? Semua penulisan beliau, kebenarannya, hanya dia dan Tuhan dan orang yang ditulis oleh beliau saja yang tahu.

Namun, artikel ini saya letakkan tajuk sedemikian atas artikel yang beliau paparkan bertajuk Pati atau Padi?

Bukan membela Mohd Shahrin Abd Razak, tetapi ingin menyatakan maklumat tentang Superintendan Idris Jikon yang digambarkan seperti artikel beliau - “Lebih hebat lagi, Shahrin boleh menyertai rombongan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Idris Jikon ke Sulawesi bersama pegawai kerajaan yang lain.”

Kenyataan ini jelas membuktikan mutalibmd tidak kenal siapa yang ditulis.

Pada waktu rombongan ke Bogor itu, Idris Jikon bukanlah seorang pegawai polis lagi. Beliau telah pun pencen sejak bulan February 2008.

Dalam masa yang sama, pangkat terakhir yang disandang oleh beliau adalah Assistant Commissioner Police atau singkatannya ACP. Benar Lahad Datu antara daerah yang pernah beliau naungi sebagai Ketua Polis Daerah, tapi pada masa rombongan ke Bogor, sudah hampir 2 tahun beliau ditukarkan ke daerah lain.

Oleh itu, saya ingin menegur saudara saya mutalibmd yang Berani menulis tetapi kalau berani, biarlah berani kerana benar. Jangan sampai tersilap tulis, sehingga teguran pun tidak diendahkan bagi membenarkan fakta.

IRWAN IDRIS

JAWAPAN MUTALIB M.D

Sebagai penulis blog, saya bertanggung jawab di atas apa yang saya tulis. Teguran saudara amat dihargai, namun saya tegas dengan pendirian saya bahawa Shahrin ditangkap dan dihantar balik ketika bapa saudara iaitu Supritendan Idris Jikon Ketua Polis Daerah Lahad Datu.

Pegawai polis yang menangkap Mohd Shahrin ialah Inspektor Shazwan atas arahan Ketua Polis Daerah. Saya rasa tidak wajar membongkar masalah peribadi hitam Ketua Polis Daerah ketika bertugas, namun saya hanya berminat untuk menjelaskan kedudukan bahawa walaupun Idris tahu Shahrin adalah pendatang haram Indonesia yang mendapat kad pengenalan palsu dan projek, namun masih boleh bermesra dan tidak merasa bersalah.

Perlu saudara Irwan ingat, bahawa manusia hanya sekali sahaja dilahirkan oleh seorang ibu dan bukan oleh dua atau tiga orang ibu. Jika Shahrin anak jati Sabah, di mana tembuni dia ditanam dan di mana dia bersekolah? Adalah tidak mungkin jika Sahrin di lahirkan di Indonesia boleh masuk semula ke dalam perut ibu dan meminta dilahirkan di Sabah sekali lagi?

Saya lebih mengenali Shahrin daripada saudara Irwan. Saya dan hampir seluruh warga Lahad Datu juga lebih mengenali bapa saudara daripada saudara Irwan sendiri.

Caption yang dinyatakan di bawah gambar tidak memberi sebarang makna kerana gambar tersebut memberi penjelasan yang saudara tidak dapat nafikan.

Terima kasih di atas keprihatinan saudara mengkritik saya.

Wednesday, February 11, 2009

PEMIMPIN SABAH BUTA IT?




NOTIS BERAMARAN:

Semua kenyataan yang disampaikan MUTALIB M.D di ruangan khas ini adalah pendapat beliau secara peribadi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beliau. Apa yang dinyatakan tidak semestinya mencerminkan pendirian atau pendapat SABAHKINI.NET.




JENDELA KUASA:

KEJAYAAN Pakatan Rakyat mendapat undi popular pada pilihanraya umum 2008 dan diikuti dengan kejayaan berganda Pakaran Rakyat dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu belum mampu membuka mata pemimpin Sabah terhadap teknologi maklumat (IT).

Kefahaman IT yang senada dengan pemimpin Sabah adalah 'Itik Tempang' kerana majoriti pemimpin Sabah buta IT dan boleh dikira dengan jari pemimpin yang celik IT daripada keseluruhan 60 Adun dan 25 Ahli Parlimen.

Keghairahan sesetengah pemimpin Sabah untuk mempunyai laman web sendiri mendorong merepak mengupah 'penulis upahan' atau 'blogger hantu' yang menyelenggara blog mereka sekalipun hanya sekali sekala dikemaskini.

Ada pemimpin di Sabah mempunyai lebih daripada dua blog, namun tidak ada satu yang sempurna menyebabkan kehadiran mereka di dunia siber atau myra hanya menjadi pengacau atau 'bersetinggan' di portal yang gagal mempengaruhi atau meyakinkan para pengundi mereka.


Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net

SEKOLAH INDONESIA MENCABUL UNDANG-UNDANG?



MENYANYI...Kanak-kanak ini sedang menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia dengan penuh semangat.


KERAJAAN Malaysia harus menetapkan dasar yang khusus selaras dengan Perlembagaan Malaysia agar kehadiran Sekolah Indonesia di Sabah tidak disalahtafsir oleh masyarakat yang selama ini 'Anti-Pendatang Asing'.

Aktivis masyarakat, Dr Chong Eng Leong berkata, ketidak selarasan dasar ini menyebabkan rakyat keliru kerana Perlembagaan Persekutuan dicabuli sewenang-wenangnya oleh pemimpin negara tanpa rasa segan dan peka dengan sensitiviti rakyat Sabah yang tersepit di tengah krisis identiti.

"Baru-Baru ini, Pengarah Imigresen Sabah memberi jaminan bahawa pekerja asing yang ingin memperbaharui pas lawatan kerja sementara harus menghantar balik semua defendan (anak dan isteri) mereka dan yang mahu masuk bekerja di Sabah, tidak boleh membawa defendan mereka," ujar Chong yang membidas sikap acuh tidak acuh Kerajaan Persekutuan terhadap aspirasi rakyat Sabah.

Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net

Sunday, February 8, 2009

KEMBALINYA RAKAN SEPERJUANGAN




PERMATA YANG HILANG...Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad adalah antara pemimpin dan warga Sipitang yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Awang Rakawi Awang Said,(48).

Allahyarham merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Sipitang menghembus nafas terakhirnya malam Khamis lalu di kediamannya Kampung Pasir Puteh Putatan.

Allahyarham yang menghidap kanser adalah juga merupakan salah seorang usahawan bumiputera yang berjaya dalam perniagaan jualan langsung dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Umno Bahagian Sipitang dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin.

Komitmen yang tinggi dan keseriusan serta kesetiaan dalam melaksanakan perjuangan parti, Allahyarham pernah disifatkan sebagai pemimpin muda bahagian Sipitang yang berpotensi selain seorang pemimpin yang mudah didampingi dan begitu mudah mesra.

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan umat Islam di Kampung Marintaman, Sipitang kelmarin.

Selain Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang, turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir itu termasuklah Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Yusuf Datuk Seri Panglima Kassim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin dan Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa.

NOTA: Awang Rakawi merupakan rakan seperjuangan ketika sama-sama bertugas di Jabatan Audit Negara dan merupakan seorang rakan yang bersemangat waja sekalipun menghadapi hidup sukar dengan penuh tabah. Alfatihah dan takziah buat keluarga allahyarham.(MUTALIB M.D)