Search This Blog

Thursday, February 12, 2009

PENDATANG ASING SERANG PEGUAM DAN PEKEBUN KECIL

SEKURANG-kurangnya lima orang cedera parah termasuk seorang peguam akibat diserang oleh sekumpulan pendatang asing tanpa izin yang diketuai oleh Alimudin Mohd Ajay di Skim Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak.

Mengikut makluman awal yang diterima, seramai kira-kira 50 orang pekebun kecil yang mendapat perintah injuksi daripada Mahkamah Tinggi Tawau sejak Februari 2008 telah memasuki kebun mereka untuk menuai hasil, namun mereka telah diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan lelaki seramai 100 orang ketika sampai di pintu pagar yang dijaga oleh pekerja Syarkat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad.

"Mereka menyerang kami secara tiba-tiba. Kami tidak bawa apa-apa senjata selain daipada sabit dan tombak. Mereka menembak secara liar menggunakan bakakuk (senapang buatan sendiri) sehingga ramai cedera," ujar seorang pekebun kecil yang meminta namanya dirahsiakan.

Menurut saksi tersebut, kereta mereka turut dipotong dengan menggunakan chainsaw, cermin kereta mereka dipecahkan sehingga mereka tidak mampu berbuat apa-apa melainkan melarikan diri.

"Tetapi peguam kami, James Valentino Tanggar cedera di tangan ketika menangkap parang yang ditetak ke arahnya," kata saksi tersebut melalui telefon.

Manakala seorang saksi lagi, Omber, berkata dua orang anaknya cedera parah dan beliau belum mengetahui keadaan anaknya yang masih dirawat di Hospital Kunak kerana luka parah ditetak dan dipukul dengan senjata tajam.


Berita Lanjut sila lawat http://www.sabahkini.net

3 comments:

Anonymous said...

PTI ini tidak boleh diganggu. Mereka ini mahluk terpelihara...(protected species)

Unknown said...

Mana sudah orang2 kuat Indiginious people of sabah ni yg di gelar head hunter...pigilah sumpit PTI tu dan potong kepala diorang buat trofi...takkan sdh jadi pengecut bangsa2 Sabah & Sarawak ni...takkan cakap besar saja..PTI pakai bakakuk & Kamurang pun boleh pakai bah....

Little Mike (LM) said...

Apa perkembangan kes ini? harap tindakan DRASTIK dapat diambil untuk menangani jenayah yang dilakukan oleh PATI... Jangan dibiarkan bumi kita tercemar oleh tangan mereka yang berdarah oleh niat kotor...

Cari rezeki buat la cara mencari rezeki.. selebihnya paksikan diri anda dan kita semua kepada ALLAH...