Search This Blog

Thursday, February 12, 2009

IRWAN IDRIS MEMPERTAHANKAN PTI?



BERIKUT adalah catatan Irwan Idris dalam blognya http://irwanidris.wordpress.com

Ketika saya menulis artikel ini, saya memikirkan perasaan rakan blogger yang dikenali sebagai mutalibmd yang menulis dialamat beliau http://mutalibmd.blogspot.com mungkin dia akan tersinggung atau mungkin juga dia akan terasa saya menulis sesuatu yang tidak benar.

Yang pasti, saya tahu dia bukanlah seorang yang boleh menerima kritikan, sebagaimana di dalam blog beliau hanya terdapat penulisan beliau yang tidak boleh dikomen dan di kritik sekiranya penulisan beliau ada kesilapan atau pun kekurangan dari sudut maklumat yang mungkin harus di teliti sebelum penulisan itu berada di daerah yang disebut BLOG.

Saya salute dengan keberanian beliau menulis sesuatu dari sudut pandang beliau. Adakah tepat sudut pandang beliau tentang sesuatu perkara? Semua penulisan beliau, kebenarannya, hanya dia dan Tuhan dan orang yang ditulis oleh beliau saja yang tahu.

Namun, artikel ini saya letakkan tajuk sedemikian atas artikel yang beliau paparkan bertajuk Pati atau Padi?

Bukan membela Mohd Shahrin Abd Razak, tetapi ingin menyatakan maklumat tentang Superintendan Idris Jikon yang digambarkan seperti artikel beliau - “Lebih hebat lagi, Shahrin boleh menyertai rombongan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Idris Jikon ke Sulawesi bersama pegawai kerajaan yang lain.”

Kenyataan ini jelas membuktikan mutalibmd tidak kenal siapa yang ditulis.

Pada waktu rombongan ke Bogor itu, Idris Jikon bukanlah seorang pegawai polis lagi. Beliau telah pun pencen sejak bulan February 2008.

Dalam masa yang sama, pangkat terakhir yang disandang oleh beliau adalah Assistant Commissioner Police atau singkatannya ACP. Benar Lahad Datu antara daerah yang pernah beliau naungi sebagai Ketua Polis Daerah, tapi pada masa rombongan ke Bogor, sudah hampir 2 tahun beliau ditukarkan ke daerah lain.

Oleh itu, saya ingin menegur saudara saya mutalibmd yang Berani menulis tetapi kalau berani, biarlah berani kerana benar. Jangan sampai tersilap tulis, sehingga teguran pun tidak diendahkan bagi membenarkan fakta.

IRWAN IDRIS

JAWAPAN MUTALIB M.D

Sebagai penulis blog, saya bertanggung jawab di atas apa yang saya tulis. Teguran saudara amat dihargai, namun saya tegas dengan pendirian saya bahawa Shahrin ditangkap dan dihantar balik ketika bapa saudara iaitu Supritendan Idris Jikon Ketua Polis Daerah Lahad Datu.

Pegawai polis yang menangkap Mohd Shahrin ialah Inspektor Shazwan atas arahan Ketua Polis Daerah. Saya rasa tidak wajar membongkar masalah peribadi hitam Ketua Polis Daerah ketika bertugas, namun saya hanya berminat untuk menjelaskan kedudukan bahawa walaupun Idris tahu Shahrin adalah pendatang haram Indonesia yang mendapat kad pengenalan palsu dan projek, namun masih boleh bermesra dan tidak merasa bersalah.

Perlu saudara Irwan ingat, bahawa manusia hanya sekali sahaja dilahirkan oleh seorang ibu dan bukan oleh dua atau tiga orang ibu. Jika Shahrin anak jati Sabah, di mana tembuni dia ditanam dan di mana dia bersekolah? Adalah tidak mungkin jika Sahrin di lahirkan di Indonesia boleh masuk semula ke dalam perut ibu dan meminta dilahirkan di Sabah sekali lagi?

Saya lebih mengenali Shahrin daripada saudara Irwan. Saya dan hampir seluruh warga Lahad Datu juga lebih mengenali bapa saudara daripada saudara Irwan sendiri.

Caption yang dinyatakan di bawah gambar tidak memberi sebarang makna kerana gambar tersebut memberi penjelasan yang saudara tidak dapat nafikan.

Terima kasih di atas keprihatinan saudara mengkritik saya.

3 comments:

tawau said...

petikan dr ruang komen irwan idris

http://irwanidris.wordpress.com/2009/06/17/warkah-buat-admin-sabahkini-net/



Assalamualaikum,,

saya capai web anda dari google, dan sy juga salah seorang pengunjung sk.net.



pada pendapat sy
apa yg irwan coba tonjolkan pada posting ini

coba
berbangga dengan kelebihan yg d miliki menggunakan domain nama "IRWANIDRIS"
seterusnya menjatuhkan kreditibiliti web lain.

menurut cikgu sy masa blajar dlu..
anda adalah di tergolong dgn org2 yg BUSUK HATI.

soalan sy utk idris yg busuk hati?
kenapa ko perlu risau & menetang penulisan sk.net??
nasihat saya.. Tak suka Boleh pergi!, Tak perlu susah Hati.


soalan pasal nama
"Saya sebagai ISLAM, yang benar sudah pasti AL-Quran dan Hadith"



nko sungguh berbangga dengan irwanidris.wordpress.com
dan "by irwan idris", adakah ini menunjukkan semua artikel disini adalah bernas dan sahih???

ada apaa pada NAMA???


sejauh manaa kebenaran kesahihan dalam web irwanidris.
wlaupun ko letak nama, No telp. dan alamat surat menyurat di sini... ... bagi saya.. KO takder bezanya dgn sk.ne.t
baik buruk artikel itu bergantung dr corak penerimaan pengunjung. (dr +ve/-Ve).

"Saya sebagai ISLAM, yang benar sudah pasti AL-Quran dan Hadith".

agak malang bagi sk.net d kunjungi oleh kamu yg mau mencari kelemahan utk di jadikan senjata penulis di sini..


utk pengetahuan Nko... kreditibiliti sk.net terletak di sini



http://www.dnsstuff.com/tools/whois/?tool_id=66&token=&toolhandler_redirect=0&ip=sabahkini.net

semua hal2 saman menyaman boleh cari dkat atas...


siapa lempar batu sembunyi tangan???

utk web http://irwanidris.wordpress .com....
hal saman menyaman... akan di filekan kepada domain WORDPRESS
... seterusnya kpd HANTU/pengundi HANTU...
hantu2 tersebut anya terikat pada undang2 wordpress semasa mula pendaftaran,,,,

ada paam ka itu?


Akhir kata.. Jgn lah meburuk2kan web yg anda kunjungi... masig2 ada kelebihan dan kekurangan...
.. semua itu .. anya sementara /cari makan punya pasall. ehehhe..




ikhlas dari ku...

FAROCK bukan nama sebenar

(komentar tk.com yg telah di tutup ruang komennya, akibat takut dgn kebenaran)

irwan idris tidak memasukan komen ini ke blog tersebut sbb malu atas tindakannya sblm ini...

Anonymous said...

irwan idris blog yg bertopengkan islam..

berlandaskan COVER ALBUM yg tak laku…
sumjber penarik google...
(masuk page hubungi)


--

Skill Computer
Adobe Photoshop 95%
Adobe Premiere 87%
Adobe Macromedia 60%
Offshore Bank 97%
Forex 60%
Ebay online business 89%
Webdesign 96%


dlm web sdikit pon x der GRAFIK yg dia buat... kononya pakar adobe...

blog pon 100% guna template free -tapi mengaku webdesign...

heheehe...


yg penting..

dia nie pelakon.. hhuhuhuhu
di tolak belakon di TV nak balakon Plak di BLOG...

ahahahaha..

Pengalaman si irwan..
panyanyi kumpulan nasyid..
di tendang oleh kawan2nya sbb asyik nak guna nama irwan jak..... dlm tajuk album.. (rujuk nama blog).
last2 dia buat album sendiri.... yg tak laku2.. ehehehe kasihan....


si irwan nie tak bleh percaya 90%...

tengok jak mengaku bolehEditing Video ,,Graphic Design , Photografi
tapi semua gambar2 celuk di GOOGLE....


BAnner Blognya pon main - cut n paste eheheheh ( meh aku tolong wat kan ko banner utk tutup malu irwan).. email jak ilmuhitamatgmail.com free


ahahaha


komen nie dia tak aprovedkan pd blog http://irwanidris.wordpress.com/2009/06/17/warkah-buat-admin-sabahkini-net/#comment-954

takut pecah tembelangnya.. hehehe....

Anonymous said...

Sekurang2nya dia pakai nama betul, kamu dua ayam... Kasi malu mama bapa saja... sama la kita...

hehehehehehe