Search This Blog

Sunday, February 8, 2009

KEMBALINYA RAKAN SEPERJUANGAN




PERMATA YANG HILANG...Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad adalah antara pemimpin dan warga Sipitang yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Awang Rakawi Awang Said,(48).

Allahyarham merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Sipitang menghembus nafas terakhirnya malam Khamis lalu di kediamannya Kampung Pasir Puteh Putatan.

Allahyarham yang menghidap kanser adalah juga merupakan salah seorang usahawan bumiputera yang berjaya dalam perniagaan jualan langsung dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Umno Bahagian Sipitang dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin.

Komitmen yang tinggi dan keseriusan serta kesetiaan dalam melaksanakan perjuangan parti, Allahyarham pernah disifatkan sebagai pemimpin muda bahagian Sipitang yang berpotensi selain seorang pemimpin yang mudah didampingi dan begitu mudah mesra.

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan umat Islam di Kampung Marintaman, Sipitang kelmarin.

Selain Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang, turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir itu termasuklah Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Yusuf Datuk Seri Panglima Kassim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin dan Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa.

NOTA: Awang Rakawi merupakan rakan seperjuangan ketika sama-sama bertugas di Jabatan Audit Negara dan merupakan seorang rakan yang bersemangat waja sekalipun menghadapi hidup sukar dengan penuh tabah. Alfatihah dan takziah buat keluarga allahyarham.(MUTALIB M.D)

No comments: