Written by Admin |
Monday, 23 November 2009 07:28 |
Oleh : ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH. SAYA ingin mengambil kesempatan dan peluang untuk turut bersama Adun-Adun Negeri Sabah bagi membincangkan Perbahasan BAJET NEGERI SABAH yang dibentangkan oleh Ketua Meteri Sabah minggu lalu pada 13 November 2009 Sebagai Wakil Rakyat yang Tak Berkerusi (Wakil Rakyat Blogger Sabah) ke arah perbincangan belanjawan Negeri Sabah yang dibentangkan. Bagi maksud ini saya ingin menyentuh satu tajuk baru yang amat asing bagi kita dan tidak pernah berlaku sejak kita merdeka 46 tahun dulu. PENERBITAN BON SABAH Datuk Musa aman menganggap perkara ini adalah profail kredit (credit profile) bagi Negeri Sabah dengan pengiktirafan dan peningkatan Rating Agency Malaysia (RAM) AAA oleh Kerajaan Persekutuan. TERIMAAN BUKAN HASIL sebanyak RM818.82 juta atau 26.18 peratus termasuklah sejumlah RM544.00 juta daripada penerbitan bon mengikut perancangan kewangan negeri, seperti yang dilaporkan oleh Ketua Menteri Sabah. “Seharusnya menjadi pendorong kepada kita untuk berusaha dengan lebih gigih. Eksesais penerbitan bon ini adalah yang pertama kali pernah dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri. Ia juga menampilkan profail kredit (credit profile) negeri Sabah ke dunia pelaburan dan membuka peluang untuk mendapatkan sumber pembiayaan kos rendah di pasaran kewangan”. Datuk Musa Aman – Budjet 2010. Tujuan penerbitan bon ini adalah untuk membiayai projek-projek komersial berpotensi dan berdaya saing (viable) menerusi kos pembiayaan yang rendah, di samping menjana hasil negeri pada masa hadapan. Ini juga akan menambah keupayaan kewangan negeri ke atas usaha membiayai projek pembangunan asas dan sosio ekonomi dengan lebih efektif tanpa bersaing dengan sumber yang sama. Pendekatan yang diambil ini dapat memperluaskan ‘revenue-base’ negeri yang menuntut disiplin baru dalam pengurusan kewangan. Ia juga sejajar dengan usaha melakukan transformasi dan lonjakan ekonomi bersama-sama dengan sektor swasta sebagai rakan kongsi. Apapun jumlah Belanjawan yang disediakan oleh Kerajaan Sabah, hatta RM1 pun belanjawan itu adalah dianggap BAJET MESRA RAKYAT. Walaubagaimanapun dalam perancangan jangka panjang adalah tidak bijak bagi kita untuk membelanja wang yang kita tidak perolehi, lebih-lebih lagi jika kita kena membelanjakan wang yang dipinjam melalui Pengeluaran Bond. Sebagai contoh: Berita selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net |
Search This Blog
Friday, February 5, 2010
SABAH KE ARAH NEGERI MAJU 2015?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment