Search This Blog

Thursday, February 4, 2010

SELESAIKAN SEGERA ISU SIJIL ANAK NEGERI PALSU












Written by Admin
Wednesday, 21 October 2009 06:48

Oleh: HAFIZ JAMAIL

“RIBUAN ekar tanah milik anak negeri kini telah beralih milik kepada bukan anak negeri tetapi memiliki Sijil Anak Negeri, “ begitulah keluhan seorang balu, Rosinah Nasiri, yang menjadi mangsa akibat daripada penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu yang kini berleluasa digunapakai oleh golongan tertentu untuk merampas tanah milik anak negeri.

Rosinah, 44, daripada suku Orang Sungai yang menghubungi Sabahkini.net berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusu Murut Bersatu (UPKO) seperti disiar oleh sebuah akhbar tempatan pada Isnin 19 Oktober 2009.

Menurut Rosinah, beliau sekeluarga adalah antara ribuan penduduk orang asal Negeri Sabah yang lebih dikenali sebagai anak Negeri yang telah menjadi mangsa akibat penggunaan sijil anak negeri palsu oleh seorang wanita berbangsa Cina, Rose Lee Lie Mie tetapi memiliki sijil anak negeri palsu.

“Tanah peninggalan arwah ayah kandung saya, Nasiri Bin Yahya telah dipindahmilik kepada Rose. Saya telahpun membuat siasatan dan setelah mendapati sijil digunakan penama tersebut sebagai palsu saya telah laporkan penggunaan sijil palsu tersebut kepada Polis tetapi sehingga sekarang Polis tidak ada membuat sebarang tindakan,” tambah Rosinah.

Rosinah menyatakan beliau amat sedih kerana ramai Anak Negeri Sabah terpaksa meninggalkan negeri tumpah darah mereka dan berhijrah ke semenanjung kerana tanah pusaka peninggalan ibu bapa dan nenek moyang mereka telah dirampas tanpa mendapat sebarang pembelaan.


Berita selanjutnya sila layari www.sabahkini.net

No comments: