| |
Written by Admin |
Monday, 26 April 2010 08:48 |
BADI.... Mampukah Ketua Polis Daerah, DSP M Radzali Mahmud menghilangkan Badi Dingka dan Tan Hiap Wah untuk menghapuskan imej 'High Chaparral' di Kunak ketika kemunculan semula Sarjan Tassim?
Oleh: GEOFFEREY JR JIKA Jabatan Penerangan Malaysia sebelum ini popular dengan Program K3P @ Penonton, Pembaca & Pendengar; Polis Kunak juga terkenal dengan K5P iaitu Polis, Penyamun, Perompak, Pencuri dan Penipu. Secara tradisi Polis Kunak terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan segala kegiatan jenayah yang berlaku di Kunak kerana salahguna kuasa dan rasuah adalah budaya yang memangkinkan kegiatan jenayah termasuk; pengedaran dan penagihan dadah; rampasan Hak Anak Negeri Sabah; rasuah yang melibatkan semua peringkat jawatan. Sebagai Pekan Koboi, ‘High Chaparral’ Kunak dikendalikan secara tidak wajar oleh Ketua Polis yang menjadikan Kunak sebagai Wilayah Autonami mereka sendiri dan tidak tertakluk kepada Undang-Undang Negara dan sekaligus mencabul Perlembagaan Persekutuan. Polis Kunak seperti Polis Amerika atau ‘Sheriff’ dalam filem koboi ‘High Chaparral’ boleh melakukan apa sahaja termasuk melakukan rompakan di siang hari, menyumbat sesiapa sahaja ke dalam lokap; mengengkari dan menghina mahkamah; menjadi hakim yang menjatuhi hukuman di luar mahkamah; malah menjadi Mafia yang mendalangi kegiatan jenayah yang berlaku di Kunak. Tingkayu Gate adalah bukti jelas untuk mengklasifikasikan Polis Kunak sinonim dengan Israel yang mengancam kedaulatan Bumi Palestin dan mencabul hak asasi manusia tanpa ada pihak berkuasa yang berani menentang atau menghalang perbuatan jenayah oleh Polis Kunak; sekalipun isu ini telah dibawa dan dibahas di Parlimen Malaysia dan Di Dewan Undangan Negeri Sabah. KUMPULAN K5P: POLIS RAKYAT Kunak terutama 171 peserta Skim Pekebun Kecil Tingkayu yang mendapat Perintah Injunksi Mahkamah begitu allergik dengan Polis Kunak sejak era DSP Dingka Utoh berkawan dan ‘bersaudara anjing’ dengan Penyamun Tanah, Alimuddin Mohd Ajay yang kononnya dilantik oleh Penipu Besar, Syarikat Kemajuan Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) untuk merompak hasil pekebun kecil. Keganasan Polis Kunak ‘disokong’ oleh Pesuruhjaya Polis Sabah yang ‘buta undang-undang’ dan melakukan jenayah ‘Menghina Mahkamah’ kerana secara sedar dan terbuka mendakwa tanah CL 245361951 adalah milik SKPTTB sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Clement Skinner telah meluluskan Injunksi bagi Kes T (21) 4 Tahun 2008 pada 1 Februari 2008 yang berbunyi: Paparan selanjutnya sila layari: www.sabahkini.net |
No comments:
Post a Comment