Search This Blog

Monday, January 19, 2009

SHAFIE AFDAL SABOTAJ MUSA AMAN?



MANTAN Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 14 Januari 2009 memberitahu bahawa beliau telah menemui Datuk Shafie Afdal untuk meminta bantuan menyelesaikan kes pencerobohan Sipadan yang didakwa menjadi punca utama bantahan terhadap Patung Dewi Laut Ma Tzu.

Namun dalam keterangannya di hadapan Hakim Yew Jen Kie, Chong berkata," Saya tidak boleh memberi tahu perkataan sebenar yang diucapkan Musa Aman terhadap Shafie yang dituduh bersekongkol dengan saya mensabotaj projek Sipadan."

Menurut Chong, cadangan pengswastaan selama 25 tahun projek pelancongan yang dicadangkan oleh sebuah syarikat tempatan di Pulau Sipadan dan Ligitan telah ditolak oleh Jawatankuasa Bersama yang melawat pulau berkenaan sebelum ditolak oleh Kabinet Persekutuan.

Akibatnya berlaku perang mulut antara Musa Aman dengan Chong Kah Kiat yang dituding bersekongkol dengan Shafie yang ketika itu sebagai Ahli Parlimen Semporna dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Lonjakan daripada itu tercetus perang dingin antara Shafie dengan Musa yang berlanjutan dan disedari ramai pemimpin UMNO Sabah terutama menjelang pilihanraya umum 2008 dan selepas Perdana Menteri mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada pemimpin Pro-Shafie.

Mengikut sumber dalaman UMNO yang boleh dipercayai, sebagai persediaannya untuk mengukuhkan kuasa dan jentera pentadbiran, Musa telah melantik Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Daud Tampokong ke jawatan asalnya walaupun ketika siasatan Badan Pencegah Rasuah penghujung tahun lalu, Daud telah meletakkan jawatan.

Manakala Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah, Datuk Kadzim Yahya telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Sabah menggantikan Datuk Zaki Gusmiah yang kini tidak lagi relevan dengan perjuangan Musa untuk menyelamatkan karier politiknya.

Sebaliknya, Shafie sudah mula mencadangkan adiknya, Haji Mohd. Yusof, iaitu mantan Ketua UMNO Silam yang pernah digantung kepada politik wang sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah apabila beliau mengambil alih jawatan Ketua Perhubungan UMNO Sabah kelak serentak dengan pelan peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib.

Namun ramai pemimpin UMNO daripada peringkat bawah dan pertengahan mula membisikkan rasa tidak puas hati yang kebanyakannya menentang pelan peralihan kuasa yang tidak menguntungkan ahli UMNO kerana banyak isu kepimpinan belum dapat diperjelaskan dengan baik sehingga menjadi salah satu punca kekalahan UMNO pada pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu.

"Pak Lah masih lagi mampu, berilah dia peluang meneruskan kepimpinan dan menyiapkan visinya. Masa yang semakin suntuk akan menyebabkan semua kucar kacir kerana pihak yang ingin menerima kuasa tidak sabar dan pihak mahu menyerahkan kuasa semakin gelisah disebabkan banyak hal yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh peralihan yang dicadangkan," ujar Malik Rahmat seraya meminta meminta agar Pak Lah menangguhkan hasratnya selama satu penggal lagi kerana keadaan negara sudah mula pulih walau kemelesetan ekonomi masih terasa.

Kata Malik, ketika Tun Mahathir mengambil alih jawatan daripada Tun Hussin, ekonomi juga gawat tetapi Pak Lah lebih bijak daripada Mahathir dan berjaya menyerap kegawatan dengan membatalkan banyak projek mega yang tidak menguntungkan kerajaan dan rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Kata Malik, ketika Tun Mahathir mengambil alih jawatan daripada Tun Hussin, ekonomi juga gawat tetapi Pak Lah lebih bijak daripada Mahathir dan berjaya menyerap kegawatan dengan membatalkan banyak projek mega yang tidak menguntungkan kerajaan dan rakyat. ~~~ apa contoh projek yg tdk menguntungkan itu? jambatan bengkok? atau double track?

Anonymous said...

SIAPA SABOTAJ SIAPA? KEMUSKILANYA,Persoalan yang sama, Kepimpinan yang sama, Misi yang sama. Hakikatnya Pemimpin UMNO perlu ada persefahaman sekiranya mereka telah menyedari hakikat sebenar Parti UMNO telah menuju keambang kehancuran kelak. Persoalan mungkin timbul, Siapa dalang ? Kita jangan cuba menuding jari kepada seseorang, jauh sekali pada Pengundi kita katakan tidak pandai berterima kasih. Bak kata Tun Mahathir dahulu, " MELAYU MUDAH LUPA ". Pensiangan satu lagi pengukur kekuatan UMNO / BN selepas ukuran Permatang Pauh dan terkini Kuala Terengganu jawapanya kita diragui bahkan dengan pelbagai alasan yang tidak relevan. Kita dengan bongkak bercakap mengenai kekayaan isu dan memperlekeh Parti Pakatan / PAS yang bukan saja ketandusan isu bahkan ketandusan Calon juga. Kita dengan sombongnya menyatakan UMNO / BN begitu mudah dapat merampas kerusi-kerusi tersebut. Hakikatnya, kita seharusnya bersyukur mampu juga merampas dan membawa kembali Kerusi-Kerusi dan Meja-meja yang kita diguna semasa proses pilihanraya sebelum disapu bersih oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Apa pula kita nyatakan ? Tentulah berbagai alasan kita lontarkan demi mengabui mata penyokong akibat perbuatan kita yang sanggup mendahului ketentuan Allah yang maha kuasa. Bahkan sedikit sebanyak akan menambah lagi kemarahan kaum lain kepada kaum kita Melayu Yang Mudah Lupa khususnya UMNO itu sendiri. Kita terlalu angkuh untuk menyatakan betapa orang melayu tak akan kemana sokongan mereka. tetapi kita lupa dengan pelbagai janji yang kita telah janjikan semasa PU12. Perkampungan orang Melayu berbanding perkampungan kaum lain amat ketara kedaifan mereka. Kita sering kali menganggap masyarakat melayu itu sendiri punya sikap mentaliti subsidi, Kita selaku Pemimpin sikap apakah yang ada pada kita ? Memenangi hati penyokong perlukah kita mengheret mereka dengan perilaku kekasaran ? Semua ini sama saja senarionya. Buktinya jelas, Tanya Pengerusi Disiplin Parti ada berapa kes yang dikendalikan oleh Jawatankuasa mereka, Apakah kes yang menonjol pada pandangan Jawatankuasa tersebut ? Masyarakat hari ini mungkin tidak keterlaluan menyatakan orang Murut diPendalaman Sabah, Orang Palauh diPantai Timor Sabah era penjajah adalah masyarakat yang kuno ketika itu. Tetapi hari ini Masyarakat tersebut telah sebahagian menjadi penentu halatuju kemajuan Negara. Perlukah kita menyangkal hakikat ini ? Jawapan kita dapat terima pada Pilihanraya Kecil Pensiangan kelak dimana masyarakat Kuno yang kita anggap itu akan ada satu tekad untuk menentukan halatuju kepimpinan mereka. Seperkara kita harus sedar dari mimpi, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan menerima majoriti yang mudah bukan dari pengaruh BN semata-mata, KDCAlah penyumbang utama kemenangan YB tersebut. Kita masih ingat lagi satu diantara beberapa janji yang pernah kita janjikan, Pendalaman akan mudah dikunjung terutama Daerah Pensiangan selepas BN menerima kemenangan pada pilihanraya ke11 2004, itu antara cakap pemimpin semasa proses kempen ketika itu. Hari ini kita masih bercakap mengenainya. Apakah kita juga tergolong pada Melayu Mudah Lupa ? Selepas kita mengukur jawapan kita cuba nafikan, Kita jangan mengajar pengikut kita menjadi hipokrit dalam perjuangan, kekadang ada juga terbawa sehingga pada kehidupan harian mereka. YB sentiasa cakap lain dari hakikat sebenar untuk menjadikan penyokong termimpi-mimpi sehingga menjadi angan-angan mat jenin. Saya cukup tabik dengan YB Silam, Bercakap dengan kebenaran. YB Silam mungkin tahu dan faham . Pemimpin adalah Idola pada generasi masa depan. Baik kita tonjolkan maka baiklah kita terima jawapan. Hipokrit kita jadikan maka tak taulah apa lagi yang lebih dasyat dari itu akan kita hadapi masa mendatang. Mari kita fikir-fikirkan sejenak, Amerika dengan kuasa besarnya telah teruji dengan peralihan kuasanya hasil kebongkakan pemimpin utamanya. Hasilnya hari ini kepimpinan telah berubah. Jangan kita salahkan pada individu lain seperti Datuk Seri Anwar umpamanya dilabel talibarut Amerika ! Saya pernah kesuatu Daerah diPantai Timor Sabah. Kebanjiran orang Amerika terlalu ketara sehinggakan ada diantaranya memiliki premis sendiri dengan pekerjanya juga kalangan orang Amerika sendiri walhal Kawasan tersebut bukan kawasan PKR atau Pembangkang. Parlimen dan 3 kawasan DUN adalah milik kita UMNO / BN. Siapakah yang membenarkan mereka ? PKR ke atau BN ? kesimpulan pada semua ini perlu ada persefahaman dan perkongsian pendapat. Sesiapa pun perlu akur dengan pilihan pemimpin pusat tanpa perasaan dan niat hasad dengki.