Search This Blog

Thursday, December 11, 2008

HARAMKAN DEWAN PERNIAGAAN INDIA MUSLIM SABAH


HARAM...Azizul di hadapan pejabat DPIM di Sinsuran yang menjadi koloni PATI India berlindung.

KEGIATAN Dewan Perniagaan India Muslim Sabah yang diterajui oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris merekrut pendatang asing India dikutuk pelbagai pihak.

Terbaru, Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul menggesa agar Jabatan Pendaftar Pertubuhan Sabah, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara bergembleng memeriksa keahlian Dewan Perniagaan berkenaan yang menjadi tempat SUAKA kepada PATI India di Sabah.

Kata Azizul, restoran dan perniagaan runcit yang tumbuh bagaikan cendawan di seluruh Sabah menggunakan tenaga kerja daripada India tanpa permit atau Visa.
“Ketika Mereka ini tidak pandai cakap Melayu tetapi tidak berapa lama kemudian mereka mendapat kad pengenalan. Ramai yang menjadi agen menguruskan visa dan kad pengenalan projek dan bebas berlegar di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran,” kata Azizul lagi yang menggesa Menteri Dalam Negeri menjalankan siasatan rapi berhuung dakwaannya.

Azizul menarik perhatian, seorang PATI India yang menjadi agen permohonan kad pengenalan projek dan passport antarabangsa Malaysia ialah Abdul Jabar Muthalif.

“Saya mempunyai rekod peribadi Abdul Jabbar Muthalif ini. Dia dilahirkan di Karasil Patti, daerah Sivaganga, Tamil Nadu, India. Dia datang ke Sabah pada 1983 sebagai tukang jahit di Kudat tetapi menjadi buruan Imigresen apabila gagal memperbaharui Visa,” kata Azizul yang kesal dengan integriti di Sabah.

Kata Azizul lagi, Jabbar mendapat beberapa kad palsu di zaman Kerajaan Berjaya setelah menjadi buruan Imigresen selama beberapa tahun, namun berjaya membuka beberapa restoran di Kudat dan Kota Marudu.

Jabbar diterima sebagai Ahli Persatuan Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) dan DPIM membantu Jabbar mendapatkan dokumen yang sah melalui jalan belakang iaitu ‘Projek Mahathir’ ketika UMO mengembangkan sayapnya ke Sabah pada 1991.

“Dia dapat IC Projek daripada Abu Ali Ganturon di Bangunan Berjaya dengan mendaftar sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS),” tegas Azizul yang kesal kerana kerajaan tidak memberkas Jabbar walaupun Abu Ali Ganturon ditahan di bawah ISA.

Kata Azizul lagi, Jabbar mendapat kad pengenalan biru H 0488213 dan isterinya, Aysha Bte Abdul Ghani yang ketika itu berada di India turut mendapat kad pengenalan projek H 0488215.

“Aysha ini lahir di Kampung Ranganathapatti, Tamil Nadu, India. Setelah kedua mereka dapat kad pengenalan, mereka berpindah ke Kota Kinabalu dan dengan bantuan DPIM mereka buka restoran di Kampung Air, Kota Kinabalu selain meneruskan restoran mereka di Telupid dan Kota Marudu,” ujar Azizul lagi.

Kata Azizul lagi, bagi mengenang jasa Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Datuk Seri Rafidah Aziz yang banyak membantu DPIM, Jabbar menamakan restorannya di Kota Kinabalu Restoran Rafidaah.

“Anak pertama mereka, Azmah lahir di India tetapi sekarang jadi warga Malaysia,” kata Azizul yang menyatakan Jabbar mempunyai tiga orang anak di Sabah iaitu Siti Rafidaah, 17, (sempena nama Rafidah Aziz), Fairuz 16, (sempena nama menantu Rafidah Aziz) dan Siti Zaharah, 13, (sempena nama Dr Siti Zaharah).

Jabbar amat disayangi Presiden DPIM, Baisul Khan sehingga sanggup memperkenalkan Jabbar dengan muridnya ketika Baisul menjadi guru di Tuaran iaitu Mantan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Imigresen, Bahagian Pas dan Visa, Marcus Akob (Mendiang).

“Saya telah membuat laporan kepada Menteri Dalam Negeri, namun Jabbar masih bebas keluar masuk ke Jabatan Imigresen untuk menguruskan pasport Malaysia bagi PATI India yang mendapat kad pengenalan projek,” ujar Azizul yang menyebut Jabbar mengenakan yuran antara RM1,000 hingga RM30,000 bagi seiap pasport yang diuruskannya.

Namun apabila Marcus meninggal dunia, Jabbar meredakan aktivitinya tetapi ini semakin aktif kerana mempunyai rangkaian meluas di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara mengalahkan pegawai kanan dua jabatan berkenaan.

Kata Azizul lagi, kini Jabbar dan Aysha telah mendapat Mykad bernombor masing-masing 590521-12-5873 dan 620817-12-5252 dan sering kelihatan memandu Prado TZ Siver SA9798C.

1 comment:

guest said...

AZIZUL SANARUL...jngn terlmpau suka jaga tepi kain org dan membuka aib org dan kau pun dari mna datng klau bkan org PTI sama dengn org yg kau fitna kau sudah la org semporna itu pun belum tahu lagi kau kau org sana mungkib kau masuk semporna pakai perahu secara haram jugak dngn bapak kau.....jaga la kau punya piutu dan agar2 laut yg kau tnam d bawa rumah kau itu pun xda permit kamu.,,bwa2x la ber tsubat dngan perangai kmu yg busuk itu...kau kira org asli sbah mcm kau ka bangsa filipin?org asli sabah bangsa murut,kadazan dusun....ingat azizul kau bukan hidup selama2nya ic,harta,nama tidak blh di bawa ke kubur...hanya kain kafan kau saja..azizul kalau kdn,jpn,imegresen buat kerja kau pun tda di sabah laa bodoh....dari pada kau fitnah orang lg baik kau ambil pisau bunuh diri seja lagi baik tidak banyak dosa...ingat azizul sabah ni kecil....

Dari yang benar
-orang yang akan tengok ko masuk neraka jahanam-