Search This Blog

Tuesday, January 13, 2009

MENYUCI DOSA AYAH!



SAYA terima email ini daripada adik Ruhil Amani Ismail, anak seorang tahanan ISA yang kecewa kerana arwah bapanya dijadikan kambing hitam pemimpin negara. Semoga ramai lagi mangsa akan tampil bersama bukti dan membongkar kejalangan pemimpin terdahulu. Tahniah Ruhil!


Assalamualaikum wbk.,

Saudara,

Saya amat tertarik hati apabila membaca tulisan saudara berkenaan isu IC projek yang saudara ketengahkan di dalam blog saudara. Sementelahan pula, saya merupakan salah seorang dari anak kepada mangsa Pegawai JPN yang telah ditahan berhubung pengeluaran IC Projek ini pada tahun 1995 yang saudara dakwa itu (untuk perhatian saudara, kes ini telah berlaku seawal tahun 1992). Sebenarnya peristiwa penangkapan bapa saya ini amat 'terkesan' di hati saya. Walaupun sudah hampir 10 tahun bapa saya meninggal dunia, tapi rasanya saya masih tidak mampu untuk melupakan segala kepahitan dan tekanan hidup yang dihadapi oleh arwah bapa saya hinggalah saat pemergiannya ke Rahmatullah.....semuanya gara-gara IC Projek ini.....walaupun saya tidak pasti sejauh mana kebenarannya dakwaan saudara bahawa IC Projek ini merupakan agenda politik kotor pemimpin terdahulu, tapi saya yakin....natijahnya pegawai bawahan lah yang menanggung segala kesengsaraannya...dan sehingga sekarang, kami sekeluarga tidak akan memaafkan kepada MEREKA-MEREKA yang telah tergamak mempergunakan kuasa mereka demi kepentingan diri sendiri sehingga keluarga kami hidup melarat suatu waktu dahulu.

Terima kasih tidak terhingga di atas usaha saudara dan keberanian saudara mengetengahkan isu ini. Semoga Allah mempermudahkan segala usaha dan perjalanan perjuangan saudara, InsyaAllah.


Ruhil Amani Ismail
Jertih, Terengganu.

Sunday, January 11, 2009

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA!



WALAUPUN sudah hampir sepuluh tahun berlalu, namun buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah masih hangat dan dibicarakan secara terbuka. Buku-buku lain yang seangkatan dengannya iaitu Pengundi Untuk Disewa, IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007-Lelaki Melayu Terakhir hanya dibicarakan secara tertutup.

Memandangkan buku IC Palsu yang dianggap 'master piece' hanya tinggal tidak sampai 100 buah, maka saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan peluang kepada warga Sabah agar mendapatkan buku berkenaan terus daripada MMS & CO seperti alamat yang tertera di dalam blog ini kerana saya tidak lagi bercadang untuk mencetak semula buku tersebut.

Sebagai mengimbas kembali isu IC PALSU di Sabah saya paparkan wawancara WARTAWAN ROCKY MABIN dengan saya.

ROCKY: Saya mengucapkan syabas kepada saudara kerana berjaya menghasilkan buku tersebut yang telah mendapat liputan meluas pihak media dan pemimpin politik di negeri ini, malah telah dibahaskan di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Apa yang mendorong saudara menulis buku ini?

MUTALIB: Terima kasih. Ucapan syabas berkenaan bukan milik saya, sebaliknya milik rakyat Sabah kerana begitu prihatin terhadap hak dan kepentingan mereka sehingga telah membukakan mata pemimpin yang terlena selama ini. Saya hanyalah katalis atau penterjemah segala keluhan rakyat Sabah yang selama ini dihimpit oleh pelbagai karenah birokrasi dan tersepit oleh kepentingan politik golongan tertentu yang mem-percaturkan masa hadapan rakyat untuk merebut kuasa dengan menghalalkan apa cara. Buku ini adalah rakaman segala keluhan yang disuarakan oleh pemimpin dan rakyat Sabah sejak mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963. Soal siapa mendorong saya menulis buku ini tidak timbul kerana sebagai penulis saya memikul tanggung jawab yang berat untuk menjelaskan kebenaran kepada rakyat dan pemimpin. Sebagai seorang Islam saya berpegang teguh kepada amanat Allah melalui surah pertama iaitu Iqra. Allah menyuruh manusia membaca. Apa yang hendak dibaca jika tidak ada apa yang ditulis? Itu fitrah manusia seperti saya dan juga saudara.

ROCKY: Melihat kepada isi kandungan buku ini ternyata mengandungi beberapa fakta rahsia sehingga menimbulkan kebimbangan di pihak ahli politik dan kerajaan. Tidakkah saudara bimbang jika saudara didakwa di mahkamah atau diambil tindakan undang-undang oleh pihak yang merasakan kepentingan mereka tergugat.

MUTALIB: Saya lebih bimbang jika saya tidak berani berkata benar. Segala fakta yang dikemukakan di dalam buku ini berdasarkan penyelidikan dan kajian yang agak ilmiah. Saya berpendapat isi kandungan buku ini tidak boleh memudaratkan rakyat Sabah atau kerajaan dan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Saya tidak langsung berniat un-tuk menjatuhkan seseorang atau memalukan seorang yang lain. Hakikatnya saya terpaksa mendedahkan kebenaran walaupun terlalu pahit untuk diterima oleh pihak yang berkepentingan. Saya menulis buku ini melalui kacamata atau sudut pandangan seorang wartawan yang memegang konsep, amal makruf nahi mungkar. Soal ada pihak yang ingin mendakwa atau mengambil tindakan undang-undang terhadap saya ekoran penulisan buku ini, itu adalah hak mereka. Sebagai penulis, saya tegas dengan keputusan untuk mempertahankan fakta dan dakwaan dalam buku ini bahawa apa yang saya tulis adalah benar dan nyata. Apa yang saya tulis bukannya perkara baru. Rakyat Sabah lebih arif dan pemimpin lebih maklum. Cuma inilah kali pertama masalah ini didokumentasikan. Sebelum ini hanya perbahasan lisan. Jika adapun buku yang membicarakan hal ini tidak begitu mendalam dan sekadar membuat tanggapan, bukannya fakta atau bukti yang melampaui keraguan yang munasabah.

ROCKY: Buku ini agak tebal iaitu 526 muka itu. Kenapa saudara perlu menulis buku setebal itu sedangkan buku sebelum ini yang membicarakan hal yang sama hanya setebal 100 hingga 150 muka surat. Apa motif saudara sebenarnya ?

MUTALIB: Untuk membicarakan hak kerakyatan dan negara, buku ini masih terlalu nipis. Pada asalnya buku ini setebal 1,500 muka surat dan mengandungi 63 bab, tetapi melihat kepada senario tempatan yang memerlukan buku ini diterbitkan lebih awal, maka saya telah menyunting buku ini dan membahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama mengandungi 20 bab ini membicarakan masalah kad pengenalan palsu dan pengundi hantu seperti yang saudara baca dalam buku ini. Bahagian kedua dan ketiga akan menyusul kelak yang mencakupi hak kewarganegaraan, sistem pilihanraya, masa hadapan bangsa Malaysia dan politik Sabah. Buku ini perlu memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku dan tidaklah memberikan apa-apa makna jika tidak lengkap dan kekurangan fakta.

ROCKY: Ada yang berpendapat dakwaan dalam buku ini tidak benar dan berdasarkan hipotesis atau andaian saudara sahaja?

MUTALIB: Saya telah menyajikan yang terbaik untuk pembaca. Jika saudara bersetuju dengan dakwaan demikian saya rasa wakil rakyat kita tidak perlu membuang masa membahaskan isu ini di dalam sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Jika isu yang diutarakan dalam buku ini remeh dan tidak benar, kenapa Datuk Yong Teck Lee terdorong membuat laporan polis dan semua pemimpin di negeri ini meminta isi kandungan buku ini disiasat. Saya serahkan kepada kebijaksanaan pembaca untuk membuat penilaian. Kita telah merdeka lebih 36 tahun lalu dan apakah kemerdekaan itu memberikan makna jika kita masih perlu meminta izin kepada orang tertentu untuk berkata benar?

ROCKY: Saya melihat isi kandungan buku ini memaparkan maklumat sulit dan rahsia kerajaan. Sudah tentunya saudara mempunyai rangkaian pemberi maklumat yang mungkin terdiri daripada kakitangan kerajaan atau ahli politik yang tidak senang hati dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Bukankah begitu?

MUTALIB: Saudara bebas membuat telahan atau memberikan pandangan. Saya tidak merasakan bukti yang saya ketengahkan ini sebagai maklumat sulit kerana semuanya melalui saluran yang sah. Jika adapun dokumen sulit kerajaan, saya buat saduran. Sebagai wartawan, saya rasa saudara tidak akan mendedahkan pemberi maklumat dan adalah menjadi tanggung jawab saudara melindungi identiti pemberi maklumat.
Namun bagi saya pemberi maklumat utama saya ialah jabatan kerajaan seperti jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pilihanraya yang ditugaskan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung sebarang kemusykilan. Apakah menjadi satu kesalahan jika ada rakyat Sabah yang menyerahkan kepada saya salinan kad pengenalannya kerana beliau diberi taraf warganegara “BELUM DITENTUKAN”, atau seorang majikan yang menyerahkan salinan bon jaminan pekerja asing yang melarikan diri daripada jaminan yang kini memiliki sekeping kad pengenalan melalui jalan yang tidak sah? Adakah daftar pemilih yang telah diwartakan dianggap sulit sedangkan setiap warga Malaysia boleh membelinya di pejabat SPR. Kerajaan Malaysia mengamalkan pentadbiran yang telus dan saya rasa tidak ada perkara yang perlu dirahsiakan. Semua jabatan kerajaan sedia memberikan kerjasama dan terpulang kepada kita cara mendapat dan menggunakan maklumat berkenaan.


ROCKY: Saya difahamkan bahawa saudara mantan setiausaha politik mantan Adun Lahad Datu dan telah dipecat kerana penerbitan buku ini?

MUTALIB: Saya hanya setiausaha sulit peribadi bekas Adun berkenaan dan Setiausaha Eksekutif Umno Silam. Saya bukan dipecat, sebaliknya meletakkan jawatan kerana enggan bersekongkol atau mengkhianati amanah rakyat Sabah dan anak cucu saya. Seperti yang saya nyatakan di dalam buku tersebut, saya telah mengemukakan surat perletakan jawatan sebanyak tujuh kali tetapi tidak diterima dan kali terakhir saya membuat keputusan nekad dan terus meletakkan jawatan pada 1 April 1997. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan mantan Adun berkenaan, sebaliknya saya tidak ingin menjadi talibarut melindungi pendatang asing yang bersembunyi di dalam Umno dan menggadai masa hadapan anak cucu saya jika terus bersubahat melindungi mereka. Buku ini saya terbitkan setahun selepas saya meletakkan jawatan melalui penyelidikan dan siasatan rapi selama lebih lapan tahun.

ROCKY: Sebelum saudara menerbitkan buku itu, adakah saudara menyedari bahawa buku itu boleh mengundang bahaya kepada diri saudara sendiri, terutama daripada pihak yang saudara dedahkan di dalam buku ini?

MUTALIB: Ajal, rezeki, jodoh dan maut kerja Tuhan. Jika di dalam Laoh Mahfuz saya ditakdirkan mati di Papua New Guinea pada tahun 2030, tidak ada yang berhak mencabut nyawa saya di Sabah. Sebagai penulis, saya tidak gentar menghadapi semua ini kerana telah bersedia sejak awal-awal lagi dan menerima segala ketentuan takdir Illahi dengan hati yang pasrah. Saya reda apabila diserang dan dicederakan sebanyak dua kali oleh pihak tertentu tetapi tidak mematahkan semangat saya untuk terus menulis. Kita ada undang-undang tetapi jika undang-undang tidak lagi boleh melindungi kita, kita serahkan segala-galanya kepada Allah.

ROCKY: Adalah difahamkan besar kemungkinan saudara boleh didakwa dalam Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mendedahkan beberapa artikel membabitkan kerajaan.

MUTALIB: Itu hak kerajaan. Buku ini hak saya dan saya bebas menyuarakan hak sebagaimana dijamin oleh perlembagaan. Kerajaan pimpinan Barisan Nasional memberikan kebebasan kepada media dan mengamalkan toleransi pengaliran maklumat. Saya tidak nampak apa perlunya mereka mendakwa saya di bawah OSA atau ISA kerana semua maklumat di dalam buku ini bukanlah ditakrifkan sebagai sulit sebaliknya dokumen awam. Kalau saya dikenakan ISA semata-mata kerana berkata benar melalui buku ini, saya redha kerana telah memperjuangkan kepentingan dan hak rakyat Sabah yang selama ini diselindungkan. Namun saya tidak fikir Pak Lah atau Dr Mahathir akan bertindak sejauh itu.

ROCKY: Sudah berapa naskah buku itu telah diedar kepada umum?

MUTALIB: Sehingga kini buku ini telah dibaca oleh lebih 10,000 orang dan telah dicetak kali kedua sebanyak 10,000 naskhah lagi. Saya menjangkakan boleh menjual lebih 100,000 naskhah di seluruh Malaysia kerana ianya perlu dibaca oleh setiap warga Malaysia yang cintakan negara ini.

ROCKY: Tidakkah saudara perasan bahawa saudara telah membongkar satu sindiket besar yang mungkin boleh memudaratkan keselamatan negara?

MUTALIB: Keselamatan negara lebih terancam jika perkara ini tidak dibongkar. Umpama barah, jika dirawat awal, peluang untuk sembuh masih ada. Saya rasa kerajaan mempunyai cara untuk mengatasi hal ini dan tugas saya telah selesai kerana sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan untuk membasmi masalah ini hingga ke akar umbi. Itupun jika mereka mahu, jika tidak saya tidak dapat berbuat apa-apa. Kerajaan telah mengakui wujudnya sindiket ini melalui penangkapan ramai personel dan rangkaian sindiket kad pengenalan palsu dan mengeluarkan banyak nama yang meragukan daripada daftar pemilih.

ROCKY: Sebagai penulis, apakah tajuk buku yang bakal tuan hasilkan dan lebih sensasi pada masa akan datang?

MUTALIB: Saya sedang menyiapkan buku kedua berhubung isu keselamatan negara iaitu Pengundi Untuk Disewa (Voters For Hire). Buku ketiga saya DR ISA akan menemui pembaca pada penghujung tahun hadapan. Di samping itu, jangan lupa dapatkan sebuah Kumpulan Cerpen saya iaitu Fatamorgana dan sebuah koleksi misteri yang bertajuk Koleksi Sabah yang kini dalam pasaran.

ROCKY: Apa pandangan saudara berhubung laporan polis yang dibuat oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee berhubung buku saudara?

MUTALIB: Alhamdulillah. Tak payah buat publisiti lagi kerana laporan polis tersebut telah melariskan buku ini. Itu hak Datuk Yong. Saya rasa Yong terlalu sayangkan negeri ini dan turut merasa bertanggung jawab, apatah lagi kawasan yang diwakilinya juga dibanjiri masalah kad pengenalan palsu terutama Pulau Gaya dan Kampung Likas. Datuk Yong lebih arif, saudara kena tanya dia apa motif sebenar. Saya tidak boleh membuat telahan. Saya rasa polis patut menjalankan siasatan rapi kerana saya hanya boleh memberikan klu dan polis mempunyai kuasa untuk menghadapkan mereka yang terlibat kemuka pengadilan.

ROCKY: Adakah pendedahan yang berani itu hanya setakat dengan buku yang saudara terbitkan itu?

MUTALIB: Tugas untuk membanteras kezaliman tidak terhenti dengan penghasilan buku ini sahaja sebaliknya berterusan dari semasa ke semasa. Saudara boleh baca rencana dan berita sensai saya yang tersiar di akhbar ini. Semua ini kesinambungan daripada buku itu. Saya anggap tugas mendedahkan kebenaran sebagai jihad dan harus berterusan.

ROCKY: Adakah saudara pastikan semua senarai nombor pengenalan palsu di dalam buku itu benar-benar palsu atau cuma andaian saja?

MUTALIB: Saudara patut tanya Jabatan Pendaftaran Negara kerana mereka mempunyai Locus standi berhubung kad pengenalan. Saya cuma mendedahkan fakta dan alibi yang sahih mengikut persepsi saya melalui siasatan yang rapi. Tidak boleh membuat tuduhan tanpa bukti. Jika pegawai pendaftaran enggan menukar kad pengenalan seseorang kerana telah mengesahkan kad pengenalan tersebut palsu, apa saya boleh buat melainkan menerima pengesahan tersebut kerana hanya mereka yang tahu kad pengenalan tersebut palsu atau tulen. Apa pandangan saudara jika seorang warga asing yang lahir di Filipina atau Indonesia dan datang ke Sabah menggunakan pasport tetapi kemudiannya memiliki kad pengenalan bermutu tinggi yang mencatatkan kod kelahirannya 12 iaitu Sabah dan bukannya 71 iaitu taraf warganegara? Saya tidak tahu apa tanggapan saudara jika cap jari di pasport sama dengan cap jari di kad pengenalan sedangkan Tuhan mencipta cap jari berlainan bagi setiap manusia. Saudara kena selidik sendiri.

ROCKY: Saudara tidak sebutkan siapakah dalang utama dalam projek KP palsu itu, bolehkah saudara dedahkan siapakah dalang utama dalam sindiket pemalsuan kad pengenalan ini?

MUTALIB : Sebagai wartawan kita berlandaskan etika kewartawanan iaitu tidak membuat tanggapan gampang dan mendedahkan informer kita. Kita juga akur kepada konsep tidak ada seorang yang boleh dianggap bersalah melainkan telah diputuskan oleh mahkamah. Saya rasa saudara patut tanya Pak Lah atau Dr Mahathir kerana semua tahanan ISA yang terlibat dengan sindiket pemalsuan kad pengenalan di bawah jurisdiksi Kementerian Dalam Negeri dan ketika itu Dr Mahathir menjadi menterinya dan kini Pak Lah. Saya tidak boleh membuat tanggapan negatif berhubung hal ini.

ROCKY: Apa tindakan pihak berkuasa terhadap saudara setakat ini, selepas saja buku itu berada di pasaran?

MUTALIB: Saya tidak menghadapi sebarang masalah buat masa ini. Tidak tahulah esok atau lusa. Apapun, jika pihak berkuasa menghadapi masalah, mereka boleh menghubungi peguam saya kerana buku ini telah dinilai oleh panel peguam sebelum diterbitkan. Saya tidak boleh memberikan sebarang maklumat kerana semuanya telah dinyatakan di dalam buku ini. Mereka bebas menyiasat dakwaan saya dalam buku ini. Saya tidak fikir pihak berkuasa akan menimbulkan sebarang masalah kepada saya kerana mereka bertindak berlandaskan undang-undang.

ROCKY: Gambaran saudara dalam buku itu cuma sepintas lalu, kenapa tidak sebutkan saja nama setiap individu yang terbabit dalam sindiket itu, biar orang ramai tahu?

MUTALIB: Apakah saya mempunyai hak untuk menjatuhi hukuman kepada pesalah terbabit? Ketika melaporkan perbicaraan kes rogol di mahkamah apakah saudara mendedahkan identiti defendan dan plaintif secara detil ketika hakim belum menjatuhi hukuman? Sudah tentu tidak. Saya tidak dedahkan pun saya rasa rakyat tahu siapa yang terlibat, tetapi kita tetap berdiam diri kerana kita menghormati keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

ROCKY: Difahamkan saudara berasal dari Kedah, kenapa prihatin dengan anak negeri Sabah? Apakah ada motif tersirat?

MUTALIB: Kenapakah saudara mengambil tahu masalah penghapuskan etnik Albania di Kosovo sedangkan saudara bukan rakyat Kosovo? Tetapi dalam hal ini saudara tersilap. Walaupun saya dilahirkan di Kedah, namun saya telah menjadi rakyat Sabah melalui proses undang-undang. Sebagai rakyat Sabah, saya membesar, hidup dan menyimpan hasrat untuk mati di negeri ini, saya tidak akan membiarkan hak kerakyatan negeri ini dicabul dan membiarkan anak cucu saya mengutuk saya kelak kerana tidak berani menyuarakan kebenaran. Tidak ada sebarang motif lain selain mempertahankan tanah air daripada petualang negara mengikut kemampuan kita. Saya mampu menulis, maka saya berjuang melalui bidang penulisan. Kalau saya mahu kaya, saya tidak perlu bersusah payah menerbitkan buku ini dan menghadapi segala ancaman tanpa sebab. Ada yang menawarkan RM2 juta jika saya menyerahkan manuskrip buku tersebut, tetapi saya lebih rela miskin daripada bersekongkol dengan mereka.

ROCKY: Ada apa-apa lagi yang saudara ingin sampaikan kepada pembaca?

MUTALIB: Selagi kita masih ada hak, jagalah hak kita. Sebagai rakyat Sabah, kita tidak mempunyai apa-apa lagi melainkan sekeping kad pengenalan dan satu undi. Kita berhak mempertahankan kedaulatan hak kerakyatan kita dan memberikan undi kepada parti pilihan kita. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan mempertahankan hak kerakyatan dan undi agar anak cucu kita kelak tidak menjadi pelarian di negeri sendiri kerana kesilapan kita masa kini yang terlalu bertolak ansur sehingga kita kehilangan hak ke atas negeri kita.

MUSA AMAN MAMPU MENANGKAN BN DI KUALA TERENGGANU?


GRAFIK EHSAN MALAYSIA TODAY

PERBICARAAN kes saman Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Thean Hou, Tan Sri Chong Kah Kiat terhadap Ketua Menteri Sabah yang akan bermula esok, 12 Januari 2009 dijangka akan meledakkan tahun baru 2009 dengan mencuri perhatian dunia terhadap pencabulan Perlembagaan Persekutuan namun lebih menjuruskan kepada faktor kehilangan sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil parlimen di Kuala Terengganu.

Kes ini akan menjadi lebih hangat daripada isu serangan Israel terhadap Palestin kerana sinonim dengan pencabulan hak asasi manusia.

Walaupun pelbagai pihak cuba menjadi pendamai, namun dua pihak yang bertelagah enggan bertolak ansur kerana ingin menguji pengaruh mereka, sebaliknya dalam masa yang sama meletakkan nasib Dato' Wan Farid Wan Salleh bagaikan satey di atas bara api!

Dengan jumlah 8,745 pengundi Cina di Kuala Terengganu, kedudukan Wan Farid dalam bahaya jika Chong Kah Kiat berjaya memainkan sentimen dan membakar semangat kaum Cina yang menjadi faktor kemenangan calon BN pada pilihanraya umum 2008.

Kemenangan tipis 628 undi pada pilihanraya 2008 akan menyebabkan Wan Farid tidak merasa selesa, apatah lagi diserang dari luar dan dalam terutama serangan peribadi Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang secara terbuka mengatakan BN melakukan kesilapan besar apabila memilih Wan Farid sebagai calon.

Kedegilan Musa Aman dan kecekalan Chong Kah Kiat terpaksa berpencak di mahkamah apabila Musa telah mengarahkan Lembaga Bandaran Kudat membatalkan kelulusan projek berkenaan mengikut Seksyen 15, Ordinan Perancang Bandar dan Desa sehingga lebih 700 juta penganut Ma Tzu di seluruh dunia marah kepada Musa Aman.

Perang saraf antara Musa Aman dengan Chong Kah Kiat bermula apabila Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y. Mustafa membuat arahan bertulis kepada Lembaga Bandaran Kudat melalui surat JKM (S) 100-41/60 bertarikh 23 Jun 2006 yang mengarahkan pembinaan patung Dewi Laut Ma Tzu dihentikan serta merta kerana berdekatan dengan Masjid Asy-Syakirin.

Luka di hati Chong Kah Kiat bertambah parah apabila Mufti Negeri Sabah, Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan turut diheret dalam persengketaan kerana mengeluarkan fatwa melalui surat PMNS (S) 600-1/2/Jld. 3 (02) bertarikh 7 Julai 2006 yang menyatakan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah telah bersidang pada 27 dan 28 Jun 2007 dan memutuskan;

“Membina patung atau replika yang menyerupai makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan di sekitar jalanraya dan seumpamanya adalah haram di sisi syarak (Islam) untuk mencegah daripada melakukan sebarang perbuatan syirik kepada Allah serta menutup rapat ruang penyembahan berhala”.

Melalui surat tersebut Mufti telah mengarahkan pembinaan Patung Buddha berhampiran tapak masjid Asy-Syakirin, Kudat hendaklah dihentikan demi menjaga dan memelihara sensitiviti umat Islam dan syiar Islam di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Mengikut Seksyen 15 (1) Ordinan Perancang Bandar dan Desa yang berbunyi;

“Subject to the succeeding provision of this section, as form the material date no person shall, within the jurisdiction of any Local Authority, carry out any development of land or any construction, demolition, alteration, extension, repair or renewal of any building until six months after an approved scheme takes effect for the area containing such land or building.”

Manakala Seksyen 15 (2) ordinan  berkenaan pula menyebut;

“A local Authority may with the approval of Central Board during any period of prohibition under the provisions of subsection (1), do all or any of the following things, that is to say-

a)grant to any person applying therefore permission in writing to develop land, construct, demolish, alter, extend, repair or renewal a particular building in the areas to which such scheme is proposed to relate;

b)prohibit the further proceeding with the development of land or construction, demolition, alteration, extension, repair or renewal of any particular building situate in the said area, stating in writing their reasons for such prohibition.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kebajikan Thean Hou diperangkap dengan Seksyen 3 Ordinan Perancangan Bandar dan Desa yang menyatakan;

”The Central Board may authorized or instruct a Local Authority to attach to a permission granted under this section such conditions as it thinks proper.”

Lanjutan daripada itu, Pegawai Eksekutif Lembaga Bandaran Kudat, Ariff Abdullah telah mengeluarkan notis rasmi LBK.BDG.200-1/VIII/29/2005 bertarikh 15 November 2007;

“Saya telah diarah oleh Setiausaha Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa (Lembaga Pusat) melalui surat bil. JPBW.05/04/191/(5) bertarikh 7 November 2007 bahawa ‘Site-Layout Plan’ bagi pembangunan yang dicadangkan di atas belum dikemukakan kepada Lembaga Pusat, jadi ini bermakna Lembaga Pusat belum meluluskan plan tersebut seperti mana yang dikehendaki oleh Seksyen 15, Ordinan Perancang Bandar dan Desa.
Kelulusan daripada Lembaga Pusat adalah peruntukan mandatori di bawah undang-undang.”

“Oleh yang demikian, dari segi perundangan, Lembaga tidak boleh meluluskan ‘Site-layout plan’ yang dikemukakan oleh tuan. Dengan itu, saya menarik balik kelulusan bagi ‘Site-layout plan’ yang disampaikan melalui surat saya rujukan no. BDG.200/1/VIII/29/2005 (33) bertarikh 8 Februari 2006 dengan serta merta.”

Sebenarnya tapak cadangan pembinaan patung Ma Tzu telah diluluskan melalui pelan 05150014 dan Warta 569/70 sehingga Lembaga Bandaran Kudat melalui surat bil LBK/BDG 200-1/VIII/29/2005 (34) memaklumkan pelan pembangunan Patung Dewi Laut Ma Tzu di TL 057505754 telah diluluskan dan kerja-kerja pembangunan boleh dijalankan setelah bayaran dibuat melalui resit 089769 (RM306.33) dan 089770 (RM2,147.50) pada 9 Februari 2006 sebagai yuran pengemukaan pelan dan yuran kelulusan pelan.

Mengikut prosedur, tidak ada sebarang klausa yang menyebut bahawa pelan pembangunan harus mendapat kelulusan Lembaga Pusat Perancang Bandar, apatah lagi menurut Seksyen 28C (1) Ordinan Perancang Bandar dan Desa menyebut;

“An application for planning permission in respect of any  development shall be made to the local authority and shall be in such form, contain such particular and be accompanied by such documents, plans and fees as may be prescribed.”

Sehubungan itu, menurut Seksyen 16 (1) Ordinan Perancangan Bandar dan Desa, Chong Kah Kiat melalui Tetuan Ansari & Co telah memfailkan rayuan untuk mengenepikan keputusan Lembaga Bandaran Kudat kerana sekyen berkenaan menyebut;

“Any Person aggrieved by the grant of refusal of a permission or by making of a prohibition under Section 15 may within twenty-eight days from the date on which he received notice on the decision appeal to the Judge by notice in writing in which he shall set forth the grounds of his appeal.”

Sejak Chong memfailkan saman pemula, ramai pemimpin Barisan Nasional telah melakukan subjudis dan mengambil kesempatan untuk mendapat 'political mileage' dengan memberi pelbagain komen yang menyakitkan hati dan mengundang persengketaan berpanjangan antara pihak yang bertelagah.

Lebih 24 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak, namun tidak ada sebarang siasatan dijalankan sekalipun ada pihak yang membuat kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Perbicaraan yang dijadualkan selama empat hari mulai esok akan menjadi faktor penentu yang akan mengikat keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu jika sebahagian besar masyarakat Cina memberikan undi mereka kepada pembangkang sebagai protes terhadap Barisan Nasional.

Sehubungan itu, ramai pemerhati berpendapat, untuk menyelamatkan kerusi parlimen yang paling berharga pada awal tahun ini, Musa Aman harus mengorbankan egonya dengan membenarkan Chong Kah Kiat meneruskan pembinaan patung Dewi Laut Ma Tzu atau membiarkan Wan Farid kempunan di Kuala Terengganu?

Saturday, January 10, 2009

IC PALSU MASIH HANTUI RAKYAT SABAH


PARLIMEN....Sudah beribu kali isu IC Palsu dibahas di Parlimen sejak buku IC PALSU diterbitkan, namun isu ini masih membarah.


KETIKA saya menulis dan mencetak buku IC PALSU Merampas Hak Rakyat Sabah, ramai membuat tafsiran yang pelbagai terutama mengatakan isu yang saya utarakan di dalam buku yang diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 1999 sebagai tidak benar dan mengarut!

Tetapi sejak 1999 semakin ramai rakyat Sabah tampil memberi keterangan bahawa mereka menjadi mangsa kerana kad pengenalan mereka diklon dan aneh sekali kerana rapuhnya pemeriksaan Imigresen di pintu keluar iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan yang kononnya menjadi 'bubu' untuk memerangkap mereka yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Persoalannya bagaimana ramai warga asing yang memegang kad pengenalan palsu bebas keluar masuk tanpa sekatan terutama menggunakan bilik VIP dan tidak melalui pemeriksaan Imigresen terutama yang keluar melalui Wilayah Persekutuan Labuan.

Ramai warga asing yang mendapat kad pengenalan palsu daripada Sabah hidup secara bebas di Semenanjung Malaysia.

Berikut, satu lagi kes yang dipaparkan sedutan peristiwa yang melibatkan PTI dengan ehsan akhbar Utusan Borneo yang bertajuk 'Duduk Sabah tapi disaman di Melaka dan Shah Alam' yang ditulis Oleh ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Seorang kakitangan kerajaan, Amzari Spoh, 28, mendakwa menerima lima saman polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk satu waran tangkap kerana kesalahan lalu lintas di tempat yang tidak pernah dilawatinya iaitu di Melaka dan Shah Alam, sejak 2006 hingga tahun lalu.

Kakitangan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sabah itu berkata, beliau memnerima waran tangkap bertarikh 15 November 2006 kerana gagal menjelaskan saman dalam tempoh ditetapkan serta tidak hadir perbicaraaan di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka pada 4 September 2006.

“Saya terselamat daripada menerima hukuman penjara selepas berjaya menyakinkan polis Sabah bahawa kesalahan itu dilakukan orang lain yang menggunakan kad pengenalan saya yang hilang ketika rumah kami di Kampung Lok Batik, Tuaran di pecah masuk pencuri pada Februari 2006."

“Keterangan saya diterima kerana individu yang dikesan menggunakan dokumen itu tiada lesen memandu dan hanya menggunakan kad pengenalan ketika ditahan polis,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Amzari menerima lima saman dikeluarkan polis trafik iaitu satu pada 2006 dan masing-masing dua pada 2007 dan tahun lalu manakala satu saman JPJ diterimanya pada 2007.

Beliau juga sudah membuat dokumen baru di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) di sini untuk menggantikan dokumen yang hilang dan ia diluluskan pihak terbabit yang dengan sendirinya kad pengenalan lama dibatalkan.

Katanya, apa yang mengejutkan beliau, ketika memperbaharui lesen memandu, awal bulan ini, pihak JPJ memaklumkan beliau perlu menjelaskan lima saman terlebih dahulu sebelum memperbaharui dokumen berkenaan.

“Saya amat terkejut kerana menyangka nama saya sudah dibersihkan daripada saman polis trafik dan JPJ kerana kesalahan dilakukan orang lain, malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya."

“Individu yang menggunakan kad pengenalan sepatutnya sudah ditahan polis dan JPJ kerana menggunakan kenderaan yang sama iaitu sebuah motosikal bernombor pendaftaran WJG 5882, sedangkan saya tidak memiliki kenderaan seumpama itu,” katanya.

Amzari turut meminta polis trafik dan JPJ mengeluarkan namanya daripada senarai lima saman berkenaan kerana ia membuatkan dirinya tertekan kerana kesalahan itu dilakukan orang lain.

Pada masa sama katanya, pihak JPN juga hendaklah membatalkan kad pengenalan lamanya kerana ia sudah dimiliki pihak tidak bertanggungjawab dan digunakan untuk menganiaya orang lain.

“Masalah saya sudah dirujuk kepada JPJ, polis trafik dan JPN dimana sepatutnya sudah lama diselesaikan dengan menahan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran WJG 5882."

“Saya takut nama saya disenaraihitamkan oleh JPJ dan polis trafik kerana didakwa melanggar undang-undang lalu lintas.

“Lebih membimbangkan ada pihak yang menggunakan kad pengenalan saya melakukan jenayah dan saya akan menerima waran tangkap kali kedua atas kesalahan yang dilakukan orang lain,” katanya.

KIMMA MEMBAKAR PERLEMBAGAAN!


PERLEMBAGAAN...Kamaruddin meminta agar semua pihak menghormati Perlembagaan Malaysia dan menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap Pendatang Haram India yang memperolehi kerakyatan songsang.

SELAIN Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) Sabah, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) juga telah ‘membakar’ Perlembagaan Persekutuan dengan merekrut pendatang haram India sebagai ahli.

“Mereka ini bukan sahaja membakar Perlembagaan Persekutuan, malah turut menderhaka kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong dan wajar dijatuhi hukuman penjara dan dibuang ke Negara asal mereka,” ujar Kamaruddin Omar yang sebelum ini mempertikaikan skandal kerakyatan songsang DPIM.

Menurut Kamaruddin, Pengerusi KIMMA Sabah, Peer Mohamed Kadir adalah warganegara India yang berasal Karasilpatti, Tamil Nadu, India dan datang ke Sabah pada 1991 dengan pas lawatan.

“Sudah tentunya Jabatan Imigresen Sabah mempunyai rekod beliau kerana masuk melalui pintu hadapan tetapi tidak keluar setelah pas lawatannya tamat tempoh,” ujar Kamaruddin yang mendapat maklumat Peer mendapat kad pengenalan pada 1993 yang diterajui Task Force UMNO yang dipengerusikan Datuk Musa Aman.

Menurut Kamaruddin, beliau masih ingat pertemuan dengan Peer sekitar januari 2007, di restoran Zam-Zam di Kampung Gambaron 2, Telupid ketika beliau sedang bersarapan dengan seorang kawan.

“Saya terkejut kerana Peer datang bersama seorang pendatang haram India yang mendapat IC projek bernama Daud Rasid. Dia bersalam dengan saya dan terus memberi amaran jangan komplen pasal orang India yang dapat IC Projek. Yang sudah-sudahlah, janganlah komplen lagi” kata Kamarudin yang terkejut kerana Peer memperkenalkan diri sebagai Pengerusi KIMMA Sabah.

Kamaruddin kemudian bertanya kenapa Peer begitu marah dengan pembongkaran skandal IC Projek yang melibatkan kaum India.

“Peer mengakui beliau juga pemegang IC Projek tetapi sekarang dia Pengerusi KIMMA Sabah. Peer kata diapun baru datang Sabah, tapi tiada orang boleh ambil tindakan terhadapnya kerana ICnya betul. Dia kata lagi, janganlah komplen kerana diapun orang India,” beritahu Kamaruddin yang kini telah membulatkan tekad untuk memerangi PTI India di Malaysia.

Tegas Kamaruddin lagi, Peer memberi amaran keras kepadanya agar menghentikan kegiatannya melaporkan kepada pihak berkuasa tentang skandal warga India ini dan mencabar Kamaruddin agar melaporkan kes kad pengenalannya juga dengan ugutan ‘tapi kamu jangan menyesal’ sambil menudingkan jari telunjuk ke muka Kamaruddin.

Kebanyakan pendatang haram India kini telah bertebaran di segenap pelusuk Malaysia dan menggunakan IC Projek yang diperolehi melalui pintu belakang untuk berniaga dan merompak wang rakyat Malaysia untuk dihantar balik ke India.

“Saya rayu sekali lagi agar semua rakyat Malaysia memboikot semua Restoran India yang menggunakan pendatang haram India atau mendapat kerakyatan secara songsang,” ujar Kamaruddin yang menyifatkan pendatang haram India lebih kejam daripada rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Kata Kamaruddin, Israel membunuh secara terang-terang, tetapi pendatang haram India telah membunuh 'Bangsa Malaysia' secara muslihat dengan menjadi penyangak ekonomi seperti George Soros.

Dalam pada itu, pada Ogos 2004, Peer pernah mengugut untuk menyaman Presiden Persatuan Pengguna Sabah (CASH) Datuk Patrick Sindu yang meminta rakyat Sabah memboikot Restoran Mamak sehingga Patrick memohon maaf tetapi tetap mengkritik KIMMA yang melindungi pendatang haram India yang memiliki kad pengenalan projek.

Mengikut rekod, Kongres Indian Muslim Malaysia atau lebih sinonim dengan panggilan KIMMA, telah ditubuhkan pada tahun 1976 untuk menyatu-padukan masyarakat India Muslim bagi menjamin dan memelihara hak  mereka namun mengikut laman web KIMMA, http://www.kimma.com.my tidak ada cawangan berdaftar di Sabah.

DON'T COVER THE BOOK BY IT JUDGE!


COVER...This new book cover was ready to be publish, but the translation not complete yet!


ONE prime media very enthusiastic to interview me regarding Illegal Immigrant.They call me up to 20 times. I was given five question to be answer. But until today my answer were not published. Just guest why? Proverb said, don't judge the book by it's cover but for me the right proverb is , DON'T COVER THE BOOK BY IT JUDGE!


Question: 1. When did you first hear about IC Palsu?

MUTALIB: After Yusof Jamlee elected as ADUN Lahad Datu some time 1994, I was appointed as Public Relation Officer for him. At the same time I am Free Lance journalist and find out that so many people come to see me ask for help to check their IC status and I found out so many of them are PTI and holding dubios IC. According to them NRD officer, Paimin Paiman (deceased) giving or help them to apply that IC to eligible them to be roll as UMNO members and voters. During my investigation, I found out that majority Silam UMNO members are PTI holding IC Palsu. I apply Sun Tzu Ping Fa theory to topple down UMNO Head, Datuk Railey Jeffrey and make the way for my boss Yusof Jamlee to be new Silam UMNO Division head by practicing "Borrow the arrow" (PTI using fake IC) as weapon to win the battle against Railey. When I was appointed as executive secretary for UMNO Silam, I deal with so many umno members who only had receipt ic without able to change their receipt to KPT. I initiate the task to change their receipt or old IC to new KPT with NRD cooperation. Almost 10,211 members turn up, but only 180 person manage to change their old IC or receipt to KPT. The wrest are CONFIRM PTI! Then I tender my resignation on April 1, 1997 and become full time professional writer and free lance journalist.

2. What did you subsequently find out in connection with the fake IC? In your opinion, who started it in a big scale and for what reasons?

MUTALIB: There are "God Hand" behind that especially NRD officer who use the situation to 'CARI MAKAN' as they are protected by politician and PTI who really need a piece of 'MIRACLE PAPER' to become FIRST CLASS CITIZEN who can vote and get sharing power by joining UMNO, doesn't matter the old IC number given to them by NRD personnel are serial number for condom or bar cod for liquor! As well they got the paper which carrier the NRD chop, signature of NRD officer they are FREE to go anywhere in SABAH like their GOD FATHER or NENEK MOYANG country. After few hundred accepted as UMNO members, the follower are grown like mushroom in rainy season. During 1986, after Dr Mahathir took the MAGIC STICK from Tun Hussien, they start recruiting PTI from Philippine and Indonesian as Malaysian Citizen under Berjaya supervision to balance the population growth in local tribes as Kadazandusunmurut. Their own agenda is to RARE are VOTERS TO BE HIRE during election time to topple any government who THE BOSS don't like. HIDDEN POLITICAL AGENDA initiate by Megat Junid Megat Ayub show influx of ILLEGAL IMMIGRANT who now REVERSE TOOK OVER UMNO Sabah since 1991.

3. There is no single source than can specifically state the number of illegals in Sabah? In your opinion , how many are there in Sabah now and where are most of them from and what has brought to Sabah and by whom and for whom?

MUTALIB: Number is just only number. PTI is not a coconut tree which are stagnant at one place unless remove or being chop. The number is not important but their existence in Sabah are TO DANGEROUS for IMMATURE SABAHAN who are always become a donkey or scapegoat by AUTHORITARIAN GOVERNMENT. You can mention any number, but when you visit big plantation who using the as KUNTA KINTE or slavery are not dangerous compare who already REVERSE TOOK OVER UMNO SABAH as their second home! They are coming day by day through front or back door who are to loose control by all authority so called GOVERNMENT DEPARTMENT who are become a real culprit. Politician using them as FIXED DEPOSIT to gain support and POWER!

4. According to reports, many children of illegal immigrants have been born in Sabah. Should they be made citizens of Malaysia so that they would enjoy facilities like schooling and working and not become a community of uneducated people without jobs,etc?

MUTALIB: Better use my terminology. These people are TURTLE CITIZEN who protected by UNHCR (Philippine) and UMNOCITES. Malaysian declare them as FLOATING CITIZEN and using them as READY MADE CITIZEN without lay a lot of cost. I not agree to make them as citizen because they are like EAGLE EGG to be hatch by CHICKEN. The Chicken generation will be in dangerous because the EAGLES still EAGLES neither hatch by Chicken or any mean and cannot become Chicken otherwise cannot fly because HE think HE is CHICKEN! In my personal opinion they should send to CROCODILE FARM as food or train them as plantation workers without pay!

5. In your own view, what is the best way to resolve the problems of illegal immigrants in Sabah, apart from deporting them back to their countries of origin,etc?

MUTALIB: Deporting them are USELESS. Wasting public money. The authority who responsible deporting them back should be COURT MARSHALL and shoot dead as traitor to the country. You send morning, at noon he smile to you at your DOORSTEP! He can be IN or OUT at any time or stay in Sabah for how long he want without fear and favour. The temporary detention centre are the PLACE TO RARE VOTERS or READYMADE CITIZEN to be hire in time to come. We are working hard for the nation, instead of that the AUTHORITY like NRD, IMMIGRATION, POLICE FORCE are FLAVOURING, ICING AND NOURISHING PTI with so many terminology like IMM 13 and PR. Which ever place got patrolling by this FORCE are easy for them and use it as LEGAL DOOR to enter Sabah by giving RM30-RM50 per head! As easy as you book a prostitute!....

Friday, January 9, 2009

KENAPA TIDAK BONGKAR SKANDAL RAKYAT INDIA?

Surat Terbuka ini telah saya muatkan dalam buku saya, 007- Lelaki Malaysia Terakhir?. Sehingga ke hari ini Baisul belum membuat sebarang laporan polis terhadap saya atau kandungan buku tersebut yang telah diterima sebagai rujukan di Parlimen.


MUGU NATHAN GEORGE,
Beverlly Hills Fasa 2,
Jalan Bundusan,
88000 Penampang.

Saudara Mutalib M.D,

Saya, Mugu Nathan George, peranakan India-Dusun berpeluang membaca buku saudara, IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah di Perpustakaan Negeri Sabah ketika Petisyen Pilihanraya Likas 1999.

BAISUL KHAN

Tetapi saudara hanya mengutamakan kaum Bugis dan Suluk tetapi tidak membongkar kejalangan rakyat India yang mendapat kerakyatan songsang Malaysia
Untuk makluman saudara, ramai orang Tamil dari India telah di ‘Melayu’kan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPIMS) yang dipengerusikan oleh seorang Pakistan yang mendapat taraf kerakyatan Malaysia, Datuk Baisul Khan.

Ramai di antara mereka tidak perlu memeluk Islam, tetapi cukup sekadar menjadi ahli DPIMS, maka mereka dikategorikan sebagai Melayu dan boleh menjadi ahli UMNO.

Untuk makluman saudara, seorang Tamil bernama Omar Bin Mohd Sabair yang dilahirkan di Karasil Patti, Tamil Nadu, India datang ke Sabah pada 1982 untuk mencari pekerjaan setelah terpengaruh dengan rakannya yang telah lama tinggal di Sabah.
Pekerjaan yang yang ditawarkan tidak sesuai sehingga memaksa Omar menjual kain di tamu di seluruh Sabah tanpa sebarang dokumen melainkan Visa pelawatnya yang telah tamat tempoh.

Saya masih ingat lagi kerana pada 1993, Omar ditahan di sekatan Polis di Telupid ketika memandu sebuah van yang membawa enam orang India (saudaranya) daripada India kerana ketika itu saya juga penjaja kain di pasar tamu, sama seperti Omar.

Mengikut maklumat yang saya terima, enam orang India ini diseludup masuk melalui Tarakan, Indonesia kerana ketika itu pintu masuk melalui lapangan terbang agak sukar tanpa sebarang dokumen atau visa.

Kesemua mereka ditangkap polis apabila Omar cuba merasuah RM1,000 kepada pegawai polis yang bertugas agar membenarkan mereka meneruskan perjalanan sebagaimana yang dilakukan di dua Check Point sebelum ini iaitu di Simpang Semporna-Tawau dan Check Point Batu 32 Sandakan.

Saya mendapat tahu bahawa Omar mendapat kad pengenalan projek sejak UMNO masuk ke Sabah bernombor 540110-12-5123 tetapi dia disumbat ke lokap dan diseksa kerana dituduh sebagai Tekong Darat kerana membawa masuk pendatang asing daripada India secara haram.

Tapi apabila dia menggunakan kuasa paling besar dalam dunia iaitu ’wang’ kesemua mereka dibebaskan dan meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu ’dengan’ izin daripada seorang yang berpangkat tinggi di Ibu Pejabat Polis di ’Kepayan’.

Kesemua enam saudara Omar ini telah mendapat kad pengenalan yang diberikan oleh UMNO dan kebanyakan mereka kini menjadi kaya raya kerana mengusahakan restoran dan kedai runcit.

Saya terkejut kerana Omar bernikah dengan Biani Bte Gabok @ Noraini Abdullah iaitu isterinya yang ketiga kerana sebelum ini Omar pernah bernikah dan kini mengusahakan restoran Bismi Curry House.

Omar telah menggunakan nama isterinya, Baini Binti Gabok yang berasal daripada Kampung Nambayan, Tambunan membeli sebidang tanah di Kampung Tikolod untuk menanam halia.

Ketika itu, Omar berkawan dengan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Mendiang Marcus Akob kerana berurusan dengan Marcus untuk mendapatkan visa dan permit pekerjaan warga India di Sabah.

Semua kedai atau restoran ’Mamak’ di Sabah terpaksa berurusan dengan Omar yang lebih dikenali sebagai ’Omar Ghani’ untuk mendapatkan pas kerja tanpa had kuota kerana memalsukan keterangan syarikat untuk mendapatkan lebih daripada dua orang pekerja bagi setiap restoran.

Saya turut mengenali seorang lagi warga India, Munawar Bin Abdul Majeed yang dilahirkan di Thanjavur, India datang ke Sabah pada 1992 secara sah untuk melawat bapa saudaranya di Kota Belud, tetapi Munawar bersembunyi apabila pas lawatannya tamat tempoh dan dengan bantuan bapa saudaranya beliau mendapat sekeping kad pengenalan projek walaupun belum sampai sebulan datang ke Sabah dan tidak faham sepatah harampun bahasa Melayu!

Munawar bekerja membantu bapa saudaranya menjaga dan bekerja di restoran dan kedai runcit di Kota Belud sebelum membuka kedai runcit sendiri dan kemudian berhijrah ke Kota Kinabalu untuk mengembangkan empayar perniagaannya.

Dengan wang terkumpul Munawar mengambil alih perniagaan Restoran Super Delight di Aras Bawah, Centre Point Kota Kinabalu dengan harga lebih RM2 juta!

Munawar menukarkan nama Superdelight kepada Super Faezah Cafeteria dan mengguna nama isterinya, Lusiana Bte Abdullah @ Liew Chee Kehet sebagai nominee termasuk Perniagaan Rahmath yang terletak di Sinsuran.


BUKANKAH makan atau berbelanja di kedai runcit mereka seperti menghalalkan PTI?

Saya agak hairan kerana Munawar menjadi kaya dengan begitu mudah sehingga mampu memiliki kebun ribuan ekar dan puluhan rumah kedai tanpa perlu membayar cukai?.

Munawar pernah ditangkap pada 2004 kerana bergaduh dengan India lain yang berasal daripada kampung yang sama dan disumbat ke rumah merah Menggatal yang hanya dikhaskan untuk PTI Indonesia dan Filipina, tetapi Munawar bebas setelah pegawai atasan polis dan Imigresen mendapat sebuah proton Saga.

Untuk makluman saudara, sebagai keturunan India tempatan di Sabah saya malu apabila pendatang asing tanpa izin India begitu bermaharaja lela di Sabah sehingga kami sebagai kaum minoriti terpinggir.

Bayangkanlah jika Abdul Jabbar Muthalif yang dilahirkan di Karasil Patti, daerah Sivaganga, Tamil Nadu, India datang ke Sabah pada 1983 dan bekerja sebagai tukang jahit di Kudat dan tidak lagi pulang ke India kerana telah mendapat kad pengenalan projek.

Jabbar turut menjalankan perniagaan sendiri sehingga ke Telupid dan Kota Marudu. Jabbar diterima sebagai Ahli Persatuan Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) ketika kami masih tercari-cari identiti dan jati diri kami.

Aysha yang lahir di Kampung Ranganathapatti, Tamil Nadu, India memujuk suaminya berpindah ke Kota Kinabalu setelah mendapat bantuan daripada DPIM untuk membuka restoran di Kampung Air.

Jabbar memilih nama anak keduanya, Rafidaah sebagai nama restoran kerana anak pertama mereka, Azmah lahir di India sekalipun didaftarkan kelahiran semula di Sabah. Mereka dikurniakan tiga anak di Sabah iaitu Siti Rafidaah, 16, (sempena nama Rafidah Aziz), Fairuz 15, (sempena nama menantu Rafidah Aziz) dan Siti Zaharah, 12, (sempena nama Dr Siti Zaharah).

Kini Jabbar dan Aysha telah mendapat Mykad bernombor masing-masing 590521-12-5873 dan 620817-12-5252.



Bayangkanlah apa perasaan saudara apabila seorang lelaki India yang pada mulanya pendatang asing tanpa izin kini memandu Prado TZ Silver bernombor SA 9798C?

Saya harap saudara dapat menyiarkan isi kandungan surat saya ini sebagaimana saudara menyiarkan surat OKK Hassnar MP Ebrahim di dalam buku saudara, IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir?

Saya akan bertanggung jawab untuk mendedahkan semua bukti termasuk salinan pasport, alamat mereka di India dan salinan kad pengenalan projek mereka sekiranya kes ini di bawa ke mahkamah.

Thursday, January 8, 2009

KAJIAN LAPANGAN MEMBURU PTI CHINA DAN INDIA


Saya mohon maaf kerana tidak dapat mengemaskinikan blog ini kerana sedang menjalankan kajian lapangan yang memerlukan saya berada di luar kawasan memburu 50,000 pendatang asing China dan 30,000 pendatang haram India yang memasuki negara ini tetapi tidak pernah keluar setelah tempoh pas lawatan mereka tamat. Dipercayai mereka ini telah memperoleh kad pengenalan projek, palsu atau tinggal secara haram di Malaysia. Sila maklumkan kepada saya melalui email jika anda mengetahui atau terserempak dengan PTI ini. Harap Maaf!


AWAS....PTI ini berada di mana-mana, daripada restoran sehinggalah di Pejabat Menteri!

SUHAILI MANGSA IC PALSU


SAH…. Suhaili hanya mempunyai satu mykad atau kad pengenalan untuk semua urusan. Imej A dan B merupakan Mykad Asal Suhaili. C adalah kad keahlian UMNO Suhaili. D kad pengesahan nama Suhaili daripada JPN. E merupakan kad ahli parlimen melalui saringan yang rigid. F salinan lesen memandu. G pula Cabutan Rekod SSM. H adalah rekod Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.Perhatikan gambar I dan J merupakan salinan kad pengenalan Suhaili yang dicipta secara superimpose oleh pihak tertentu untuk memfitnah Suhaili.


IC PALSU semakin menjadi keresahan kepada rakyat Sabah berikutan tertangkapnya dua orang yang disyaki terlibat mengeluarkan dokumen pengenalan diri kepada warga asing di Lahad Datu baru-baru ini.

Saya telah menulis empat buah buku berhubung IC Palsu iaitu IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Disewa, IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007 Lelaki Malaysia Terakhir?

Walaupun Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamid Albar mengatakan Polis tidak menyiasat kandungan buku IC Palsu, namun saya bersyukur kerana semua buku saya boleh dijual kepada umum.

Namun bagi dua orang pemimpin Sabah, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Nilwan Kabang turut dilibatkan dan difitnah terlibat dengan skandal IC Palsu.

Suhaili dan Nilwan adalah rakyat tempatan Sabah yang cuba disabitkan dengan kad pengenalan palsu sehingga mengundang campurtangan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Polis yang dilihat lebih kepada sindrom politik.

Tumpuan saya lebih kepada warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu atau projek dan merasakan sukar untuk pihak yang mendakwa untuk membuktikan Suhaili dan Nilwan menggunakan kad pengenalan palsu untuk kepentingan peribadi kerana setelah Jabatan Pendaftaran menggunakan sistem biometrik, hanya satu kad pengenalan yang boleh digunakan.

Pada pilihanraya 2008, calon PKR Kunak, Haji Beddu Kodosat membuat laporan polis yang mendakwa Nilwan Kabang sebagai penjenayah yang diburu di Indonesia dan nombor kad pengenalannya genap iaitu lazimnya dikeluarkan kepada perempuan. Namun bantahan Beddu ditolak atas alasan jenayah itu dilakukan di luar Malaysia dan nombor Kad pengenalan Nilwan disahkan Jabatan Pendaftaran Negara. Nilwan kini adalah Adun Kunak setelah memenangi kerusi Dun Kunak pada pilihanraya 2008.

Tetapi agak malang bagi Suhaili kerana laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki yang kononnya diupah oleh orang tertentu yang berkepentingan politik dan berniat menjatuhkannya menyebabkan Suhaili tidak layak dipilih sebagai Calon BN bagi kerusi Parlimen Labuan.

Dalam kes Suhaili, campurtangan BPR amat luar biasa apabila kes Suhaili dipaparkan di laman web Jabatan Peguam Negara sebagai kes yang belum selesai sedangkan Suhaili tidak pernah disiasat berhubung laporan polis yang dibuat sebaliknya BPR hanya merampas fail daripada pejabatnya.

Kes Suhaili ini pernah menjadi tajuk hangat di laman web Malaysiakini dan Malaysia Today sehingga buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang pemimpin telah dihukum di luar mahkamah apabila Jabatan Peguam Negara mempamerkan kes Suhaili di laman web
http://www.agc.gov.my/

Laporan Polis 241/2007 telah menyebabkan Suhaili disiasat di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegah Rasuah 1997 melalui kes HQ/BPR/KS:199/08/2007 dan diklasifikasikan sebagai kes belum selesai pada 14/01/2008.

Sehubungan itu, saya telah menjalankan siasatan rapi untuk mengkaji sama ada laporan polis dan siasatan BPR terhadap Suhaili benar atau mempunyai motif tersirat.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Ampang oleh seorang lelaki yang bernama Mohd Adnan Jaafar yang beralamat di Lazenda Ware House, Patau-Patau, Wilayah Persekutuan Labuan adalah laporan palsu dan bertujuan untuk melakukan 'control damage' atas arahan pemimpin tertentu di Labuan.
 
Saya berpendapat sewajarnya polis mengambil tindakan tegas ke atas pelapor kerana telah berprasangka jahat terhadap Mantan Ahli Parlimen Labuan dengan melakukan ‘super impose’ terhadap mykad dan membuat tuduhan palsu yang tidak berasas.
 
Adnan mungkin didalangi oleh musuh politik Suhaili yang telah menimbulkan aduan yang serupa ketika Suhaili dipilih sebagai calon UMNO untuk Parlimen Labuan pada 2004.
 
Bagi saya adalah mustahil bagi anak jati Labuan seperti Suhaili, memiliki dua kad pengenalan setelah Kerajaan Malaysia menggunakan sistem Biometrik sejak tahun 1996 dan saya telah meneliti kes ini melalui siasatan yang rigid dengan menggunakan pelbagai parameter termasuk bantuan teknikal Jabatan Pendaftaran Negara melalui khidmat peguam saya.
 
Suhaili hanya ada satu kad pengenalan iaitu H04477025 atau 610506-12-5029 dan telah menggunakan kad pengenalan berkenaan untuk semua urusan rasmi dan tidak rasmi.
 
Peguam saya telah mendapatkan semua maklumat berhubung Suhaili dan mendapati dakwaan Mohd Adnan Jaafar adalah mengelirukan dan dibuat secara sedar untuk memfitnah Suhaili setelah percubaan rakan syubahatnya gagal pada 1999 iaitu menjelang penamaan calon.
 
Mengikut siasatan saya, semua rekod dokumen rasmi yang digunakan Suhaili telah melalui saringan yang amat rigid terutama di bawah Seksyen 5, Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang mengeluarkan kad ahli parlimen mengikut nombor rasmi kawasan Parlimen Labuan iaitu P166.
 
Jabatan Pendaftaran Negara juga, telah mengeluarkan kad pengesahan nama, JPN 1/18 bernombor 139474 bertarikh 28 Oktober 1999 bahawa kad pengenalan 610506-12-5029 adalah sah dan merujuk kepada Suhaili Abdul Rahman.
 
Begitu juga rujukan yang saya buat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suhaili menggunakan kad pengenalan 610506-12-5029 untuk mendapatkan lesen memandu bernombor S 376695.
 
Semakan yang saya lakukan di Ibu Pejabat UMNO mendapati Suhaili menggunakan kad pengenalan 610506-12-5029 untuk menjadi ahli UMNO dan diberi nombor keahlian 0284478 dan sekaligus menangkis dakwaan Adnan bahawa Suhaili menggunakan kad pengenalan lain iaitu H0552181 untuk menjadi ahli UMNO.
 
Tidak cukup dengan rekod yang telah disebutkan, saya turut menjalankan semakan dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mendapati  Suhaili hanya menggunakan kad pengenalan 610506-12-5029/ H04477025 untuk menjadi pemilih berdaftar bagi lokaliti 166/00/04/001 iaitu Kampung Ganggarak, Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Manakala rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang kononnya Suhaili menggunakan nombor kad pengenalan lain untuk menjadi Pemegang Saham Saraequity Sdn.Bhd (354615-A) adalah tidak benar kerana Suhaili menggunakan kad pengenalan yang sama dengan semua dokumennya iaitu 610506-12-5029.
 
Sebagai penulis buku IC Palsu dan IC Projek, setelah menjalankan kajian daripada pelbagai aspek, kerana kemungkinan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia pernah menggunakan kad pengenalan H0552181 atas nama Ahmad Suhaili Abdul Rahman dan saya percaya PATI berkenaan kini menyembunyikan diri di Gugusan Felda Sahabat setelah kad pengenalannya disahkan palsu.
 
Ahmad Suhaili telah cuba beberapa kali mendapatkan kad pengenalan daripada salah seorang agen sindiket bernama Andi Saidi Andi Kamaruddin, namun gagal setelah saya menjalankan gerakerja mengemaskini rekod keahlian UMNO Silam pada 1995.
 
Selain Ahmad Suhaili, saya mengesan ramai lagi PATI yang menggunakan kad pengenalan orang lain untuk menjadi ahli UMNO, terutama sekali jutawan Felda, Hassnah Cudang yang menggunakan kad pengenalan bernombor H0633269 milik Sita Riah Sabaran penduduk asal kampung Namukan, Kinabatangan tetapi kini Hassnah telah memperoleh kad pengenalan projek bernombor H0537491 dan mykad bernombor 650609-12-5300 sekitar 1993.
 
Saya mengesan sejumlah 16,693 kad pengenalan yang bersiri H0492001 hingga H0494500, H0540001 hingga H0547114, H0547115 hingga H0549999, H0550001 hingga H0553999 dan H0539801 hingga H0539999 yang tersilap dikeluarkan kepada PATI telah ditarik balik melalui surat Jabatan Pendaftaran Negara bil. JPN.KP (S): H/163/2/1(49) bertarikh  21 Mei 1996.
 
Walaupun ketika itu ianya masih dalam bentuk resit JPN 1/9 dan JPN 1/11, namun semua nombor kad pengenalan berkenaan tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Negara sejajar dengan surat di atas yang ditandatangani oleh Wan Md. Ariffin Bin Wan Ismail bagi pihak Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Malaysia.
 
Sehubungan itu, saya menggesa agar rakyat Malaysia di Labuan tidak perlu gusar kerana Suhaili bukanlah PATI, sebaliknya menjadi mangsa sindiket pemalsuan kad pengenalan yang telah dilumpuhkan oleh kerajaan dengan penangkap 40 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk 15 Pegawai JPN pada 1995.
 

Saturday, January 3, 2009

Jika polis tidak lagi selamat, bagaimana kita?????

JIKA lima orang pencuri berani memecah masuk rumah dan menikam pemangku Ketua Polis Daerah Tawau sehingga cedera parah dan dimasukkan ke wad kecemasan, bagaimana pula nasib kita orang biasa?

Dalam kejadian jam 2 pagi tadi (sabtu), Superintenden Haji Ramli Ali Mat cedera parah ditikam lima lelaki yamg menceroboh rumahnya di Taman Ria 5.

Bagaimanapun beliau dilaporkan stabil tetapi dirawat diunit rawatan rapi di Hospital Tawau setelah ditikam dengan pisau Bugis di bahagian perut sebelah kiri sedalam dua inci.

Menurut fakta kes, semasa kejadian Ramli tinggal seorang diri kerana isteri dan enam orang anaknya berada di Kuala Lumpur.

Semasa kejadian Ramli sedang berada di tandas dan menyedari ada penceroboh di dalam rumahnya iaitu empat orang di tangkat bawah dan seorang di tingkat atas.

Salah seorang penceroboh terus menikam perut Ramli apabila beliau memetik suis lampu.

Ramli segere dihantar ke Hospital Tawau dengan kereta peronda yang berkejar ke tempat kejadian setelah dihubungi melalui walkie talkie.

Isteri dan enam orang anaknya bergegas pulang ke Tawau melalui penerbangan jam 7.20 pagi tadi setelah dimaklumkan kakaknya.

Thursday, January 1, 2009

DPIM MENCUCI TAHI DENGAN AIR KENCING?


BUKTI... Kamaruddin mengirimkan gambar melalui MMS menunjukkan isi kandungan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? yang memaparkan kegiatan Baisul dan contoh pendatang haram India yang mendapat kad pengenalan projek.


TINDAKAN Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) Sabah, Datuk Baisul Khan Salman Faris membuat laporan polis sebagai respon terhadap laporan polis yang dibuat oleh Kamaruddin Omar tidak ubah seperti cuba mencuci tahi dengan air kencing!

Kamaruddin membuat tamsilan demikian ketika menghubungi blog ini setelah membaca kenyataan Baisul Khan di Daily Express.

"Inilah yang dikatakan kuali mengejek buntut periuk hitam," ujar Kamaruddin yang jengkel dengan kenyataan Baisul yang cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai daun lalang.

Tegas Kamaruddin, beliau kenal dan mengetahui rekod hampir semua India yang berada di Sabah dan beliau mengenali siapa rakyat asal Malaysia dan siapa yang menggunakan kad pengenalan palsu atau kad pengenalan projek.

Walaupun Baisul mendapat kerakyatan Malaysia melalui jalan sah, namun 90 peratus ahli DPIM adalah warga asing yang mendapat kerakyatan songsang atau dengan kata lain pendatang haram.

"Kerajaan Malaysia harus mencabut kerakyatan Baisul jika beliau terus menggunakan pendatang haram India sebagai senjata politiknya untuk menanam pengaruh dan menggunakan polis untuk melindungi kegiatan jahatnya," tegas Kamaruddin yang menyifatkan Baisul sebagai pengecut dan pengkhianat negara.

Kamaruddin menetapkan pendirian untuk mendedahkan bukti di mahkamah kerana tidak percaya kepada polis dan hanya membuang masa mendedahkan bukti kepada media.

"Lagipun Beban bukti terletak kepada pendatang haram. Jabatan Imigresen ada menyimpan rekod cop jari mereka," getus Kamaruddin yang menafikan beliau tidak membayar sewa sebagai punca beliau dihalau.

Menurut Kamaruddin, beliau tidak pernah gagal membayar sewa walaupun restorannya ditutup pada hari raya dan alasan yang digunakan Baisul adalah tidak berasas sama sekali.

"Saya rasa tidak perlu cakap banyak. Baisul harus tanya Setiausahanya, Mohd Ansar Maidin @ Ansari itu adalah pendatang haram India. Dia dulu kerja dengan saya. Saya tahu siapa dia, dan berapa 'bulu' yang dia ada" luah Kamaruddin yang mendakwa mempunyai bukti yang mencukupi untuk mengheret Ansari ke muka pengadilan.

Kamaruddin turut mencabar Baisul agar mendakwanya di mahkamah jika apa yang didakwanya tidak benar agar beliau dapat segera membongkar kes pendatang haram India yang menjadi keluhan rakyat Sabah.

"Saya mau tanya Baisul, kenapa semua ahli DPIM yang ada kad pengenalan projek dan ada pasport Malaysia tidak dapat sambung pasport mereka di Semenanjung? Pasport mereka hanya laku di Sabah sahaja?" Kata Kamaruddin yang akan membuat laporan rasmi terhadap beberapa ahli DPIM beragama Hindu tetapi menjadi ahli DPIM.

Berikut Kenyataan Penuh yang disiarkan oleh Akhbar Daily Express, 1 Januari 2009 yang bertajuk 'Chamber hits back on claims'

Kota Kinabalu: The Sabah Indian Muslim Chamber of Commerce and Industry (SIMCCI) has categorically denied that it harboured Indian illegal immigrants or assisted them to obtain citizenship illegally.

SIMCCI President Datuk Baisul Khan Salman Faris said the police must not leave any stone unturned in investigating the allegations by a peninsula-based businessman, Kamaruddin Omar, which he said had tarnished the Chamber's image in the eyes of the public.

Baisul accompanied by Sec-Gen Mohd Ansar Maidin and treasurer-general Mohidin Batcha Sariff, lodged a police report on Dec. 30 following Kamaruddin's allegations.
Kamaruddin, 49, in his police report, claimed that his life was threatened for speaking up on Indian nationals in Sabah getting ICs through the back door and called on the police to investigate the SIMCCI for allegedly harbouring illegal immigrant Indian nationals as well as helping them to get citizenship illegally.
Kamaruddin further claimed that his outspokenness had caused his restaurant in Lahad Datu to be closed down by the premise's owner.

However, Baisul in refuting Kamaruddin's claims, said the SIMCCI formed about three years ago was purely involved in business and helping its members with their businesses.

"We have nothing to do with helping Indian nationals to get ICs or Projek IC É we categorically deny that," he told Daily Express, Wednesday.
According to him, the businessman should provide evidence instead of simply accusing the SIMCCI and in the process tarnishing its image.

"So we lodged the report as we want the police to investigate from where he got his information. We want the police to verify whether Kamaruddin's statement has substance," he said.

"If we are in the wrong we are ready to face the music," Baisul said, adding that the Chamber reserved the right to sue Kamaruddin over the allegations.

He said from information shared by the owner of the premises, who happens to be a member of SIMCCI that Kamaruddin was renting in Lahad Datu, the closure of the premises has got nothing to do with Kamaruddin's expose of the issue in a blogsite that belonged to Mutalib MD.

"According to the owner, he had to close down the premises because Kamaruddin did not pay the rent," said Baisul. "Perhaps, he (Kamaruddin) is angry and that is why he made the statement and tried to implicate the Chamber."

Baisul said political activists Dr Chong Eng Leong and Mutalib MD who accompanied Kamaruddin to lodge the report should have first verified the information.
"It is high time Dr Chong saves human lives than accompany these kind of people to the police station to get cheap publicity," he said, adding that he was sure Dr Chong's companion, Mutalib also has better things to do.

Mohd Ansar advised Kamaruddin who has been doing business in various districts in Sabah over the last 20 years, as a scrap iron dealer to a restaurant operator, not to involve the SIMCCI in his business problem.
"He is not a member of the Chamber, but the person he (Kamaruddin) is unhappy with is a member of SIMCCI," he said.

SARANG BURUNG RESEPI CENDIKIAWAN?


SELERA....Selamat Datang ke Selera Kampung untuk merasai sentuhan ajaib cendikiawan!


TIDAK siapa yang tahu apakah resepi kejayaan Professor Dr Hamid Awong dapat mendidik anak-anaknya menjadi bestari dan keluarganya digelar ‘Keluarga Ijazah’.

Hamid yang sebelum ini terkenal di Amerika Syarikat kerana menjadi saintis pertama di duia yang berjaya mencipta dan mempatenkan Modul Perikanannya sendiri iaitu Hamid Awong Fisheries Model (HAFM).

Lebih membanggakan lagi, model perikanan berkenaan telah diterbitkan oleh Aberdeen University Press Services dan dipasarkan ke seluruh dunia melalui laman web Amazon.com yang kini mendapat taraf 4.5 bintang dalam masa tiga bulan sahaja.

Hamid yang berkelulusan Doctor of Science in Fisheries Science (Cum Laude), USA
telah berjaya mendorong isterinya, Ir Salmah Datuk Sidek untuk mengikuti pengajian
Doctor of Philosophy in Science (cand.), MAL.

Bak kata pepatah, sejuk perut ibu yang melahirkan anak-anak Hamid kerana ketujuh-tujuh anaknya mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing dan mejadi keluarga berilmu di Parlimen Silam.

Anak sulung Hamid, Mahar Diana berkelulusan Doctor of Philosophy in Chemical Engineering (cand,), UK. Manakala anak keduanya, Mohshie lulusan Master of Science in Computer Science (cand), MAL. Anak ketiga keluarga hebat ini, Komala Intan, mendapat Bachelor of Science (Hons) in Computing, UK. Anak keempatnya, Basyid, berjaya lulus cemerlang ijazah Bachelor of Civil Engineering (Hons), MAL. Anak Kelima pula, Salha Pentawinata berbangga dengan Bachelor of Science (Hons) in Optometry (cand), MAL. Anak keenam dan ketujuh pasangan cendikiawan ini, masing-masing, Hexanti Ayu yang lulus 6A dalam peperiksaan PMR (2006) dan Azizah yang mendapat 5A dalam UPSR (2008).


RAHSIA...Resepi rahsia daripada sarang burung ini telah terbukti mujarab. Sila ke Selera Kampung jika ingin merasai danmencuba resepi ini.


Apakah resepi kejayaan keluarga Hamid?

“Tidak ada apa-apa rahsia, cuma amalan memberi minum air sarang burung sejak mereka kecil hingga sekarang mungkin banyak membantu mengulangkaji pelajaran. Saya ikhtiar sahaja. Semuanya ketentuan Illahi,” ujar Hamid sambil merendah diri.

Mungkinkah kerana resepi rahsia air sarang burung yang dibuat Hamid untuk keluarganya dan kini dijual dengan harga RM5 segelas di warung sebelah rumahnya, di Taman Harapan, Lahad Datu.

Warung yang diberi nama ‘Selera Kampung’ yang membawa moto, ‘Taste the Difference’ turut membeli dan menjual sarang burung mentah mengikut harga pasaran iaitu RM14,000 sekilogram.

Walaupun pakar pemakanan menafikan khasiat sarang burung yang dianggap bernilai ‘kosong’ daripada aspek zat dan mineral, namun Hamid telah berjaya membuktikan pendapat pakar pemakanan.

“Jika kita nak kaji zat, kita kena kaji apa peranan saliva (liur) burung layang-layang yang menjadi katalis untuk mengikat ion, proton dan neutron agar makanan dapat dihadam secara sempurna. Kita tidak boleh menafikan mukjizat ciptaan tuhan ini,” ujar Hamid yang sedang mengkaji secara mendalam peranan sarang burung dalam Istana Kerajaan China Kuno dan tidak menolak kemungkinan akan menyediakan model eksklusif kajiannya.

Menurut Hamid, seorang professor dari Universiti China di Hong Kong, Dr Jiang Lun Xiang telah berjaya menemui dua nilai pemakanan yang tinggi yang sangat unik dan aktif di dalam sarang burung iaitu factor stimulasi mitogenik dan perkembangan epidermik.

Kata Hamid lagi, kedua-dua faktor ini membantu merangsang sel dan penghasian semula struktur sel badan

Wednesday, December 31, 2008

APAKAH PTI MENJADI TABOO DI RTM?


WAWANCARA...Simon sedang diwawancara berhubung pandangan telusnya tentang Pendatang asing tanpa izin.

MUNGKIN isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) begitu taboo sehingga rakaman RTM untuk program 'Lambai Limbai' yang dijadualkan berjalan selama setengah jam disingkatkan kepada tidak sampai sepuluh minit?

Ramai panel yang dijemput tidak hadir terutama Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Pengarah Jabatan Imigresen, Pengarah Task Force, Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri Kabinet dan sebagainya, namun kehadiran dua tokoh daripada berlainan generasi yang pada mulanya bersemangat untuk meluahkan isi hati yang terbuku tidak kesampaian.

Atas sebab tertentu, setiap ahli panel hanya diajukan dua soalan walaupun pada program asalnya mereka akan ditanya sepuluh soalan setiap seorang membuatkan mereka terpinga-pinga apabila juruacara menanyakan soalan akhir sedangkan mereka belum bercakap tentang isu pendatang tanpa izin kerana hanya ditunjukkan visual Pulau Gaya.

Dua ahli panel yang terpilih ialah Naib Pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun dan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi.

Bagaimanapun, Tan Sri Simon telah menyerahkan teks sebenar apa yang beliau ingin sampaikan agar rakyat Sabah yang akan menyaksikan program Lambai Limbai tidak menyalahkannya kerana tidak berkata benar disebabkan ruang dan peluang yang amat terhad diberikan kepada beliau.


Topik Temuramah:

Masih Ramai Pendatang Tanpa Izin di Sabah ……..Apa cerita?

Tarikh : 30 Disember 2008
Tempat : Segama Water Front,Belakang Hotel Hyatt, Kota Kinabalu
Masa : 10.00 pagi


Terlebih dahulu saya ingin menerangkan bahawa apa yang saya nyatakan merupakan pandangan, pemerhatian, pendirian, persepsi dan pengalaman peribadi saya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Suhakam atau dipersetujui oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya yang lain.

2. Saya juga mengambil peluang ini menyatakan bahawa saya tidak pernah menyalahkan dan tidak berniat akan menyalahkan pendatang tanpa izin (PTI) yang berada di Sabah. Yang bertanggungjawab ialah pihak-pihak berkuasa yang membenarkan mereka masuk ke Sabah tanpa izin dan tidak mengikut kehendak undang-undang immigresen. Kalaulah saya seorang daripada mereka saya pun akan berbuat yang sama kerana bertujuan mencari kehidupan yang lebih senang, selesa, aman, makmur dan penuh dengan berbagai peluang.

3. Salah satu daripada tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab kerajaan ialah untuk memantau, mengawal dan mencegah kemasukan ke Sabah pendatang-pendatang tanpa izin bagi pihak rakyat. Misalnya di Filipina terdapat seorang rakyat Malaysia yang sudah dalam tahanan lebih 7 tahun tanpa bicara. Dia ditahan kerana diperlukan hanya sebagai seorang saksi. Undang-undang negara Filipina dikuatkuasakan dengan tegas. Kalau di Sabah ceritanya lain sekali terhadap ratusan ribu rakyat asing yang melanggar undang-undang immigresen tetapi bebas bergerak dalam Negeri Sabah.



BUKTI...Simon menunjukkan buku IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir? karya Mutalib M.D yang mendedahkan terlalu banyak bukti tentang PTI.


4. Ada dua buku iaitu ‘IC Projek’ dan ‘Lelaki Malaysia Terakhir?’ yang ditulis oleh M.D. Mutalib mengandungi banyak maklumat dan latar belakang mengenai isu-isu PTI di Sabah. Kedua-dua buku itu juga mengenalpasti pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai peranan untuk mewujudkan masalah ini. Setahu saya pemimpin-pemimpin yang dikenalpasti itu tidak pernah menafikan peranan dan penglibatan mereka. Jadi saya tidaklah hairan kerajaan tidak bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja yang bebas bagi mengenalpasti siapakah yang sebenarnya mempunyai tanggungjawab dalam hal ini. Kalau tidak ada yang disembunyikan apa salah kalau siasatan secara telus dan terbuka dijalankan.

5. Malaysia tidak mengiktiraf Konvensyen mengenai status orang pelarian (refugees) 1951 dan Protokol mengenai orang pelarian 1967 dan lain-lain instrumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (U.N) yang ada kaitan dengan orang-orang pelarian. Malaysia juga tidak pernah meluluskan undang-undang yang bertujuan melindungi orang-orang pelarian. Jadi sejauhmana Malaysia ada kaitan semua orang asing di negara ini yang tidak memiliki dokumen dianggap PTI.

6. Dengan adanya PTI di Sabah yang begitu ramai maka mereka telahpun menukar keadaan dan kedudukan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik. Bagi saya ‘reverse take-over’ sudah pun lama berlaku. Saya berharap tidak akan berlaku dimana Negara Filipina tidak perlu lagi menuntut Sabah kerana rakyatnya sudah begitu ramai yang berada disini dan soal menuntut itu tidak timbul lagi.

7. Menurut beberapa orang PTI yang datang ke pejabat Suhakam di KK gerakan pengusiran hanya membuang masa dan wang saja dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai penguatkuasa untuk memperolehi pendapatan tambahan. Seorang daripada mereka telah menyatakan bahawa senang sekali masuk ke Sabah. Sama senangnya seperti berjalan dari Centre Point ke Sembulan!

8. Pada hemat saya tiada seorang pun termasuk kerajaan yang tahu bilangan PTI secara tepat kerana bilangan itu sentiasa berubah. PTI yang kita dapat temui mengakui bahawa lebih kerap daripada tidak bilangan PTI yang masuk tanpa izin melebihi bilangan yang diusir dalam tempoh yang sama. Misalnya kalau 20 orang diusir sebelah pagi boleh jadi 30 orang masuk di sebelah petang. Kalaulah pengusiran secara besar-besaran itu berjaya tentu sekali semua tempat tahanan didapati sudah kosong dan PTI pun tidak ada lagi. Nampaknya makin lama makin bertambah ramai kalau tidak mengapa pula Kerajaan ada rancangan untuk membina tempat tahanan tambahan. Masalah ini sudah menjadi terlalu besar dan susah ditangani meskipun Pasukan Petugas Persekutuan telah wujud lebih 20 tahun yang lalu. Badan ini ditubuhkan dengan tujuan menyelesaikan masalah ini.

9. Isu PTI ini merupakan masalah nasional tetapi dipikul oleh Sabah. Keadaan ini tidak adil bagi Sabah. Oleh itu adalah dicadangkan bagi PTI ini diagih-agihkan ke semua negeri secara purata.

10.Menurut tekaan saya banyak kemungkinan bilangan PTI di Sabah sudah melebihi bilangan rakyat Malaysia di Sabah. Tekaan ini berasaskan kepada beberapa faktor atau petunjuk (indicators) termasuk :-

i)Lebih kurang 20 tahun dahulu Kg. Icebox atau Kg. Titingan di Tawau telah terbakar dan lebih daripada 5000 orang telah kehilangan tempat tinggal. Daripada jumlah itu hanya 500 orang saja merupakan rakyat Malaysia. Saya telah diberitahu oleh Brigade-general Zulkifli pada masa itu bahawa ramai mereka kelihatan menyelamatkan senjata api termasuk M 16 sebagai keutamaan daripada menyelamat harta benda yang lain.


ii)Pada tahun 1970 jumlah penduduk Sarawak dianggarkan 1 juta. Pada tahun 2004 iaitu 34 tahun kemudian jumlah itu telah meningkat ke 2 juta. Pada tahun 1970 juga jumlah penduduk Sabah dianggarkan seramai 698,00 orang. Pada tahun 2004 jumlah itu telah meningkat ke 3.3 juta. Pada tahun ini mungkin ini sudah sampai 3.5 juta atau lebih. Berdasarkan kepada kadar perkembangan penduduk di Sarawak, Sabah sepatutnya mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 1.4 juta pada tahun 2004. ini bererti ada ‘kelebihan’ penduduk seramai 1.9 juta di Sabah.

iii)Pada bulan Jun 2005, Daerah Kinabatangan mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 85,000 orang. Daripada jumlah ini hanya 25,000 orang saja yang rakyat Malaysia.

iv)Menteri Kesihatan Malaysia telah dilaporkan dalam akhbar ‘Daily Express’ keluaran 9 Julai 2006 bahawa rumah-rumah sakit di Sabah menerima lebih daripada 30 peratus pesakit terdiri daripada PTI. Ramai mereka meninggalkan rumah sakit tanpa membayar yuran. Pada 18 November 2007 ada juga berita yang menyatakan bahawa 80 peratus katil di Hospital Likas telah digunakan oleh PTI.

v)Kalau kita pergi berjalan-jalan di KK dan di bandar-bandar besar yang lain di Sabah, kita boleh rasa suasana kita seolah-olah bukan di Negeri Sabah. Dimana lagi di Negara ini yang ada pasar Filipina selain daripada Sabah?

11. Kita tidak dapat menafikan bahawa PTI merupakan sumber tenaga manusia yang diperlukan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan di Sabah. Tanpa mereka ekonomi Sabah tidak dapat bergerak dan berkembang. PTI atau tidak mereka merupakan manusia biasa dan mempunyai hak asasi manusia yang tidak kurang daripada rakyat Malaysia. Hak asasi manusia tidak ada sempadan. Akan tetapi ini tidak bererti mereka dibenarkan masuk ke negeri Sabah tanpa izin dan melanggar undang-undang immigresen. Mengapa pihak Kerajaan tidak menguatkuasa undang-undang Negara dengan tegas? Adakah ini disengajakan?

12. Kita selalu mendengar tuduhan bahawa ramai mereka telah diberi MyKad dan status sebagai rakyat Malaysia. Kedua-dua buku yang ditulis oleh M.D. Mutalib yang saya sebut tadi mengandungi banyak maklumat tentang isu ini. Suhakam Cawangan Sabah juga ada maklumat yang kita perolehi daripada PTI sendiri. Sabah merupakan pintu masuk ke Malaysia dan juga dunia bagi mereka. (Rujuk kes penjara Limbang dan rakyat Pakistan di Kg. Boronuon di belakang Telipok). Saya tidak hairan kalau ramai PTI yang menjadi rakyat Malaysia telah berhijrah ke Semenanjung.

13. Menurut maklumat yang Suhakam perolehi daripada PTI sendiri ada diantara mereka yang diberi kad pengenalan hanya untuk tujuan mengundi dan mereka tidak dibenarkan menukar ke MyKad. Inilah aduan mereka kepada Suhakam

14. Saya percaya pengusiran rakyat Indonesia tidaklah begitu rumit kerana adanya pejabat Konsul Indonesia di KK. Pemprosesan dan pengeluaran dokumen boleh dikendalikan dengan lebih mudah kalau dibandingkan dengan PTI Filipina. Filipina tidak berniat membuka pejabat Konsulat di Sabah kerana Sabah masih dituntut olehnya.

15. Realitinya ialah Indonesia mempunyai penduduk lebih kurang 250 juta orang manakala Filipina pula 90 juta. Saya percaya kedua-dua negara ini tidak mempunyai minat yang kuat bagi PTI daripada Indonesia dan Filipina dikirim balik ke Negara asal mereka masing-masing. Selagi mereka berada di Sabah PTI itu bukanlah masalah Indonesia dan Filipina.

16. Saya percaya Sabah akan mengalami akibat kemerosotan ekonomi sedunia. Aktiviti-aktiviti komersial yang terlibat dalam pengeksportan barangan termasuk produk kelapa sawit akan terpaksa mengurangkan pekerja kerana permintaan luar menurun. Ramai pekerja tempatan dan asing akan kehilangan pekerjaan. Ini akan membawa kesan yang tidak diingini kepada masyarakat. Banyak kemungkinan kadar jenayah akan meningkat. Memandangkan ramai pekerja di Ladang-ladang kelapa sawit terdiri daripada rakyat asing maka ramai daripada mereka akan kehilangan pekerjaan. Keadaan sosial ini akan membawa kesan yang tidak baik bagi kestabilan negeri Sabah.

Tuesday, December 30, 2008

DUTA KEAMANAN DILAMBAI RTM


TEMURAMAH...Salleh sedang ditemuramah RTM di Segama waterfront. Di sebelah kanannya, Simon Sipaun.


DUTA Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UPF), Haji Salleh Kalbi telah dilambai stesen telivisyen RTM untuk program terbaru, "Lambai Limbai."

Program yang dibuat melalui rakaman tertunda dan bersahaja tetapi mengupas fikiran bernas melalui bual bicara isu semasa secara santai dan bestari diadakan di Segama Waterfront, Kota Kinabalu.

Selaku Ahli Parlimen Silam, Salleh diminta mengupas isu pendatang tanpa izin di Sabah yang menjadi rantaian kepada seribu satu masalah dan menjadi modal politik pembangkang.

Program Lambai Limbai akan disiarkan RTM pada jam 2.00 petang, 6 Januari 2009 yang mempersembahkan pelbagai acara menarik termasuk kebudayaan, bual bicara dan rakaman peristiwa berhubung isu pendatang asing tanpa izin di Sabah sebagai pendekatan baru RTM untuk melakar sejarah mencari titik punca kepada penyelesaian masalah secara total.


RAKAMAN....Rakaman Program Lambai Limbai sedang berjalan lancar.

"Walaupun masa yang diberikan kepada saya agak singkat dan bualbicara secara santai, namun cukup untuk mendakap tumpuan orang awam. Satu pendekatan yang baik dan diharap saluran media elektronik dan cetak arus perdana akan menumpukan isu Pendatang asing tanpa izin dan isu penting yang lain secara serius di masa akan datang," ujar Salleh selepas selesai temuramah yang disertai oleh Naib Presiden Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun.

Salleh menekankan, sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional, beliau bertegas bahawa isu Pendatang asing tanpa izin adalah isu utama dan paling penting untuk dibasmi kerana melibatkan keselamatan negara dan kedaulatan undang-undang.

"Kita tidak boleh bertolak ansur dalam apa juga hal. Kita kena berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik melalui pendekatan secara harafiah dan cetusan legislatif secara berkenaan," ujar Salleh yang menafikan sekeras-kerasnya Kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk menyelesaikan isu ini.

Kata Salleh, undang-undang yang sedia ada sudah cukup berat dan menjadi pengajaran kepada pendatang asing, terutama yang telah menerima hukuman sebatan. Namun hambatan ekonomi menyebabkan mereka masih berpusu-pusu masuk ke negara ini," tegas Salleh yang kesal kerana jumlah pungutan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lebih rendah daripada jumlah pengaliran keluar wang ke negara asal para pendatang asing ini.


AMAN....Di mana jua, Salleh tetap mempromosikan keamanan sejagat dengan meletakkan tangan kanan ke dada kiri.


"Bayangkan kesan ekonomi Malaysia dalam beberapa tahun akan datang jika terlalu banyak wang kita mengalir ke luar ke negara mereka. Itupun yang melalui pengiriman secara sah. Bagaimana yang hantar melalui keluar secara haram atau penggubahan wang haram?", ujar Salleh yang mengharapkan rancangan Lambai Limbai akan menjadi katalis terbaik untuk mendidik masyarakat ke arah penggemlbengan usaha mengurangkan tenaga kerja asing.