Search This Blog

Thursday, January 1, 2009

SARANG BURUNG RESEPI CENDIKIAWAN?


SELERA....Selamat Datang ke Selera Kampung untuk merasai sentuhan ajaib cendikiawan!


TIDAK siapa yang tahu apakah resepi kejayaan Professor Dr Hamid Awong dapat mendidik anak-anaknya menjadi bestari dan keluarganya digelar ‘Keluarga Ijazah’.

Hamid yang sebelum ini terkenal di Amerika Syarikat kerana menjadi saintis pertama di duia yang berjaya mencipta dan mempatenkan Modul Perikanannya sendiri iaitu Hamid Awong Fisheries Model (HAFM).

Lebih membanggakan lagi, model perikanan berkenaan telah diterbitkan oleh Aberdeen University Press Services dan dipasarkan ke seluruh dunia melalui laman web Amazon.com yang kini mendapat taraf 4.5 bintang dalam masa tiga bulan sahaja.

Hamid yang berkelulusan Doctor of Science in Fisheries Science (Cum Laude), USA
telah berjaya mendorong isterinya, Ir Salmah Datuk Sidek untuk mengikuti pengajian
Doctor of Philosophy in Science (cand.), MAL.

Bak kata pepatah, sejuk perut ibu yang melahirkan anak-anak Hamid kerana ketujuh-tujuh anaknya mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing dan mejadi keluarga berilmu di Parlimen Silam.

Anak sulung Hamid, Mahar Diana berkelulusan Doctor of Philosophy in Chemical Engineering (cand,), UK. Manakala anak keduanya, Mohshie lulusan Master of Science in Computer Science (cand), MAL. Anak ketiga keluarga hebat ini, Komala Intan, mendapat Bachelor of Science (Hons) in Computing, UK. Anak keempatnya, Basyid, berjaya lulus cemerlang ijazah Bachelor of Civil Engineering (Hons), MAL. Anak Kelima pula, Salha Pentawinata berbangga dengan Bachelor of Science (Hons) in Optometry (cand), MAL. Anak keenam dan ketujuh pasangan cendikiawan ini, masing-masing, Hexanti Ayu yang lulus 6A dalam peperiksaan PMR (2006) dan Azizah yang mendapat 5A dalam UPSR (2008).


RAHSIA...Resepi rahsia daripada sarang burung ini telah terbukti mujarab. Sila ke Selera Kampung jika ingin merasai danmencuba resepi ini.


Apakah resepi kejayaan keluarga Hamid?

“Tidak ada apa-apa rahsia, cuma amalan memberi minum air sarang burung sejak mereka kecil hingga sekarang mungkin banyak membantu mengulangkaji pelajaran. Saya ikhtiar sahaja. Semuanya ketentuan Illahi,” ujar Hamid sambil merendah diri.

Mungkinkah kerana resepi rahsia air sarang burung yang dibuat Hamid untuk keluarganya dan kini dijual dengan harga RM5 segelas di warung sebelah rumahnya, di Taman Harapan, Lahad Datu.

Warung yang diberi nama ‘Selera Kampung’ yang membawa moto, ‘Taste the Difference’ turut membeli dan menjual sarang burung mentah mengikut harga pasaran iaitu RM14,000 sekilogram.

Walaupun pakar pemakanan menafikan khasiat sarang burung yang dianggap bernilai ‘kosong’ daripada aspek zat dan mineral, namun Hamid telah berjaya membuktikan pendapat pakar pemakanan.

“Jika kita nak kaji zat, kita kena kaji apa peranan saliva (liur) burung layang-layang yang menjadi katalis untuk mengikat ion, proton dan neutron agar makanan dapat dihadam secara sempurna. Kita tidak boleh menafikan mukjizat ciptaan tuhan ini,” ujar Hamid yang sedang mengkaji secara mendalam peranan sarang burung dalam Istana Kerajaan China Kuno dan tidak menolak kemungkinan akan menyediakan model eksklusif kajiannya.

Menurut Hamid, seorang professor dari Universiti China di Hong Kong, Dr Jiang Lun Xiang telah berjaya menemui dua nilai pemakanan yang tinggi yang sangat unik dan aktif di dalam sarang burung iaitu factor stimulasi mitogenik dan perkembangan epidermik.

Kata Hamid lagi, kedua-dua faktor ini membantu merangsang sel dan penghasian semula struktur sel badan

3 comments:

Anonymous said...

pengalaman keluarga aku

ini semuanya GENETIK..tiada kena mengena dengan sarang burung.

keluarga kami juga berjaya dalam banyak bidang termasuk pelajaran yang paling ketara sekali.

TUHAN memberikan akal fikiran untuk berfikir dan belajar..gunakanlah ia sebaiknya.

yang pegi minum air liur burung/haiwan tu lepas tu kena bayar RM5...buat apa???

Mutalib MD said...

Setiap sesuatu yang diciptakan Allah ada gunanya kepada manusia sekalipun seekor lintah. Ajal, jodoh, maut dan rezeki itu kerja Tuhan, menyembuhkan penyakit atau memberi hidayah juga kerja Tuhan. Kita hanya mampu berusaha dan menerima takdir tuhan dengan penuh redha.

Anonymous said...

Saya ingat sudah belanja hampir satu juta ringgit buat rumah sarang tapi belum dapat minum sarang burung, satu masa saya ingin datang sabah dan tolong beri tahu macam mana saya boleh sampai ke selera kampung dari Kota Kinabalu

Mr. Tan
Perak