Search This Blog

Saturday, January 3, 2009

Jika polis tidak lagi selamat, bagaimana kita?????

JIKA lima orang pencuri berani memecah masuk rumah dan menikam pemangku Ketua Polis Daerah Tawau sehingga cedera parah dan dimasukkan ke wad kecemasan, bagaimana pula nasib kita orang biasa?

Dalam kejadian jam 2 pagi tadi (sabtu), Superintenden Haji Ramli Ali Mat cedera parah ditikam lima lelaki yamg menceroboh rumahnya di Taman Ria 5.

Bagaimanapun beliau dilaporkan stabil tetapi dirawat diunit rawatan rapi di Hospital Tawau setelah ditikam dengan pisau Bugis di bahagian perut sebelah kiri sedalam dua inci.

Menurut fakta kes, semasa kejadian Ramli tinggal seorang diri kerana isteri dan enam orang anaknya berada di Kuala Lumpur.

Semasa kejadian Ramli sedang berada di tandas dan menyedari ada penceroboh di dalam rumahnya iaitu empat orang di tangkat bawah dan seorang di tingkat atas.

Salah seorang penceroboh terus menikam perut Ramli apabila beliau memetik suis lampu.

Ramli segere dihantar ke Hospital Tawau dengan kereta peronda yang berkejar ke tempat kejadian setelah dihubungi melalui walkie talkie.

Isteri dan enam orang anaknya bergegas pulang ke Tawau melalui penerbangan jam 7.20 pagi tadi setelah dimaklumkan kakaknya.

3 comments:

Anonymous said...

kenapa perlu disebut pisau bugis?

Mutalib MD said...

Ada dua senario disini kenapa polis menyebebut pisau bugis iaitu sama ada pisau yang lazimnya digunakan oleh orang bugis sebagai senjata untuk mempertahankan diri ataupun senario yang kedua untuk menunjukkan ianya dilakukan pendatang asing yang berbangsa Bugis. Tawau adalah bandar sempadan dan setiap hari lebih 30,000 warga Indon keluar masuk melalui pintu hadapan, belakang atau laluan tikus. Polis harus berbuat sesuatu untuk meningkatkan keselamatan terutama cctv di rumah pegawai kanan polis dan talian kecemasan jika berlaku pencerobohan kediaman atau bangunan kerajaan. Tetapi perlu diingat, polis masih menjalankan siasatan kerana apa yang tersurat tidak semestinya apa yang tersirat!

Nasirudin Anjud said...

Kesian jugak ketua polis ni....

makin menjadi-jadi pulak orang orang ini.....

tak tau lah mungkin lepas ni aku kena posting anon takut nanti jadi mangsa kena tikam sebab komen mengomen ni......

Untuk ketua polis. Harap lepas ni beliau akan turun padang kuatkuasakan sempadan tawau indonesia....semangat mesti mau kuat..