Search This Blog
Thursday, January 1, 2009
DPIM MENCUCI TAHI DENGAN AIR KENCING?
BUKTI... Kamaruddin mengirimkan gambar melalui MMS menunjukkan isi kandungan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? yang memaparkan kegiatan Baisul dan contoh pendatang haram India yang mendapat kad pengenalan projek.
TINDAKAN Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) Sabah, Datuk Baisul Khan Salman Faris membuat laporan polis sebagai respon terhadap laporan polis yang dibuat oleh Kamaruddin Omar tidak ubah seperti cuba mencuci tahi dengan air kencing!
Kamaruddin membuat tamsilan demikian ketika menghubungi blog ini setelah membaca kenyataan Baisul Khan di Daily Express.
"Inilah yang dikatakan kuali mengejek buntut periuk hitam," ujar Kamaruddin yang jengkel dengan kenyataan Baisul yang cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai daun lalang.
Tegas Kamaruddin, beliau kenal dan mengetahui rekod hampir semua India yang berada di Sabah dan beliau mengenali siapa rakyat asal Malaysia dan siapa yang menggunakan kad pengenalan palsu atau kad pengenalan projek.
Walaupun Baisul mendapat kerakyatan Malaysia melalui jalan sah, namun 90 peratus ahli DPIM adalah warga asing yang mendapat kerakyatan songsang atau dengan kata lain pendatang haram.
"Kerajaan Malaysia harus mencabut kerakyatan Baisul jika beliau terus menggunakan pendatang haram India sebagai senjata politiknya untuk menanam pengaruh dan menggunakan polis untuk melindungi kegiatan jahatnya," tegas Kamaruddin yang menyifatkan Baisul sebagai pengecut dan pengkhianat negara.
Kamaruddin menetapkan pendirian untuk mendedahkan bukti di mahkamah kerana tidak percaya kepada polis dan hanya membuang masa mendedahkan bukti kepada media.
"Lagipun Beban bukti terletak kepada pendatang haram. Jabatan Imigresen ada menyimpan rekod cop jari mereka," getus Kamaruddin yang menafikan beliau tidak membayar sewa sebagai punca beliau dihalau.
Menurut Kamaruddin, beliau tidak pernah gagal membayar sewa walaupun restorannya ditutup pada hari raya dan alasan yang digunakan Baisul adalah tidak berasas sama sekali.
"Saya rasa tidak perlu cakap banyak. Baisul harus tanya Setiausahanya, Mohd Ansar Maidin @ Ansari itu adalah pendatang haram India. Dia dulu kerja dengan saya. Saya tahu siapa dia, dan berapa 'bulu' yang dia ada" luah Kamaruddin yang mendakwa mempunyai bukti yang mencukupi untuk mengheret Ansari ke muka pengadilan.
Kamaruddin turut mencabar Baisul agar mendakwanya di mahkamah jika apa yang didakwanya tidak benar agar beliau dapat segera membongkar kes pendatang haram India yang menjadi keluhan rakyat Sabah.
"Saya mau tanya Baisul, kenapa semua ahli DPIM yang ada kad pengenalan projek dan ada pasport Malaysia tidak dapat sambung pasport mereka di Semenanjung? Pasport mereka hanya laku di Sabah sahaja?" Kata Kamaruddin yang akan membuat laporan rasmi terhadap beberapa ahli DPIM beragama Hindu tetapi menjadi ahli DPIM.
Berikut Kenyataan Penuh yang disiarkan oleh Akhbar Daily Express, 1 Januari 2009 yang bertajuk 'Chamber hits back on claims'
Kota Kinabalu: The Sabah Indian Muslim Chamber of Commerce and Industry (SIMCCI) has categorically denied that it harboured Indian illegal immigrants or assisted them to obtain citizenship illegally.
SIMCCI President Datuk Baisul Khan Salman Faris said the police must not leave any stone unturned in investigating the allegations by a peninsula-based businessman, Kamaruddin Omar, which he said had tarnished the Chamber's image in the eyes of the public.
Baisul accompanied by Sec-Gen Mohd Ansar Maidin and treasurer-general Mohidin Batcha Sariff, lodged a police report on Dec. 30 following Kamaruddin's allegations.
Kamaruddin, 49, in his police report, claimed that his life was threatened for speaking up on Indian nationals in Sabah getting ICs through the back door and called on the police to investigate the SIMCCI for allegedly harbouring illegal immigrant Indian nationals as well as helping them to get citizenship illegally.
Kamaruddin further claimed that his outspokenness had caused his restaurant in Lahad Datu to be closed down by the premise's owner.
However, Baisul in refuting Kamaruddin's claims, said the SIMCCI formed about three years ago was purely involved in business and helping its members with their businesses.
"We have nothing to do with helping Indian nationals to get ICs or Projek IC É we categorically deny that," he told Daily Express, Wednesday.
According to him, the businessman should provide evidence instead of simply accusing the SIMCCI and in the process tarnishing its image.
"So we lodged the report as we want the police to investigate from where he got his information. We want the police to verify whether Kamaruddin's statement has substance," he said.
"If we are in the wrong we are ready to face the music," Baisul said, adding that the Chamber reserved the right to sue Kamaruddin over the allegations.
He said from information shared by the owner of the premises, who happens to be a member of SIMCCI that Kamaruddin was renting in Lahad Datu, the closure of the premises has got nothing to do with Kamaruddin's expose of the issue in a blogsite that belonged to Mutalib MD.
"According to the owner, he had to close down the premises because Kamaruddin did not pay the rent," said Baisul. "Perhaps, he (Kamaruddin) is angry and that is why he made the statement and tried to implicate the Chamber."
Baisul said political activists Dr Chong Eng Leong and Mutalib MD who accompanied Kamaruddin to lodge the report should have first verified the information.
"It is high time Dr Chong saves human lives than accompany these kind of people to the police station to get cheap publicity," he said, adding that he was sure Dr Chong's companion, Mutalib also has better things to do.
Mohd Ansar advised Kamaruddin who has been doing business in various districts in Sabah over the last 20 years, as a scrap iron dealer to a restaurant operator, not to involve the SIMCCI in his business problem.
"He is not a member of the Chamber, but the person he (Kamaruddin) is unhappy with is a member of SIMCCI," he said.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam untuk MutalibMD, Saya ada beberapa komen,
1. Mungkin Datuk Baisul bolehlah buat kenyataan dalam blog ini untuk nafikan kenyataan saudara kamaruddin. kami pun nak juga dengar bangkangan beliau satu persatu.... Tu baru buktikan kejujuran beliau. Bentang atas meja untuk kita semua sama-sama lihat... kita pun senang nak buat kesimpulan...Jelaskan mengenai si polan-sipolan yang terbabit... kita pun manusia, pandai jugak menimbang kalau betul sipolan-sipolan tu ternyata berada di pihak yang benar.
2. Tentang Tuan MutalibMD tentulah beliau ada benda lebih baik nak buat... ya kalaulah semua benda IC ni dibuat cara yang betul mungkin saudara MutalibMD pun terpaksa cari kerja lain. Kalau sudah begitu nak saudara Mutalib cari kerja lain bantulah basmi kes kes IC Palsu di Sabah ni... tak ke gitu Datuk Baisul?
3. Pokoknya berani kerana benar, takut kerana salah. Yang salah tetap salah. yang benar tetap benar.
Ampun dan maaaf sekiranya terkasar bahasa. Dunia sudah menginjak ke tahun hijrah dan masehi yang baru. Cabaran antarabangsa lebih hebat lagi. Dengan pembasmian isu-isu tempatan yang besar seperti IC Palsu ni, maka kita akan lebih fokus untuk tangani masalah peringkat antarabangsa.
Saya rasa Kamaruddin lebih kepada balas dendam semata-mata.
Saya tak fikir Kamaruddin b4rniat begitu kerana perjuangannya bermula sejak 1982 lagi. Ansar yang jadi Setiausaha DPIM adalah bekas pekerjanya. Dia tidak pernah gagal bayar sewa sebagaimana kenyataan DPIM. Kalau tak bayar sewa, Malaysia ada undang-undang. Dakwalah dia ke mahkamah. Main hukum sendiri adalah budaya yang berasal dari negara India. Baca Surat Terbuka Kamaruddin kepada DYMM Yang Dipertuan Agong dan Ketua Polis Negara. Anda akan tahu siapa kaaruddin. Nantikan Video Klipnya. Panas. Panas. Lebih Panas daripada VK Lingham....
saya nak beri nasihat kepada rakyat malaysia dan kepada penulis blog ni...jangan lah nak besar-besarkan isu yang remeh temeh..penulis seperti tidak berklaku adil dan tidak mjalankan tanggungjawab sebagai seorang penulis bebas...penulis tidak boleh berpihak kepada satu pihak...tanpa melihat kepada pengadilan dan keputusan mahkamah terlebih dahulu..penulis spt menyokong sgl kenyataan yg dibuat oleh kamaruddin tanpa melihat kebenaran terlebih dahulu..apa yang dikatakan kamaruddin lebih merupakan pendapat dan kenyataan peribadinya..bukan lah kebenaran yang mempunyai bukti kukuh..jadi penulis tidak boleh menyokong mana-mana pihak..selagi pewnulis tidak mengetahui kebenaran...dan penulis hanya lah penulis bukan hakim yang mgadili sst kes atau salah laku...nasihat saya kpd penulis berlaku adil lah dalam menyampaikan maklumat jgn menjadi orang yang berpengetahuan tapi tak punya akhlak...
Post a Comment