Search This Blog
Tuesday, January 13, 2009
MENYUCI DOSA AYAH!
SAYA terima email ini daripada adik Ruhil Amani Ismail, anak seorang tahanan ISA yang kecewa kerana arwah bapanya dijadikan kambing hitam pemimpin negara. Semoga ramai lagi mangsa akan tampil bersama bukti dan membongkar kejalangan pemimpin terdahulu. Tahniah Ruhil!
Assalamualaikum wbk.,
Saudara,
Saya amat tertarik hati apabila membaca tulisan saudara berkenaan isu IC projek yang saudara ketengahkan di dalam blog saudara. Sementelahan pula, saya merupakan salah seorang dari anak kepada mangsa Pegawai JPN yang telah ditahan berhubung pengeluaran IC Projek ini pada tahun 1995 yang saudara dakwa itu (untuk perhatian saudara, kes ini telah berlaku seawal tahun 1992). Sebenarnya peristiwa penangkapan bapa saya ini amat 'terkesan' di hati saya. Walaupun sudah hampir 10 tahun bapa saya meninggal dunia, tapi rasanya saya masih tidak mampu untuk melupakan segala kepahitan dan tekanan hidup yang dihadapi oleh arwah bapa saya hinggalah saat pemergiannya ke Rahmatullah.....semuanya gara-gara IC Projek ini.....walaupun saya tidak pasti sejauh mana kebenarannya dakwaan saudara bahawa IC Projek ini merupakan agenda politik kotor pemimpin terdahulu, tapi saya yakin....natijahnya pegawai bawahan lah yang menanggung segala kesengsaraannya...dan sehingga sekarang, kami sekeluarga tidak akan memaafkan kepada MEREKA-MEREKA yang telah tergamak mempergunakan kuasa mereka demi kepentingan diri sendiri sehingga keluarga kami hidup melarat suatu waktu dahulu.
Terima kasih tidak terhingga di atas usaha saudara dan keberanian saudara mengetengahkan isu ini. Semoga Allah mempermudahkan segala usaha dan perjalanan perjuangan saudara, InsyaAllah.
Ruhil Amani Ismail
Jertih, Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment