Search This Blog

Saturday, January 17, 2009

BN LEBIH KEJAM DARI ISRAEL?


BANTAH...Penduduk Kampung Keranjangan membantah tindakan pihak yang menutup jalan kerana diperjaya proksi Musbah.

TIDAK pernah terlintas di hati Latu Haji Yusof, Bilal Masjid Kampung Labuan yang tinggal di Kampung Keranjangan, Kota Belud bahawa jalan ke rumahnya telah ditutup oleh 'orang kuat 'Wakil Rakyat' Tempasuk.

Menurut Latu, beliau telah mengadu kepada Pegawai Daerah Kota Belud, namun sudah tidag tahun masalah ini berlarutan, kes penutupan jalan tersebut tidak pernah diberikan perhatian.

"Sistem penyampaian kerajaan amat memalukan kerana bila kita buat aduan, pegawai yang bertanggung jawab hanya memandang rendah aduan penduduk kampung dan meminta kami menyelesaikan sendiri masalah ini," ujar Latu yang tidak jemu-jemu bertanyakan keputusan rayuan mereka kepada semua pihak yang terlibat.

Menurut Latu, penduduk kampung sukar mengeluarkan hasil kerana laluan mereka di pagar dan jambatan mereka dirosakkan.

"Mereka membina garaj kereta di atas jalan masuk ke rumah kami. langsung tidak berperi kemanusiaan. Inikah amalan murni yang dipupuk oleh Kerajaan Islam Hadhari?" kata Latu dengan nada kesal sambil menyifatkan Pegawai Daerah tidak prihatin terhadap masalah mereka.



RUMAH...Proksi Musbah ini telah mendirikan rumah dan garaj kereta di atas risab jalan menuju ke kampung Keranjangan.

SUKAR...Penduduk kampung sukar menggunakan jalan yang telah di hadang oleh Garaj kereta.



Kata Latu lagi, Di manakah tradisi membela rakyat kerajaan yang menjadi Manifesto pada pilihanraya lalu, malah Sikap berpura-pura Wakil Rakyat Tempasuk, Datuk Musbah Jamli semasa berkempen telah terbukti kini.

"Jangankan mahu melawat kampung dan menyelesaikan masalah kami, mau berjumpa beliaupun susah," ujar Latu yang kesal kenapa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengekalkan wakil rakyat yang begitu pemalas dan tidak langsung berkhidmat kepada rakyat.


PAGAR....Jambatan yang dibina dirosakkan dan pagar penghadang di pasang untuk menghalang penduduk kampung menggunakan satu-satunya jalan keluar.


Menurut Latu, penduduk kampung sebenarnya rajin berusaha, tetapi kemudahan asas yang mundur, malah tiada langsung di Dun Tempasuk menyebabkan kerajinan rakyat terbantut sebagaimana terbantutnya sistem pengairan sehingga petani di Kampung Labuan, Wakap, Sembirai dan Rudang tidak dapat mengusahakan sawah padi mereka.

"Kami menjangkakan pembinaan jalan pintas dan lebih raya akan mengubah nasib kami, tetapi rupanya inilah hadiah paling berharga daripada Datuk Musbah kerana memenangkan beliau pada pilihanraya lalu," ujar Latu yang kesal kerana pembinaan jalan berkenaan telah memusnahkan sistem tali air mereka.




RAZAK JAMIL


Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Abdul Razak Jamil yang bergegas melawat kampung Karanjangan selepas menerima aduan melahirkan rasa kesal dengan sikap Wakil Rakyat Tempasuk yang cuai menjalankan tugas.

"Kes jalan ini mudah kerana berada di dalam rizab jalan JKR dan JKR Daerah boleh bertindak dengan kerjasama Pegawai Daerah, malangnya semua pihak lepas tangan," ujar Razak yang meminta penduduk kampung bersabar kerana pihaknya akan mengambil tindakan guaman menurut undang-undang sekiranya masalah ini gagal diselesaikan melalui perundingan.

Menurut Razak, adalah menjadi kesalahan sesiapa sahaja menutup jalan awam untuk apa juga tujuan kerana jalan adalah hak asasi semua manusia.

"Pada saya lebih baik Musbah meletakkan jawatan jika gagal menyelesaikan kes yang sebegini kecil sehingga memaksa AMK mengambil tindakan undang-undang ke atas kecuaian beliau," ujar Razak yang tidak menolak kemungkinan untuk mengheret Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat Tempasuk Ke Mahkamah.

No comments: