Search This Blog

Sunday, January 11, 2009

MUSA AMAN MAMPU MENANGKAN BN DI KUALA TERENGGANU?


GRAFIK EHSAN MALAYSIA TODAY

PERBICARAAN kes saman Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Thean Hou, Tan Sri Chong Kah Kiat terhadap Ketua Menteri Sabah yang akan bermula esok, 12 Januari 2009 dijangka akan meledakkan tahun baru 2009 dengan mencuri perhatian dunia terhadap pencabulan Perlembagaan Persekutuan namun lebih menjuruskan kepada faktor kehilangan sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil parlimen di Kuala Terengganu.

Kes ini akan menjadi lebih hangat daripada isu serangan Israel terhadap Palestin kerana sinonim dengan pencabulan hak asasi manusia.

Walaupun pelbagai pihak cuba menjadi pendamai, namun dua pihak yang bertelagah enggan bertolak ansur kerana ingin menguji pengaruh mereka, sebaliknya dalam masa yang sama meletakkan nasib Dato' Wan Farid Wan Salleh bagaikan satey di atas bara api!

Dengan jumlah 8,745 pengundi Cina di Kuala Terengganu, kedudukan Wan Farid dalam bahaya jika Chong Kah Kiat berjaya memainkan sentimen dan membakar semangat kaum Cina yang menjadi faktor kemenangan calon BN pada pilihanraya umum 2008.

Kemenangan tipis 628 undi pada pilihanraya 2008 akan menyebabkan Wan Farid tidak merasa selesa, apatah lagi diserang dari luar dan dalam terutama serangan peribadi Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang secara terbuka mengatakan BN melakukan kesilapan besar apabila memilih Wan Farid sebagai calon.

Kedegilan Musa Aman dan kecekalan Chong Kah Kiat terpaksa berpencak di mahkamah apabila Musa telah mengarahkan Lembaga Bandaran Kudat membatalkan kelulusan projek berkenaan mengikut Seksyen 15, Ordinan Perancang Bandar dan Desa sehingga lebih 700 juta penganut Ma Tzu di seluruh dunia marah kepada Musa Aman.

Perang saraf antara Musa Aman dengan Chong Kah Kiat bermula apabila Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y. Mustafa membuat arahan bertulis kepada Lembaga Bandaran Kudat melalui surat JKM (S) 100-41/60 bertarikh 23 Jun 2006 yang mengarahkan pembinaan patung Dewi Laut Ma Tzu dihentikan serta merta kerana berdekatan dengan Masjid Asy-Syakirin.

Luka di hati Chong Kah Kiat bertambah parah apabila Mufti Negeri Sabah, Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan turut diheret dalam persengketaan kerana mengeluarkan fatwa melalui surat PMNS (S) 600-1/2/Jld. 3 (02) bertarikh 7 Julai 2006 yang menyatakan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah telah bersidang pada 27 dan 28 Jun 2007 dan memutuskan;

“Membina patung atau replika yang menyerupai makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan di sekitar jalanraya dan seumpamanya adalah haram di sisi syarak (Islam) untuk mencegah daripada melakukan sebarang perbuatan syirik kepada Allah serta menutup rapat ruang penyembahan berhala”.

Melalui surat tersebut Mufti telah mengarahkan pembinaan Patung Buddha berhampiran tapak masjid Asy-Syakirin, Kudat hendaklah dihentikan demi menjaga dan memelihara sensitiviti umat Islam dan syiar Islam di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Mengikut Seksyen 15 (1) Ordinan Perancang Bandar dan Desa yang berbunyi;

“Subject to the succeeding provision of this section, as form the material date no person shall, within the jurisdiction of any Local Authority, carry out any development of land or any construction, demolition, alteration, extension, repair or renewal of any building until six months after an approved scheme takes effect for the area containing such land or building.”

Manakala Seksyen 15 (2) ordinan  berkenaan pula menyebut;

“A local Authority may with the approval of Central Board during any period of prohibition under the provisions of subsection (1), do all or any of the following things, that is to say-

a)grant to any person applying therefore permission in writing to develop land, construct, demolish, alter, extend, repair or renewal a particular building in the areas to which such scheme is proposed to relate;

b)prohibit the further proceeding with the development of land or construction, demolition, alteration, extension, repair or renewal of any particular building situate in the said area, stating in writing their reasons for such prohibition.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kebajikan Thean Hou diperangkap dengan Seksyen 3 Ordinan Perancangan Bandar dan Desa yang menyatakan;

”The Central Board may authorized or instruct a Local Authority to attach to a permission granted under this section such conditions as it thinks proper.”

Lanjutan daripada itu, Pegawai Eksekutif Lembaga Bandaran Kudat, Ariff Abdullah telah mengeluarkan notis rasmi LBK.BDG.200-1/VIII/29/2005 bertarikh 15 November 2007;

“Saya telah diarah oleh Setiausaha Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa (Lembaga Pusat) melalui surat bil. JPBW.05/04/191/(5) bertarikh 7 November 2007 bahawa ‘Site-Layout Plan’ bagi pembangunan yang dicadangkan di atas belum dikemukakan kepada Lembaga Pusat, jadi ini bermakna Lembaga Pusat belum meluluskan plan tersebut seperti mana yang dikehendaki oleh Seksyen 15, Ordinan Perancang Bandar dan Desa.
Kelulusan daripada Lembaga Pusat adalah peruntukan mandatori di bawah undang-undang.”

“Oleh yang demikian, dari segi perundangan, Lembaga tidak boleh meluluskan ‘Site-layout plan’ yang dikemukakan oleh tuan. Dengan itu, saya menarik balik kelulusan bagi ‘Site-layout plan’ yang disampaikan melalui surat saya rujukan no. BDG.200/1/VIII/29/2005 (33) bertarikh 8 Februari 2006 dengan serta merta.”

Sebenarnya tapak cadangan pembinaan patung Ma Tzu telah diluluskan melalui pelan 05150014 dan Warta 569/70 sehingga Lembaga Bandaran Kudat melalui surat bil LBK/BDG 200-1/VIII/29/2005 (34) memaklumkan pelan pembangunan Patung Dewi Laut Ma Tzu di TL 057505754 telah diluluskan dan kerja-kerja pembangunan boleh dijalankan setelah bayaran dibuat melalui resit 089769 (RM306.33) dan 089770 (RM2,147.50) pada 9 Februari 2006 sebagai yuran pengemukaan pelan dan yuran kelulusan pelan.

Mengikut prosedur, tidak ada sebarang klausa yang menyebut bahawa pelan pembangunan harus mendapat kelulusan Lembaga Pusat Perancang Bandar, apatah lagi menurut Seksyen 28C (1) Ordinan Perancang Bandar dan Desa menyebut;

“An application for planning permission in respect of any  development shall be made to the local authority and shall be in such form, contain such particular and be accompanied by such documents, plans and fees as may be prescribed.”

Sehubungan itu, menurut Seksyen 16 (1) Ordinan Perancangan Bandar dan Desa, Chong Kah Kiat melalui Tetuan Ansari & Co telah memfailkan rayuan untuk mengenepikan keputusan Lembaga Bandaran Kudat kerana sekyen berkenaan menyebut;

“Any Person aggrieved by the grant of refusal of a permission or by making of a prohibition under Section 15 may within twenty-eight days from the date on which he received notice on the decision appeal to the Judge by notice in writing in which he shall set forth the grounds of his appeal.”

Sejak Chong memfailkan saman pemula, ramai pemimpin Barisan Nasional telah melakukan subjudis dan mengambil kesempatan untuk mendapat 'political mileage' dengan memberi pelbagain komen yang menyakitkan hati dan mengundang persengketaan berpanjangan antara pihak yang bertelagah.

Lebih 24 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak, namun tidak ada sebarang siasatan dijalankan sekalipun ada pihak yang membuat kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Perbicaraan yang dijadualkan selama empat hari mulai esok akan menjadi faktor penentu yang akan mengikat keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu jika sebahagian besar masyarakat Cina memberikan undi mereka kepada pembangkang sebagai protes terhadap Barisan Nasional.

Sehubungan itu, ramai pemerhati berpendapat, untuk menyelamatkan kerusi parlimen yang paling berharga pada awal tahun ini, Musa Aman harus mengorbankan egonya dengan membenarkan Chong Kah Kiat meneruskan pembinaan patung Dewi Laut Ma Tzu atau membiarkan Wan Farid kempunan di Kuala Terengganu?

1 comment:

Ajin b. Gagah said...

Saudara Mutalib,
Assalamualaikum,
Dalam kes yang saudara ‘ highlighted’ kan dalam blog ini ,sangat menarik. Di kira ia nya kisah nostalgia yang hampir-hampir di lupai ramai. Kes ini kisah lama sabenar nya.
Banyak yang merasakan kisah sensasi ini sudah selesai ( one way or another). Namun ia nya timbul kembali .Saperti kisah Israel dan Hamas di Timor Tengah.
Kes ’ Ketua Menteri vs Mantan Ketua Menteri’ ini bagai saya melambangkan ‘situasi lost lost’ Sesiapa pun yang menang akhir nya menjadi looser di pandangan kaca mata ramai.
Kes yang sepatut nya dapat diselesaikan secara diplomatik, akhir nya meletup berkecaian.Saperti kisah Israel dan Hamas di palestine, tidak mahu berdamai atau berkompromi.