Search This Blog

Saturday, January 17, 2009

LAGI DESAKAN SIASAT PENGERUSI MUIS


LAPOR....Mustaqin (tiga dari kiri) ditemani Razak (dua dari kanan) dan Zainuddin Hasan (kiri sekali) ketika membuat laporan polis di Balai Polis Kota Belud.

ANGKATAN Muda Keadilan Sabah, mendesak agar Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abas Syed Ali ditangkap kerana menghina mahkamah dan menghasut umat Islam menganggap meninum arak sebagai kesalahan kecil dan hanya perlu dihantar ke pusat pemulihan.

Dalam laporan polis (KB/RPT/171/2009 pada 16 januari 2009) yang dibuat di Balai Polis Kota Belud oleh seorang ahli pergerakan itu, Mustaqin Aling daripada Kampung Botong, Kota Belud, beliau mendesak agar polis menyiasat dan mengambil tindakan di bawah undang-undang jenayah terhadap Abas yang mengkritik Institusi Mahkamah Tinggi Syariah.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan terutama apabila pemimpin tertinggi badan agama mempertikai keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang mengguna pakai Al-Quran sebagai landasan menjatuhi hukuman," ujar Mustaqin yang meminta Abas mengucapkan istigfar dan dua kalimah syahadah agar tidak tergelincir iman.

Menurut Mustaqin, hukum dan undang-undang syariah yang dibuat berdasarkan hukum Al-Quran tidak wajar dipersendakan kerana boleh mengundang syirik dan menimbulkan sengketa agama apabila ianya dijadikan bahan ejekan mereka yang anti agama.

"Kelantangan Abas mempertikai hukuman sebat ke atas peminum arak yang dijatuhi oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan merupakan keceluparan mulut seorang yang tidak layak menjadi Pengerusi MUIS," kata Mustaqin yang turut meminta Abas meletakkan jawatan.

Mustaqin turut ditemani Ketua Angkatan Muda Sabah, Razak Jamil, Ketua Penerangan AMK Sabah, Zainuddin Hassan dan beberapa ajk AMK pusat ketika membuat laporan di Balai Polis Kota Belud.



BUKTI...Dokumen ini membuktikan Abas mendapat 200 ekar tanah di kawasan Serudong sedangkan kawasan tersebut adalah Hutan Simpan.

Dalam pada itu, Bendahari AMK Sabah, Muslimin Ariff (Gambar kiri) turut menggesa agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penglibatan Abas di dalam kelulusan dua bidang tanah di kawasan Balung yang beliau mempunyai kepentingan.

"SPRM harus siasat bagaimana tanah ini yang sebahagiannya hutan simpan boleh diluluskan kepada Abas yang juga Adun Balung," ujar Muslimin sambil menunjukkan dua surat tawaran masing-masing diluluskan kepada Sinikaya Sdn.Bhd dan Cita Purnama Sdn.Bhd.

Kedua-dua syarikat ini kata Muslimin dimiliki Abas dan proksinya iaitu Nuraini Habab Kadir telah dululuskan kawasan seluas masing-masing 200 ekar bagi setiap syarikat.

Tegas Muslimin, Syed Abas Syed Ali (471012-12-5021) memegang 10% syer di dalam Sinikaya Sdn.Bhd, manakala proksinya, Nuraini Habab Kadir (610813-12-5088) 45 % syer dan bakinya seorang lagi proksi iaitu Syed Nuh Syed Kadir (H0402821) 45 % syer.

Manakala Cita Purnama Sdn.Bhd pula dimiliki dua orang proksi Abas iaitu Nuraini Habab Kadir dan Ismail Ait memiliki tanah yang sebelum ini telah diduduki dan dipohon oleh penduduk kampung Serudung dan sebahagiannya termasuk di dalam kawasan hutan simpan.



PROKSI...Abas turut menggunakan proksinya untuk 200 ekar lagi di kawasan yang selama ini telah diusahakan penduduk kampung. Lihat alamat dan fakta Sinikaya Sdn.Bhd.


ANEH....Sikap double standard Jabatan Perhutanan begitu ketara apabila mengatakan kawasan yang didiami penduduk sebagai Hutan Simpan sedangkan kawasan yang sama diluluskan kepada Abas.


Mengikut laporan Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC), kawasan yang dipohon adalah kawasan Luar Bandar. Berdasarkan sketsa di borang permohonan luas kawasan yang dipohon adalah seluas 207.0 ekar. Seluas lebih kurang 148.0 ekar adalah kawasan TOL. No. Lot 10900272/95/95100632. Pelan 10125658-10125659 (RSP. 9610900). Seluas lebih kurang 59.0 ekar adalah akwasan Hutan Simpan Sungai Serudong Kelas 1, FD. No. 117/411. SD. No. 99194691, LS. 4315-9-Vol. lV-756 dan Pelan 10128053-10128056 (RSP. 20021090028) iaitu pengukuran penandaan Sempadan Hutan Simpan Serudong adalah berkaitan. Terdapat permohonan lain yang memohon di kawasan yang sama 1) PT 2003100852-00855 dan 857-0858 ii) PT. 200101266 iii) PT. 200100536 iv) LST. 600/2614 v) LST. 6000/2471, vi) LST. 6000/2646 vii) LST. 6000/2530, viii) LST. 6000/3339 xi) LST. 6000/4434 x) LST. 6000/2635 xi) LST. 6000/3267/1 xii) LST. 6000/6200-6205, 6000/6199, LST. 6000/3499(A)/22, LST. 6000/4636, Perkampungan.

"Saya berpendapat Jabatan Perhutanan pun turut terlibat kerana apabila penduduk kampung memohon tanah berkenaan mereka mengatakan tanah tersebut adalah hutan simpan tetapi apabila Abas yang memohon, menjadi tanah negeri," ujar Muslimin yang meminta SPRM menyiasat semua permohonan yang dibuat di kawasan Serudong yang diluluskan kepada semua proksi Abas.

No comments: