Search This Blog

Friday, January 9, 2009

KENAPA TIDAK BONGKAR SKANDAL RAKYAT INDIA?

Surat Terbuka ini telah saya muatkan dalam buku saya, 007- Lelaki Malaysia Terakhir?. Sehingga ke hari ini Baisul belum membuat sebarang laporan polis terhadap saya atau kandungan buku tersebut yang telah diterima sebagai rujukan di Parlimen.


MUGU NATHAN GEORGE,
Beverlly Hills Fasa 2,
Jalan Bundusan,
88000 Penampang.

Saudara Mutalib M.D,

Saya, Mugu Nathan George, peranakan India-Dusun berpeluang membaca buku saudara, IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah di Perpustakaan Negeri Sabah ketika Petisyen Pilihanraya Likas 1999.

BAISUL KHAN

Tetapi saudara hanya mengutamakan kaum Bugis dan Suluk tetapi tidak membongkar kejalangan rakyat India yang mendapat kerakyatan songsang Malaysia
Untuk makluman saudara, ramai orang Tamil dari India telah di ‘Melayu’kan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPIMS) yang dipengerusikan oleh seorang Pakistan yang mendapat taraf kerakyatan Malaysia, Datuk Baisul Khan.

Ramai di antara mereka tidak perlu memeluk Islam, tetapi cukup sekadar menjadi ahli DPIMS, maka mereka dikategorikan sebagai Melayu dan boleh menjadi ahli UMNO.

Untuk makluman saudara, seorang Tamil bernama Omar Bin Mohd Sabair yang dilahirkan di Karasil Patti, Tamil Nadu, India datang ke Sabah pada 1982 untuk mencari pekerjaan setelah terpengaruh dengan rakannya yang telah lama tinggal di Sabah.
Pekerjaan yang yang ditawarkan tidak sesuai sehingga memaksa Omar menjual kain di tamu di seluruh Sabah tanpa sebarang dokumen melainkan Visa pelawatnya yang telah tamat tempoh.

Saya masih ingat lagi kerana pada 1993, Omar ditahan di sekatan Polis di Telupid ketika memandu sebuah van yang membawa enam orang India (saudaranya) daripada India kerana ketika itu saya juga penjaja kain di pasar tamu, sama seperti Omar.

Mengikut maklumat yang saya terima, enam orang India ini diseludup masuk melalui Tarakan, Indonesia kerana ketika itu pintu masuk melalui lapangan terbang agak sukar tanpa sebarang dokumen atau visa.

Kesemua mereka ditangkap polis apabila Omar cuba merasuah RM1,000 kepada pegawai polis yang bertugas agar membenarkan mereka meneruskan perjalanan sebagaimana yang dilakukan di dua Check Point sebelum ini iaitu di Simpang Semporna-Tawau dan Check Point Batu 32 Sandakan.

Saya mendapat tahu bahawa Omar mendapat kad pengenalan projek sejak UMNO masuk ke Sabah bernombor 540110-12-5123 tetapi dia disumbat ke lokap dan diseksa kerana dituduh sebagai Tekong Darat kerana membawa masuk pendatang asing daripada India secara haram.

Tapi apabila dia menggunakan kuasa paling besar dalam dunia iaitu ’wang’ kesemua mereka dibebaskan dan meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu ’dengan’ izin daripada seorang yang berpangkat tinggi di Ibu Pejabat Polis di ’Kepayan’.

Kesemua enam saudara Omar ini telah mendapat kad pengenalan yang diberikan oleh UMNO dan kebanyakan mereka kini menjadi kaya raya kerana mengusahakan restoran dan kedai runcit.

Saya terkejut kerana Omar bernikah dengan Biani Bte Gabok @ Noraini Abdullah iaitu isterinya yang ketiga kerana sebelum ini Omar pernah bernikah dan kini mengusahakan restoran Bismi Curry House.

Omar telah menggunakan nama isterinya, Baini Binti Gabok yang berasal daripada Kampung Nambayan, Tambunan membeli sebidang tanah di Kampung Tikolod untuk menanam halia.

Ketika itu, Omar berkawan dengan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Mendiang Marcus Akob kerana berurusan dengan Marcus untuk mendapatkan visa dan permit pekerjaan warga India di Sabah.

Semua kedai atau restoran ’Mamak’ di Sabah terpaksa berurusan dengan Omar yang lebih dikenali sebagai ’Omar Ghani’ untuk mendapatkan pas kerja tanpa had kuota kerana memalsukan keterangan syarikat untuk mendapatkan lebih daripada dua orang pekerja bagi setiap restoran.

Saya turut mengenali seorang lagi warga India, Munawar Bin Abdul Majeed yang dilahirkan di Thanjavur, India datang ke Sabah pada 1992 secara sah untuk melawat bapa saudaranya di Kota Belud, tetapi Munawar bersembunyi apabila pas lawatannya tamat tempoh dan dengan bantuan bapa saudaranya beliau mendapat sekeping kad pengenalan projek walaupun belum sampai sebulan datang ke Sabah dan tidak faham sepatah harampun bahasa Melayu!

Munawar bekerja membantu bapa saudaranya menjaga dan bekerja di restoran dan kedai runcit di Kota Belud sebelum membuka kedai runcit sendiri dan kemudian berhijrah ke Kota Kinabalu untuk mengembangkan empayar perniagaannya.

Dengan wang terkumpul Munawar mengambil alih perniagaan Restoran Super Delight di Aras Bawah, Centre Point Kota Kinabalu dengan harga lebih RM2 juta!

Munawar menukarkan nama Superdelight kepada Super Faezah Cafeteria dan mengguna nama isterinya, Lusiana Bte Abdullah @ Liew Chee Kehet sebagai nominee termasuk Perniagaan Rahmath yang terletak di Sinsuran.


BUKANKAH makan atau berbelanja di kedai runcit mereka seperti menghalalkan PTI?

Saya agak hairan kerana Munawar menjadi kaya dengan begitu mudah sehingga mampu memiliki kebun ribuan ekar dan puluhan rumah kedai tanpa perlu membayar cukai?.

Munawar pernah ditangkap pada 2004 kerana bergaduh dengan India lain yang berasal daripada kampung yang sama dan disumbat ke rumah merah Menggatal yang hanya dikhaskan untuk PTI Indonesia dan Filipina, tetapi Munawar bebas setelah pegawai atasan polis dan Imigresen mendapat sebuah proton Saga.

Untuk makluman saudara, sebagai keturunan India tempatan di Sabah saya malu apabila pendatang asing tanpa izin India begitu bermaharaja lela di Sabah sehingga kami sebagai kaum minoriti terpinggir.

Bayangkanlah jika Abdul Jabbar Muthalif yang dilahirkan di Karasil Patti, daerah Sivaganga, Tamil Nadu, India datang ke Sabah pada 1983 dan bekerja sebagai tukang jahit di Kudat dan tidak lagi pulang ke India kerana telah mendapat kad pengenalan projek.

Jabbar turut menjalankan perniagaan sendiri sehingga ke Telupid dan Kota Marudu. Jabbar diterima sebagai Ahli Persatuan Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) ketika kami masih tercari-cari identiti dan jati diri kami.

Aysha yang lahir di Kampung Ranganathapatti, Tamil Nadu, India memujuk suaminya berpindah ke Kota Kinabalu setelah mendapat bantuan daripada DPIM untuk membuka restoran di Kampung Air.

Jabbar memilih nama anak keduanya, Rafidaah sebagai nama restoran kerana anak pertama mereka, Azmah lahir di India sekalipun didaftarkan kelahiran semula di Sabah. Mereka dikurniakan tiga anak di Sabah iaitu Siti Rafidaah, 16, (sempena nama Rafidah Aziz), Fairuz 15, (sempena nama menantu Rafidah Aziz) dan Siti Zaharah, 12, (sempena nama Dr Siti Zaharah).

Kini Jabbar dan Aysha telah mendapat Mykad bernombor masing-masing 590521-12-5873 dan 620817-12-5252.



Bayangkanlah apa perasaan saudara apabila seorang lelaki India yang pada mulanya pendatang asing tanpa izin kini memandu Prado TZ Silver bernombor SA 9798C?

Saya harap saudara dapat menyiarkan isi kandungan surat saya ini sebagaimana saudara menyiarkan surat OKK Hassnar MP Ebrahim di dalam buku saudara, IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir?

Saya akan bertanggung jawab untuk mendedahkan semua bukti termasuk salinan pasport, alamat mereka di India dan salinan kad pengenalan projek mereka sekiranya kes ini di bawa ke mahkamah.

No comments: