Search This Blog

Sunday, December 14, 2008

3,000 AHLI UMNO SILAM DITIPU?


DAIF...Salah sebuah rumah yang daif di Silam yang memerlukan pembelaan segera.



SERAMAI 3,000 ahli UMNO Silam yang mendakwa diri mereka ditipu pihak yang diamanahkan memproses permohonan rumah PPRT daripada Peruntukan Khas RM25 juta FELDA, menghantar rayuan kepada Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang mengesa agar siasatan dijalankan bagi membolehkan permohonan mereka diproses dan diluluskan kerana telah menunggu lama.

"Kami telah membayar antara RM50 dan RM100 bagi mendapatkan borang daripada Pejabat Ahli Parlimen yang lalu melalui Setiausaha Bahagian dan pegawai khas Ahli Parlimen," ujar Dayang Halima Elyis, 25, selaku Timbalan Ketua Puteri UMNO cawangan Kampung Singgamata II.

Halima kesal kerana Mantan Ahli Parlimen lalu, Datuk Haji Samsu Baharun Haji Abdul Rahman melalui Setiausaha Bahagian, Firdaus Alawi hanya bijak menabur janji kononnya setiap ketua cawangan berhak mendapat sebuah rumah PPRT bernilai lebih RM25,000 di beberapa kawasan terpilih.

"Patutnya borang ini diberi percuma, tetapi mereka meminta bayaran daripada kami. Walaupun susah tetapi kerana kami mau rumah terpaksa bayar tetapi tiada resit. Jadi kami tidak mempunyai tempat mengadu dan terpaksa berjumpa YB Salleh," ujar Halima yang merayu keprihatinan Ahli Parlimen Silam yang baru membantu menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.

Halima menekankan pihaknya akan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Pejabat Daerah Lahad Datu selepas mendapat permit polis dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, Salleh ketika diminta mengulas rayuan ahli UMNO yang tertipu berkata, beliau akan menjalankan kajian dan menemui Pegawai Daerah Lahad Datu untuk mendapat gambaran sebenar kerana beliau difahamkan peruntukan Felda untuk projek PPRT disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah yang kini telah dimansuhkan.

"Kita akan meneliti senarai permohonan, mengenalpasti tapak baru dan menaiktaraf reka bentuk yang sedia ada kerana harga siling baru rumah PPRT telah dinaikkan agar penghuninya mendapat rumah yang selesa dan bukannya pondok yang usang," kata Salleh yang merencana untuk melaksanakan projek yang tergendala dengan beberapa agensi yang terlibat dengan pembangunan hartanah agar peruntukan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di parlimen Silam.

Kata Salleh lagi, Dasar Kita berhubung Perumahan Untuk Penduduk Miskin Tegar amat jelas dan kita kesal jika berlaku penyelewengan di masa lalu sehingga memangsakan rakyat.

Oleh itu kata Salleh, beliau tidak boleh tergesa-gesa untuk melakukan sebarang keputusan yang akan memberi kesan kepada program pembasmian kemiskinan dan penempatan semula masyarakat kelak agar seiiring dengan pembangunan infrastruktur.

2 comments:

Anonymous said...

Syabas diatas blog anda dan selamat berjuang.

Anonymous said...

firdaus....firdaus.....
tak berubah-ubah! dari waktu sekolah sampai la ke hari ni....masih dengan perangai dan sikap yang sama! aku ingat aku dah lama tak jumpa hang, hang dah jadi wali ka ulama ka macam tuk nenek hang... rupa2nya jadi lagu ni?
Yang hangpa pi sokong dia, lantik dia jadi ketua pasai apa? pasai apa tak selidik dulu? aku sekolah dengan dia dulu, duduk belakang dia, asrama satu dorm dengan dia, aku tau sangat la dia ni...
aku harap sangat hang balik ke pangkai jalan la daus...bagi balik la duit orang kampung yang hang dah sakau tu! depa orang susah, rumah pun entah esok lusa dah nak gheban, tak kan ke mana kita dengan duit hasil lagu tuh...di dunia orang dok maki, di akhirat kena taji... tak balik modal!!!