Search This Blog

Friday, April 30, 2010

KALAU 40% PEGAWAI ATASAN POLIS RASUAH, CERITA APA YANG AKAN KITA DENGAR DARIPADA PDRM?





Written by Admin
Thursday, 29 April 2010 15:12

PENGECUT..... Pegawai kanan polis ini kelihatan berani terhadap petani miskin namun apabila disaman, mereka menyembunyikan diri dan begitu pengecut mencipta kesalahan kecil dan membuat tuduhan palsu untuk menghalang pihak lain memburu mereka dengan saman Mahkamah.

Oleh: OKK HASSNAR EBRAHIM

SEMASA menyandang jawatan sebagai pengerusi Police Watch Sabah seorang hamba Allah berbangsa Cina pernah menelefon saya.

Perbualan kami berkisar lebih kurang seperti dialog berikut:

Pemanggil : bole cakap sama itu okk ka (dalam slang Cina)?

OKK : Saya sini OKK. Ada apa cerita kawan?

Pemanggil : hei ya OKK boleh tolong ka? Saya ata satu kawan cina. Dia ada satu lumah then kasi sewa satu insepektor polis. Sudah kasih sewa eeh enaam bulan. Dia tidak bayar itu sewa. Ini kawan pigi itu lumah mau tagi itu sewa. Dalam lumah inspector titaa ata. Dia punya bini ada. Tauke minta lia punya bini bayar itu sewa. Bini telepon itu laki panggil bayal itu sewa ha. Tidak lama itu laki hantar satu keleta Polis datang rumah tangkap ini tauke. Ini tauke ha kena masuk scell oww tiga empat hari kena tahan. Sudah lumah titak bayar. Itu taukey lagi kena tangkap. Boleh tolong ka?

OKK : Haiiya kawan, ini macam cerita saya banyak susah. Sebab lu olang cina kuat sokong itu UMNO. Lo orang kuat sokong itu BARISAN. Itu BARISAN curi rakyat punya harta lu orang pun mahu terus sokong. Itu BN suka rampas tanah orang. Sudah rampas tanah dia bilang dia rakyat tidak ada hak. Itu Polis itu UMNO punya macai . You sokong la itu BARISAN. You sokong itu UMNO..

Pemanggil: aiya ini macam susah loo.

OKK : Aiya teda susah lah. Lu orang baru tidak kena bayar sewa rumah. Lagi banyak orang kena rampas tanah sebab lu orang sokong itu UMNO apa macam?


Kisah selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

POLIS GEMAR SAPU SAMPAH KE BAWAH PERMAIDANI?





Written by Admin
Tuesday, 27 April 2010 16:55

Oleh: OKK HASSNAR HJ EBRAHIM

SAYA terpanggil membuat pandangan berikut setelah membaca artikal bertajuk ‘CP Mula Gelabah, Pulas Telinga Sabahkini?’

Di era internet di mana dunia luas kini telah menjadi sebuah kampung tidak mungkin lagi ada sesiapa akan berasa hairan jika terdapat usaha dari kalangan tertentu dalam pasukan PDRM cuba aniaya, hentikan atau senyapkan mana-mana individu atau organisasi yang tidak sanggup melihat salahlaku atau salahguna kuasa oleh mana-mana anggota PDRM terus berleluasa.

Sebelum 1998, sebilangan besar rakyat beranggapan Polis adalah RAJA sebenar di Malaysia. Kecuali mereka yang dimurka oleh pucuk pimpinan PDRM sendiri, tidak ada sesiapa boleh tegur apatah lagi mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota Polis. Jawatan dan uniform mereka sebagai Polis seolah-olah memberi mereka imuniti daripada tindakan. Dalam kebanyakan tindakan yang dibawa ke Mahkamah terhadap anggota Polis, penghakiman akan sentiasa berpihak kepada polis.

Saya katakan demikian kerana saya sendiri adalah salah seorang daripada ribuan rakyat Sabah dan Malaysia amnya yang tersenarai menjadi mangsa.

Gelombang reformasi pada 1998 yang bertiup kencang di seluruh pelusuk negara telah merobah persepsi dan pandangan rakyat tentang peranan PDRM menyebabkan kerajaan terpaksa akur kepada kehendak rakyat dengan menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Pentadbiran dan Imej Polis.

Penubuhan suruhanjaya ini membawa mesej jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa pentadbiran pasukan PDRM kita bermasalah kronik. Walaupun kini tugas suruhanjaya tersebut telah selesai dengan menyediakan laporan lengkap disertai berbagai cadangan membaiki pentadbiran dan imej Polis tetapi adalah nyata virus rasuah dan salahgunakuasa di kalangan sebilangan besar anggota PDRM sudah tidak lagi boleh di ubati dan pulihkan dengan sekadar menubuhkan sebuah suruhanjaya dan melaksanakan cadangannya semata-mata.

Mendiang Albert Einstein, seorang ilmuan berbangsa Yahudi yang terkenal dengan ‘Theory of Relativity’ nya pernah berkata "We can't solve problems by using the same kind of thinking we used when we created them."

Masalah PDRM adalah berpunca daripada.....


Kisah selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

K5P DI TINGKAYU GATE?





Written by Admin
Monday, 26 April 2010 08:48

BADI.... Mampukah Ketua Polis Daerah, DSP M Radzali Mahmud menghilangkan Badi Dingka dan Tan Hiap Wah untuk menghapuskan imej 'High Chaparral' di Kunak ketika kemunculan semula Sarjan Tassim?

Oleh: GEOFFEREY JR

JIKA Jabatan Penerangan Malaysia sebelum ini popular dengan Program K3P @ Penonton, Pembaca & Pendengar; Polis Kunak juga terkenal dengan K5P iaitu Polis, Penyamun, Perompak, Pencuri dan Penipu.

Secara tradisi Polis Kunak terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan segala kegiatan jenayah yang berlaku di Kunak kerana salahguna kuasa dan rasuah adalah budaya yang memangkinkan kegiatan jenayah termasuk; pengedaran dan penagihan dadah; rampasan Hak Anak Negeri Sabah; rasuah yang melibatkan semua peringkat jawatan.

Sebagai Pekan Koboi, ‘High Chaparral’ Kunak dikendalikan secara tidak wajar oleh Ketua Polis yang menjadikan Kunak sebagai Wilayah Autonami mereka sendiri dan tidak tertakluk kepada Undang-Undang Negara dan sekaligus mencabul Perlembagaan Persekutuan.

Polis Kunak seperti Polis Amerika atau ‘Sheriff’ dalam filem koboi ‘High Chaparral’ boleh melakukan apa sahaja termasuk melakukan rompakan di siang hari, menyumbat sesiapa sahaja ke dalam lokap; mengengkari dan menghina mahkamah; menjadi hakim yang menjatuhi hukuman di luar mahkamah; malah menjadi Mafia yang mendalangi kegiatan jenayah yang berlaku di Kunak.

Tingkayu Gate adalah bukti jelas untuk mengklasifikasikan Polis Kunak sinonim dengan Israel yang mengancam kedaulatan Bumi Palestin dan mencabul hak asasi manusia tanpa ada pihak berkuasa yang berani menentang atau menghalang perbuatan jenayah oleh Polis Kunak; sekalipun isu ini telah dibawa dan dibahas di Parlimen Malaysia dan Di Dewan Undangan Negeri Sabah.

KUMPULAN K5P: POLIS

RAKYAT Kunak terutama 171 peserta Skim Pekebun Kecil Tingkayu yang mendapat Perintah Injunksi Mahkamah begitu allergik dengan Polis Kunak sejak era DSP Dingka Utoh berkawan dan ‘bersaudara anjing’ dengan Penyamun Tanah, Alimuddin Mohd Ajay yang kononnya dilantik oleh Penipu Besar, Syarikat Kemajuan Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) untuk merompak hasil pekebun kecil.

Keganasan Polis Kunak ‘disokong’ oleh Pesuruhjaya Polis Sabah yang ‘buta undang-undang’ dan melakukan jenayah ‘Menghina Mahkamah’ kerana secara sedar dan terbuka mendakwa tanah CL 245361951 adalah milik SKPTTB sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Clement Skinner telah meluluskan Injunksi bagi Kes T (21) 4 Tahun 2008 pada 1 Februari 2008 yang berbunyi:


Paparan selanjutnya sila layari: www.sabahkini.net

Saturday, April 24, 2010

WANG EHSAN RM10 UNTUK SABAHKINIFANCLUB





Written by Admin
Saturday, 24 April 2010 00:34


Oleh: MUTALIB M.D

SABAHKINI.NET mengalami gangguan selama lima jam hari ini akibat masalah teknikal dan memerlukan dana untuk menaiktaraf dan membaiki kerosakan teknikal yang sering berlaku akibat percubaan ramai penggodam untuk merosakkan portal pujaan ramai rakyat Sabah ini.

Bagi memastikan Sabahkini.net membawa berita sensasi dan terkini dalam usaha untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah, maka Sabahkinifanclub mengalu-alukan derma ‘wang ehsan’ RM10 daripada rakyat yang prihatin.

Wang ehsan berkenaan boleh dimasukkan terus ke akaun Setiausaha Sabahkinifanclub, Sitta Sarah di Public Bank melalui akaun bernombor 4713556916.

Sabahkinifanclub mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah yang prihatin menghulurkan Wang Ehsan untuk membantu menaiktaraf sesawang ini yang memerlukan perbelanjaan antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.

SIAPA LINDUNGI ‘KING PIN’ KUARI HARAM DI LAHAD DATU?





Written by Admin
Saturday, 24 April 2010 15:12

HARAM.... Kuari haram di kaki Gunung Silam ini boleh dilihat daripada lebuh raya Kunak-Lahad Datu namun pihak berkuasa membutakan mata mereka.


Oleh: ZAZARIZA ZAZIZUL

SUDAH lebih 30 tahun kuari ini beroperasi secara haram, namun tidak ada pihak mempedulikan nasib dan nyawa penduduk kampung Silam yang terdedah kepada debu beracun ledakan kuari berkenaan; hatta Mantan Ketua Polis Daerah Lahad Datu tinggal tidak jauh daripada kuari haram berkenaan.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) mengutuk tindakan Kerajaan Barisan Nasional Sabah kerana menghina wawasan kesemua Perdana Menteri Malaysia termasuk kerajaan ‘1Malaysia’ Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahukan ‘rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’.

Ketua Penerangan AMK Sabah, Zainuddin Hassan ketika melakukan pemeriksaan mengejut ke kuari haram berkenaan yang terletak di atas tanah CL 115384015.....


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

BROADBAND CELCOM HANYA SESUAI UNTUK AFRIKA?





Written by Admin
Saturday, 24 April 2010 00:10

Oleh: SURIATI MAHMUD

BROADBAND Celcom yang menggunakan cogankata ‘Semakin Luas @ Wilayah Celcom Broadband’ masih belum mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia, terutama Lahad Datu dan hanya dianggap sesuai untuk Gurun Kalahari, Afrika yang tidak berbukit bukau.

Para pegawai Celcom lebih berminat untuk mencari mereka yang membuat aduan daripada menyelesaikan masalah kerana ‘kucing’ pun tahu bahawa Celcom Broadband gagal mencapai liputan untuk seluruh Bandar Lahad Datu sehingga jurujual Broadband Celcom mencadangkan agar para pengguna mengambil pakej RM68 dan bukannya RM98 kerana masalah liputan.

“Buat apa jual Celcom di sini? Di Afrika sesuailah.....


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

CP MULA GELABAH, ‘PULAS TELINGA’ SABAHKINI?





Written by Admin
Friday, 23 April 2010 23:09

Oleh: ZAINUDDIN HASSAN

PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim mula gelabah berikutan serangan bertubi-tubi Sabahkini.net dan Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar MP Ebrahim yang mencabar kewibawaan dan salahguna kuasa polis Sabah.

Akibatnya, Datuk Noor sekali lagi menyalahguna kuasanya apabila mengarah Polis Tawau menjalankan siasatan terhadap Sabahkini.net ekoran satu laporan palsu polis yang dibuat oleh seorang 'penagih dadah' atas dorongan seorang ‘pemimpin politik palsu’ yang dianugerah ‘Sijil Penghargaan’ oleh Polis Kunak sempena sambutan Hari Polis ke 103 lalu.

“Inspektor Zarina daripada IPD Tawau menelefon saya....


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

POLIS PAKSA ‘SAKSI’ BUAT LAPORAN PALSU?





Written by Admin
Friday, 23 April 2010 12:08

TADIKA.... DPP Tadika ini menjadikan perbicaraan menarik kerana cuba melengahkan masa mahkamah dengan memanggil saksi yang tidak berkaitan dengan perbicaraan dan asyik memohon 'Stand-out' untuk meminta khidmat nasihat 'Pihak Atasan.'

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SAKSI kelapan Pendakwaraya dalam kes samun berkumpulan di Tingkayu, Kunak Devid Bin Udin, 31, kelihatan seolah-olah dipaksa ‘berbohong’ di Mahkamah Sesyen Tawau dalam usaha pihak tertentu untuk melengahkan perbicaraan dan menyembunyikan rahsia sebenar yang mula dihidu Sabahkini.net.

Walaupun hanya Alimuddin yang tahu siapa Pegawai Kanan Polis Sabah yang menerima ‘wang perlindungan’ bagi pihak polis yang mendalangi dan ‘menghalalkan’ jenayah di Tingkayu Gate, namun Devid menyimpan banyak rahsia yang gagal diungkap di mahkamah memandangkan peranannya hanya sebagai ‘orang suruhan’ yang ‘tidak sah taraf’ kerana dilantik oleh Alimuddin dan bukannya diambil bekerja oleh Syarikat Kemajuan Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB).

Banyak keterangan Devid di mahkamah bercanggah dengan tiga laporan polis yang dibuatnya, namun Devid bebas berbohong.....


Paparan selanjutnya sila layari : www.sabahkini.net

PENCULIK SEBANGKAT MINTA TOP-UP KREDIT?





Written by Admin
Friday, 23 April 2010 11:50

Oleh: MUTALIB M.D

KETIKA sedang makan malam di suatu lokasi sulit di Selatan Filipina dengan lebih 20 Juruperunding untuk membebaskan dua orang mangsa culik daripada Terumbu Karang Sebangkat Semporna, seorang Juruperunding ‘Deep Throat Filipina’ dihubungi seorang penculik meminta agar menambah ‘top-up’ kredit telefon bimbitnya.

“Mr DT (Deep Throat), Tolong kunuk bah isi kredit telepaun ini sap. Habis sudah. Ndak dapat call,” rayu penculik berkenaan yang sebelum ini berlagak seperti salah seorang pelakon Senario The Movie.

“Boleh tapi 1,000 pesos potong 10,000 pesos ya! Tolak wang ransom nanti,” ujar DTF sambil memancing respon daripada penculik berkenaan.

“Uina sap, mahal juga. Indak bulih kurangkah?. Mataina Sap oleh Komandel,” ujar penculik itu lagi yang membahasakan dirinya sebagai Kapten Roger.

Menurut DTF, para penculik bukan sahaja meminta kredit telefon, malah ubat-ubatan dan makanan disebabkan mereka kehabisan bekalan sekalipun berpindah daripada satu kumpulan politik kepada satu kumpulan poilitik lain yang menjadikan mereka ‘pukat’ untuk memancing undi dalam kempen pilihanraya umum Filipina Mei kelak.

“Kami makan pangi (ubikayu), piutu (putu) sama kiangpau (ikan masin) sajjak, maubus na bugas,” ujar Kapten Roger bercampur aduk dengan bahasa Tausug ketika melaporkan kedudukan mereka yang tidak menyedari percakapannya dirakam pihak berkuasa Filipina.

Pada Firasat DTF, kemungkinan besar kes Sebangkat ini akan selesai selepas pilihanraya umum Filipina kerana pihak berkuasa begitu berhati-hati sekalipun ramai ‘Snipper’ dikerahkan memburu penculik yang semakin bertambah ramai daripada 50 orang sebelum ini hingga menjadi lebih 150 orang.

DTF juga turut membidas Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran yang disifatkannya sebagai ‘berbohong’ dan ‘melancung’ kerana memberitahu di Dewan Undangan Negeri Sabah pada rabu bahawa Polis Diraja Malaysia sedang merunding untuk membebaskan tebusan yang dipercayai masih hidup.

“Batang hidung polispun tidak nampak di sini. Jangan ambil kredit atas usaha orang lain. Mereka kena terima hakikat terlalu banyak cakap sehingga sanggup menipu kononnya mangsa masih berada di Malaysia sedangkan kita yang bertungkus lumus menggadai nyawa untuk memastikan mangsa culik selamat,” ujar DTF yang meminta agar PDRM menerima hakikat bahawa mereka belum terlatih dalam bidang perundingan dan membebaskan mangsa culik.

DTF yang sebelum ini beberapa kali mewakili Malaysia dalam gerakan membebaskan tebusan yang diculik di Selatan Filipina oleh Kumpulan Abu Sayyaf pada 2000 menegaskan pihaknya terpaksa berhati-hati dan terus melayan permintaan demi permintaan para penculik dalam usaha untuk membebaskan tebusan.

“Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau sihat walafiat walaupun kekurangan zat makanan kerana kurang tidur disebabkan sering berpindah randah dan kita sukar menemui mereka sejak dua hari lalu,” ujar DTF yang meminta agar rakyat Malaysia berdoa semoga mangsa dapat dibebaskan dalam masa yang singkat.

BONGKAR SAJA BAH! BIAR RAKYAT TAHU





Written by Admin
Friday, 23 April 2010 07:00

Saudara Pengarang,

SAYA mengucapkan tahniah kepada Sabahkini.net atas keberanian membongkar segala penyelewengan sama ada dalam pihak pemerintah dan juga pihak pembangkang.

Kita harus bersedia menerima hakikat bahawa semua maklumat hanya petik di hujung jari. Orang kita perlu membuka m,inda untuk memproses pelbagai maklumat yang dipaparkan oleh media. Saya kurang setuju dengan pandangan dalam artikel "Sabahkini Musuh Perpaduan" yang dalam nadanya agak masih tertutup mata mindanya.


Paparan selanjutnya sila layari: www.sabahkini.net

Tuesday, April 20, 2010

ISU SEBANGKAT KINI SEPERTI SENARIO THE MOVIE?





Written by Admin
Monday, 19 April 2010 07:32

Oleh: MUTALIB M.D

INSIDEN penculikan dua rakyat Malaysia, Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau daripada Terumbu Karang Pulau Sebangkat di Taman Tun Sakaran, Semporna sejak 8 Februari 2010 yang sebelum ini begitu genting kini bertukar lucu seperti ‘Senario The Movie.’

“Para penculik sedang kebuluran dan kekurangan bekalan ubat-ubatan sedang merayu pinjaman wang daripada juruperunding namun mengekalkan jumlah tuntutan tebusan yang sama. Tetapi nyawa para tebusan selamat disebabkan dilindungi 14 ahli politik Filipina yang sedang berkempen pelbagai posisi untuk mendapat tempat dalam pilihanraya umum Filipina Mei nanti,” ujar Deep Throat Filipina (DTF) sebentar tadi dari Siasi, Tawi-Tawi, Filipina.

DTF terpaksa bergaduh dan memaki para penculik yang fasih dalam bahasa Melayu pasar yang biasa digunakan di Sabah dan mereka tidak lagi gentar berhubung dengan juruperunding sekalipun perbualan mereka dirakam oleh pihak berkuasa Filipina yang menunggu masa yang sesuai untuk menyerbu dan membebaskan tebusan.

“Buat masa ini keadaan tidak lagi genting namun masih berisiko tinggi disebabkan kita gagal mengesan dua lagi kumpulan politik daripada 14 kumpulan yang memberikan suaka kepada para penculik ini yang berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan Malacanang,” tegas DTF yang agak risau dengan perkembangan terbaru.

Menurut DTF, kedua-dua mangsa culik dijadikan bahan kempen 14 kumpulan yang ingin menang dalam pilihanraya umum Filipina.

Para tebusan kata DTF, bergerak daripada satu kumpulan politik kepada satu kumpulan politik untuk mengaburi mata pihak berkuasa Filipina dengan dikawal ketat oleh sekumpulan 50 penculik bersenjata.

DTF meminta Sabahkini.net tidak menyiarkan banyak isu yang disampaikan kerana hampir kesemua penculik pandai berbahasa Melayu dan kebanyakan mereka mempunyai kad pengenalan Malaysia yang dikeluarkan di Sabah dan dipercayai mempunyai keluarga di Sabah.

“Seorang penculik bimbang akan dibunuh keluarganya di Sabah jika beliau pulang ke Sabah dan terpaksa terus setia kepada kumpulan penculik dan bekerjasama dengan 14 kumpulan politik yang melindungi mereka untuk tujuan politik,” ujar DTF lagi.


SAI PAO BERJAYA TIDURKAN POLIS MALAYSIA?





Written by Admin
Tuesday, 13 April 2010 15:56

HIDUNG….Antara Mikhael Aman (kanan) dengan Sai Pao bagaikan hidung dengan hingus yang saling memerlukan. Namun apakah Sai Pao akan terus berkhidmat dengan Mikhael Aman tau menjadi ‘Taiko Tai’ baru di Sandakan?

Oleh: JL BOND

MUNGKIN agak keterlaluan jika dikatakan Polis Malaysia masih tidur. Namun hakikatnya memang benar mereka masih tidur kerana setelah Sabahkini.net menyiarkan wajah samseng yang menjadi pengawal peribadi adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman iaitu Michael Chia @ Mikhael Aman; Polis Malaysia gagal mengecam ‘Lelaki Yang Paling Dikehendaki Interpol’ ini.

Samseng berkenaan, Sai Pao @ Chan Mun Bang mempunyai lebih 25 rekod jenayah penipuan dan kongsi gelap yang serius, namun bebas bergerak di Sabah setelah bossnya, Michael Chia membayar sejumlah besar wang perlindungan bagi membolehkan Sai Pao menjalankan kegiatan haram Mikhael Aman.

Sai Pao pernah dipenjara di Peranchis selama empat tahun kerana terlibat dengan penipuan dan pemalsuan kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia dan Singapura tetapi digunakan untuk berbelanja di Kota Paris.

Mengikut maklumat Interpol,...


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

Monday, April 19, 2010

CP SABAH & KPD HARUS LETAK JAWATAN!





Written by Admin
Sunday, 11 April 2010 00:52

BUKTI.... Gambar terbaru dua mangsa culik Sebangkat, Tsen Vui Chung (kiri) dan Lai Wing Chau dalam keadaan sihat yang dikirim para penculik di Tawi-Tawi Filipina yang menuntut tebusan daripada keluarga mangsa. Abdullah Sani kesal dengan sikap polis yang hanya tahu bersandiwara tetapi tidak tahu bekerja!


Oleh: MUTALIB M.D

PESURUHJAYA Polis Sabah dan Ketua Polis Daerah Semporna harus berasa malu dan meletakkan jawatan kerana cuba memperdaya orang awam untuk mempercayai bahawa mangsa masih berada di Sabah dan secara malafide memfitnah pengusaha penanaman rumpai laut di Terumbu Karang Sebangkat Semporna berikutan penculikan dua orang rakyat Malaysia pada 8 Februari 2010.

Pengerusi Local Community Forum, Taman Tun Sakaran Marine Park (TMTS), Abdullah Sani Haji Abdul Salleh membuat gesaan demikian setelah menerima pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina bahawa kedua-dua tebusan sudah berada di Filipina sehari selepas diculik; ketika Pesuruhjaya Polis Sabah masih mempercayai mangsa berada di Sabah dan menabur fitnah terhadap pengusaha dan waris TMTS; kononnya masalah dalaman dan pertikaian gaji.

“Adalah wajar bagi CP, Datuk Noor Rashid Ibrahim meletakkan jawatan daripada terus menabur fitnah terhadap adik saya, Salleh, dan semua pengusaha rumpai laut yang terlibat kerana tidak pernah timbul isu gaji. Insiden penculikan benar-benar terjadi apabila keluarga mangsa dihubungi untuk meminta wang tebusan yang terlalu tinggi,” kata Abdullah Sani yang telah berunding dengan peguamnya untuk menyaman Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang enggan meminta maaf di atas keterlanjuran menuduh insiden penculikan sebagai kerja orang dalam.

Tegas Abdullah Sani, pihaknya merasa terkilan, malu dan kecewa dengan sikap pihak berkuasa terutama Polis, Tentera dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang dipertanggung jawabkan memantau keselamatan di TMTS kerana gagal melakukan sesuatu untuk menghalang kejadian penculikan berulang selepas insiden Sipadan dan Pandanan pada 2000.

“Dalam masa 10 tahun sepatutnya pihak keselamatan mempertingkatkan teknologi pengawasan dan memperketatkan kawalan, namun saya hampa kerana setelah satu dekad masalah Pati di Sebangkat dan TMTS khususnya tidak juga selesai, malah bertambah serius sehingga terjadi penculikan dua orang pekerja keluarga saya,” ujar Abdullah Sani yang meminta kerajaan menjalankan ‘bedah siasat’ terhadap operasi ketenteraan dan kepolisan di TMTS.

Ketua Polis Daerah Semporna, kata Abdullah Sani, sewajarnya bertanggung jawab meletakkan jawatan terlebih dahulu kerana lambat bertindak dan bersikap menyembunyikan sampah ke bawah permaidani dan menjadikan adik beliau sebagai ‘sasaran’ siasatan ketika para penculik bebas menyeludup keluar mangsa daripada kepungan pihak berkuasa Malaysia yang kononnya dilengkapi dengan teknologi dan peralatan canggih.

“Jika cekap, kenapa polis lambat sampai ke kawasan yang boleh dicapai dalam masa 20 minit tetapi polis mengambil masa yang telalu lama sehingga mangsa sudah dilarikan ke Filipina ketika polis tiba. Alasan air laut surut ketika itu bukanlah alasan professional, sebaliknya penuh dengan tipu muslihat untuk menafikan hak mangsa untuk diselamatkan ketika masih dalam negara,” ujar Abdullah Sani yang akan menghantar nota bantahan dan memorandum para pewaris TMTS kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang meminta agar Ketua Polis Daerah Semporna dan Pesuruhjaya Polis Sabah ditukarkan serta merta jika mereka enggan meletakkan jawatan.

Bagi Abdullah Sani, pihaknya tidak perlu lagi melayan karenah beberapa personel kanan polis Malaysia yang dilaporkan cuba menggagalkan usaha untuk membawa balik mangsa yang kini sedang giat dipantau oleh pihak berkuasa Filipina dan akan dibebaskan dalam masa yang singkat.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang begitu prihatin dengan nasib mangsa dan penderitaan keluarga mangsa yang tertekan akibat insiden penculikan di tengah kawalan ketat keselamatan. Kita tidak dapat membalas jasa baik beliau yang memainkan peranan penting untuk membebaskan mangsa melalui pelbagai cara dengan kerjasama Kerajaan Filipina,” kata Abdullah Sani yang mengutuk kegiatan penculikan sebagai musuh nombor satu yang menjatuhkan imej Negara di mata dunia.

Abdullah Sani menjelaskan para penculik telah menghantar wakil untuk menemui beliau dan adiknya, namun mereka enggan berjumpa kerana telah menyerahkan kes berkenaan kepada rakan kongsi mereka, Datuk Seri Chong Man Tung untuk berurusan dengan para penculik di Filipina.

Dalam pada itu, isu penculikan di Sebangkat telah dibawa oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr. Hiew King Cheu (DAP) pada 1 April 2010 sebagaimana yang terdapat dalam Hansard Parlimen seperti sedutan berikut;

Dr. Hiew King Cheu [Kota Kinabalu]: Yang Berhormat Menteri, boleh saya sambung? Ini boleh kita balik ke isu keselamatan. Mangsa culik di Semporna, Sabah pada 8 Februari lalu, Polis Diraja Malaysia masih percaya mangsa Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau masih berada di Malaysia dan tidak diberitahu kedudukan siasatan. Ada ramai kata mangsa ada di Tawi-Tawi, Philippine juga. Perusahaan rumpai laut jatuh mendadak kerana pekerja takut daripada 1,000 orang yang bekerja di sana kini hanya tinggal 50 orang sahaja. Boleh Yang Berhormat Menteri beritahu mana jaminan keselamatan di Sabah? Terima kasih.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]

Seorang Ahli: Tidak ada.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Ini telah dibangkitkan.

Seorang Ahli: Tidak ada jaminan.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Tuan Yang di-Pertua tadi telah membuat ruling...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, ini perkara sudah Yang Berhormat.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Bahawa ia tidak dibangkitkan dalam perbahasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya.

Seorang Ahli: Jawablah!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat mempunyai...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Dalam...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: ...Opsyen jawab atau tidak jawab pun...

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Saya tidak mahu jawab.

Manakala pada 6 April 2010, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing telah sekali lagi menimbulkan isu ini di parlimen. Antara lain beliau berkata;

“Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dengan keselamatan dalam negeri. Satu ketika dulu pihak kerajaan Amerika Syarikat telah memberi satu maklumat kepada kerajaan kita bahawasanya perairan Pantai Timur Sabah ini tidak selamat dan kerajaan kita kementerian berkenaan mengatakan tidak, ini selamat.

“Akan tetapi pada 8hb Februari, satu penculikan berlaku di Tawi-Tawi bahagian Pantai Timur Sabah dan dua orang telah diculik. Sehingga hari ini, rakyat masih tertanya-tanya sama ada mereka ini berada di Sabah ataupun di negara jiran. Pihak polis mengatakan ya, mereka masih hidup dan masih cuba untuk membawa mereka balik tetapi tiada affirmative information.

“Ada yang mengatakan bahawa mereka ini diculik di kalangan mereka atas masalah keluarga dan sebagainya, tetapi apa yang kita tahu ialah diculik oleh pihak orang asing dan mereka ini masih berada di negara Filipina dan masih dalam penjagaan oleh pihak-pihak tertentu.

“Nama mereka ini ialah Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau dan pihak keluarga masih menunggu di manakah mereka ini sebenarnya. Rakyat menunggu maklumat daripada kerajaan sama ada mereka ini masih hidup, berada di tanah air perairan Sabah atau di Filipina. Kesan ia Tuan Yang di-Pertua, ekonomi perusahaan rumpai laut di sebelah Semporna dan sebagainya.

“Ia terdapat kurang lebih 900 lebih pekerja sebelum kejadian penculikan. Sekarang ini oleh kerana ketakutan, hanya tinggal 50 orang sahaja pekerja di industri rumpai laut. Jadi bukan sahaja tertumpu kepada isu keselamatan tetapi ia mempunyai kesan seterusnya kepada soal ekonomi tempatan.

“Jadi kita mintalah pihak Kementerian Dalam Negeri supaya memberi maklumat kepada rakyat di manakah mereka dan siapa yang bertanggungjawab dan sebagainya. Sekarang ini maklumat ini masih samar-samar.”

Pada 7 April 2010, sekali lagi Bumburing meminta penjelasan daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wira Chor Chee Heung dengan berkata;

“Soal kes penculikan ini telah berlaku dalam bulan Februari, sekarang ini sudah bulan April dan jawapan yang diberikan pihak polis kepada awam ialah masih disiasat. Adakah kita masih menunggu sekian lama untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka ini ditahan di Filipina atau tidak? Keluarga ini very anxious, dengan izin. Kalau dipastikan oleh pihak polis bahawasanya kedua-dua orang ini di Filipina, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk berunding atau menghubungi ataupun meminta bantuan daripada pihak kerajaan yang terlibat? Jadi tolong minta dipercepatkan, jangan biarkan keluarga mereka menderita.

Dalam jawapannya, pada 7 April 2010, Dato’ Wira Chor Chee Heung berkata;

“Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Semalam saya baru jumpa dengan pegawai penyiasat mengenai kes ini dan saya telah diberitahu dengan cukup terang iaitu kita harus mempercepatkan kerja-kerja siasatan sebab kita tidak mahu nyawa mereka ini tidak tahu sama ada mereka hidup atau tidak. Walaupun kita mempercayai bahawa mereka masih hidup di Filipina dan mengikut apa yang mereka beritahu kepada saya ialah mereka telah pun berhubung dengan counterpart, dengan izin, di Filipina. Setakat ini masih dalam siasatan tetapi kadang-kadang kita tidak boleh sendiri mempercepatkan sebab mereka ini berada di Negara lain, kita pun susah hendak masuk untuk jalankan siasatan. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat jangan bimbang, kita akan memberitahu supaya kes ini dijadikan satu kes prioriti.”


Saturday, April 10, 2010

BOARD OF OFFICER FOR SIJIL ANAK NEGERI?





Written by Admin
Friday, 09 April 2010 22:24

By: DR EDWIN BOSI

THE yang Di-Petua Negeri Sabah has established a ‘Board of Officers’ under section 3(3) of the Ordinance Tafsiran (Tarif Anak Negeri) 1952 Cap 64 to check if the Native certificate or ‘Sijil Anak Negeri’ belonging to Jimmy Wong is genuine. This was revealed in a letter to Jimmy Wong of 24 March 2010 from Datuk Abidin Madingkir, the Chairman of the Board of Officers of the Ministry of Local Government and Housing.

Jimmy Wong has been cooperating with the relevant authority by presenting himself to the District Native Court Chief of Kota Kinabalu OKK William Mojimbun together with the certificate issued from his office.


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

PATI IC PROJEK KINI MENJADI 'RAJA' DI TANAH ADAT?





Written by Admin
Friday, 09 April 2010 22:26

LAPOR.... Ninah (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebelum ini namuntidak diambil tindakan oleh polis memaksa Ninah membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Daerah Lahad Datu. Manakala suami Ninah memegang surat keputusan penyiasatan tanah yang memberi hak kepada Wahab untuk mendapat sebahagian tanah adat yang diusahakan keluarga Ninah.

Oleh: MUHAMMAD HAIKAL HALIM

PENDATANG tanpa izin yang mendapat kad pengenalan projek bukan sahaja berani menjadi Ketua Cawangan UMNO, malah merampas tanah adat dan bersubahat dengan Penolong Pemungut Hasil Tanah untuk mendapat geran hak milik ke atas tanah adat yang diceroboh.

Seorang pewaris tanah adat, Ninah Binti Gaya, 34, memaklumkan beliau tidak pernah menyangka tanah adat peninggalan arwah ayahnya, Gayah Bin Mansur di Kampung Silam telah diceroboh dan cuba dirampas Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood, Haji Wahab Bin Nonong.

“Menurut bapa saudara saya, tanah ini adalah tanah adat kerana kami pohon atas geran NT apabila salah seorang pemohon asal, Allung Laedin tidak lagi berminat atas tanah yang diteroka dan menjual bahagiannya kepada bapa saya,” ujar Ninah yang mendakwa PT79114519 yang dipohon oleh bapanya telah dibatalkan sedangkan Allung telah menyerahkan bahagiannya PT 72111313 kepada arwah bapanya.


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

MENTERI MALAYSIA WAJAR CONTOHI ANIFAH AMAN

MENTERI MALAYSIA WAJAR CONTOHI ANIFAH AMAN


Written by Admin
Thursday, 08 April 2010 08:42

BINCANG...... Chong sedang berbincang dengan peguamnya, Ansari Abdullah berhubung gangguan berterusan polis terhadap keluarganya dan masa hadapan tebusan di Pejabat Peguamnya baru-baru ini. Gambar kecil dua tebusan dan Anifah Aman.

Oleh: MUTALIB M.D

MENTERI Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman merupakan ‘menteri contoh Asia’ kerana peranan pentingnya menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan hubungan bi-literal antara Malaysia, Filipina dan Negara Asean lain.

Keluarga mangsa culik Sebangkat, Datuk Seri Chong Man Tung, 46, menyifatkan demikian kerana belum ada Menteri Luar yang begitu berani menonjolkan diri membebaskan bot nelayan pukat tunda Sabah yang ditahan pihak berkuasa Filipina di Taganak baru-baru ini.

“Kali ini, beliau benar-benar mahu membantu kami menyelesaikan masalah tebusan Terumbu Karang Sebangkat yang kini berada di Filipina. Walaupun tugas beliau hanya menulis surat kepada Kedutaan Malaysia di Filipina dan memaklumkan Kedutaan Filipina di Malaysia, namun kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kerana membantu menyelamatkan keluarga kami,” ujar Chong ketika menghubungi Sabahkini.net melalui telefon.

Menurut Chong, pihaknya tidak mampu membayar wang tebusan yang diminta kerana terlalu tinggi namun dengan kerjasama beberapa juru perunding dan rakan niaga di Filipina, beliau yakin keluarganya akan dapat dibebaskan dalam waktu yang singkat.

Bagaimanapun Chong enggan menyebut jumlah tebusan kerana menyedari telefonnya dirakam pihak berkuasa yang memantau kes ini disebabkan mereka masih berkeyakinan mangsa berada di Semporna.

“Kita telah pasti kerana penculik telah berhubung dengan kita dan kita menggantung harapan kepada Kerajaan Filipina dan Malaysia dapat menjalankan rundingan segera membebaskan tebusan. Mereka berada dalam risiko dan kemungkinan diserang pihak berkuasa Filipina dalam usaha membasmi saki baki penculik dan kumpulan Abu Sayyaf,” ujar Chong yang memaklumkan panggilan yang diterimanya daripada Filipina namun enggan mengulas lanjut.

Dalam kesempatan ini juga Chong berterima kasih kepada Ketua Polis Negara yang telah banyak membantu beliau mengesan keluarganya dan mengharapkan agar polis Sabah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan pelabur.

“Kita percaya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan mangsa. Semoga mereka dapat kembali dengan selamat dalam kadar segera dengan bantuan semua pihak termasuk Kerajaan Filipina,” ujar Chong yang akan mengirimkan kawat tahniah kepada Duli yang Maha Mulia Yang Di Pertua Agong dan Perdana Menteri Malaysia atas peranan yang mereka mainkan selama ini sehingga pihaknya berjaya menemui mangsa dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, Koresponden Sabahkini.net di Tawi-Tawi, Deep Throat Filipina (DTF) kesal dengan campurtangan pihak tertentu PDRM yang cuba menggagalkan usaha menyelamatkan mangsa dengan melemparkan pelbagai tuduhan termasuk mangsa masih berada di Semporna dan menuduh DTF dan Gabenor Tawi-Tawi sebagai dalang penculikan berkenaan.

Menurut DTF, pihaknya telah menggadai nyawa dan berusaha untuk mengesan jejak mangsa culik sejak 15 Februari lalu (seminggu selepas penculikan); namun mereka dilempar pelbagai tuduhan tanpa sebarang bukti yang melampaui keraguan munasabah.

“Saya harap agar mereka hentikan segala tohmahan terhadap kami. Yang penting mangsa selamat. Setelah Datuk Anifah hantar surat, peluang kami untuk membawa balik mangsa dalam keadaan bernyawa amat cerah,” ujar DTF yang juga telah memaklumkan hasil penemuan mangsa di Filipina kepada Ketua Polis Negara.

DTF merupakan salah seorang yang terlibat membebaskan mangsa culik Sipadan dan Pandanan pada 2000 dan mempunyai hubungan akrab dengan ramai Gabenor Filipina dan pihak berkuasa di Malacanang, Manila.

Sementara itu, Sabahkini.net mendapat maklumat terbaru sekitar jam 9.14 minit pagi tadi bahawa pihak berkuasa Filipina sedang mengepung penculik berdasarkan maklumat yang dikesan sebaik sahaja penculik menghubungi keluarga mangsa.

Kecanggihan teknologi satelit Filipina menumpaskan Cyberjaya dan Putrajaya yang terketinggalan jauh di belakang.

Bilakah pihak berkuasa Malaysia mahu insaf dan belajar daripada kegagalan mereka setelah dimalukan dalam isu Sipadan dan Pandanan; kini turut dicemari isu Sebangkat kerana ketidak cekapan dan kurangnya pengetahuan Know-How menggunakan teknologi satelit untuk mengesan mangsa.

Apakah Polis Sabah masih menganggap ianya hanya 'Khayalan Hollywood' sedangkan ianya realiti di Filipina dalam kesungguhan mereka memburu penjenayah menggunakan aplikasi satelit yang dibangunkan dengan kebijaksanaan mereka sendiri?

Bukankah setiap rakyat Malaysia menggunakan Mykad yang mempunyai Chip 64K yang boleh dikesan tidak sampai 60 saat, sebagaimana kebolehan Kerajaan Filipina mengesan kedudukan para penculik melalui simkad telefon bimbit dalam masa 21 saat!

Sikap pasukan keselamatan Malaysia mempamerkan senjata canggih tetapi tidak mempunyai teknologi know-how bagaikan seorang lelaki beristeri empat tetapi mati pucuk!.

(NOTA: Sabahkini.net hanya menjalankan misi kemanusiaan dan tidak berniat untuk memalukan pihak berkuasa Malaysia dan terpaksa melaporkan kebenaran sekalipun pahit.)

KAD PENGENALAN PROJEK KEMBALI MENYENGAT!





Written by Admin
Friday, 09 April 2010 11:50

BORANG... Zainuddin menunjukkan borang 'JPN' yang diedar secara leluasa di Sandakan untuk merekrut Pati sebagai warganegara Malaysia berlatar belakang buku 007 Lelaki Melayu Terakhir dan IC Projek-Agenda Tersembunyi Mahathir sebagai konotasi daripada projek yang dijalankan sekarang di Sandakan.

Oleh: MUTALIB M.D

ISU Pengenalan Projek yang menjadi punca utama tumbangnya kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) ditangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini kembali menyengat di Sandakan berikutan tindakan beberapa Ketua Cawangan UMNO di Sandakan mengedarkan borang operasi khas untuk merekrut pendatang asing tanpa izin sebagai Warganegara Malaysia.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Zainuddin Hassan ketika menemui Editor Sabahkini.net di Sandakan mendakwa kegiatan subversif ini mula dikesan sejak seminggu lalu dan beliau dapat mengesan pengedaran borang berkenaan pagi tadi.

“Apakah UMNO merestui kegiatan ini atau didalangi pemimpin UMNO seperti yang dilakukan oleh Musa Aman pada 1991 seperti didedah dalam buku tulisan saudara; 007-Lelaki Malaysia Terakhir?. Inilah yang perlu kita kenalpasti,” ujar Zainuddin yang telah mengarahkan Sayap Penerangan Angkatan Muda PKR memantau kegiatan yang mengancam keselamatan Negara dan pihaknya sedang mengumpul bukti untuk membuat laporan kepada ibu pejabat parti.

Kata Zainuddin, beliau hairan bagaimana borang yang mempunyai logo kerajaan Persekutuan dan kononnya dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk Kegunaan Gerakan Operasi Khas IIV boleh diedarkan kepada orang awam kerana setahu beliau borang berkenaan tidak pernah wujud dalam sistem pentadbiran Jabatan Pendaftaran Negara.

“Kita dimaklumkan setiap Pati diminta RM30 seorang dan setakat ini kita dimaklumkan lebih 15,000 borang telah diedar kepada Pati di seluruh Sandakan,” ujar Zainuddin yang menggesa agar Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara membuat penjelasan supaya tidak ada pihak yang teraniaya; dalam kegiatan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan menghina Yang Di Pertua Agong sebagai Ketua Negara.

Jika gerakan pendaftaran Pati pada 1991 hingga 1993, kata Zainuddin dilakukan melalui pelbagai modus operandi termasuk penglibatan Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) dan kali ini lebih dasyhat kerana menggunakan borang JPN.

Tidak boleh tidak, kata Zainuddin, Kementerian Dalam Negeri dan Presiden UMNO harus menyatakan pendirian sama ada mereka terlibat sebagaimana penglibatan Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub dalam Sindiket IC Projek di era Dr Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri.

“Apakah kegiatan ini direstui Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan dibiayai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang menjadi dalang pada 1991 kerana melibatkan begitu banyak cawangan UMNO di Sandakan?,” tanya Zainuddin yang kecewa kerana sistem keselamatan identiti Negara begitu mudah dipalsukan dan tidak ada sebarang tindakan diambil setakat ini.

Buat masa ini kata Zainuddin, beliau belum bercadang untuk membuat sebarang laporan polis kerana mendapat maklumat ada Pegawai Cawangan Khas Polis yang terlibat dalam kegiatan ini dan tidak percaya polis boleh menangani atau menyiasat isu yang berkaitan dengan keselamatan Negara.

“Membuat laporan polis sama juga dengan perbuatan mencurah garam ke lautan kerana polis tidak akan menyiasat kes ini disebabkan berkaitan agenda politik UMNO yang ada imuniti dalam sistem kepolisan Negara,” ujar Zainuddin yang menggesa rakyat tempatan Sabah bangun membantah Gerakan Operasi Khas mendaftar Pati sebagai warganegara Malaysia.

Gelombang IC Projek di zaman Najib, kata Zainuddin begitu ketara kerana pemimpin UMNO yang semakin kehilangan pengaruh dan hakisan kuasa akan menghalalkan cara merekrut Pati sebagai ahli setelah mereka mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang.

“UMNO dan Kerajaan tidak lagi boleh membaling batu dan menyembunyikan tangan mereka yang mencipta begitu ramai warga asing dan menternak pengundi untuk memastikan mereka terus berkuasa,” tegas Zainuddin yang mendesak agar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membahas isu yang meracuni pemikiran rakyat Sabah ini di Parlimen.

Dalam pada itu, usaha Sabahkini.net untuk menghubungi Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Haji Jaafaer Henry tidak berhasil kerana dimaklumkan beliau bertugas di luar kawasan.

Bagaimanapun Editor telah menghantar SMS kepada beliau dan daripada jawapan SMS yang diterima, pihaknya akan menyiasat kes ini dengan segera dan akan memaklumkan hasil siasatan kelak.

Sunday, March 7, 2010

DPP UMA AMALKAN HUKUM RIMBA DI MAHKAMAH?





Written by Admin
Sunday, 28 February 2010 10:26

Oleh: ZIELAH A

TIMBALAN Pendakwa Raya, Uma Devi Balasubramaniam cuba menjadikan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu sebagai Mahkamah yang menjalankan Hukum Rimba kerana cuba menutup kesalahan yang dilakukan pegawai polis di Sabah.

Setelah menggunakan masa lebih satu jam untuk bercakap tentang anjing, Uma cuba mengenepikan semua sapena yang dikeluarkan oleh Majistret Herlina Muse terhadap enam orang Ketua Polis Daerah untuk memberi keterangan berhubung dakwaan tertuduh, OKK Hassnar Ebrahim yang dituduh di bawah Seksyen 8 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah.

Peguambela tertuduh, Haji Ansari Abdullah yang membantah permohonan Uma untuk mengenepikan Sapena berkenaan menegaskan bahawa sebarang permohonan yang dibuat untuk membatalkan Sapena hendaklah dibuat secara bertulis melalui affidavit dan bukannya dengan permohonan lisan.

Uma yang membuka beberapa kes yang disebut di dalam Malaysia Law Journal (MLJ) terutama kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibolehkan membuat permohonan lisan, apatah lagi memberi alasan hari perbicaraan jatuh pada hari sabtu dan tidak sempat mengemukakan affidavit bertulis.

Walaupun sebelum ini Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Shukor Abu Bakar mencabar Hassnar membuktikan kejalangan polis sehingga Mahkamah Majistret Kota Kinabalu mengeluarkan Sapena kepada mereka yang dinamakannya, namun Uma cuba menghalang saksi tersebut hadir dengan menimbulkan soal perbelanjaan saksi dan menyatakan saksi yang disapena tidak relevan dengan kes yang sedang dibicarakan.

Ketika menggantikan Abdul Shukor sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Uma belum bersedia menyoal saksi sehingga meminta penangguhan, namun pada kali ini Uma kelihatan gemuruh dan gelisah sehingga menyangka krew Sabahkini.net sebagai Pegawai Polis berpakaian preman yang datang untuk memberi keterangan.

Hanya seorang Ketua Polis Daerah, DSP Jaini Abdul Kadir yang hadir pada perbicaraan yang dibuat pada hari Sabtu di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, namun beliau tidak sempat memberi keterangan kerana Uma berhujah tentang 'anjing' dan membuang banyak masa mahkamah.


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

ENIGMA SEORANG PENJAWAT AWAM





Written by Admin
Friday, 26 February 2010 09:10

UBAH.... Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mungkin tidak lagi mampu mengubah budaya rasuah, angkat kaki, salah guna kuasa dan tikam belakang dalam perkhidmatan awam di Malaysia kerana tiada 'political will' daripada pihak berkuasa.

Saudara pengarang,

PEMIMPIN-PEMIMPIN Malaysia telah berusaha bermacam-macam cara dan pendekatan bagi memastikan semua kakitangan kerajaan tidak mengira pangkat dan perjawatan sentiasa bersifat amanah dalam menjalankan segala tugas yang telah di amanahkan kepada meraka.

Daripada penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah kemudian wujudnya Jabatan Intergriti Malaysia, semuanya diwujudkan semata-mata bagi membendung segelintir pegawai dan kakitangan kerajaan daripada ‘memandu ke jalan bertanda no entry’, supaya tidak terpesong daripada matlamat asal.

Pelbagai inisiatif diberikan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan, seperti contoh, Pasukan Polis Di Raja Malaysia. Mendapat kenaikan gaji kini lebih lagi daripada kakitangan kerajaan yang lain. Kenapa ini berlaku? Kononnya bagi menambahbaik PDRM itu sendiri. Supaya pegawai dan kakitangan polis tidak terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa dan yang berkaitan.

Jadi kakitangan kerajaan dari kementerian dan jabatan-jabatan yang lain perlukah ‘buat hal dahulu’ baru mendapat apa yang diperolehi oleh PDRM? Takut-takut nanti PDRM ‘akan naik lemak’ pula. Tetapi bukan ini yang ingin saya utarakan disini.

Saya bekas penjawatan awam, memasuki jabatan kerajaan dengan usia muda, sebelum itu pernah berkerja dengan beberapa syarikat swasta yang sentiasa berdepan dengan pegawai-pegawai penguatkuasa kerajaan, bukan sahaja di sini, malahan pegawai-pegawai penguatkuasa di seluruh dunia.

Bermacam peraturan dan keranah yang hendak tak nak perlu dipenuhi dan dituruti. Jika tidak dituruti kehendaki pegawai-pegawai ini buruk akibatnya. Jadi perlulah dituruti tanpa rela. Tidak saya mahu nyatakan Negara-negara yang terlalu teruk rasuah dan salahgunakuasanya. Sebab saya tau, ramai pembaca yang tahu dan diceritakan dari mulut ke mulut.

Kalau diingat-ingat kelakar dan kesian pun ada. Tapi bila difikir-fikirkan, kenapalah jadi seperti ini? Di mana salah dan silapnya? Fikir-fikirkanlah bersama.

Jadi saya berhenti kerja dengan pihak swasta dan memohon masuk ke perjawatan dalam sektor awam dengan hanya satu tekad, saya ingin merubah pandangan sahabat-sahabat saya saya masih bekerja dengan pihak swasta, saya mahu tutup mulut-mulut mereka, saya ingin buktikan pegawai dan kakitangan kerajaan Malaysia bukanlah seperti negara-negara yang terbabit.

Saya mahu hilangkan ayat-ayat seperti, “ah.. jangan risaulah, aku kenal pegawai tuh, boleh runding punya tuh.” atau “ kita hulur nanti settlelah hal ni, kecik punya hal.” Daripada kes kesalahan traffic hinggalah kes-kes berprofil tinggi, tak perlulah dinyatakan disini, nanti dicop sebagai anti kerajaan pula.


Paparan selanjutnya sila ikuti : www.sabahkini.net

SECUREXPRESS TIDAK KENAL DSP ROSMAH MANSOR?





Written by Admin
Friday, 26 February 2010 09:12

Oleh: MUTALIB M.D

AMAT malang bagi Wanita ‘1Malaysia’ yang dijulang sebagai ‘Wanita Nombor Satu Negara’ kerana tidak dikenali oleh sebuah syarikat penghantaran cepat, Securexpress yang beribu pejabat di Selangor, Darul Ehsan.

Sehubungan itu, Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),, Datuk Patrick Sindu mendesak kerajaan mengkaji semula kelayakan dan mengetatkan syarat pemberian lesen kepada sesebuah syarikat penghantaran cepat (kurier) agar tidak memalukan Malaysia di mata dunia.

Patrick membuat desakan sedemikian setelah menerima aduan daripada seorang pengguna di Lahad Datu bahawa Securexpress telah mengembalikan surat yang diamanahkan untuk dihantar kepada Datuk Seri Panglima Rosmah Mansor pada 24 Februari 2010 melalui ‘consignment’ bernombor 600212405483.

“Menurut aduan, surat tersebut telah diserahkan kepada Securexpress Lahad Datu pada 4 Februari 2010 dan gagal diserahkan selepas 20 hari. Memang amat mengejutkan kerana mereka tidak mengenali siapa Datuk Seri Rosmah Mansor sekalipun alamat yang disertakan amat lengkap,” ujar Patrick yang kesal kerana syarikat berkenaan tidak kompetan untuk menjulang imej 1Malaysia.

Bukan surat itu sahaja yang gagal disampaikan, kata Patrick malah surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bernombor 600212405472 juga dikembalikan ke Lahad Datu kerana tidak berjaya dihantar kakitangan Securexpress yang bertugas di ibu pejabat selepas 20 hari dikirim.

“Dulu kita terima aduan pos laju yang lambat sehingga kerajaan benarkan penubuhan syarikat kurier. Tapi Securexpress keterlaluan kerana gagal menemui Kediaman Perdana Menteri yang tersergam indah dan Pejabat KSN di Putrajaya,” kata Patrick yang menyifatkan kes ini amat menakjubkan.

Sehubungan itu, Patrick mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menjalankan siasatan rapi dan membatalkan lesen yang diluluskan lesen kepada Securexpress di bawah Akta Perkhidmatan Pos 1991 sebagai pengajaran kepada syarikat kurier yang cuba ‘menghina’ isteri Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.

Sementara itu, Securexpress di Lahad Datu ketika dihubungi mengesahkan surat berkenaan ada di Lahad Datu kerana gagal disampaikan oleh kakitangan mereka di Kuala Lumpur setelah 20 hari mencari lokasi alamat berkenaan di Putrajaya!