Search This Blog

Tuesday, April 20, 2010

ISU SEBANGKAT KINI SEPERTI SENARIO THE MOVIE?





Written by Admin
Monday, 19 April 2010 07:32

Oleh: MUTALIB M.D

INSIDEN penculikan dua rakyat Malaysia, Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau daripada Terumbu Karang Pulau Sebangkat di Taman Tun Sakaran, Semporna sejak 8 Februari 2010 yang sebelum ini begitu genting kini bertukar lucu seperti ‘Senario The Movie.’

“Para penculik sedang kebuluran dan kekurangan bekalan ubat-ubatan sedang merayu pinjaman wang daripada juruperunding namun mengekalkan jumlah tuntutan tebusan yang sama. Tetapi nyawa para tebusan selamat disebabkan dilindungi 14 ahli politik Filipina yang sedang berkempen pelbagai posisi untuk mendapat tempat dalam pilihanraya umum Filipina Mei nanti,” ujar Deep Throat Filipina (DTF) sebentar tadi dari Siasi, Tawi-Tawi, Filipina.

DTF terpaksa bergaduh dan memaki para penculik yang fasih dalam bahasa Melayu pasar yang biasa digunakan di Sabah dan mereka tidak lagi gentar berhubung dengan juruperunding sekalipun perbualan mereka dirakam oleh pihak berkuasa Filipina yang menunggu masa yang sesuai untuk menyerbu dan membebaskan tebusan.

“Buat masa ini keadaan tidak lagi genting namun masih berisiko tinggi disebabkan kita gagal mengesan dua lagi kumpulan politik daripada 14 kumpulan yang memberikan suaka kepada para penculik ini yang berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan Malacanang,” tegas DTF yang agak risau dengan perkembangan terbaru.

Menurut DTF, kedua-dua mangsa culik dijadikan bahan kempen 14 kumpulan yang ingin menang dalam pilihanraya umum Filipina.

Para tebusan kata DTF, bergerak daripada satu kumpulan politik kepada satu kumpulan politik untuk mengaburi mata pihak berkuasa Filipina dengan dikawal ketat oleh sekumpulan 50 penculik bersenjata.

DTF meminta Sabahkini.net tidak menyiarkan banyak isu yang disampaikan kerana hampir kesemua penculik pandai berbahasa Melayu dan kebanyakan mereka mempunyai kad pengenalan Malaysia yang dikeluarkan di Sabah dan dipercayai mempunyai keluarga di Sabah.

“Seorang penculik bimbang akan dibunuh keluarganya di Sabah jika beliau pulang ke Sabah dan terpaksa terus setia kepada kumpulan penculik dan bekerjasama dengan 14 kumpulan politik yang melindungi mereka untuk tujuan politik,” ujar DTF lagi.


No comments: