Search This Blog

Saturday, October 23, 2010

PERTAMBAHAN KEDAI PAKISTAN MEMBIMBANGKAN





Written by Admin
Sunday, 22 August 2010 20:48



Oleh: SAMBORA LUMIDING

PERTAMBAHAN lebih sembilan kedai runcit milik Warga Pakistan yang mendapat kad pengenalan palsu atau projek di daerah Penampang termasuk Donggonggon, Nosoob, Jalan Shantung dan Beverly Hills begitu membimbangkan para penduduk tempatan yang tinggal berdekatan.

Seorang penduduk di Beverly Hills, Jerry M, melahirkan rasa bimbang Skandal Kad Pengenalan Projek tumbuh semula berikutan begitu ramai warga Pakistan yang memakai pakaian kebangsaan Pakistan, Shalwar Qamis memiliki mykad dan pasport antarabangsa Malaysia.

“Dulu mereka datang guna pasport. Selepas habis tempoh, mereka tinggal secara haram kerana bila ada serbuan pihak berkuasa mereka lari. Tidak balik rumah. Sekarang mereka sudah ada Mykad dan Pasport Malaysia. Macam mana mereka dapat?,” tanya Jerry yang bimbang kerana semakin ramai warga Pakistan menyewa di kawasan Beverlly Hills.

Kata Jerry, ramai warga Pakistan ini mengaku membeli Mykad melalui sindiket antara RM5,000 hingga RM10,000, manakala Pasport Antarabangsa Malaysia pula antara RM30,000 hingga RM50,000 yang boleh dibayar secara ansuran.

“Kebanyakan mereka mengaku lahir di Sabah tetapi apabila ditanya kampung mana, mereka tidak dapat menjawab dengan tepat. Ramai juga mengaku lahir di Pakistan dan dapat IC melalui sindiket. Mereka kata hanya datang cari makan,” ujar Jerry yang meminta Kerajaan membuat ‘Operasi Pakis’ untuk memantau pergerakan warganegara Pakistan ini yang pulang ke negara asal mereka setiap tahun menggunakan Pasport Antarabangsa Malaysia.

Jerry tidak hairan kenapa ramai penduduk tempatan dan warga asing yang membeli di kedai Pakistan disebabkan harganya agak murah dan boleh hutang jika sudah lama kenal dan boleh bayar secara ansuran.

“Ramai di antara mereka sudah menjadi ahli UMNO dan mengaku berbangsa Melayu sekalipun percakapan mereka macam Shah Rukh Khan bercakap Melayu,” ujar Jerry yang kesal kerana pihak berkuasa tempatan mengeluarkan lesen berniaga sekalipun mereka hanya mengemukakan salinan Mykad yang belum disahkan ketulenannya.

No comments: