Search This Blog

Saturday, October 23, 2010

MILIK SIAPAKAH MYKAD 810925-12-5209?





Written by Admin
Wednesday, 18 August 2010 16:12



Oleh: MUTALIB M.D

SEJAK tersiarnya dua surat terbuka dan laporan polis yang dibuat oleh Citra Masadi di Sabahkini.net, saya menerima pelbagai email, sms dan panggilan telefon daripada beberapa orang yang tidak dikenali; berupa ugutan dan ancaman, namun saya abaikan sahaja kerana menganggap anjing yang menyalak sebelum menggigit adalah pengecut!

Sebagai Editor media alternatif, saya tidak boleh berkata ‘TIDAK’ kepada sebarang siaran yang lengkap dengan bukti dan menjadi ‘public interest’, apatah lagi berhubung isu kad pengenalan palsu dan pati yang begitu sinonim dengan saya selama ini, melainkan tertuduh mendapat perintah mahkamah atau injunksi melarang Sabahkini.net menyiarkan sebarang artikel berhubung dirinya.

Dalam hal ini, saya tidak langsung terniat untuk menzalimi Ahli Parlimen Silam, YB Tuan Haji Salleh Kalbi yang merupakan ‘rakan akrab’ dan ‘teman saya sepanjang zaman’; namun demi cinta saya kepada Sabah, saya terpaksa berlaku adil dan tidak bersekongkol dengan beliau melindungi seorang pendatang asing tanpa izin di Pejabat Parlimen Silam; yang sewanya dibayar melalui wang rakyat yang disalurkan daripada Peruntukan Jabatan Perdana Menteri.

Kendatipun begitu, jika Salleh Kalbi menggaji sendiri (walaupun di dalam kelambunya sekalipun) Nasri Subairah, yang mendakwa memegang Mykad bernombor 810925-12-5209 sebagai asli, namun dua pertiga warga UMNO Silam kenal siapa Nasri dan asal usul keluarganya; maka saya akan tetap bertekak dengan Salleh kerana dia melakukan jenayah ‘Pemerdagangan Orang’ dan melindungi ‘Pendatang Asing Tanpa Izin’.

Saya kenal Nasri sejak kecil dan telah melakukan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya dan mengenalpasti nombor Mykad yang digunakan oleh Nasri, 810925-12-5209 tidak pernah wujud dalam rekod JPN dan disahkan sebagai dokumen palsu.

Walaupun tidak memiliki dokumen yang diterima pakai di bawah Akta Keterangan, namun Nasri berjaya melanjutkan pelajaran sehingga Tingkat 6 dan diambil bekerja oleh Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi yang lantang bersuara kerana pernah menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai ‘Kereta Terpakai’ ketika berucap di Parlimen.

Mungkin hanya Salleh yang tahu kenapa beliau mempertahankan Nasri dan melindungi ramai pendatang asing di pejabatnya termasuklah P.Ramlee Lampad dan Andi Saidi Andi Kamaruddin yang telah disahkan menggunakan dokumen palsu (boleh semak buku IC Palsu Merampas Anak Sabah dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir) sehingga mereka diberikan projek kecil bernilai RM50,000.

Kecekalan Salleh menulis surat menyokong permohonan Mykad Nasri kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sewajarnya diambil tindakan di bawah undang-undang jenayah; apatah lagi Hishamuddin dalam keadaan terdesak sehingga mencabar Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing mengemukakan bukti dan dalam masa yang sama Salleh telah memberikan satu bukti prima facie yang dikehendaki Hishamuddin selama ini.

Mungkin ramai ahli UMNO seperti saya tertanya-tanya, jika ketika Nasri lahir, ibu bapanya masih menggunakan pasport Indonesia, apakah status Nasri ketika itu? Sudah pastinya warga Indonesia dan percubaan demi percubaan mendapatkan kad pengenalan sebelum ini tidak berjaya. Rekod ibubapanya yang terdapat dalam sistem JPN, tidak mempunyai anak yang bernama Nasri.

Akhirnya Nasri terpaksa berkhidmat dengan penuh khusyuk dan tawadduk kepada Salleh yang berjanji untuk membantunya mendapatkan kad pengenalan, kerana Salleh mendakwa Hishamuddin bekas bossnya dalam Pemuda UMNO Malaysia.

Agak menarik sekali, seorang adik Nasri yang dilahirkan setelah ibubapanya mendapat kad pengenalan biru projek, turut bernasib baik kerana diterima bekerja sebagai kerani di Pejabat Daerah Kecil Tungku dan tambah menguatkan semangat Nasri untuk mendapatkan mykad, kerana menurut khabar yang bertiup kencang, Salleh berura-ura mahu melantik Nasri sebagai Ketua Pegawai Perhubungannya, setelah menyingkirkan penjawat sekarang, Chong Su Vun pada bila-bila masa kerana termakan hasutan sanak saudara dan golongan Pati yang mendapat ‘suaka’ politik di Pejabat Parlimen Silam.

Saya agak terharu kerana kesungguhan Salleh mempertahankan teman sejatinya Nasri, sekalipun berhadapan dengan cemuhan dan tindakan undang-undang, apatah lagi telah meluluskan sebuah rumah PPRT bernilai RM42,000 kepada Nasri yang menggunakan nama bapanya, Subairah Bedulatih kerana kad pengenalan Nasri tidak sah.

Dalam hal ini, Ketua Polis Daerah Lahad Datu mungkin dapat memulihkan imej kerajaan dengan menangkap Nasri yang dianggap sebagai membawa cemar dan menyoal siasat beliau dan menghadapkan beliau ke mahkamah setelah Citra Masadi membuat laporan polis di Balai Polis Kunak pada 22 Februari 2010 melalui laporan bernombor LD/RPT/1079/2010.

Jika benar Nasri memiliki kerakyatan Malaysia, maka beban bukti terletak di atas bahunya untuk membuktikan bahawa mykad tersebut miliknya; walaupun rekod JPN dan Suruhanjaya Pilihanraya mengesahkan nombor berkenaan tidak wujud; melainkan Hishamuddin merintis kembali Projek yang dimulakan oleh Allahyarham Megat Junid Megat Ayub dan bersedia menghadapi sumpah seranah rakyat Sabah, sekaligus membunuh karier politiknya.

Sebagai kawan, saya rasa jalan terbaik bagi Salleh ialah menyingkir Nasri buat sementara waktu sehingga Nasri dilahirkan semula dan mendapat Mykad baru untuk mengganti Salleh sebagai Ahli Parlimen Silam; sebuah illusi pendatang yang bakal menjadi kenyataan!.

Saya tidak bermaksud untuk menjatuhkan Salleh sebagai Ahli Parlimen, kerana saya masih mempunyai rasa hormat sebagai kawan dan berharap agar beliau kembali ke pangkal jalan kebenaran dan menerima hakikat bahawa melindungi PATI adalah menyalahi Undang-Undang.

Sebagai pengundi yang telah memilih beliau pada pilihanraya lalu, saya akan tetap menyimpan kukuh ‘Rahsia Besar’ Salleh kerana dia adalah salah seorang Ahli Parlimen terbaik yang pernah dilahirkan di Silam dan berharap agar beliau dapat memulihkan imej beliau sekalipun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti atau kerajaan.

Tindakan Salleh memecat Chong (jika berita itu benar) adalah satu kesilapan besar, melainkan Salleh ingin pencen awal daripada politik dan menternak PATI; apatah lagi Chong adalah Timbalan Ketua (Pemangku Ketua) Bahagian LDP!

No comments: