Search This Blog

Saturday, October 23, 2010

5 JUTA TIDAK DAFTAR PEMILIH





Written by Admin
Saturday, 18 September 2010 01:53

Oleh: MUTALIB M.D

PENGUMUMAN Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa lebih juta rakyat Malaysia mungkin tidak dapat mengundi pada Pilihanraya Umum Ke 13 memang agak mengejutkan.

Sehingga kini, kira-kira 15.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas layak mengundi, namun menurut Wan Ahmad sehingga 30 Mei lalu hanya 11.24 juta yang mendaftar sebagai pemilih, manakala kira-kira 4.3 juta belum mendaftar.

Jumlah tersebut dijangka terus meningkat kerana pertambahan warga negara yang mencapai umur 21 tahun adalah kira-kira 450,000 orang setiap tahun, manakala jumlah yang mendaftar mengikut tahunan sekitar 250,000 sahaja.

Pendedahan Wan Ahmad ini menunjukkan satu fenomena yang serius dan merugikan negara kerana kira-kira 30 peratus rakyat yang tidak dapat menggunakan ‘kuasa politik’ dan hak selaku pengundi dalam proses demokrasi bagi menentukan masa hadapan Negara sehingga menyebabkan SPR terkesima dan bercadang untuk menjalankan kajian berhubung kaedah pendaftaran pemilik secara automatik dan atas talian (online) bagi memastikan warga negara berusia 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih setelah beberapa akta dipinda dan dikuat kuasa sepenuhnya.

Pada pandangan peribadi saya, mungkin generasi muda tidak mempunyai keyakinan terhadap SPR yang gagal membersihkan daftar pemilih sehingga mereka memboikot pilihanraya kerana sebelum ini hak ibu bapa dna keluarga mereka dirampas oleh para pengundi hantu; terutama pendatang asing tanpa izin yang memperolehi hak mutlak sebagai pemilih berdaftar setelah mendapat Mykad Projek.

Jika saya mempunyai pilihan, saya turut enggan mendaftar sebagai pemilih selagi Daftar pemilih di Sabah yang mengandungi lebih SEJUTA rakyat asing dan yang seangkatan dengannya tidak dibersihkan; kesemuanya sudah saya nyatakan secara jelas dalam buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Disewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007 Lelaki Malaysia Terakhir.

Namun saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa pulang ke Lahad Datu untuk membuang undi setiap kali pilihanraya sekalipun Calon yang bertanding atau diletakkan begitu memualkan, lebih hina daripada anjing buruk kepala kerana bukan sahaja terlibat dengan kes maksiat, rasuah malah menipu rakyat.

Saya terpaksa membuang undi kerana saya tidak mahu satu-satunya hak yang saya ada dan dijamin Perlembagaan Persekutuan dirompak oleh musuh ketat saya iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin yang memperolehi lebih daripada satu Mykad atau Resit Kad Pengenalan Sementara untuk mengundi dan mendapatkan wang antara RM100 hingga RM300 (bergantung kepada berapa kali mereka membuang undi) daripada ‘Fixed Deposit’ yang menjadi kebanggaan pemimpin Negara.

Ramai generasi muda yang menjadi ahli Persatuan Blogger Sabah (PBS) enggan mendaftar sebagai pemilih kerana mereka kecewa dengan sikap SPR yang enggan membersihkan nama PATI dan ibu bapa dan datuk nenek mereka yang sudah lebih 20 tahun meninggal dunia.

Bantahan demi bantahan yang dibuat hanya seperti mencurah kencing di mangkuk tandas, tidak memberi sebarang makna kerana air kencing tidak boleh di minuml; tambahan pula menurut undang-undang Daftar Pemilih yang sudah diwartakan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Sebagai salah seorang yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan Petisyen Pilihanraya Likas, saya menganggap SPR adalah Parti Komponen Barisan Nasional yang prihatin membantu UMNO merekrut pemilih, terutama di Parlimen Silam kerana lebih 20,000 ahli UMNO tidak boleh mendaftar sebagai pemilih kerana masih menggunakan dokumen palsu, sekalipun anak mereka sudah mendapat MyKad dengan menggunakan ‘Gambar Agong’ atau dengan bantuan Ketua UMNO Bahagian atau Wakil Rakyat mereka.

Persoalannya, setelah 47 tahun Sabah merdeka, SPR masih meneruskan Dasar Penjajahan dengan menentukan siapa boleh mengundi dan siapa yang tidak berhak mengundi dan menggunakan Parlimen untuk melaksanakan visi curang mereka membenarkan ‘Fixed Deposit’ yang diimport daripada Filipina, Indonesia, Pakistan, India dan China sebagai ‘Avatar’ untuk menyerang kepentingan dan hak Anak Negeri Sabah yang semakin terhakis.

No comments: