Search This Blog

Thursday, December 25, 2008

PTI KINI SEMAKIN GANAS?


LAPOR...Hassnar menunjukkan dua laporan polis yang dibuatnya di hadapan Balai Polis Menggatal selepas memberi keterangan.





IBARAT Kaduk naik junjung, warga Indonesia yang memperolehi kad pengenalan projek dan diberi suaka politik oleh UMNO kini bertindak semakin ganas dengan menjadi ‘samseng jalanan’ (Road Bully).

Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Haji Ebrahim menyatakan demikian selepas membuat dua laporan polis di Balai Polis Inanam (Inanam/006585/08 dan 006586/08) dan memberi kenyataan di Balai Polis Menggatal terhadap seorang pembuli jalanan yang dikenalpasti sebagai Bahtiar, seorang Ketua Cawangan UMNO Kg.Warisan.

“Saya menyeru semua rakyat Sabah agar berani menghadapi pembuli jalanan terutama mereka yang diberi kerakyatan melalui jalan belakang dengan membuat laporan polis. Kebanyakan Orang asing ini tidak beradat dan membawa budaya samseng dari negara asal mereka ke negara ini,” ujar Hassnar yang kesal kerana kejadian ini berpunca daripada gara-gara merebut tempat letak kereta di hadapan Balai Polis Inanam.

Menurut Hassnar, beliau kesal kerana Pembuli Jalanan berkenaan seolah-olah mencabar kedaulatan undang-undang Malaysia dengan menunjukkan samseng di hadapan Balai Polis.

“Sebagai seorang warganegara, saya kesal kerana polis yang sering memberi amaran akan mengambil tindakan hanya berbohong kepada rakyat. Aduan seumpama ini pernah diadukan tetapi tidak ada sebarang tindakan drastik diambil oleh pihak polis menyebabkan pembuli jalanan menjadi-jadi ,” ujar Hassnar lagi menggesa agar polis mengotakan amaran yang diberikan Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa.

Tegas Hassnar, beliau membuat laporan kedua disebabkan beliau berpendapat Pembuli jalanan ini tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana budaya samseng yang ditonjolkannya akan menjadi teladan buruk kepada rakyat Malaysia yang lain.

“Saya akan susul perkara ini dengan pihak berwajib terutama Jabatan Pendaftaran Negara untuk mempastikan kerakyatan pembuli jalanan ini tidak menjadi dalang kepada keharmonian rakyat Malaysia,” tegas Hassnar yang berjanji akan mengheret pembuli ini kemuka pengadilan jika polis lambat bertindak atau mengabaikan laporannya.

Menurut Hassnar lagi beliau terkejut kerana PTI berkenaan berani menuding jari ke mukanya dan menjerit secara kasar dengan mengatakan “Bodoh kau, kalau kau anak jantan mari kita ke sana,” (dengan slanga Bugis) hanya kerana mahu merampas tempat letak kereta daripada Hassnar yang lebih dahulu sampai daripada PTI berkenaan.

1 comment:

Anonymous said...

I live within the vicinty of mengattal township and i ve seen these act of gangsterism perpetrated by these PTI bastards. Dukacitanya, polis kita buka ta de kuasa nak bertindak. Dia orang ni ta mahu bertindak sebab bagi polis perkara ni ta penting.Tengok ja lah laporan yang dibuat pasal menteri2 atau orang UMNO, mana polis ambil tindakan.Tapi kalau laporan yang mengugat kedudukan UMNO, polis akan bertindak. Contoh: Kes Raja Petra, YB Teresa Kok dan lain2.BUt let me remind the authorities on what happened in 389 AD where the Babarians (the Goths) whacked the most powerful empire the world ever seen, The Roman Empire.The GE 12 should be a lesson for UMNo and BN bastards. We will fry these pariahs when the time comes.