Search This Blog
Sunday, December 21, 2008
PATI ATAU PADI?
MUNGKIN agak keterlaluan jika kita menggelarkan mereka yang mendapat kad pengenalan ‘Projek Mahathir’ sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana kad pengenalan mereka mencatatkan kod kelahiran 12, 47, 48 dan 49 iaitu kod kelahiran Sabah dan bukannya 61 (Indonesia) atau (65) Filipina atau 75 (India) atau 76 (Pakistan) sebagaimana yang disahkan di laman web JPN , http://www.jpn.gov.my/BM/info/kodnegeri.htm.
Sehubungan itu mereka ini wajar digelar PADI iaitu Pendatang Asing Dengan Izin kerana kad pengenalan mereka dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dengan ‘meliwat’ Perlembagaan Persekutuan.
Selepas ini, sewajarnya Jabatan Pelajaran mengubah fakta di dalam buku geografi kerana Jelapang Padi paling besar di Malaysia bukan lagi di Kedah, sebaliknya di Sabah!.
Kad pengenalan PADI ini adalah kad pengenalan yang sah, hanya pemiliknya yang palsu kerana mempunyai dua warganegara.
Salah seorang PADI yang ingin saya perkenalkan ialah MOHD SAHRIN MOHD RAZAK yang menjadi Ketua Cawangan UMNO Kampung Burong.
Shahrin yang dilahirkan di Indonesia dan bersekolah di Sulawesi Indonesia menjadi ahli UMNO sejak 1991 setelah mendapat kad pengenalan projek sekitar 1980-an.
Malangnya Shahrin telah ditangkap oleh pegawai polis cawangan khas sekitar 1999 dan dihadapkan ke mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu selepas buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah diterbitkan dan beberapa laporan polis dibuat oleh individu tertentu.
Shahrin telah dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan dihantar balik ke Negara asalnya Indonesia.
Anehnya, beliau kembali ke Sabah dengan pasport Indonesia atas nama Mohammad Mahathir dan kembali aktif dalam UMNO Silam selepas mendapat kembali kad pengenalannya yang disahkan palsu sebelum ini.
Dengan kad pengenalan tersebut Shahrin bertanding AJK UMNO Silam dan memenangi jawatan berkenaan pada 2004.
Pada 2008, Shahrin bertanding sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Silam tetapi tewas kepada Datuk Suhaili Said (Adun Tungku).
Mengikut semakan dengan rekod Ibupejabat UMNO dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Shahrin menggunakan kad pengenalan H0532077/641209125729.
Persoalannya, bagaimana Shahrin boleh mendapat kembali kad pengenalannya yang sebelum ini disahkan MILIK ORANG LAIN?
Tidakkah pegawai polis yang menangkapnya dahulu dan hakim yang menjatuhi hukuman penjara kepada Shahrin tidak lagi mengenali Shahrin sedangkan wajahnya tidak pernah berubah kerana tidak menjalani pembedahan plastik atau ‘Face-Off’?
Lebih hebat lagi, Shahrin boleh menyertai rombongan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Idris Jikon ke Sulawesi bersama pegawai kerajaan yang lain.
Mujur Shahrin tumpas dalam perlawanan tujuh penjuru merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Silam, jika tidak seluruh Sabah bergegar kerana PADI di kepuk UMNO sudah menjadi beras di Silam.
Walaupun kalah, persoalan yang timbul kenapa 71 0rang perwakilan telah mengundi Shahrin walaupun mereka tahu status Shahrin?
Apakah mereka ini PADI seperti Shahrin?
SARAPAN…Shahrin bersarapan pagi bersama Idris Jikon, Sari Arshad dan Haji Ahmad Shawal di Hotel Braj Mustika, Jln Dr Semeru, Komp. Padang Golf Bogor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment