Search This Blog
Sunday, December 21, 2008
DULU DIUGUT DENGAN PELURU, KINI REZEKINYA DITUTUP
LAPOR...Mutalib dan Chong menemani Kamaruddin membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing.
WALAU mengalami tekanan dan didesak dengan pelbagai ugutan agar ‘menutup mulut’, namun bagi seorang anak jati Malaysia, Kamaruddin Omar tetap tidak berganjak dengan keputusannya untuk membantu kerajaan membanteras pendatang asing di Sabah.
Pada 2006, Kamaruddin pernah diugut dengan sebutir peluru, namun enggan menarik balik laporannya, malah Pendatang Asing India (PTI) yang dilaporkannya dengan berani datang dan menunjukkan salinan surat asal yang dikirimkannya kepada Pengarah Imigresen Sabah.
“Dia kata dia bayar RM5,000 untuk dapat surat itu daripada pegawai kanan Imigresen melalui seorang lelaki India bernama Abdul Jabbar Munthalif yang ada sebuah restoran di Kampung Air Kota Kinabalu dan tunjuk kepada saya,” kata Kamaruddin yang terpaksa membuat keputusan untuk berpindah ke Lahad Datu kerana PTI di Telupid begitu berpengaruh sehingga boleh mendapatkan surat asal yang dikirimkannya kepada Pengarah Imigresen.
Dua laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Telupid dan Beluran tidak memberi kesan langsung kepada PTI berkenaan, sebaliknya PTI berkenaan mengupah orang untuk mencederakannya dan keluarga sehingga Kamaruddin bertindak melarikan diri ke Lahad Datu
Menurut Kamaruddin, beliau telah menulis surat kepada Perdana Menteri dan Pengarah Pendaftaran Negara berhubung kerakyatan songsang PTI, namun tidak mendapat respon positif, sebaliknya dirinya pula yang disiasat pihak berkuasa dan PTI yang dilaporkannya bebas tanpa sebarang tindakan.
“Tetapi apabila kenyataan saya disiarkan di dalam laman web mutalibmd.blogspot, mereka bertindak merampas restoran yang saya usaha sejak lebih sembilan bulan lalu dan mencuri wang dan barang peribadi milik saya,” ujar Kamaruddin yang telah melantik Ansari & Co untuk membuat tuntutan kerugian dan pampasan.
Kata Kamaruddin, beliau tidak menyangka PTI yang kebanyakannya ahli Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) berani bertindak sebegitu rupa melakukan ‘criminal tresspassing’ dan merampas restoran yang disewa secara sah dan tanpa alasan yang munasabah.
“Laporan polis berhubung isu pampasan, gantirugi dan jenayah memecah masuk restoran akan saya failkan berasingaan melalui peguam saya, tetapi isu paling penting sekarang ialah membantu kerajaan memburu semua PTI ini di seluruh Sabah,” tegas Kamaruddin yang membelakangkan kepentingan peribadi demi tanah air tercinta.
KAMARUDDIN OMAR
Bayangkan perasaan anda, kata Kamaruddin, beliau yang dilahirkan sebagai Melayu (Mamak) di Selangor terpaksa keluar daripada Sabah setiap tiga bulan sekali kerana tertakluk kepada undang-undang Imigresen negeri ini.
“Tapi PTI ini yang lahir di India dan hanya datang tidak sampai tiga bulan boleh dapat kad pengenalan projek yang ada ‘H’ dan boleh tinggal di Sabah selama mana mereka suka dan pulang India dengan menggunakan pasport Malaysia,” ujar Kamaruddin yang kesal kerana gejala rasuah menyeabkan PTI ini mudah bergerak bebas di Sabah.
Kata Kamaruddin kalau orang Bugis atau Filipina mungkin sukar dikenali kerana hampir sama rupa paras dengan penduduk asal Sabah, namun adalah mustahil jika pihak berkuasa tidak mengenali orang India yang berkulit gelap dan tidak pandai langsung berbahasa Melayu.
MENGADU...Kamaruddin turut mengadu kepada Patrick dan Salleh.
Menurut Kamaruddin beliau turut mengadukan masalah yang beliau hadapi kepada Presiden Cash, Datuk Patrick Sindu dan Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi yang menasihatkan beliau membuat laporan polis dan tindakan guaman agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya.
“Saya berjanji kepada diri saya akan menggunakan sisa-sisa umur saya untuk berjuang menentang anasir jahat ini agar PTI tidak bermaharaja lela. Saya harap rakyat Sabah sokong perjuangan saya,” ujar Kamaruddin yang mengajak rakyat Sabah memboikot Restoran India yang menggunakan atau dimiliki PTI yang mendapat kerakyatan secara tidak sah.
Kata Kamaruddin, jika rakyat Sabah melanggan restoran atau kedai runcit yang dimiliki atau menggaji PTI ini mereka sebenarnya menggalakkan kebanjiran PTI dan bersubahat melindungi PTI.
Sementara itu, Aktivis Politik Kanan, Dr Chong Eng Leong yang menemani Kamaruddin membuat laporan ke balai polis Karamunsing berkata, tindakan berani dan nekad Kamaruddin harus dicontohi oleh rakyat Sabah.
“Kita tidak patut tunduk kepada tekanan dan desak atau ugutan. Negara kita ada undang-undang dan tidak boleh bertolak ansur dengan PTI. Polis patut bertindak segera dan bersihkan imej mereka yang selama ini gagal mengambil sebarang tindakan pendakwaan walaupun bukti ada di hadapan mata,” ujar Dr Chong yang menyifatkan keengganan Hassnar Ebrahim mempunyai asas kerana hilang kepercayaan kepada PDRM.
Memandangkan ‘Burden Of Proof’ atau beban bukti terletak pada PTI berkenaan dan bukannya pihak polis atau Kamaruddin dan beliau tidak nampak sebab kenapa PDRM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap dua laporan polis yang dibuat Kamaruddin di Telupid dan Beluran sekitar 2006.
“PTI berkenaan hendaklah membuktikan bagaimana mereka boleh memperolehi mykad yang mencatat kelahiran Sabah sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang sijil lahir,” kata Dr Chong lagi yang menjelaskan di bawah Akta Keterangan, Surat Akuan bukanlah sah untuk mengganti Sijil Lahir.
Dalam pada itu, laporan polis bernombor Lahad Datu/7208/2008 yang dibuat pada 21 Disember 2008, jam 11.42 pagi Kamaruddin mendakwa;
“Pada 13 Disember 2008, lebih kurang 1400hrs, saya dapati Restoran Dam beralamat di Jalan Dam Lahad Datu, Sabah yang mana saya sewa taleh ditukar kunci dan ditamatkan sewa serta merta tanpa sebarang alasan yang munasabah oleh pemilik asal kedai tersebut iaitu Bismi Bakery. Saya percaya kejadian tersebut ada kaitan dengan pendedahan saya tentang ‘Skandal Kewarganegaraan Songsang Masyarakat India’ di Sabah yang disiarkan di dalam laman blog iaitu http://mutalibmd.blogspot.com. Saya datang ke balai polis membuat laporan agar PDRM, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Menteri Dalam Negeri menjalankan siasatan dan menangkap semua pendatang asing India ataupun PTI yang memperolehi kerakyatan Malaysia secara tidak sah melalui modus operandi daftar lewat kelahiran atau sijil akuan palsu atau menggunakan sijil lahir orang mati untuk memperolehi mykad. Laporan ini juga dibuat agar siasatan menyeluruh harus dilakukan terhadap Dewan Perniagaan India Muslim (DPIM) Sabah kerana melindungi PTI India ini dan membantu mereka mendapatkan kerakyatan secara tidak sah. Perbuatan mereka ini adalah perbuatan subversif dan menderhaka kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong. Laporan ini juga dibuat agar PDRM membuka semula dua laporan polis yang saya buat di Balai Polis Telupid dan Beluran, Sabah pada penghujung tahun 2006 terhadap beberapa PTI India yang mendapat kad pengenalan projek. Sekianlah laporan saya.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam Blogosfera,
Saya sudah baca beberapa buku yang tuan karang. Ada ummphh especially yang 'lelaki melayu terakhir'tu
Lambat sangat saya mengetahui bahawa Tuan MutalibMD sudah start blogging...
To show my utmost regard saya sudah sebarkan berita ini kepada pembaca saya di.....
http://nasirudinanjud.blogspot.com/2008/12/blog-ic-palsu-public-pti-enemys-no1.html
Kehadiran tuan amatlah di nanti dan dialu-alukan di blogosfera....
Selamat datang ke laman web saya. terima kasih atas sokongan. Jika ada maklumat, bantulah saya dedahkannya.
salam perjuangan....
Adakah benar kita mau memborneokan sabah pada waktu ini sedangkan tampuk pemerintahan masih lagi dikuasai secara maya oleh kerajaan pusat.
kita perlu halusi di peringkat atasan sebelum kita membuat tindakan yang hasilnya boleh memusnahkan rakyat sabah sendiri.
sebelum kita menilai baik buruknya orang lain lebih baik kita muhaSABAH diri sendiri terlebih dahulu mengapa kita di bagi ujian spt ini. Fahami apa itu hikmah kejadian.
secara peribadi PTI yg mendapat kerakyatan adalah mereka yg lebih pintar dari rakyat sabah.
Sekadar renungan.
Orang Sabah
Post a Comment