Search This Blog

Friday, January 30, 2009

KES NASARUDDIN MEREBAK KE SABAH?


KEADILAN...Anwar menerima kemasukan Nasaruddin ke dalam PKR tetapi bahangnya merebak ke Sabah.

PERBAHASAN hangat Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Khamis malam lalu menarik perhatian banyak pihak terutama perkembangan politik negeri Perak berikutan perletakan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berikutan tindakan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar dari BN sehingga menarik minat ramai lagi adun BN yang diwar-warkan akan menyertainya.

Rasa tidak puashati dengan Tajol dikatakan menjadi salah satu faktor ‘suhu politik’ UMNO Perak semakin panas dan paling menakjubkan ianya telah merebak ke Sabah.

Ramai adun BN telah menghubungi mysabahkini mengadu bahawa mereka menerima SMS daripada pegawai kanan polis yang mempunyai motif tersirat. Isi kandungan SMS yang dihantar melalui nombor telefon bimbit 01985308** berbunyi;

"Adun Bota, Perak, Dato Nasaruddin tlh menyertai PKR semalam. Puncanya kalah dlm pertandingan UMNO Bhg. Kemudianya adun ini mengalami masalah kewangan yg serius. setlh gagal meminta bantuan kewangan dri kawan2 dan sebagainya adun pembangkang d perak tiada sebarang projek d perolehi oleh adun ini terpaksa meminta bantuan anwar ibrahim yg kemudiannya berjanji utk membantu menyelesaikan hutang yg serius adun ini. apa pandangan yb/datuk mengenai tindakan adun ini. SUPT ******(KPTI**)".

Menurut seorang Adun daripada Pantai Timur Sabah, mereka agak terkejut kerana pegawai kanan polis mencampuri urusan politik selepas seorang lagi pegawai kanan polis cuba menjadi pelobi calon menjelang pilihanraya umum 2008 yang menyebabkan ramai bakal calon tertipu dan kerugian berpuluh ribu ringgit kerana terpedaya dengan pegawai kanan polis berkenaan.

"Kenapa dia mahu tanya kami bukan-bukan? Ini perkembangan tidak sihat apabila polis yang menjaga keamanan mencampuri urusan politik," ujar Adun berkenaan yang meminta agar namanya dirahsiakan bagi mengelak sebarang gangguan yang tidak diingini daripada pegawai kanan polis berkenaan.

Beberapa orang Ahli Parlimen juga mengesahkan menerima SMS politik berkenaan namun enggan mengulas lanjut dan menegaskan pendirian tidak akan melayani sebarang SMS yang cuba memancing mereka sekalipun daripada pegawai kanan polis atau pihak tertentu yang dikenalpasti cuba menjadi agen memancing mereka menyertai pembangkang.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata pihaknya telah mengenalpasti pegawai kanan polis berkenaan namun enggan mengesahkan atau menafikan sama ada mempunyai hubung kait dengan PKR atau Pakatan Rakyat.

"Kita yakin ada Adun dan MP Sabah akan sertai Pakatan Rakyat menjelang 'Chap Goh Meh'," ujar Jeffrey yang membayangkan sekurang-kurangnya lapan orang adun dan lima orang ahli Parlimen Sabah akan menyertai rakan mereka dari Sarawak dan Perak ke dalam PKR.

2 comments:

Anonymous said...

baguslah tu...bila lagi ahli-ahli politik ini berfikir panjang. inatlah, perjuangan kamu bukan untuk kamu sahaja...ingat meruah kita orang sabah.

Bangsa Cina Malaysia said...

all these started during you know whose administration.

in Sabah (1980s) state assemblymen are being traded like a commodity hence the name cowboytown.(PBS was the victim).( IRONICALLY NOW A MEMBER OF BN)

Nobody in BN said anything then .

in fact those who joined BN are treated like hero.

no effort whatsoever was done to propose an anti hopping law except by PBS and PAS but was shot down by the Federal Govt then.

MCA then was good at pinching state assemblymen from the DAP example from the Lobak and Bahau (NS) and branded them as hero and people with principle.

But are now saying the reverse when BN assemblyman joined PR.

I say now is the time to give BN a taste of their own very bitter medicine.

UMNO MCA MIC Gerakan and the rest can go fly kite for all i care.