Search This Blog

Sunday, January 25, 2009

KERANAMU REMPIT, NYAWA MELAYANG TANPA TOPI KELEDAR!


Oleh:
IBRAHIM TABIR





INSAN...Modal Insan Kelas Pertama..cogankata bagi pemandu laju yang berjubahkan Pemuda UMNO Silam.

WALAUPUN kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk menayangkan iklan topi keledar dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan, namun bagi Mat Rempit Kampung di Borneo Samudera Madai yang berasal dari Lembata, Indonesia, enggan memakai topi keledar kerana bimbang dianggap 'pondan' oleh rakannya.

Bagi melepaskan gian, remaja lelaki berbangsa Timur berkenan, tanpa arah tujuan merempit motorsikal scrambler yang biasa digunakan untuk ke ladang sehingga terbabas ke Lebuhraya Kunak-Lahad Datu dan merempuh sebuah proton waja yang dipandu laju yang dalam perjalanan ke Lahad Datu.

Akibatnya, mangsa mati di tempat kejadian setelah kepalanya remuk kerana hentakan kuat dan terlambung di atas jalan raya.

"Dia merempit ke lebuh raya tanpa memakai topi keledar. Dia gagal mengawal motorsikal lalu terbabas dan melanggar proton berkenaan sebelum terhumban ke atas jalanraya," ujar seorang saksi yang hanya mahu digelar sebagai Anthony P.

Menurut Anthony, apabila melihat remaja berkenaan mati di tempat kejadian lelaki yang memandu Proton berkenaan dan dua penumpang wanita segera menumpang kenderaan lain setelah terlibat dengan kemalangan berkenaan bagi mengelakkan dicederakan saudara mara remaja berkenaan.

"Mereka hanya melaung, kami ke balai," ujar Anthony yang melihat mereka bertiga menuju ke arah Lahad Datu meninggalkan proton yang terbabas di dalam parit.

Anthony agak hairan kerana pemandu dan dua orang wanita yang menumpang proton berkenaan memilih untuk membuat laporan polis di Balau Polis Lahad Datu yang terletak 90 kilometer daripada tempat kejadian sedangkan Balai Polis Kunak hanya enam kilometer sahaja.

Semakan dengan rekod PDRM mendapati proton berkenaan mempunyai satu saman melakukan halangan lalulintas di Kota Kinabalu melalui saman yang belum dijelaskan bernombor EE28704 pada 19 Oktober 2006.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kunak, Inspektor Parum Niot berkata, mangsa dikenali sebagai Andy Kopong berumur 18 tahun mati serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Seorang rakannya berbangsa Bugis, Hamdan Hamsah, 17 tahun yang membonceng motosikal itu mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kunak.

Parum berkata, penunggang motosikal itu dilanggar ketika sedang keluar ke jalan utama dari sebuah simpang dekat Ladang Borneo Samudera di sini.

Menurut Polis, Proton Waja yang dipandu laju tersebut sedang dalam perjalanan dari Kunak ke Lahad Datu gagal mengelak lalu melanggar motorsikal tersebut, sementara itu proton berkenaan terbabas ke dalam parit di bahu jalan.

Katanya, siasatan masih dijalankan. Kejadian itu bukan di dalam kawasan senarai 'Ops Sikap 19' yang sedang berjalan sekarang ini.

Proton berkenaan kini ditahan di Balai Polis Kunak kerana masih di dalam siasatan polis. Mangsa yang meninggal dunia telah dituntut keluarga setelah menjalani postmortem di Hospital Kunak.


MALANG...Nasib akhir seorang rempit kampungan yang kecundang di jalan raya.


JAGA...Kaum kerabat mangsa menjaga mangsa yang tergeletak di atas jalan raya bagi mengelak mangsa digelek kenderaan sementara menunggu ketibaan polis.


TERBABAS....Proton yang dipandu Minda kelas Pertama terbabas dan ditinggal di parit setelah pemandu dan penumpangnya melarikan diri.


BIAR...Mangsa hanya dibiar berada di atas jalan raya sehingga Polis tiba menghantar mangsa ke Hospital Kunak.

No comments: