NIK ZAFRI ABDUL MAJID
Juruperunding
Knowledge Management Consultant dibm,itsc,mmim,miqm
auditor:irca(uk),conquas (cidb sing.)sga/qcc, ohsas-sts/sirim
URLs:
http://geocities.com/nikzafri
http://nikzafri.blogspot.com
http://geocities.com.portal_zaety
e-mails:
nikzafri@gmail.com,nzafri@hotmail.com
Salam sejahtera
Semenjak sedekad lalu, saya telah membaca banyak karya kepunyaan Mutalib MD termasuklah 007 Lelaki Malaysia Terakhir yang saya terima daripadanya secara peribadi di PWTC.
Karya-karyanya memberi kesan yang pelbagai ke atas pembacanya, takut, marah, ngeri dan juga provokasi kepada mereka yang takut untuk mendedahkan kebenaran bimbang jika periuk nasi akan dirampas atau diaibkan.
Saya dapati karya Mutalib MD dari mula saya kenali semakin lama semakin matang dan berani.
Apa yang saya kagumi Mutalib MD ialah :
a) Segala 'blood, sweat, tears and pain' yang beliau lalui adalah di luar imaginasi kita, namun, beliau 'rise from the ashes' dan meneruskan perjuangannya - saya tidak pernah melihat dalam mana-mana penulis yang mempunyai 'passion' yang sangat mendalam dan tidak pernah 'give up'.
b) Kebanyakan karya beliau akan disertai dengan fakta yang sukar diperdebatkan oleh mana-mana pihak sekalipun - inilah kelebihan Tuan Mutalib MD dan kelebihan inilah yang sering menggugat dan menggegarkan kerusi-kerusi empuk yang diduduki oleh orang-orang 'kayangan',
c) Karyanya yang berani mengingatkan saya kepada 'Nixon Watergate Scandal' malah Mutalib MD mempunyai kelebihan elemen-elemen penulis, pemberita dan penyiasat.
Berbalik kepada 007, saya dapati Mutalib MD cuba membuat satu pembaharuan.
Izinkan saya memanggilnya satu karya satira futuristik dan neo-surrealisma.
Mutalib MD dalam bukunya kali ini :
a) Tidak menyatakan siapakah sebenarnya '007 Lelaki Malaysia Terakhir' membuatkan pembacanya tertanya-tanya siapakah lelaki berkenaan dan apakah ianya ujud?
b) Secara peribadi, saya berpendapat, Mutalib MD telah pun meninggalkan beberapa tanda iaitu 'Read Between the Lines' dan 'encoded messages' - jadi sebenarnya 007 Lelaki Malaysia Terakhir sebenarnya TELAH ADA di Malaysia ini.
c) Mutalib MD kali ini mendedahkan satu paradoks dan percubaan memaksa pembacanya berfikiran di luar kotak dan bukan semata-mata membaca bukunya secara literal.
Namun, saya tidaklah akan menulis apa-apa petikan daripada buku berkenaan kerana pembaca mestilah membelinya sendiri dan bandingkan kembali dengan komen saya ini...InsyaAllah, pembaca akan pasti menemui jawapannya.
Saya ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Mutalib MD kerana kejayaannya mengeluarkan buku yang boleh dikatakan 'agak misteri tetapi tidaklah semisteri mana jika pembaca mengulangi bacaan ke atas bukunya ini'
Salam sejahtera dan salam Hormat
Wassalaam dari saya
Nik Zafri Abdul Majid
Juruperunding Bersekutu
TIJ CONSULTANTS SDN.BHD &
TIJ CONSULTANTS SINGAPORE
No comments:
Post a Comment