Search This Blog

Monday, March 30, 2009

PEGUAM NEGARA TIDAK TERIMA KENYATAAN AKHBAR PAK LAH SEBAGAI BUKTI?


TERANG....Hafiz (kanan) sedang menerangkan sesuatu kepada lelaki ini yang mengaku sebagai Ketua Pengawal Peribadi Perdana Menteri.

JABATAN Peguam Negara Malaysia enggan memperakui kenyataan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada 10 Mac 2002 yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 11 Mac 2002 bertajuk 'Operasi roboh rumah hanya rumah pendatang' sebagai bukti yang boleh digunapakai di mahkamah.

Dalam kenyataan bertulisnya pada 6 Mac 2009, Peguam Kanan Persekutuan, Steve Ritikos, tidak menyetujui cadangan plantif (Hassnar MP Ebrahim) untuk menerima pakai kenyataan Abdullah (Pak Lah) yang disiarkan di Utusan Malaysia dan akhbar tempatan New Sabah Times sebagai bahan bukti bahawa Abdullah ada membuat kenyataan sedemikian.

Pada 10 Mac 2002, Abdullah menegaskan bahawa Ops Nyah II Bersepadu yang giat dijalankan di Sabah ditujukan semata-mata kepada pendatang tanpa izin, bukan untuk merobohkan rumah setinggan penduduk tempatan.

Tindakan tersebut, kata Abdullah, hanya ditujukan kepada rumah setinggan pendatang tanpa izin yang ketika itu telah dirobohkan sebanyak 6,130 buah.

Tambah Abdullah lagi, jika ada rumah penduduk setinggan penduduk tempatan dirobohkan dalam ops itu, kerajaan negeri akan berusaha menyediakan tempat tinggal lain kepada mereka.

"Ini bukan perkara baru dan memang dasar kita kalau kebetulan yang terlibat itu warganegara Melaysia yang duduk sama-sama dengan pendatang tanpa izin, kerajaan Sabah akan berikan rumah. Tetapi buat masa ini tidak ada operasi merobohkan rumah setinggan rakyat Malaysia," kata Abdullah selepas taklimat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah di Karambunai Resort, Tuaran.

Sehubungan itu, Hassnar melalui peguamnya, Ansari Abdullah telah memohon kepada Peguam Negara untuk menerima kenyataan akhbar Abdullah ini ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai bukti.

Memandangkan Jabatan Peguam Negara telah menolak kenyataan akhbar ini sebagai bukti dalam kes perbicaraan sivil kes S (21)-114 Tahun 2002, maka Hassnar tidak mempunyai pilihan melainkan untuk menjemput Perdana Menteri memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Sandakan dalam waktu terdekat, walaupun ketika itu beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas peralihan kuasa.

"Peguam Negara yang mendesak saya agar memanggil Pak Lah. Jadi saya terpaksa mensapena beliau untuk hadir," kata Hassnar yang masih belum berjaya menghantar sapena berkenaan ke tangan Pak Lah sendiri.

Percubaan Hassnar untuk menyampaikan sapena daripada Mahkamah Tinggi Sandakan ke tangan Pak Lah pada 27 dan 28 Mac 2009 dihalang oleh Pengawal Peribadi Perdana Menteri yang membuat dua lapisan benteng manusia ketika mereka melihat Hassnar cuba menghampiri Pak Lah dalam jarak 30 kaki.


BENTENG....Pak Lah berbaju biru (terlindung) dibenteng oleh pengawal peribadinya, mungkin mereka terbaca kenyataan Hassnar di Sabahkini.net yang sedang memburu Pak Lah untuk menyampaikan sapena Mahkamah Tinggi Sandakan.

Pembantu Hassnar, Hafiz Jamail yang sebelum ini berjaya menyampaikan sapena kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman di PWTC telah disoal siasat oleh Ketua Pengawal Peribadi Perdana Menteri walaupun ditunjukkan surat daripada Mahkamah Tinggi Sandakan.

Kegagalan menyampaikan sapena berkenaan ke tangan Pak Lah menyebabkan Hassnar dan Hafiz bergegas ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di Putrajaya namun dimaklum Pak Lah telah ke Pulau Pinang.

"Saya hanya berjaya menyerahkan sapena tersebut kepada Pegawai Kanan Sri Perdana, Mohammad Hitam, yang mengakui akan menyerahkannya kepada Pak Lah sebaik sahaja beliau kembali ke kediaman rasminya," kata Hassnar yang terkilan kerana para pengawal peribadi tidak membenarkan beliau menyampaikan perintah Mahkamah Tinggi Sandakan seolah-olah mereka mengatasi Undang-Undang.

Hassnar tidak menyalahkan Pak Lah kerana kemungkinan besar beliau tidak tahu ada sapena yang mahu disampaikan kepadanya, namun sikap pengawal peribadinya kurang telus dan boleh mengakibatkan pandangan serong masyarakat apabila mereka tidak dapat menemui Perdana Menteri.


BUKTI....Surat peguam Hassnar, Ansari Abdullah kepada Pak Lah.

Sumber: www.sabahkini.net

Mutalib MD mahu berhenti jadi blogger tanam pokok jarak ?


Pengendali sabahkini.net mahu jadi tokey pokok jarak la pula..?.

Oleh: ROZIE JUMAT

Ketika sedang mengikuti perkembangan muktahir pemilihan kepimpinan UMNO yang baru lalu. Saya menerima khidmat pesanan ringkas (sms) dari Presiden Persatuan Blogger Sabah (PBS) yang juga peneraju sabahkini.net. Saudara Mutalib MD memberitahu saya yang beliau akan ke Keningau pada keesokan harinya. Katanya hendak melawat projek jatropha di sekitar kawasan Bingkor.

Sekaligus saya mendapat ilham untuk menulis sesuatu mengenai pokok jarak yang boleh menghasilkan bio-diesel. Setahu saya , negara India dan Indonesia telah lama menanam pokok jarak ini. Malahan mereka memproses sendiri minyak dari buah pokok jarak dan minyak itu digunakan untuk kenderaan. Jimatkan...

Saya tidak dapat membayangkan pada satu ketika nanti , saya memproses minyak untuk kegunaan kenderaan sendiri. Ini kerana saya sendiri berminat dengan pokok jarak. Orang Dusun Kota Belud menamakannya belija. Dulu di kampung saya di Kampung Piasau, Kota Belud, pokok belija banyak tumbuh dimana-mana. Lebat-lebat lagi buahnya, batang-batang pun besar macam batang pokok betik.

Kalau di masa itu pokok jarak berharga seperti ini, sudah lama kita kaya.

Kami sering menggunakan buah belija yang jatuh dan dibakar. Ia mengeluarkan api kebiru-biruan ibarat api dari dapur gas jika kita meletakkan sesuatu di hujungnya. Getah dari daunnya pula boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan pada luka. Manakala pokoknya boleh dibuat pagar. Seingat saya pokok ini cepat tumbuh semula. Makin lagi lebat apabila dipotong kerana ia mengeluarkan tunas baru.

Dalam keadaan minyak semakin berkurangan di dunia ini, mendapatkan hasil minyak berasaskan tumbuhan , ada manfaatnya juga. Peperangan berlaku kerana berebutkan minyak. Sabah, pengeluar minyak terbesar di Malaysia pun tidak mendapat imbuhan setimpal dari hasil pengeluaran atau sumbangannya kepada ekonomi negara. Boleh dikatakan apa yang kita dapat ialah ‘ tempias tempias ‘ sahaja atau boleh dikatakan ‘ asal ada’.

Lawatan kami ke ladang pokok jarak di Mongitom dan tapak semaian pokok jarak Bionas di Kampung Bunga Raya telah memberi manfaat kepada diri saya sendiri. Saya mengetahui dengan jelas mengenai kelebihan pokok jarak. Penanamannya mudah dikendalikan dan boleh dibuat. Pada ketika ini saya dimaklumkan buah jarak dibeli dengan harga RM800 setan.

Dari kita duduk diam-diam di rumah, lebih baik kita cari peluang. Stigma “saya sekolah tinggi “ atau “saya tidak dilahirkan sebagai petani”, harus diketepikan. Tolak perasaan malu anda itu. Ada orang lulus dalam bidang undang-undang tetapi dianugerahkan sebagai Usahawan Tani atau Usahawan Ternak. Di Amerika, golongan jutawan adalah terdiri dari kalangan petani. Saya syorkan anda menanam pokok jarak. Kalau mahu cari bibit pergi sahaja ke Kg Bunga Raya. Bibit mereka datangnya dari India dan Thailand.

Berbalik kepada kisah Mutalib MD tadi, rupa-rupanya dia datang bersama dengan kawan-kawannya yang ingin tahu sangat dengan penananam pokok jarak. Habis kena inteviu orang-orang di ladang Bionas. Dan macam biasalah, Mutalib MD yang saya kenal sejak tahun 1998 itu , mencari scoop lagi eklusif untuk sabahkini.net. Kalau mahu tahu hasil lawatannya anda boleh melayari laman web beliau- ada kisah biawak di Kampung Bunga Raya, dan pembangunan yang dibuat oleh kedua wakil rakyat Adun Bingkor dan Ahli Parlimen Keningau di kawasan itu. Ada banyak kejutan dipaparkan di sabahkini.net.

Terima kasih kepada Pengerusi JKKK Kg Pegansangan, Juse Loibin yang mengiringi perjalanan kami.

SIAPA GADAI TANAH ADAT BDC DI SABAH?



WALAUPUN kes Saman No. S21-114-2002 yang difailkan oleh OKK Hassnar M.P Ebrahim (gambar) hanya kes salah tangkap atau salah tahan, namun Peguam Negara Malaysia telah mengkategori kes ini sebagai kes penting di dalam fail PN/SBH/HQ/13/06/2003 kerana melibatkan integriti Kerajaan Persekutuan.

Hassnar dalam saman sivilnya mencabar Inspektor Majari Awaljari dan 11 yang lain di Mahkamah Tinggi Sandakan kerana polis telah menyalahguna kuasa menangkapnya secara salah dan berniat jahat sehingga mencemarkan imejnya sebagai peniaga dan pemimpin masyarakat.

Ketika ditemui sabahkini.net, Hassnar mendakwa beliau bukan sahaja menuntut pampasan di atas kerugian harta, kesengsaraan fizikal, kecederaan nama baik, malah ingin agar tanah yang dirampas dikembalikan kepada mereka yang berhak.

Sila Baca lanjut di www.sabahkini.net

Sunday, March 29, 2009

JALAN RAYA ATAU JALAN BIAWAK?



Sumber: www.sabahkini.net

JALAN Bunga Raya Mongitom Kikiran di Bingkor Keningau mungkin tidak seindah namanya dan sewajarnya Wakil Rakyat Bingkor, Justin Guka menukarkan nama jalan tersebut kepada Jalan Biawak!

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali dengan nama Michael berkata, mereka telah cuak dan alergik apabila diajukan soalan kenapa jalan ke kampung mereka teruk betul sedangkan ianya terletak berdekatan dengan Pekan Koboi Keningau.

"Apa lagi kami mau buat? Sudah berapa kali kami mengadu kepada JKKK dan Ketua Kampung, malah kepada Guka (Adun) sendiri, tapi yang kami dapat hanya janji," kata Michael kosong yang diperbaharui pada setiap kali pilihanraya.

Keadaan jalan berturap di kampung mereka yang berlopak tidak pernah diselenggara sejak dibina lebih sepuluh tahun lalu menyebabkan kenderaan awam tidak mahu masuk ke kampung mereka.

"Bukankah Kampung Bunga Raya sepatutnya dijaga dan dijadikan kampung contoh sempena nama bunga kebangsaan negara. Tetapi lihatlah sendiri bagaimana keadaan kampung kami," ujar Michael yang telah mengadukan masalah mereka kepada Biro Pengaduan Awam di Kota Kinabalu.

Lebih mengejutkan ketika krew Sabahkini.net mengadakan tinjauan ke kampung berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun sedang menghalau seekor biawak yang sedang mencari makan di salah satu lopak besar di jalan berturap di kampung mereka.

Biawak berkenaan kelihatan sudah biasa melihat manusia dan tidak gentar walau dipukul dengan kayu sebaliknya cuba melawan menyebabkan kanak-kanak perempuan, Julia, terpaksa bergegas meninggalkan lokasi dalam ketakutan.

"Selalu juga itu biawak cari makan kerana ada banyak ikan dan berudu di lopak itu. Saya halau dia kerana saya mau pergi sana," ujar Julia yang masih cemas kerana tidak menyangka biawak tersebut berani melawan apabila dipukul dengan kayu.

Saturday, March 28, 2009

TAHNIAH PAIRIN, TERIMA KASIH BN?



Sumber: Sabahkini.net

TAHNIAH kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan kerana telah menjadi Ahli Parlimen Keningau paling lama berkhidmat iaitu sejak 1985 dan tidak pernah tumpas dalam pilihanraya umum sejak beliau menjadi Ketua Menteri pada 1985 hingga 1994.

Namun majoriti rakyat Keningau terus merintih dalam hilai tawa rakyat Malaysia menyambut pakej stimulus RM60 bilion yang diumumkan dalam Mini Bajet baru-baru ini.

Sampai bila mereka harus menunggu untuk menikmati pembangunan setelah menjadi pemerhati pembangunan di kampung lain di seluruh Sabah yang pesat membangun sehala dengan kedudukan Pairin sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar?

Keresahan yang berpanjangan ini mengundang mereka menemui wakil sabahkini.net untuk mengadu masalah mereka kerana akhbar tempatan bagaikan 'dibeli' oleh Pairin sehingga segala aduan mereka bagaikan membasuh pakaian di parit yang berbau.

"Kami sudah cukup sabar menanti janji Pairin sejak 1985, tapi janji hanya tinggal janji. Sampai bila kami mau tunggu?," tanya Ronny yang gelisah kerana jalan menuju Kampung Mongitom begitu teruk sehingga sukar dilalui kenderaan ringan.

Ronny telah mencuba pelbagai cara untuk menarik minat Pairin agar berkunjung ke kampungnya dan memaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua Kampung, namun kata Ronny segala surat permohonan mereka tidak dilayan Pairin.

"Saya rasa mungkin silap kami kerana memberikan undi kami kepada Pairin," ujar Ronny yang agak kesal kerana tidak ada sebarang usaha dilakukan Kerajaan Barisan Nasional menaik taraf jalan kampung sedangkan jalan Tambunan-Api-Apin boleh dikatakan diturap setiap tahun walaupun tidak rosak.

Kekecewaan penduduk kampung telah diterjemahkan dengan baik apabila mereka sebulat suara memutuskan untuk menanam pokok jarak pagar di atas jalan raya yang rosak sebagai tanda protes terhadap Pairin dan Barisan Nasional.

"Saya rasa inilah cara terhormat yang paling halus yang kami lakukan. Kami terima kasihlah sangat kepada BN agar dapat menyalurkan peruntukan terus kepada kampung kami. Buat apalah cerita bilion-bilion tetapi jalan kampung kami macam tempat babi berkubang?," ujar Ronny lagi.

TIMBALAN PERDANA MENTERI KEDUA?



Sumber: www.sabahkini.net

WALAUPUN Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada di dalam Perlembagaan Persekutuan, namun amalan melantik Timbalan Perdana Menteri sudah menjadi 'budaya' politik Malaysia yang menjadi 'taboo' dan tidak boleh dipertikaikan kerana kuasa 'Veto' Perdana Menteri melantik Timbalan Perdana Menteri!

Janji Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Timbalan Perdana Menteri Kedua daripada Sabah ketika berkempen pada pilihanraya Umum lalu sepatutnya disambut oleh UMNO bagi memastikan Kubu Kuat UMNO di Sabah tidak dibedil Pakatan rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Slot Timbalan Perdana Menteri Kedua dirasakan 'hadiah' bagi Sabah yang menang besar dalam pemilihan Majlis Tertinggi 2008 yang berlansung pada 26 Mac 2009 apabila ramai calon daripada Sabah memenangi jawatan yang ditandingi masing-masing termasuk jawatan Naib Presiden UMNO.

Jika Anwar yang tidak mempunyai kuasa politik dan legislatif mampu menabur janji berkenaan, kenapa UMNO yang semakin kukuh dengan saf kepimpinan 'Nakhoda Zaman' tidak berjaya merealisasikan impian rakyat Sabah yang ingin melihat pemimpin daripada Sabah duduk semeja dengan pemimpin Pusat yang selama ini dianggap sebagai 'penjajah dan penjarah politik' yang memerangkap Sabah di dalam penjara politik Malaysia?

Mungkin inilah saatnya, UMNO menunaikan hasrat rakyat Sabah yang selama ini mencanangkan 'Sabah for Sabahan' dengan mengagehkan kuasa eksekutif untuk mentadbir Sabah kepada rakyat Sabah sendiri melalui perlantikan pemimpin Sabah sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua untuk menjaga Sabah dan Sarawak yang terlalu mundur dan dimundurkan oleh karenah birokrasi yang diterima pakai sebagai kekangan politik yang mendaulatkan 'Ketuanan Melayu.'

Hanya satu calon tunggal daripada Sabah yang layak atau sesuai untuk mengisi slot yang bakal diwujudkan jika UMNO ingin menjadikan Sabah sebagai 'Kubu Politik' sebelum diterjemahkan oleh pengundi yang marah kepada UMNO menjadikan Sabah sebagai 'Kubur Politik' UMNO pada pilihanraya akan datang jika permintaan Sabah tidak mendapat layanan sebenarnya.

Calon tersebut ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal yang menjadi regu setia kepada Najib untuk menakhoda zaman di dalam bahtera UMNO.

Namun cadangan ini harus dikaji sedalam-dalamnya kerana memberi kesan yang agak besar dalam kestabilan politik apabila mereka yang diberi kuasa sering kali cenderung menyalahgunakan kuasa, terutama apabila tidak lagi sehaluan dengan pemimpin negara sebagaimana yang terjadi antara Mahathir-Musa dan Mahathir-Anwar.

Keperluan Sabah untuk mendapat 'equal share' sebagai 'equal partner' adalah mandatori dengan perlantikan Timbalan Perdana Menteri Kedua untuk menjulang kembali pembangunan di Sabah yang tercicir daripada pelan kerangka tindakan pemulihan ekonomi mampan Dasar Pembangunan Negara!

Friday, March 27, 2009

MUSA MENANG MT TETAPI TAKUT MAHKAMAH?


SAPENA...Hafiz sedang membacakan Sapena yang disampaikan kepada Musa Aman.

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah mengungguli jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan mendapat undi ketiga tertinggi selepas Tok Pa dan Datuk Noh Omar iaitu sebanyak 2,084 undi.

Namun ketika dihampiri seorang lelaki, Mohd Hafiz Jamail, yang menghantar Sapena daripara Mahkamah Tinggi Sandakan, beliau menerimanya tetapi enggan menandatangani akuanterima sapena berkenaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sandakan yang mengarahkan agar beliau hadir memberi keterangan dalam kes perbicaraan sivil Hassnar Ebrahim Vs Majari Awaljari dan 12 yang lain.

"Dia tidak mahu menandatangani akuan penerimaan sapena tersebut, tetapi yang penting saya telah bacakan di hadapan beliau dan sapena berkenaan disampaikan secara peribadi kepada beliau," ujar Hafiz yang agak terkilan kerana sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Menteri Sabah tidak menghormat arahan Mahkamah Tinggi.

Menurut Hafiz, beliau telah beberapa kali cuba menyampaikan sapena berkenaan di Kota Kinabalu, namun Musa sering berdalih dengan memberi pelbagai alasan.


KETAT...Musa turut diiringi Pegawai Kanan Polis Cawangan Khas daripada Kota Kinabalu?


"Saya terpaksa terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan sapena tersebut di PWTC setelah menyakini beliau hadir di Perhimpunan Agung UMNO tetapi beliau menolak untuk menandatangani akuterima untuk dikembalikan sapena tersebut ke Mahkamah Tinggi Sandakan," ujar Hafiz lagi yang kini sedang memburu Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan sapena bagi kes yang sama.

Sebelum ini, tiga orang wartawan tempatan telah dikeluarkan waran tangkap apabila gagal hadir ke Mahakamah Tinggi Sandakan bagi memberi keterangan dalam kes berkenaan setelah mengabaikan sapena tersebut.

Namun waran tangkap tersebut kemudiannya dibatalkan setelah mereka hadir memberi keterangan pada keesokan harinya.

Menurut Sapena yang disampaikan kepada Musa Aman, Musa diarah memberi keterangan testificandum pada 13 April 2009 bermula jam 9 pagi sehingga tamat di Mahkamah Tinggi Sandakan.


Dalam pada itu, ketika dihubungi Sabahkini.net, OKK Hassnar Ebrahim berkata, beliau terpaksa memohon kepada Mahkamah Tinggi Sandakan untuk mensapena Musa kerana selepas Ops Nyah II Bersepadu dihentikan oleh Kerajaan Persekutuan, Musa selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah telah mengeluarkan kenyataan bahawa rumah penduduk tempatan yang terletak di atas tanah adat tetapi tersilap dirobohkan di BDC dan di seluruh Sabah akan dibangunkan sebagai projek perumahan yang mampu dimiliki Bumiputera.

"Tetapi anda lihat sekarang tanah tersebut diluluskan kepada Majlis Perbandaran Sandakan yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat kroni Musa untuk dibangunkan hotel lima bintang dan hotel mewah yang tidak mampu dimiliki bumiputera," ujar Hassnar yang mendesak Musa agar mengotakan janjinya untuk mengembalikan tanah adat yang dirampas daripada bumiputera kepada mereka yang berhak.

Bagaimanapun tinjauan Sabahkini.net ke tapak lokasi yang menjadi pertikaian di BDC mendapati kerja-kerja tapak yang sebelum ini rancak telah dihentikan sejak bermulanya perbicaraan padaawal Mac 2009.

Sumber: www.sabahkini.net

Tuesday, March 24, 2009

DUA LAGI LAPORAN SPRM DIBUAT TERHADAP MUSA AMAN?


SERAH....Yakub (kiri) Padli dan Kunsul menunjukkan surat akuan terima laporan yang mereka buat di SPRM Sabah.

SETAKAT ini sudah empat laporan rasmi telah dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Kinabalu berhubung isu tindakan Lembaga Disiplin UMNO terhadap Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Japlin Akim.

Terbaru dua lagi laporan rasmi difailkan di SPRM Sabah berhubung isu berkenaan dan isu yang berkaitan dengannya.

Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Bin Nahul daripada Bahagian Silam yang mendakwa mewakili lebih 70 cawangan (senarai bercap jari terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu)sebelum ini telah membuat laporan polis untuk menghalang Perhimpunan Agung UMNO Pusat pada 26 Mac 2009 ini atas alasan Persidangan UMNO Bahagian Silam adalah 'Batal dan Tidak Sah'kerana berlaku penipuan, pengundi hantu dan perwakilan haram.

Kelmarin, Kunsul memfailkan laporan berserta bukti salah laku dan politik wang serta penipuan yang dilakukan oleh Urusetia UMNO Bahagian Silam dan Wakil Badan Perhubungan UMNO Sabah yang mengawalselia perjalanan mesyuarat agung berkenaan pada 1 November 2008.

Dalam laporannya, Kunsul mendakwa Musa Aman telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk kepentingan peribadi dengan mengabaikan bantahan yang difailkan oleh para Perwakilan UMNO Silam bagi membolehkan kroni dan proksinya mengekalkan kemenangan secara tidak sah.

"Walaupun Jawatankuasa Pengurusan Parti mengarahkan siasatan dijalankan oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah, tetapi siasatan tidak langsung dijalankan terutama memanggil pengadu atau saksi memberi keterangan dan tidak memaklumkan kepada pengadu sama ada bantahan mereka diterima, dipertikai atau ditolak," ujar Kunsul yang kesal kerana Musa tidak telus menyelesaikan kemelut di banyak Bahagian UMNO di Sabah.


SALINAN....Salinan surat iringan laporan SPRM Kunsul dan nota penerimaan SPRM.

Kata Kunsul, Musa tidak sewajarnya membenarkan UMNO Silam menghantar perwakilan kerana bantahan dan aduan politik wang terutama yang melibatkan semua calon yang bertanding termasuk Ketua Wanita, Timbalan dan Naib belum didengar dan diputuskan.

"Jika bukan perwakilan turun mengundi atau jika perwakilan yang sudah meninggal dunia diganti di luar persidangan atau jika ada perwakilan mengaku mengundi lebih daripada sekali, maka apakah persidangan tersebut sah?," tanya Kunsul yang meminta agar semua pihak menghormati Perlembagaan Parti dan Tataetika Ahli UMNO.

Penipuan yang dilakukan secara konspirasi antara mereka yang bertanding dan Urusetia Persidangan begitu ketara, kata Kunsul, seolah-olah persidangan berkenaan sudah seperti sarkas atau zoo negara.

Sehubungan itu, Kunsul mendesak SPRM menjalankan siasatan rapi disebabkan Musa turut bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan khuatir Musa menggunakan perwakilan UMNO Silam sebagai 'Deposit politik' yang boleh dicairkan di Perhimpunan Agung UMNO dan menyuburkan 'Rasuah Politik' atau 'Politik Wang.'

Dalam pada itu, seorang ahli UMNO Taman Antarabangsa, Bahagian Kota Kinabalu, Yakub Damsah yang ditemani oleh ahli UMNO Cawangan Airport Lama, Bahagian Putatan, Padlee Shahibon turut memfailkan laporan rasmi di SPRM setelah membuat laporan polis terhadap Japlin pada 20 Mac 2009.

"Kita mendesak agar SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap Musa Aman yang melindungi perasuah politik, Datuk Japlin Akim dengan mengekalkan jawatannya sebagai Pembantu Mneteri," kata Yakub yang turut menyerahkan beberapa dokumen penting membuktikan hubungan proksi antara Japlin dengan Musa Aman.

Kata Yakub, walaupun Musa berpendapat bahawa Japlin hanya dihukum oleh UMNO, tetapi dari segi moral, ahli UMNO beranggapan bahawa Japlin adalah 'penjenayah' kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang.

"Japlin harus mengikut contoh Tan Sri Isa Samad yang segera meletakkan jawatan setelah didapati bersalah dan bukannya berlindung di ketiak Musa Aman untuk mendapatkan simpati," kata Yakub yang turut menggesa agar SPRM menyiasat sumber perolehan harta Japlin yang kaya dengan begitu cepat berbanding dengan pendapatannya.


DESAK....Surat iringan Yakub yang mendesak tindakan diambil terhadap Musa Aman dan Japlin.

Tegas Yakub jika Japlin sanggup menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi Khairy Jamaluddin, maka beliau tidak hairan jika Japlin menggunakan banyak wang untuk memenangi jawatan Naib Ketua Bahagian Kota Belud.

Sunday, March 22, 2009

HANYA 11,000 SAHAJA YANG DIBAYAR LEVI?


Perdaftaran sedang rancak dijalankan oleh Pejabat Konsul Indonesia


Oleh: ROZIE JUMAT

Keningau : Hanya 11 ribu pekerja warga Indonesia dibayar levi oleh majikan berbanding kehadiran mereka yang mencecah 216,367 orang di negeri Sabah. Kebanyakan mereka ini adalah pekerja di sector perladangan.

Daripada jumlah itu sebanyak 5017 pasport telah dikeluarkan, selebihnya hanya levi yang dibayar.

Pemangku Konsol Jeneral Republik Indonesia di Negeri Sabah, Rudhito Widagdo berkata, jumlah itu sangat sedikit dan pemerintah Indonesia mahu majikan tampil ke hadapan untuk memastikan pekerja Indonesia di negeri ini mendapat perlindungan dan bekerja dengan tenang.

Beliau yang ditemui di Gerakan Pendaftaran Dokumen terhadap warga Indonesia di Dewan Tai Chi disini menegaskan , pekerja yang dibayar levi harus dibawa ke Pejabat Konsul agar kedudukan warga Indonsia diketahui.

Rudhito berkata pendaftaran selama dua hari bermula sejak hari sabtu dengan jumlah yang berjaya didaftakan seramai 600 orang. Gerakan itu adalah pertama kali dibuat dengan kerjasama antara Kerajaan Republik Indonesia dan kerajaan Negeri Sabah.

“ Kami punya komitmen untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dalam pelaksanaan pendaftarandan diberi kebebasan serta perlindungan untuk melayani rakyat Indonesia disini,” ujar Rudhito .Yang mana kata Rudhito mereka mahu semua rakyat Indonesia di negeri ini mendapat dokumen diri.

Sehubungan dengan itu kata Rudhito, Pemerintah Indonesia meminta agar majikan segera membayar levi pekerja mereka dan kemudian dibawa kepada Pejabat Konsul.

“ Jangan tunggu sehingga hujung bulan Mei untuk mendaftarkan mereka. Ini amat penting untuk kita semua,” kata Rudhito, kerajaan Negeri Sabah telah memberi tempoh sehingga bulan Mei untuk para majikan berbuat demikian.

Menurut Rudhito, kehadiran pekerja Indonesia juga memberi kesan yang baik kepada ekonomi negeri ini.

Mengenai gerakan itu Rudhito berkata, program seumpama itu akan dibawa ke kawasan-kawasan lain di Sabah.

Beliau juga meminta para tekong yang sering menggunakan jalan-jalan tikus di Kalabakan agar menghentikan perbuatan mereka mengeksport tenaga manusia secara haram.

“ Perbuatan (mengeksport) ini menyulitkan kedua belah pihak dan menurunkan darjat dan hubungan luar negeri antara kerajaan Malaysia dan Indonesia,” kata Rudhito.

Dalam satu soalan yang lain, Rudhito berkata pejabat Konsul tidak memberi pertimbangan kepada mana-mana warganya yang melakukan kesalahan, dan jika disabitkan kesalahan, mereka harus dihukum dengan setimpalnya.

Namun katanya, para majikan yang melakukan kesalahan juga harus dihukum agar menjadi pengajaran kepada yang lain.

Beliau berkata suasana di Sabah sangat baik, dan tidak terdapat kes-kes yang membabitkan kekerasan dan keganasan seperti mana yang dialami di tempat yang lain.

SUMBER www.sabahkini.net

KUALITI MYKAD SEPERTI IKAN KERING?


ROSAK...."Inilah ikan masin saya, Hee hee..."


Mykad atau kad pengenalan yang menggunakan Chip 64K yang ditaksirkan sebagai kad pengenalan bermutu tinggi,berkualiti dan termahal di Asia Tenggara, sebenarnya tidak ubah seperti ikan kering yang berbau hapak!

"Saya mana tahu kenapa jadi begini? Sepanjang masa dalam dompet sahaja. Tapi tengoklah sendiri, betul-betul macam ikan kering yang berkulat dan berulat," ujar Padli Shahibon yang menetap di Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut, Papar.

Menurut Padli, beliau telah menjaga kad pengenalannya dengan baik tetapi mungkin kualitinya yang rendah, maka mykad yang dibanggakan Kerajaan Malaysia berkenaan mudah rosak dan tidak berkualiti langsung.

Kata Padli, beliau beberapa kali digertak polis kerana kad pengenalannya dituduh sebagai kad pengenalan palsu.

"Saya anak jati Sabah dan berasal dari Kota Belud. Kalau mykad yang rosak kenapa saya pulak mau ditangkap," ujar Padli yang telah beberapa kali ke pejabat Pendaftaran Negara untuk menukarkan mykadnya tetapi disebabkan beliau tidak mempunyai masa untuk menunggu maka ianya masih tertangguh.

Padli menggesa agar Jabatan Pendaftaran Negara Sabah menyediakan program khas bagi membolehkan mereka menukarkan mykad yang rosak tanpa perlu menunggu lama.

"Jika mereka boleh membuka pejabat pada hari minggu untuk mendaftar kad pengenalan hijau untuk warga asing, tetapi tidak boleh buka kaunter khas untuk rakyat tempatan menukarkan mykad mereka yang rosak," ujar Padli yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kontraktor yang membekalkan kad plastik kepada JPN kerana dikhuatiri tidak bermutu.

Kata Padli, bukan beliau sahaja yang mengalami kerosakan kad pengenalan, malah ribuan rakyat Sabah menghadapi masalah serupa terutama meletakkan mykad mereka di dalam dompet kulit.

Oleh itu, kata Padli, beliau tidak hairan jika ramai pendatang tanpa izin memiliki mykad palsu dan kad pengenalan projek disebabkan mykad yang mudah dipalsukan atau mudah didapati dengan memalsukan keterangan diri.

Saturday, March 21, 2009

GESAAN POLIS SIASAT DAN DAKWA MUSA AMAN?

LAPOR...Yakub (kiri) menunjukkan laporan yang mereka buat.

Mantan Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Yakub Damsah, membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman kerana mendakwa Musa telah menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mendapatkan faedah secara langsung berbentuk sokongan undi para perwakilan UMNO bahagian Kota Belud dan Pergerakan Pemuda UMNO.

"Musa telah bertindak melindungi penjenayah yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO melakukan politik wang dengan mengekalkan jawatan penjenayah berkenaan," ujar Yakub yang tidak dapat berkompromi dengan alasan yang dikemukakan oleh Musa Aman untuk mengekalkan semua jawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Japlin Akim.

Tegas Yakub, Polis harus bertindak secara saksama menjalankan siasatan di bawah undang-undang jenayah terhadap Musa Aman yang secara sedar telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk meraih sokongan dan undi para perwakilan UMNO Kota Belud dan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah kerana kedudukan Japlin adalah Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Sabah.

Untuk mengikut berita lengkap sila ke www.sabahkini.net

KENAPA TIDAK PINDAH KE TABUNG HAJI ATAU MUIS?



KRISIS prasarana kesihatan semakin memuncak di Sabah apabila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan masih meraba di dalam kegelapan mencari bangunan baru untuk menempatkan pesakit daripada Hospital Queen Elizabeth yang dikosongkan setelah disahkan sebagai tidak selamat untuk dihuni.

Pelbagai cadangan dikemukakan termasuk Wisma Khidmat dan Hospital Mesra Bukit Padang disamping pesakit terpaksa bersetinggan di beberapa hospital termasuk Hospital Likas, Pusat Perubatan Sabah, Hospital Bukit Padang, Hospital Beaufort dan sebagainya sehingga terpaksa membelanjakan kos luar jangka.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Haji Ansari Abdullah (gambar) menyarankan agar kerajaan mengambil alih atau membeli bangunan sedia ada atau menjalinkan perkongsian bistari dengan syarikat agensi kerajaan (GLC) menyediakan kemudahan wad dan rawatan secara jangka panjang.

Berita selanjutnya, sila ke www.sabahkini.net

KETUA CAWANGAN HALANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO?

POLIS....Kunsul menunjukkan laporan polis dan CD bukti.

DUA orang Ketua Cawangan UMNO daripada Bahagian Silam, membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu bagi menghalang Perhimpunan Agung UMNO Pusat yang akan diadakan pada 24 Mac ini dengan alasan kes aduan politik wang dan bantahan yang mereka failkan belum mendapat sebarang keputusan daripada Majlis Tertinggi UMNO.

Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul yang ditemani oleh Ketua Cawangan UMNO Kampung Tulibas Besar Tungku, Makbul Alam, memberitahu beliau dan rakannya terpaksa membuat laporan polis setelah ADUAN RASMI yang mereka failkan dalam tempoh bantahan tidak dilayan oleh Jawatankuasa Pengurusan Parti yang memulangkan kepada budibicara Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk menjalankan siasatan.

"Kita telah menyerahkan semua bukti berhubung penipuan dan perlakuan yang menyalahi tata etika yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Silam, namun kita tidak menerima sebarang jawapan melainkan meminta rujuk kepada Badan Perhubungan UMO Sabah," ujar Kunsul yang yakin Persidangan UMNO Bahagian Silam yang berlangsung pada 1 November 2008 sebagai batal dan tidak sah.


Untuk berita lengkap sila ke laman web http://www.sabahkini.net

Tuesday, March 10, 2009

PENDATANG HARAM INDIA DI SABAH?




MURAH...Yakub menunjukkan simbolik betapa murahnya Mykad berlatar belakang Mykad Ansar, Setiausaha Agung DPIM.


ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu.

Pada mulanya, penulis hanya berjaya menjejak kes pemalsuan dokumen seorang belia India di Sabah iaitu Velutha Mannil Yousaf Abotty yang dilahirkan pada 10 Jun 1971 di Quilandy Kerala, India. Velutha telah memohon visa daripada Kedutaan Malaysia di Madras pada 13 Ogos 1990 dan diluluskan visa bernombor 18282/90 untuk tempoh selama dua bulan.

Yousaf tiba di Singapura pada 7 Ogos 1990 dan berada di sana sehingga 21 Ogos 1990 dengan menggunakan pas lawatan bernombor 2573/B2.

Yousaf ke Kuala Lumpur pada 22 Ogos 1990 dengan menggunakan pasport India S 690334 yang dikeluarkan pada 5 April 1990 di Kozhikode, India.

Yousaf telah mengisi Departure Card bernombor AT 438263 di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan diberi kebenaran untuk berada di dalam negara ini selama dua bulan sehingga 21 Oktober 1990 atas lawatan sosial.

Penulis tidak tahu bagaimana Yousaf boleh menyusup masuk ke Sabah ddan sampai di Lahad Datu sekitar 1994.

Yousaf telah memperoleh surat beranak daftar lewat yang dikeluarkan oleh Dr Chaw Tet Loong, Pegawai Perubatan Semporna bernombor 3870/91 bertarikh 30 April 1991.

Mengikut sijil lahir tersebut, Yousaf dilahirkan di Kampung Sungai Nasip Semporna pada 10 Jun 1971. Bapanya Kasim Bin Abdul (India Muslim) dan ibunya Saripa Bte Motok (Melayu).

Melalui sijil lahir tersebut, Yousaf telah berjaya mendaftar kad pengenalan dan diberi resit JPN 1/9 bernombor 7416169 pada 21 Februari 1995 oleh Pejabat Pendaftaran Negara Kota Kinabalu.

Bagaimanapun sehingga kini Yousaf belum menerima kad pengenalan tersebut dan hanya memegang resit JPN 1/9 dan sijil lahir 3870/91.

Kes berkenaan agak sepi sehinggalah pendedahan beberapa orang warga Malaysia berketurunan India atau Mamak menjelang penerbitan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? yang memaparkan beberapa nama Pendatang Haram India seperti Abdul Jabbar Munthalif yang berjaya di Sabah setelah mendapat Kad Pengenalan Projek dan menjadi ahli DPIM.

Paling mengejutkan, pendedahan jujur Kamaruddin yang mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah.

Kejayaan Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru yang selama ini hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah.

Ansar @ Ansari telah membayar sejumlah wang kepada seorang wanita berketurunan India daripada Papar untuk mendapatkan sijil lahir daftar lewat dengan membuat akuan palsu bahawa Ansar adalah anaknya walaupun tembuni dan ibu yang melahirkan Ansar masih berada di India.

Peluang Ansar untuk berjaya sebagai peniaga telah melupakan jenayah yang dilakukannya di India dan juga jenayah memalsukan keterangan diri di Malaysia, apatah lagi berani muncul membuat laporan polis dan mencabar Kamaruddin, disifatkan sebagai tindakan paling bodoh yang pernah dilakukannya.

Dengan salinan pasport India Ansar masih dalam simpanan Kamaruddin, Ansar telah meludah ke langit dengan muncul di Balai Polis Karamungsing dan membuat kenyataan akhbar di Daily Express bersama Baisul Khan.

Apakah Ansar yakin bahawa beliau kebal kerana menjadi ahli UMNO dan pemilih berdaftar sehingga tidak ada siapa yang boleh menggugat kedudukannya dan perniagaannya di Malaysia yang terus menghantar wang balik ke India?



Kini dengan pendedahan Klip video Kamaruddin untuk masyarakat India diapungkan di Youtube yang bertajuk 'Kuch-Kuch Hota Hai Malaysia'telah menaikkan kemarahan rakyat Sabah.

Namun yang paling merasa kesan dan terancam oleh pendedahan ini ialah Baisul Khan kerana ramai pihak telah menulis surat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, mencadangkan anugerah 'Panglima Gemilang Darjah Kinabalu' (PGDK) yang dianugerahkan kepada Baisul Khan ditarik balik.



TAJ NESHA BEGAM BINTI BAISUL KHAN

Anak Baisul, Taj Nesha Begam yang menjadi Pensyarah di Politeknik, Kota Kinabalu dipandang serong oleh masyarakat Sabah yang sensitif dengan isu Pendatang Haram sehingga ramai yang menghantar email ke blog ini memaklumkan bahawa anak Baisul Khan mengajar di Politeknik berkenaan.

Tempias yang dirasai oleh Taj Nesha menyebabkan ramai rakannya semasa di sekolah memberikan pelbagai maklumat berhubung latar belakang bapanya yang bukan sahaja membantu Pendatang Haram India mendapatkan kad pengenalan projek, malah menyeludup masuk dan menyembunyikan Pendatang Haram India di suatu tempat rahsia bagi mengelak serbuan.

Agak malang bagi Sarjana Muda Kejuteraan Mekanikal daripada Universiti Pahang ini kerana terpaksa membasuh dosa bapanya yang terjerat dengan cita-cita untuk menjadi terkenal dengan merekrut pendatang haram India dan berselindung di sebalik kekebalan DPIM yang menawarkan ruang dan peluang pihak penguatkuasa mendapat habuan.

Begitu juga dengan seorang lagi Pendatang Haram India, Mohidden Batcha Sariff yang dilantik sebagai Bendahari Kehormat DPIM, seolah-olah lupa diri sehingga membuat laporan polis terhadap Kamaruddin pada 30 Disember 2008 di Balai Polis Karamunsing.

Mohidin Batcha lupa bahawa anaknya, Abeed Fatimah Mohidin Batcha, pelajar tahun akhir Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat UMS adalah 'Anak Penyu' dan tidak berhak belajar di UMS.

Batcha Sariff, harus menerima hakikat bahawa tembuninya dan isterinya ditanam di Tamil Nadu,India tidak mengikut jejak Ansar yang dilahirkan dua kali (India dan Sabah) dengan mendedahkan danmensirna masa depan dirinya dan anaknya yang cemerlang dalam pelajaran.

Alangkah bertuahnya anak Mohiddin, Abeed Fatimah apabila dilahirkan sebagai 'Melayu' atau 'Bumiputera' sedangkan ibubapanya di 'India Tulen' yang sadur dengan kad pengenalan projek.

Mohiddin, Baisul dan Ansari menafikan dakwaan Kamaruddin bahawa DPIM merekrut Pendatang Haram India sedangkan kesemua mereka adalah warganegara India yang mendapat kerakyatan secara tidak sah melainkan Baisul Khan yang mendapat taraf warganegara menurut kuat-kuasa Undang-Undang yang boleh ditarik balik atau dilucutkan pada bila-bila masa.


DATUK BAISUL KHAN SALMAN FARIS

Sebagai seorang Presiden DPIM, warga tulen Sabah hairan bagaimana Baisul yang memegang kad pengenalan 450611-71-5209 boleh dianugerahkan pingat PGDK sedangkan beliau bukan pemilih berdaftar atau ahli mana-mana parti.

Apakah sumbangan dan jasa Baisul selain daripada meramaikan 'Warga India' di Sabah berikutan kenaikan mendadak kelahiran masyarakat India di Sabah iaitu 1,433 orang bagi tempoh 2000 hingga 2008.

Sebelum ini, warga India di Sabah boleh dikira dengan jari sehingga memaksa Kongress India Malaysia (MIC) menggunakan teknik 'ahli hantu' yang diamalkan UMNO Sabah sejak 1991 dan mengklonan 'Pendatang Haram India' sebagai ahli Dwi-Parti iaitu MIC dan UMNO.

Datuk V.Jothi yang mengetuai MIC Sabah sewajarnya lebih proaktif mengemaskinikan rekod keahlian MIC bagi mengelakkan partinya diharamkan kerana tidak mempunyai ahli yang mencukupi untuk menubuhkan bahagian dan cawangan sebagaimana yang didakwa oleh A.Nagaraju yang pernah menjadi Ketua Bahagian MIC Silam.

Kebanyakan ahli 'MIC' kini begitu dominan di dalam DPIM kerana mereka lebih berminat berniaga daripada menyertai politik. Namun mereka menjadi 'Pengundi Setia' kepada Barisan Nasional sebaik sahaja mendapat kad pengenalan, apatah lagi mereka juga ahli UMNO selain ahli MIC dan DPIM!


DAFTAR PEMILIH 2009

Kad Pengenalan 531115125085 / H0192908
Nama ABAS BIN ABDULLAH
Tahun Lahir 15 Nov 1953
Jantina LELAKI
Lokaliti 170 / 09 / 09 / 003 - KG DAMAT
Daerah Mengundi 170 / 09 / 09 - TAMPARULI
DUN 170 / 09 - TAMPARULI
Parlimen 170 - TUARAN
Negeri SABAH


Kad Pengenalan 600109125261 / H0364350
Nama HABIBULLAH BIN MAJID
Tahun Lahir 09 Jan 1960
Jantina LELAKI
Lokaliti 170 / 10 / 08 / 001 - KG BERUNGIS
Daerah Mengundi 170 / 10 / 08 - BERUNGIS
DUN 170 / 10 - SULAMAN
Parlimen 170 - TUARAN
Negeri SABAH


Kad Pengenalan 610803125199 / H0517453
Nama MOHD ALI BIN MOHIDIN
Tahun Lahir 03 Aug 1961
Jantina LELAKI
Lokaliti 170 / 10 / 05 / 001 - KG BATANGAN
Daerah Mengundi 170 / 10 / 05 - BATANGAN
DUN 170 / 10 - SULAMAN
Parlimen 170 - TUARAN
Negeri SABAH


Kad Pengenalan 600414125129 / H0487472
Nama ABD KARIM BIN AHMAD
Tahun Lahir 14 Apr 1960
Jantina LELAKI
Lokaliti 170 / 10 / 08 / 001 - KG BERUNGIS
Daerah Mengundi 170 / 10 / 08 - BERUNGIS
DUN 170 / 10 - SULAMAN
Parlimen 170 - TUARAN
Negeri SABAH

Kad Pengenalan 550102125151 / H0538568
Nama MOHD RASHID
Tahun Lahir 02 Jan 1955
Jantina LELAKI
Lokaliti 171 / 12 / 06 / 001 - KG LIKAS
Daerah Mengundi 171 / 12 / 06 - KAMPONG LIKAS
DUN 171 / 12 - KARAMBUNAI
Parlimen 171 - SEPANGGAR
Negeri SABAH

Kad Pengenalan 520311125249 / H0537741
Nama SHAIK BIN DAWOOD
Tahun Lahir 11 Mar 1952
Jantina LELAKI
Lokaliti 188 / 50 / 06 / 001 - BANDAR LAHAD DATU
Daerah Mengundi 188 / 50 / 06 - LAHAD DATU BANDAR
DUN 188 / 50 - LAHAD DATU
Parlimen 188 - SILAM
Negeri SABAH

Walaupun beberapa rakyat Sabah telah menulis surat aduan rasmi, tetapi kehebatan ahli DPIM ini membakul sampahkan aduan dan terus menghirup udara segar Sabah amat dikesalkan.



Sebagai contoh, dipaparkan saduran surat aduan terhadap seorang ahli DPIM iaitu Jabarullah Abdullah seperti berikut yang ditulis kepada Pengarah BPR (SPRM) untuk tatapan pembaca;

Alimat Abulgoyah
P.O.Box 27,
89257 Tamparuli


Pengarah BPR,
Bangunan Persekutuan,
Jalam UMS Kota Kinabalu,
Sabah.

Jabarullah Abullah I/C No: 620704-12-5045/H 0488265.

Ini orang dari India PTI, tapi dia ada My Card. Bini, anak perempuan, anak lelaki dari India pakai pasport India. Itu hari kena tangkap Pegawai JPN pasal rasuah kerana Bininya ditangkap. Dia jadi takut sudah pasal dia pun nanti kena juga dia tipu. Jadi sekarang dia sama bini, anak perempuan, anak lelaki semua lari pulang kampong India. Tolong tahan dia jangan pulang baru boleh siasat sama dia.

Dia tiada bukti apa-apa orang sini, bukan lahir sini kawan dia Cikgu Anis Bin Untol dia yang tolong sama dia masih ada kawan di imigresen dan JPN pakai duit rasuah itu orang ini tolong pulang kampung dia pulang ini minggu melalui Lapangan Terbang Kota Kinabalu atau Labuan. Tolong cepat sikit ambil tindakan sama dia. Ini orang tipu sama kerajaan tolong bersihkan negara. Ribu-ribu terima kasih.

t.t

s.k. Pengarah Imigresen Lapangan Terbang K.L
Pengarah Imigresen Kota Kinabalu.
Pegawai Imigresen Lapangna Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Satu surat lagi yang membawa maksud hampir sama ditulis dalam bahasa Inggeris;

For your knowledge all; This person came from India. His wife and all his children now have my card that is I/C. He said he was borne in Tamparuli district area. But if he is really was borned in Tamparuli District area. Would you all please kindly trace out where this person really came from. For example his home town. Apart from that I also want you all people find out, from where his mother, father came from? If anyone of you can find out or solve all these as mentioned above, just, simply come to 'Restoran Selamat' The location is just next to 'Pejabat PBS' Tamparuli and reward will be given.

May be this person is not human being. It is impossible that one part of his body was borned in India and another part was borned of his body was borned in Sabah. As a human being, as we all know, we are borned to this world only one time and in one place only. That is where someone borned from his or her mother. But it is my surprised to this person because he was borned twice by his mother. The sametime the places where he was borned, also two locations and may be got two fathers and two mothers.

For the first time he entered Sabah in the year 2000. In his I/C or My Card his date of birth is in the year 1962, and yet his age now is nearly seventy (70) years old. I really know this person. Actually he was borned in India in the year 1948.

It is really impossible too, at the very beginning he was borned in India and lastly he was borned again in Sabah. Only the god know all about him, since god is so merciful to us all. Again I tell all of you the truth. He is really not a human being.

Those of you who want to becoming the people of Sabah (Sabahan) especially for foreigners who want be come Sabahan, at present applying my card or i/c, I urge you all people just simply meet him at restoran Selamat Tamparuli. As you all know all his friends are all big government officers. He can help you all, you all no need to worry much. And finally don't forget to bring money a long with you all. When you all are going to meet him.

t.t

Rakyat Malaysia Tulen,
Kampung Tamparuli, Kampung Bontoi
Kampung Mangkaladoi, Tamparuli, Sabah.

Beberapa surat aduan lain akan dipaparkan dalam rencana tentang Jabarullah di masa akan datang.

Dalam pada itu, menurut Kamaruddin, 99.9 % ahli DPIM adalah Pendatang Haram India yang ditulenkan melalui kewarganegaraan songsang dan Baisul Khan menjadikan DPIM sebagai Lubuk Emas untuk mendapatkan dana daripada lebih 400 peniaga India yang menyertai DPIM untuk tujuan tertentu termasuk mendapatkan pingat Datuk dan landasan politik.

Kejayaan Baisul membentuk 'Empayar India Pendatang Haram' di Sabah, kata Kamaruddin membuatkan beliau lupa bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara kerana selama ini menggunakan 'wang'untuk menyelesaikan masalah termasuk membeli pingat 'Datuk.'

Dakwaan Kamaruddin disahkan dan diperakui oleh Mantan Pegawai Pendaftaran yang menjadi mangsa konspirasi UMNO merampas kuasa di Sabah iaitu Yakub Damsah.

Menurut Yakub, beliau telah menandatangani lebih 5,000 kad pengenalan yang mempunyai nama India ketika diarahkan menjalankan 'misi khas' menyelamatkan UMNO dalam pelan merampas kuasa daripada PBS sekitar 1991.

Yakub yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1995, mendakwa beliau dan 14 rakannya menjadi 'kambing hitam' untuk menutup Skandal X-Files Kerajaan Persekutuan sedangkan mereka tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan palsu.

"Semua yang kami tandatangan adalah kad pengenalan asal, tetapi kami tidak tahu ianya diberi kepada siapa," ujar Yakub yang kesal kerana pemimpin negara membasuh najis ditangan mereka dengan 'mengurung' pegawai JPN yang jujur berkhidmat untuk negara bagi mengelakkan mereka bersuara.

Kad Pengenalan atau Mykad Malaysia yang kononnya dinaiktaraf dan amat mahal untuk dihasilkan, kata Yakub kini bernilai Sifar atau tidak bernilai langsung.

"Masa Jabar Khan dan Musa Aman buat dulu hanya bernilai RM10. Untuk stem sahaja. Tetapi yang kami tandatangani bernilai sifar," ujar Yakub yang mengesahkan semua kenyataannya di dalam buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? adalah benar dan tepat.

Yakub yang bercadang untuk mengembalikan Mykadnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam waktu terdekat amat kesal kerana Kerajaan Persekutuan telah 'menghapuskan' taraf dan hak rakyat tulen Sabah menyuarakan kebimbangan mereka dengan pertambahan warga asing India terutama ahli DPIM mendapat kad pengenalan secara tidak sah.

"Bagi saya, kad pengenalan Malaysia tidak bernilai lagi. Saya lebih berbangga menggunakan sijil lahir saya," ujar Yakub yang memberitahu tempoh dua tahun lebih di dalam tahanan ISA telah merampas hak beliau sebagai 'Pegawai Awam' dan menjatuhkan maruahnya sebagai manusia.

Kata Yakub, jika ISA menjadi Pusat Pemulihan, kenapa beliau kehilangan semua jawatan dan tidak menerima walau satu sen pencen sedangkan beliau telah berkhidmat kepada dengan dengan penuh dedikasi.

"Mereka yang mendapat Mykad atau kad pengenalan melalui jalan songsang pula yang dijaga dan dipelihara oleh kerajaan," kata Yakub yang mengakui mengenali Ansar yang berasal daripada India.

Sewajarnya, kata Yakub, Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat isu kerakyatan songsang ini bagi membolehkan imej mangsa ISA dibersihkan dan Kerajaan Persekutuan harus bertanggung jawab membayar pampasan kepada mangsa yang diberhentikan semata-mata kerana 'berjasa' membantu UMNO merampas kuasa daripada Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kebimbangan Yakub mungkin sudah terlewat kerana lebih 30,000 warga India telah memiliki kad pengenalan Projek daripada Sabah kini bertebaran di Seluruh Malaysia.

Berikut dipaparkan beberapa orang India Tulen yang telah diberi kad pengenalan dan menjadi 'Rakyat Malaysia' mengikut pintu belakang tetapi menderhakai Malaysia kerana melakukan sabotaj ekonomi dengan mengirimkan wang pulang ke India untuk melumpuhkan ekonomi Malaysia.

Jika anda ternampak mereka ini di tempat anda, sila maklumkan kepada penulis dengan mengirimkan bukti bergambar. Mungkin wajah mereka sudah berubah, namun perhatikan mata mereka kerana mata tetap akan sama. Hadiah lumayan akan diberikan.