Search This Blog

Sunday, March 29, 2009

JALAN RAYA ATAU JALAN BIAWAK?



Sumber: www.sabahkini.net

JALAN Bunga Raya Mongitom Kikiran di Bingkor Keningau mungkin tidak seindah namanya dan sewajarnya Wakil Rakyat Bingkor, Justin Guka menukarkan nama jalan tersebut kepada Jalan Biawak!

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali dengan nama Michael berkata, mereka telah cuak dan alergik apabila diajukan soalan kenapa jalan ke kampung mereka teruk betul sedangkan ianya terletak berdekatan dengan Pekan Koboi Keningau.

"Apa lagi kami mau buat? Sudah berapa kali kami mengadu kepada JKKK dan Ketua Kampung, malah kepada Guka (Adun) sendiri, tapi yang kami dapat hanya janji," kata Michael kosong yang diperbaharui pada setiap kali pilihanraya.

Keadaan jalan berturap di kampung mereka yang berlopak tidak pernah diselenggara sejak dibina lebih sepuluh tahun lalu menyebabkan kenderaan awam tidak mahu masuk ke kampung mereka.

"Bukankah Kampung Bunga Raya sepatutnya dijaga dan dijadikan kampung contoh sempena nama bunga kebangsaan negara. Tetapi lihatlah sendiri bagaimana keadaan kampung kami," ujar Michael yang telah mengadukan masalah mereka kepada Biro Pengaduan Awam di Kota Kinabalu.

Lebih mengejutkan ketika krew Sabahkini.net mengadakan tinjauan ke kampung berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun sedang menghalau seekor biawak yang sedang mencari makan di salah satu lopak besar di jalan berturap di kampung mereka.

Biawak berkenaan kelihatan sudah biasa melihat manusia dan tidak gentar walau dipukul dengan kayu sebaliknya cuba melawan menyebabkan kanak-kanak perempuan, Julia, terpaksa bergegas meninggalkan lokasi dalam ketakutan.

"Selalu juga itu biawak cari makan kerana ada banyak ikan dan berudu di lopak itu. Saya halau dia kerana saya mau pergi sana," ujar Julia yang masih cemas kerana tidak menyangka biawak tersebut berani melawan apabila dipukul dengan kayu.

No comments: