Search This Blog

Sunday, March 22, 2009

HANYA 11,000 SAHAJA YANG DIBAYAR LEVI?


Perdaftaran sedang rancak dijalankan oleh Pejabat Konsul Indonesia


Oleh: ROZIE JUMAT

Keningau : Hanya 11 ribu pekerja warga Indonesia dibayar levi oleh majikan berbanding kehadiran mereka yang mencecah 216,367 orang di negeri Sabah. Kebanyakan mereka ini adalah pekerja di sector perladangan.

Daripada jumlah itu sebanyak 5017 pasport telah dikeluarkan, selebihnya hanya levi yang dibayar.

Pemangku Konsol Jeneral Republik Indonesia di Negeri Sabah, Rudhito Widagdo berkata, jumlah itu sangat sedikit dan pemerintah Indonesia mahu majikan tampil ke hadapan untuk memastikan pekerja Indonesia di negeri ini mendapat perlindungan dan bekerja dengan tenang.

Beliau yang ditemui di Gerakan Pendaftaran Dokumen terhadap warga Indonesia di Dewan Tai Chi disini menegaskan , pekerja yang dibayar levi harus dibawa ke Pejabat Konsul agar kedudukan warga Indonsia diketahui.

Rudhito berkata pendaftaran selama dua hari bermula sejak hari sabtu dengan jumlah yang berjaya didaftakan seramai 600 orang. Gerakan itu adalah pertama kali dibuat dengan kerjasama antara Kerajaan Republik Indonesia dan kerajaan Negeri Sabah.

“ Kami punya komitmen untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dalam pelaksanaan pendaftarandan diberi kebebasan serta perlindungan untuk melayani rakyat Indonesia disini,” ujar Rudhito .Yang mana kata Rudhito mereka mahu semua rakyat Indonesia di negeri ini mendapat dokumen diri.

Sehubungan dengan itu kata Rudhito, Pemerintah Indonesia meminta agar majikan segera membayar levi pekerja mereka dan kemudian dibawa kepada Pejabat Konsul.

“ Jangan tunggu sehingga hujung bulan Mei untuk mendaftarkan mereka. Ini amat penting untuk kita semua,” kata Rudhito, kerajaan Negeri Sabah telah memberi tempoh sehingga bulan Mei untuk para majikan berbuat demikian.

Menurut Rudhito, kehadiran pekerja Indonesia juga memberi kesan yang baik kepada ekonomi negeri ini.

Mengenai gerakan itu Rudhito berkata, program seumpama itu akan dibawa ke kawasan-kawasan lain di Sabah.

Beliau juga meminta para tekong yang sering menggunakan jalan-jalan tikus di Kalabakan agar menghentikan perbuatan mereka mengeksport tenaga manusia secara haram.

“ Perbuatan (mengeksport) ini menyulitkan kedua belah pihak dan menurunkan darjat dan hubungan luar negeri antara kerajaan Malaysia dan Indonesia,” kata Rudhito.

Dalam satu soalan yang lain, Rudhito berkata pejabat Konsul tidak memberi pertimbangan kepada mana-mana warganya yang melakukan kesalahan, dan jika disabitkan kesalahan, mereka harus dihukum dengan setimpalnya.

Namun katanya, para majikan yang melakukan kesalahan juga harus dihukum agar menjadi pengajaran kepada yang lain.

Beliau berkata suasana di Sabah sangat baik, dan tidak terdapat kes-kes yang membabitkan kekerasan dan keganasan seperti mana yang dialami di tempat yang lain.

SUMBER www.sabahkini.net

1 comment:

Malaikatsesat@Bentara Sakti said...

Masalah utama dalam kes kebanjiran mereka ni ialah... amalan "boleh tak boleh" dalam aspek penguatkuasaan dasar dan undang-undang.

Pihak berkuasa dan kerajaan banyak sangat berlembut... (hingga akhirnya longlai...),

Banyak sangat kompromi... (hingga ramai PATI yang mengaku kroni si datuk itu.. datuk ini... AKA jual nama lah tu...),

dan pendirian tidak tetap, utuh dan teguh (macam lalang... mengikut sahaja telunjuuk angin yang bertiup...).

Apa tidaknya, sekejap kata pemutihan. Habis tempoh pemutihan... sepatutnya penghitaman lah... tetapi belum selesai proses penghitaman... mereka tawarkan lagi pemutihan... entah sampai bila habis tempoh yang dimaksudkan tu.

Yang nyata, pihak majikan juga akhirnya mempunyai banyak ruang untuk "menimang-nimang" undang-undang di negara kita ini... kerana masalah "boleh tak boleh" penguatkuasaan undang-undang ni...